Kenapa Israel dan Palestine bermusuh hingga ke hari ini? Siapa yang
rampas tanah siapa? Macam mana boleh rampas? Siapa yang ditindas sebenarnya?
Hamas dan Zionis tu apa pulak?
Relaks.... Kita ‘go through’ perlahan-lahan... Baguslah jika ada niat di
hati untuk cakna isu ummah.
“Barangsiapa yang tidak mengambil peduli tentang urusan saudaranya, maka dia bukan sebahagian daripada ummatku." [Hadis Riwayat Muslim]
Tanah Palestine memang terkenal dengan kesuburan. Ianya sudah banyak kali
bertukar tangan sejak zaman Nabi Ibrahim AS lagi.
Sewajarnya kita ringkaskan cerita kepada apa yang terjadi sejak 500 tahun
lepas. Kalau nak diceritakan dari awal, ia bermula sejak 4000 tahun lalu (setakat rekod sejarah). Ditambah pula perangai pembaca yang malas, loya dan
boleh maut melihat tulisan berjela-jela.. silap-silap jadi alasan tak puasa..
erk..
Mulanya
dari Kerajaan Uthmaniyyah dari Turki yang menguasai hampir keseluruhan Middle-East
termasuk Palestine. Mereka telah menguasai kawasan ini selama lebih 400 tahun.
Masjid Al-Aqsa yang terletak di Palestine merupakan antara 3 tempat yang
dijanjikan barakah oleh Allah di samping berkait rapat dengan peristiwa Isra Mikraj.
Khalifah Umar Al-Khattab telah mewakafkan tanah Palestine ini untuk umat islam.
Untuk kita sama-sama menjaga. Masyarakat Palestine hidup dalam bahagia dan
harmoni dengan burung-burung berterbangan.. Tempat kita.. Ya, tempat kita dan
saudara-saudara kita..
“Sesungguhnya setiap orang mukmin itu bersaudara..." [Al-Hujurat: 10]
Dalam pada itu, orang Yahudi
ditindas di Eropah sekitar Abad ke-19. Kumpulan-kumpulan kecil Yahudi Eropah
mula berhijrah ke Palestin, nak tempat berteduh, minta perlindungan.
Kata
mereka.. saya ulang.. ‘kata mereka’, tanah Palestine ialah tanah yang
dijanjikan tuhan mereka ke atas kaum yahudi sejak zaman Nabi Musa AS. Tapi
fahaman mereka telah dipesongkan oleh pihak Zionis. Siapa Zionis? Teruskan
membaca, jangan malas.
Bila dah semakin
ramai Yahudi di Palestine sekitar 1896-1897
, Theodor Herzl mengasaskan Zionis. Dengan memikirkan kepentingan orang yahudi,
dia menulis buku berjudul The Jewish State. Yang tak tahan, dia mencadangkan
dan menyokong pembentukan NEGARA YAHUDI di PALESTINE... Ya, Palestine, tempat
yang mereka tumpang berlindung ketika ditindas. Tak kenang budi..
Selepas mengadakan kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland, penyokong Zionisme mula menguruskan penghijrahan orang Yahudi secara-
besar-besaran ke Palestin.. Biasalah orang tak sedar diri, buat macam rumah
sendiri..
Sekitar 1914-1916 perang dunia pertama
meletus. Zionis bekerjasama dengan Britain dan mendesak Britain menyokong
penghijrahan orang Yahudi ke Palestin. Sebagai balasan, mereka menjanjikan
negara Yahudi yang terbentuk nanti akan melindungi kepentingan British di
Terusan Suez.... bukan Suarez.. erk..
(terusan
ini penting dalam sebagai laluan perdagangan.. Tak pernah dengar? Bukak buku
sejarah sekolah menengah, InsyaAllah ada)
Perisytiharan Balfour pada 2 November 1917 menyaksikan
Setiausaha Luar Negara Britain, Lord Balfour mengumumkan sokongan kerajaan
Britain kepada pembentukan sebuah negara kebangsaan bagi orang Yahudi di
Palestin.
Dengan
persetujuan British, sekali lagi Zionis meneruskan penghijrahan orang Yahudi
Eropah secara besar-besaran ke Palestin sekitar 1920-1939. Ini memang meloyakan. Hinggakan mereka memberi sagu
hati dan membiayai kos penghijrahan kepada yahudi yang berpindah ke Palestine.
Rakyat
asal Palestin membantah penghijrahan Yahudi Zionis yang semakin pesat, tetapi
Britain buat tak tahu.
Perang
Dunia Kedua meletus pada tahun sekitar 1939-1945. Di Eropah, Adolf Hitler
(German) memulakan penghapusan etnik Yahudi atas sebab-sebab tertentu. Sebelum
German tewas, berjuta-juta orang Yahudi telah dibunuh. Lebih daripada 200 000
orang Yahudi dapat berhijrah ke Palestin di bawah program Zionis.
Banyak pertempuran berlaku pada ketika ini kerana perselisihan faham hinggakan
PBB tidak mampu mengawal keadaan yang terlampau kelam-kabut di Palestine.
Pada
1947, PBB memulakan pemecahan negara Palestine. PBB memberikan lebih dari
separuh tanah Palestine kepada Yahudi Zionis untuk mewujudkan negara haram
Israel. Yahudi Zionis pula menggunakan kekerasan untuk mengusir peduduk
Palestine. Tujuan mereka adalah untuk menguasai tanah Palestine sepenuhnya
sebagai persiapan penubuhan negara haram Israel.
Akhirnya pada 1948, Zionis mengisytiharkan negara haram Israel untuk kaum
Yahudi. Sejumlah 800 000 rakyat Palestin lari sebelum kemaraan askar Israel.
Israel diterima sebagai negara anggota PBB pada 1949. Israel menerima arahan dari PBB untuk membenarkan rakyat
Palestin kembali ke tanah air mereka, tetapi Israel tidak mematuhi arahan ini.
Akhirnya rakyat Palestin terpaksa tinggal di kem-kem pelarian. Rakyat Palestin
tidak menubuhkan sebarang gerakan penentang tetapi sebaliknya mereka bersikap
tidak peduli dan menanti sahaja kedatangan tentera Arab dan saudara-saudara
islam untuk membebaskan Palestin.
Pada tahun 1956, Sekumpulan penuntut Palestin, salah seorang daripada mereka
ialah Yasser Arafat, memutuskan untuk bertindak sendiri dan mereka menubuhkan
Gerakan Pembebasan Palestin atau al-Fatah. Yasser
Arafat yang meninggal dunia pada 2004, dipercayai telah diracun menggunakan
bahan polonium berdasarkan satu kajian makmal yang dilakukan di Switzerland. Fatah kini merupakan kerajaan di Tebing
Barat.
14
Disember 1987, HAMAS iaitu
Harokah al Muqowamah al Islamiyah (Gerakan Perlawanan Islam) ditubuhkan oleh
Syeikh Ahmad Yasin. Beliau dibedil oleh 2 peluru berpandu ketika usai solat
subuh di sebuah masjid. HAMAS kini merupakan kerajaan di Gaza. S
Zionis
dan Israel semakin melampau, tidak puas hati dengan kemusnahan dan rampasan
negara Palestin dari tangan penduduknya, mereka memulakan siri serangan demi
serangan ke atas Gaza dan Tebing Barat. Tujuan mereka adalah untuk meluaskan
tenah jajahan mereka dan melunaskan dendam selama ini terhadap umat Islam.
Dengan bantuan dari USA dan Jewish United Fund, kekuatan tentera mereka tidak
tertanding oleh pejuang-pejuang Palestine.
Hari
demi hari, Palestine semakin mengecil, penduduknya dibunuh dan diusir keluar
dari tanah mereka sendiri. Kicauan burung bertukar menjadi bunyi letupan bom
saban hari.
Kini,
bukan sahaja serangan masih diteruskan ke atas penduduk Palestine, mereka turut
membina tembok sekeliling Gaza, menyekat bantuan makanan, menyekat bantuan ketenteraan
dari negara luar serta menghadkan kawasan perairan untuk penduduk gaza.
Mengurung mereka tanpa jalan keluar, lalu membedil mereka.. Perangai macam
binatang.. Malah lebih teruk.
Sesungguhnya,
kalau nak disenaraikan list kekejaman Yahudi Zionis terhadap manusia & umat
islam terutamanya, berbuku-buku lah jawabnya. Cukuplah sekadar penulisan
ringkas berkaitan kronologinya. Moga kita sama-sama berusaha menambah ilmu
mengenai perkara ni. Sama-samalah kita perangi Zionis! Bukan yahudi, tapi
zionis...
Langkah
paling mudah? Boikot.. klik sini..
Nak baca artikel yang lebih detail? klik sini
Palestine dulu.. dan Palestine kini.. [kredit gambar] |
Allah..
BalasPadamsemoga mereka terus diberiakan kesabaran T_T
penuh dengan maklumat.
BalasPadamterima kasih teme atas info ni.
terbaik.
Terima kasih atas perkongsian ini.
BalasPadamringkasan penerang yg jelas teme:)
BalasPadamsemoga semua makin cakna secara berterusan..amin.
The Arrivals
BalasPadamTerima kasih di atas penerangan yang ringkas dan padat...
BalasPadamTerima kasih atas perkobgsian yg ringkas ini..
BalasPadammohon share ya. trm kasih
BalasPadamterima kasih banyak ilmu saya dapat daripada slot ini
BalasPadam