Teme's GANG

Free Time


Aku letakkan berus lukisan ke tepi. Hair blower yang sedang menunggu kat sebelah meja aku capai. Alat tu lebih banyak digunakan untuk keringkan watercolour daripada kegunaan asalnya untuk mengeringkan rambut. Dengan hati-hati aku semburkan udara panas daripada hair blower tu ke atas permukaan kertas yang masih basah; takut warna bercampur & comot.

Aku susunkan helaian-helaian kertas lukisan yang sudah kering, menghentak-hentak lembut susunan tu ke atas meja. Terasa puas. Alhamdulillah, akhirnya siap jugak. The back pain, the sleepless nights, the self-quarantine, the busy weekends….. Semuanya berbaloi. Setelah sekian lama, aku boleh baring dengan tanpa perlu memikirkan lukisan yang masih belum siap. This is my first try untuk buat planner sendiri, T Planner 2019.

Tapi aku tak boleh rest lama-lama. Tahun depan aku mungkin perlu release buku baru sedikit awal daripada tahun-tahun sebelumnya yang selalunya pada akhir April. Untuk tahun 2019, kemungkinan besar aku akan release my new book(s) in March or earlier. Walaupun aku dah lama mula menulis buku untuk tahun depan di celahan masa lapang, ia belum lagi disiapkan. Cuma hari itu, aku nak rest…

Aku bukak twitter, and I came across these tweets…

Link tweet asal


May I share something?
You may stop reading here if you want to, sebab ia akan menjadi semakin personal lepasni.

Berbalik semula kepada tweet tadi,
Perkataan ‘free time’ itu membuatkan aku teringat balik zaman sebelum degree dulu. Aku rasa, classmates aku kebanyakannya dah tahu satu perangai aku iaitu susah nak tidur malam. Bukan insomania, tetapi aku memang memilih untuk tidur lewat. Untuk berfikir. Kalau aku start baring atas katil pukul 12, korang akan dapati aku masih wide awake pada pukul 3 atau 4 pagi. Dah macam meditasi. I enjoyed it. Pantang ada free time, aku akan ‘bermeditasi’.

So, bila aku tidur?
Masa kelas…. Hahaha. Ini pun aku rasa classmates aku tahu jugak. Sebab banyak gambar-gambar candid oleh classmates aku yang menampakkan aku sedang tidur menyembah meja berlapikkan lengan. Daripada zaman sekolah lagi perangai buruk ni mula. Ini bukanlah satu contoh yang baik ye adik-adik? Walaupun korang boleh study sendiri, korang perlu fikirkan hati & perasaan guru yang sedang mengajar kat depan. Fikir jugak perasaan rakan-rakan yang fokus belajar dalam keadaan korang tidur. Jangan ikut perangai ni ye? Please?

Lebih kronik, masa kat asrama dulu, kadang-kadang aku tak boleh tidur sebab tak selesa tidur baring atas katil. Aku akan pergi bilik study pagi-pagi buta, duduk atas kerusi, dan tidur dengan keadaan kepala menyembah meja macam kat kelas. Barulah boleh tidur lena. Punyalah dah terbiasa tidur kat meja. Haih….

But aku bukan nak sembang pasal tidur tu….. Aku nak sembang pasal ‘meditasi’ tak tidur malam tadi.

Bermula dengan meditasi yang memuaskan, lama-lama aku develop satu habit overthink yang kronik. Kronik in a positive way.

Mula-mula aku berfikir perkara yang logik,
Aku fikirkan persoalan-persoalan aku dengan dunia,
Lalu ia bercambah kepada perkara yang sedikit rumit,
Kemudian ia menjadi perkara yang tidak logik,
Kemudian ia menjadi perkara yang tidak masuk akal.

Pada mulanya ia membantu aku mencari penyelesaian. Ia bantu aku semakin faham pasal dunia dan kenapa aku hidup. Tetapi aku terlampau berfikir sampai aku wujudkan satu masalah yang tidak pernah wujud. Pelik bukan? Tapi ia terjadi pada aku. Overthinking yang melampau. But still, aku masih enjoy. Best.

The interesting part is, aku tersedar sesuatu daripada habit aku ni.

Bila aku overthink, ia akan mempengaruhi emosi & mood aku. Aku tak perlihatkan emosi tu pada luaran, ia hanya bermain dalam diri aku. Daripada emosi yang mendalam ni, aku terjumpa sesuatu; bila aku dalam mood emotional, ilham aku melimpah ruah. Idea-idea penulisan aku termuntah-muntah. Sampai kadang-kadang tu aku perlu dua buku untuk catatkan ilham. Satu buku cerita pasal A, satu lagi cerita pasal B. Dan tak semua perkara tu aku publish untuk tatapan umum…. kerana tidak semua yang ditulis itu diniatkan untuk dibacakan.

Jadi, aku mula menggunakan perkara ini sebagai shortcut untuk aku menghasilkan sesuatu karya. Aku akan duduk sorang-sorang. Aku akan force diri aku untuk overthink. Aku force diri aku jadi emotional & masuk dalam mood. 

Serious,
Aku rasa perkara ni sangat amazing. Mungkin orang akan rasa aku macam exaggerate, But aku memang betul-betul rasa ia seakan-akan satu 'cheat code' dalam game. Macam satu kuasa pulak. Maybe korang boleh try cara yang aku cerita tadi kalau nak peroleh ilham?

Kesan daripada ‘meditasi’ tadi, aku hasilkan lukisan, aku menulis, aku berpuisi, aku buat macam-macam perkara yang sangat-sangat memuaskan hati aku. Lagi best, bila aku dalam ‘mood’ tersebut, lukisan yang biasanya memakan masa seminggu untuk siap boleh aku siapkan dalam masa 2-3 hari je. Macam guna cheat code kan? Letih la sikit.... Maybe side effect daripada bermain dengan otak.... Tapi seronok…… 

But itu bukanlah matlamat penceritaan ni. Awal-awal tadi aku mention pasal free time kan? Let’s go back to that, slowly.

Aku belum ready nak share apa yang terjadi pada aku, but, dipendekkan cerita, one day, aku di-diagnose oleh doctor akan satu masalah kesihatan. Takdalah teruk mana pun. Alhamdulillah aku hidup je sampai sekarang. Happy je. Cuma masa mula-mula aku dapat tahu tu, insiden tu amat memberi impact sehingga ia dah mengubah aktiviti free time aku tadi.


Aku masih lagi menggunakan 'meditasi' tu untuk manfaatkan masa lapang. Tapi dia dah bertukar haluan.

I don’t know how to put that in words, but just imagine this;
Bayangkan satu bekas kaca yang penuh air warna warni. Berpusing-pusing sesama mereka lalu menghasilkan corak-corak yang cantik. If were to put it in words, macam itulah gambaran meditasi yang aku enjoy selama ni. But this one health problem, dia macam dan inject warna hitam dalam bekas tu. It contaminate the art.

Hobby yang dahulunya aku sangat enjoy dan consider it as beautiful dah jadi scary.

Dan lebih menakutkan,
Masalah realiti aku dah masuk dalam dunia imaginary. Ia bercampur-campur sehinggakan ia jadi sangat serabut. Masalah imaginary pula muncul. Ia menghantui dunia real aku. Aku mula takut pada bayang-bayang. Ia bukan imaginary sangat sebenarnya, ia realistik juga. Tapi masalah tu tidak sepatutnya aku fikir, so aku kategorikan ia sebagai imaginary problem. Ia berkocak sampai aku sendiri tak mampu kawal. Perkara ni buat aku suka menyendiri. Aku tak reti macam mana nak explain kat orang lain even to my colleagues yang aku jumpa hari-hari.

Ok let’s pause there…. 

Korang jangan ingat aku depressed pulak!! Hahahaha. Aku ok je, takdalah sampai kene jumpa psychiatrist ape semua. Aku takdalah murung. Aku masih boleh buat lawak bodoh macam biasa & annoy orang-orang sekeliling aku. Aku happy je.

Cuma perkara tu menganggu aku.

Kan aku cerita yang dulu aku akan gunakan this free time ‘meditation’ untuk get inspired kan? 
Dulu ia ibarat aku menyelam ke dasar lautan fikiran aku sendiri. Dan bila dah cukup dalam, aku terjumpa mutiara, aku terjumpa batu-batu permata yang cantik untuk aku bawa ke pantai lalu dikongsikan.

Tapi sekarang dia jadi lain.
Ia ibarat aku masuk dalam lautan yang sama, but seakan-akan aku dah hilang kemahiran berenang. Aku rasa sesak, aku rasa lemas. Paru-paru aku seakan-akan dah mengecil. Aku dah tak boleh sesuka hati naik ke permukaan dan berenang kembali ke pantai macam dulu. I don’t have control over my mind anymore. Mutiara, batu permata, segala yang cantik-cantik kat laut tu semua dah hilang. Aku lemas dalam kegelapan lautan tu sendiri. Dulu, aku memilih untuk tidak tidur sebab aku enjoy bende tu. Now, aku tak tidur sebab terperangkap dalam minda sendiri. Dah bukan jadi choice dah. Sampai to a point yang aku rasa nak maki je this ’thing’.

If I’m outside, jumpa kawan-kawan, think about the world, I’ll be just fine. But when I’m alone, it’s a disaster.

It’s funny because it's fun for me to express this to public because people don't really know who I am (except a few). That's the fun side of being Teme 😉.

Back to the topic,
I realised how minacious this ‘thing’ is. So, aku cuba cari cara untuk membantu diri sendiri.

And alhamdulillah, I found a ‘pattern’ pada bende ni yang aku boleh hijack & bypass to something else. I actually can be alone, BUT aku kene buat something. Aku tak boleh biarkan diri aku masuk ke dalam minda sendiri macam dulu. Tempat tu dah tercemar. Aku kene jauhi free time. Sebab tulah start tahun lepas, aku belajar main guitar & post video-video cover kat youtube. Aku tengah nak cuba busykan diri.

Sebab tulah aku menulis jugak walaupun busy.

Now, relate balik dengan tweet kat atas tadi;



Make sense dah sekarang? 😉

Aku tak boleh benarkan diri aku ada masa lapang. Itulah juga antara sebab kenapa aku mula buat T Planner pulak walaupun susah nak cari masa.

Tapi ia tak semudah di mulut,
Sebab bila kita bermain dengan otak, lagi kita taknak fikir tentang sesuatu, lagi otak kita akan fikir. Contohnya, kalau aku cakap kat korang, “Jangan fikir pasal gajah pink!”, boleh tak korang kawal minda korang untuk tak terfikir pasal gajah pink? See? Otak bukanlah sesuatu yang senang-senang kita boleh kawal. Tambahan pula, sebusy mana pun aku, aku tetap akan ada free time walaupun sikit. Free time bermaksud aku akan masuk dalam otak sendiri balik. And it’s not a good place anymore.

So, apa yang aku buat? Aku bypass bende tu. Aku trick otak sendiri.
Otak aku nak overthink sangat, aku bagi dia overthink. BUT, aku sendiri yang akan choose the topic. Aku akan fikir pasal bende mengarut. Mula-mula ia berkesan. Lama-lama, otak akan mula rebel kepada perkara tu. Dia sedar yang aku tengah saja-saja main-main fikir pasal bende yang mengarut. So, aku bypass satu lapis lagi. Aku perdaya otak aku untuk fikirkan kewujudan satu universe yang mengarut dan fiksyen dengan alasan aku nak menulis buku. So, aku ada alasan kukuh untuk fikir bende mengarut. Nak tahu apa hasilnya? Hasilnya ialah buku fiksyen pertama aku, Empayar 😂. Make sense dah sekarang?


Ni dalam South West Train, London. Kalau korang zoom kat tulisan pada screen laptop tu, korang akan tahu aku tengah tulis buku apa masatu.


Sebab aku bukanlah penulis sepenuh masa, aku perlu cari masa untuk menulis.
Aku penuhi segala celahan masa lapang aku dengan menulis.
Atas train aku menulis.
Atas bus aku menulis.
Dalam traffic jam aku menulis.
Atas flight aku menulis.
Tengah tunggu makanan siap pun aku menulis or melukis.

Dan korang lah mangsanya.
Koranglah yang selalunya menjadi mangsa kene hadap penulisan & lukisan aku. Lagi teruk, sekarang ni, siap kene hadap dengan nyanyian aku sekali 😂.

In a harsh way....... maybe....... I’m using you guys…… I'm really sorry if I have offended you, that was not my intention. Thank you so much sebab bantu aku avoid diri daripada masa lapang. Aku tak pernah rasa rimas langsung bila korang request kat aku macam-macam. Baik request menyanyi, request buat sambungan buku, or request melukis. Aku kira kalian semua therapy untuk aku. Macam a kind of ubat yang Allah kasi tanpa aku sedar.

But jangan risau.....
I promise, one day, bila ramai sangat pembaca dah mula kata, "Teme... apa dah jadi dgn penulisan awak? Dah tak enjoyable macam dulu.... dah takda isi,” aku akan rehat. Aku akan resign & maybe akan fokus sepenuhnya pada architecture. Aku takkan 'menggunakan' korang dah. You have my word.

Adios!
Assalamualaikum...

HOT POST!!