Aku letakkan berus lukisan ke tepi. Hair blower yang sedang menunggu kat sebelah meja aku capai. Alat tu lebih banyak digunakan untuk keringkan watercolour daripada kegunaan asalnya untuk mengeringkan rambut. Dengan hati-hati aku semburkan udara panas daripada hair blower tu ke atas permukaan kertas yang masih basah; takut warna bercampur & comot.
Aku susunkan helaian-helaian kertas lukisan yang sudah kering, menghentak-hentak lembut susunan tu ke atas meja. Terasa puas. Alhamdulillah, akhirnya siap jugak. The back pain, the sleepless nights, the self-quarantine, the busy weekends….. Semuanya berbaloi. Setelah sekian lama, aku boleh baring dengan tanpa perlu memikirkan lukisan yang masih belum siap. This is my first try untuk buat planner sendiri, T Planner 2019.
Tapi aku tak boleh rest lama-lama. Tahun depan aku mungkin perlu release buku baru sedikit awal daripada tahun-tahun sebelumnya yang selalunya pada akhir April. Untuk tahun 2019, kemungkinan besar aku akan release my new book(s) in March or earlier. Walaupun aku dah lama mula menulis buku untuk tahun depan di celahan masa lapang, ia belum lagi disiapkan. Cuma hari itu, aku nak rest…
Aku bukak twitter, and I came across these tweets…
Link tweet asal |
May I share something?
Berbalik semula kepada tweet tadi,
Perkataan ‘free time’ itu membuatkan aku teringat balik zaman sebelum degree dulu. Aku rasa, classmates aku kebanyakannya dah tahu satu perangai aku iaitu susah nak tidur malam. Bukan insomania, tetapi aku memang memilih untuk tidur lewat. Untuk berfikir. Kalau aku start baring atas katil pukul 12, korang akan dapati aku masih wide awake pada pukul 3 atau 4 pagi. Dah macam meditasi. I enjoyed it. Pantang ada free time, aku akan ‘bermeditasi’.
So, bila aku tidur?
Masa kelas…. Hahaha. Ini pun aku rasa classmates aku tahu jugak. Sebab banyak gambar-gambar candid oleh classmates aku yang menampakkan aku sedang tidur menyembah meja berlapikkan lengan. Daripada zaman sekolah lagi perangai buruk ni mula. Ini bukanlah satu contoh yang baik ye adik-adik? Walaupun korang boleh study sendiri, korang perlu fikirkan hati & perasaan guru yang sedang mengajar kat depan. Fikir jugak perasaan rakan-rakan yang fokus belajar dalam keadaan korang tidur. Jangan ikut perangai ni ye? Please?
Lebih kronik, masa kat asrama dulu, kadang-kadang aku tak boleh tidur sebab tak selesa tidur baring atas katil. Aku akan pergi bilik study pagi-pagi buta, duduk atas kerusi, dan tidur dengan keadaan kepala menyembah meja macam kat kelas. Barulah boleh tidur lena. Punyalah dah terbiasa tidur kat meja. Haih….
But aku bukan nak sembang pasal tidur tu….. Aku nak sembang pasal ‘meditasi’ tak tidur malam tadi.
Bermula dengan meditasi yang memuaskan, lama-lama aku develop satu habit overthink yang kronik. Kronik in a positive way.
Mula-mula aku berfikir perkara yang logik,
Aku fikirkan persoalan-persoalan aku dengan dunia,
Lalu ia bercambah kepada perkara yang sedikit rumit,
Kemudian ia menjadi perkara yang tidak logik,
Kemudian ia menjadi perkara yang tidak masuk akal.
Pada mulanya ia membantu aku mencari penyelesaian. Ia bantu aku semakin faham pasal dunia dan kenapa aku hidup. Tetapi aku terlampau berfikir sampai aku wujudkan satu masalah yang tidak pernah wujud. Pelik bukan? Tapi ia terjadi pada aku. Overthinking yang melampau. But still, aku masih enjoy. Best.
The interesting part is, aku tersedar sesuatu daripada habit aku ni.
Bila aku overthink, ia akan mempengaruhi emosi & mood aku. Aku tak perlihatkan emosi tu pada luaran, ia hanya bermain dalam diri aku. Daripada emosi yang mendalam ni, aku terjumpa sesuatu; bila aku dalam mood emotional, ilham aku melimpah ruah. Idea-idea penulisan aku termuntah-muntah. Sampai kadang-kadang tu aku perlu dua buku untuk catatkan ilham. Satu buku cerita pasal A, satu lagi cerita pasal B. Dan tak semua perkara tu aku publish untuk tatapan umum…. kerana tidak semua yang ditulis itu diniatkan untuk dibacakan.
Jadi, aku mula menggunakan perkara ini sebagai shortcut untuk aku menghasilkan sesuatu karya. Aku akan duduk sorang-sorang. Aku akan force diri aku untuk overthink. Aku force diri aku jadi emotional & masuk dalam mood.
Serious,
Aku rasa perkara ni sangat amazing. Mungkin orang akan rasa aku macam exaggerate, But aku memang betul-betul rasa ia seakan-akan satu 'cheat code' dalam game. Macam satu kuasa pulak. Maybe korang boleh try cara yang aku cerita tadi kalau nak peroleh ilham?
Kesan daripada ‘meditasi’ tadi, aku hasilkan lukisan, aku menulis, aku berpuisi, aku buat macam-macam perkara yang sangat-sangat memuaskan hati aku. Lagi best, bila aku dalam ‘mood’ tersebut, lukisan yang biasanya memakan masa seminggu untuk siap boleh aku siapkan dalam masa 2-3 hari je. Macam guna cheat code kan? Letih la sikit.... Maybe side effect daripada bermain dengan otak.... Tapi seronok……
But itu bukanlah matlamat penceritaan ni. Awal-awal tadi aku mention pasal free time kan? Let’s go back to that, slowly.
Aku belum ready nak share apa yang terjadi pada aku, but, dipendekkan cerita, one day, aku di-diagnose oleh doctor akan satu masalah kesihatan. Takdalah teruk mana pun. Alhamdulillah aku hidup je sampai sekarang. Happy je. Cuma masa mula-mula aku dapat tahu tu, insiden tu amat memberi impact sehingga ia dah mengubah aktiviti free time aku tadi.
Aku masih lagi menggunakan 'meditasi' tu untuk manfaatkan masa lapang. Tapi dia dah bertukar haluan.
I don’t know how to put that in words, but just imagine this;
Bayangkan satu bekas kaca yang penuh air warna warni. Berpusing-pusing sesama mereka lalu menghasilkan corak-corak yang cantik. If were to put it in words, macam itulah gambaran meditasi yang aku enjoy selama ni. But this one health problem, dia macam dan inject warna hitam dalam bekas tu. It contaminate the art.
Hobby yang dahulunya aku sangat enjoy dan consider it as beautiful dah jadi scary.
Dan lebih menakutkan,
Masalah realiti aku dah masuk dalam dunia imaginary. Ia bercampur-campur sehinggakan ia jadi sangat serabut. Masalah imaginary pula muncul. Ia menghantui dunia real aku. Aku mula takut pada bayang-bayang. Ia bukan imaginary sangat sebenarnya, ia realistik juga. Tapi masalah tu tidak sepatutnya aku fikir, so aku kategorikan ia sebagai imaginary problem. Ia berkocak sampai aku sendiri tak mampu kawal. Perkara ni buat aku suka menyendiri. Aku tak reti macam mana nak explain kat orang lain even to my colleagues yang aku jumpa hari-hari.
Ok let’s pause there….
Korang jangan ingat aku depressed pulak!! Hahahaha. Aku ok je, takdalah sampai kene jumpa psychiatrist ape semua. Aku takdalah murung. Aku masih boleh buat lawak bodoh macam biasa & annoy orang-orang sekeliling aku. Aku happy je.
Cuma perkara tu menganggu aku.
Kan aku cerita yang dulu aku akan gunakan this free time ‘meditation’ untuk get inspired kan?
Dulu ia ibarat aku menyelam ke dasar lautan fikiran aku sendiri. Dan bila dah cukup dalam, aku terjumpa mutiara, aku terjumpa batu-batu permata yang cantik untuk aku bawa ke pantai lalu dikongsikan.
Tapi sekarang dia jadi lain.
Ia ibarat aku masuk dalam lautan yang sama, but seakan-akan aku dah hilang kemahiran berenang. Aku rasa sesak, aku rasa lemas. Paru-paru aku seakan-akan dah mengecil. Aku dah tak boleh sesuka hati naik ke permukaan dan berenang kembali ke pantai macam dulu. I don’t have control over my mind anymore. Mutiara, batu permata, segala yang cantik-cantik kat laut tu semua dah hilang. Aku lemas dalam kegelapan lautan tu sendiri. Dulu, aku memilih untuk tidak tidur sebab aku enjoy bende tu. Now, aku tak tidur sebab terperangkap dalam minda sendiri. Dah bukan jadi choice dah. Sampai to a point yang aku rasa nak maki je this ’thing’.
If I’m outside, jumpa kawan-kawan, think about the world, I’ll be just fine. But when I’m alone, it’s a disaster.
It’s funny because it's fun for me to express this to public because people don't really know who I am (except a few). That's the fun side of being Teme 😉.
Back to the topic,
I realised how minacious this ‘thing’ is. So, aku cuba cari cara untuk membantu diri sendiri.
And alhamdulillah, I found a ‘pattern’ pada bende ni yang aku boleh hijack & bypass to something else. I actually can be alone, BUT aku kene buat something. Aku tak boleh biarkan diri aku masuk ke dalam minda sendiri macam dulu. Tempat tu dah tercemar. Aku kene jauhi free time. Sebab tulah start tahun lepas, aku belajar main guitar & post video-video cover kat youtube. Aku tengah nak cuba busykan diri.
Sebab tulah aku menulis jugak walaupun busy.
Now, relate balik dengan tweet kat atas tadi;
Make sense dah sekarang? 😉
Aku tak boleh benarkan diri aku ada masa lapang. Itulah juga antara sebab kenapa aku mula buat T Planner pulak walaupun susah nak cari masa.
Tapi ia tak semudah di mulut,
Sebab bila kita bermain dengan otak, lagi kita taknak fikir tentang sesuatu, lagi otak kita akan fikir. Contohnya, kalau aku cakap kat korang, “Jangan fikir pasal gajah pink!”, boleh tak korang kawal minda korang untuk tak terfikir pasal gajah pink? See? Otak bukanlah sesuatu yang senang-senang kita boleh kawal. Tambahan pula, sebusy mana pun aku, aku tetap akan ada free time walaupun sikit. Free time bermaksud aku akan masuk dalam otak sendiri balik. And it’s not a good place anymore.
So, apa yang aku buat? Aku bypass bende tu. Aku trick otak sendiri.
Otak aku nak overthink sangat, aku bagi dia overthink. BUT, aku sendiri yang akan choose the topic. Aku akan fikir pasal bende mengarut. Mula-mula ia berkesan. Lama-lama, otak akan mula rebel kepada perkara tu. Dia sedar yang aku tengah saja-saja main-main fikir pasal bende yang mengarut. So, aku bypass satu lapis lagi. Aku perdaya otak aku untuk fikirkan kewujudan satu universe yang mengarut dan fiksyen dengan alasan aku nak menulis buku. So, aku ada alasan kukuh untuk fikir bende mengarut. Nak tahu apa hasilnya? Hasilnya ialah buku fiksyen pertama aku, Empayar 😂. Make sense dah sekarang?
Ni dalam South West Train, London. Kalau korang zoom kat tulisan pada screen laptop tu, korang akan tahu aku tengah tulis buku apa masatu. |
Sebab aku bukanlah penulis sepenuh masa, aku perlu cari masa untuk menulis.
Aku penuhi segala celahan masa lapang aku dengan menulis.
Atas train aku menulis.
Atas bus aku menulis.
Dalam traffic jam aku menulis.
Atas flight aku menulis.
Tengah tunggu makanan siap pun aku menulis or melukis.
Dan korang lah mangsanya.
Koranglah yang selalunya menjadi mangsa kene hadap penulisan & lukisan aku. Lagi teruk, sekarang ni, siap kene hadap dengan nyanyian aku sekali 😂.
In a harsh way....... maybe....... I’m using you guys…… I'm really sorry if I have offended you, that was not my intention. Thank you so much sebab bantu aku avoid diri daripada masa lapang. Aku tak pernah rasa rimas langsung bila korang request kat aku macam-macam. Baik request menyanyi, request buat sambungan buku, or request melukis. Aku kira kalian semua therapy untuk aku. Macam a kind of ubat yang Allah kasi tanpa aku sedar.
But jangan risau.....
I promise, one day, bila ramai sangat pembaca dah mula kata, "Teme... apa dah jadi dgn penulisan awak? Dah tak enjoyable macam dulu.... dah takda isi,” aku akan rehat. Aku akan resign & maybe akan fokus sepenuhnya pada architecture. Aku takkan 'menggunakan' korang dah. You have my word.
Adios!
Assalamualaikum...
Ktorang happy je hadap semua tu teme.. Don't worry 😊. Pape pun ktorang akan terus support teme 💪💪💪
BalasPadamI want to comment something but I don't know nak komen apa. Rileks bro. I know how suffer it is :) thanks sebab hasilkan Empayar. Dari Empayar pun dah tahu dah you ni sejenis otak imaginasi and boleh create memacam. I mean you luahkan something through your penulisan and lukisan. Take it As therapy. Btw lagi, kalau tak okay--jangan lupa restock aiskrim. Oh ye-- nanti tolong cover lagu menghapus jejakmu by peterpan. Tak pun baca surah al-waqi'ah pun cun jugak. Okay bye.
BalasPadamThere is no such thing as diperguna,teme. Awak ckap xde istilah peminat tapi kawan awak. So, secara x langsung kami kawan awak ni dgan rela hati nk tolong awak.
BalasPadamIa tak semua yang kita enjoy sebenarnya baik buat kita. Take care dan tahniah teme! Teruskan menulis moga terus bermanfaat.
BalasPadamSeriuslah macam pelik tengok teme update blog kalau zaman dulu dulu tengok teme update bukan sesuatu yang pelik. Haha.
Betul la dalam dunia ni tiada apa yang kekal. Teme akan pergi jua. Hanya Allah ja yg ada sebenarnya. Selamanya
BalasPadamTeme. I'm a doctor. Ada high chance yang you're depressed teme. Sy sangat2 harap awak pegi consult psychiatrist teme. Takda apa pun, dia akan ajak borak2 je.
BalasPadamSetuju. Aku harap kawan2 yang mengenali teme notice this post & kesan signal ni. Mula risau aku kat kau ni teme. Jumpa doctor please? Kawan2 plis pujuk teme jumpa doctor please?
PadamYes teme . . borak2 ja pun.. dont worry.. sy pernah ade depression. Loneliness can cause depression. Tp bgusnya teme, awk tau cara nak terapi diri.. but anyway x salah kalau kt nak pergi cek je. Sbb depression ni ada peringkat2 . Level minor semua org pun bleh alami & mudah ja nak atasi. cuma kalau lewat atasi.. bleh menyebabkan hal lain in future. we love u teme.. sy ckp berdasarkan pengalaman sy sendiri.. Hijrah tempat antara perkara yg sy buat slps sy tahu keadaan diri sy dgn penuh awareness. tu sy smbung blaja, sambil tu bz kan diri dgn bnde yg grow my sosial skill. until i become the new healthy mind lady♡. 360¤ berubah dlm mase setahun setengah lps smbung blaja. saya avoid loneliness tu ja. avoid dgn tegas pd diri sendiri. istigfar & zikir lain sy pakse jdkan ubat mse awl2 dulu smpai jd kebiasaan. banyakkan aktiviti sukarelawan..
PadamI like you. Tak pernah pun sekali teme suruh org beli buku teme sbb buku tu bnyk manfaat. Tak pernah claim buku tu islamik padahal ia lebih banyak nilai islam dari buku penunggang2 agama. Even blogpost ni pun. Thanks sbb share your vulnurable side dgn kami.
BalasPadamteme.. im the one yg request teme menyanyi last last month. & u choose to sing lagu kisah antara kita. tq..tq.. tq.. Btw I request lagu anuar zain awl2.. haha sebab suara teme ngam nyanyi lagu anuar zain. .. tak sangka pulak permintaan ktorg membantu teme. Ktorang akn selalu doakan teme.. Balik lah Malaysia kalau teme dah puas kat sana. Dekat dengan family..alone is ok but loneliness tuk boleh menyebabkan sakit. or.. Build a family there..just an idea. Im a freelance nutritionist. just to let u know, With some of food & nutrition type can make u more releks but still will make u have a gud critical thinking style . We can discuss about this if u want. Btw psl overthinking ni ade dlm impian jalanan kan.. hehe .
BalasPadamJealousnya dgn teme boleh isi free time dgn macam2 benda😭 we are totally different, tido adalah bakat terbesar saya 😂
BalasPadamJealousnya dgn teme,boleh isi free time dgn macam2😭 we are totally different, tido adalah bakat terbesar saya 😂
BalasPadamTeme ,kitorang xpernah rasa dipergunakan pun srs tak pernah kalau ada orng cakap lagutu biaq pi depa ni kitorang ada nak support kau!Tak kisah kitorang req apa2?srs ni ?Ok nanti req cover lagu banyak2 hahaha and jumpa doc pls😷?If u need someone to talk to ,we're here :') share je okay ??
BalasPadamBestla teme. Sangat amazing you punya critical thinking Tu. Alhamdulillah atas kurniaan Tuhan. Teruskan menulis. Sebab sangat2 bermanfaat. Jika Kita tiada lagi didunia ini. Biarlah penulisan ini menjadi satu peninggalan abadi moga Ada kebaikan untuk orang lain. Keep it up teme.
BalasPadamTeme, I’ve noticed you like this for quite some time. I might not know what you’re struggling, but I’ve to say this.
BalasPadamPlease take care of yourself, ya?
Overthinking is dangerous. I got that habit too since I’m a perfectionist. Skrg dah okay sikit since I’ve detected the cause and I know how very harmful it is to be too hard on myself.
We’ve to find the cause, so we can avoid that habit.
And please, seek help from a professional. It might show you things you didn’t noticed. Kadang2 kita rasa kita takde problem @ problem kita sikit saja. Other ppl might see us and know us more than we do. Just, try find someone professional, okay? We don’t want it to get worse ������
Hi teme, see.. Alhamdulillah, there's alot of your supporters by your side praying the best for you.. all I can say is, do what do you think is the best for you okay. Only you know your capabilities and how to handle. Just don't be hard on yourself. Allah Yuftah Alaikum, teme 🌻
BalasPadamBila seseorang cakap kau macam itu, tak bermakna orang lain terfikirkan benda yang sama. Jangan berhenti sampai kau faham apa itu berhenti. Jangan berhenti sebab nak.puaskan orang yang dengki/tak.puas hati dengan kau dan jangan berhenti selagi kau masih ada a'harapan'
BalasPadamI will always support you! Rindu penulisan Teme ☺️ Kalau free, instead of overthinking mungkin exercise boleh membantu? huhu jaga kesihatan, jaga diri 🌹
BalasPadamHaaa nak nangis teme...moga selalu di bwah rahmat Allah.jgn cakap teme gunakan kitorg tak bestla dgr..teme jgn sakit T-T.sumpah nak nangis
BalasPadamTeme.. Tulislah..Nyanyilah ... Menulislah ..Tak ada perkataan mempergunakan sebab kitorang enjoy je malah kitorang menghargainya ..Take care ..
BalasPadam"I don’t know how to put that in words, but just imagine this;
BalasPadamBayangkan satu bekas kaca yang penuh air warna warni. Berpusing-pusing sesama mereka lalu menghasilkan corak-corak yang cantik. If were to put it in words, macam itulah gambaran meditasi yang aku enjoy selama ni. But this one health problem, dia macam dan inject warna hitam dalam bekas tu. It contaminate the art."
sumpah berzap2 dengar ayat ni sbb maybe yaeh ak pernah and now still in this phase but buat donno jelah mampu sebab.... no explanation
but its a little bit different with my opinion
if aku, aku analogikan
something that make us happy we can put it like a bright/ pastel or warna lembut colour and we put it together still the colour gonna be like warna air tea tarik something like that but it still warna yang cerah but when
benda yang make you sad or our whole day gloomy and moody semacam we can put it like warna2 gelaap, soo when kita combine it together automatic warna tu turn into black.
its similar to our heart, cause at the end we gonna 'sulingkan' that air or 'buangkan' that black water
like if anything happen don't forget turn back to who we are *Allah* (buangkan yang keruh,amik yang jernih)
Same mcm aq,,la teme,,smpaikn kaunseling dkt u aqu,,ckp cara pmikirn awk,ni sesuai sgt dgn moto,,Let's brainstorming!!,,hahaha,,nasib ler..mula2,,mcm enjoy tp skrng smpaikn dlm mimpi pn,,trasa realiti mcm aq in the dream,,like 3D,mcm dunia kita sendri,,smpaikn mcm kita cipta dunia sndiri nk hidup mcm mana,,best2,,tp sbb otk mlm pn berfikir,,pagi pegi klas,,lerakk lerr,,haha,aq pn x thu dh nk cure mcm mana,teme,,apapn fighting !!teme the great,,
BalasPadamTemeee😭😭😭 Can you do one thing for me👉👈 Can you meet a counselor? Pleaseee 🙏🙏🙏 Saya tgh belajar kaunseling skrg. So saya tk berapa mahir nk bantu awk. Pleaseee🙏🙏🙏 Me and your fans don't want it getting worse 😢
BalasPadamTeme..we all enjoy and sentiasa support teme ������
BalasPadamWaalaikumussalam. Aku pun jenis macam ni jugak. Suka overthink. Lpaa tu claim diri insomnia. Tapi bila diri sendiri tu busy tak kesahlah dengan kerja ka, apa-apalah otak ni tak jadi serabut. Kalau serabut, aku pun tulis semua yang bikin serabut tu either dalam buku or tumblr. Add on; macam watak fiksyen 8492, kalau kita cuba habiskan istighfar 99 kali atau lebih, mungkin 'meditasi' pun jadi. Kurang overthink. Btw, even kami mangsa buku kmu, manfaat tetap kami dapat. Adios. Will wait for the next book!
BalasPadamTeme. I want to say something to you. Tapi tak tahu macam mana nak keluarkan. Teme. Don't push yourself ya? Teme tak pernah gunakan kami. Kami memilih untuk baca karya Teme. Teme tak pernah minta or paksa kami. Tapi pilihan kami sendiri untuk pilih Teme. Teme, please take care of yourself. Sometimes, saya terfikir. Teme okey ke? Teme buat apa? Teme sihat tak? Teme, honestly. You are special. Special dalam banyak benda. Teme banyak sangat kelebihan. Dan Teme share kelebihan yang Teme ada dengan ramai orang. Teme, we love youuu. Please, please, please. Take care of yourself Teme. Don't ever push yourself just because Teme tak nak orang kecewa kerana Teme. Do whatever yang Teme rasa terbaik untuk Teme. I will never stop to support you Teme. Teme, Allah will always with you. Dont forget about that. Anything, balik pada Dia ya. Semoga Allah mudahkan semua urusan Teme. Semuanyaaa.
BalasPadamTeme,, can I have your hands ? Huhuhu.. Just joke.. ����
BalasPadamBilelh agknye dpt jmpe teme..😴😴
BalasPadamWaa, xsangka boleh baca sampai habis 😂😅 enjoy everytime reading your writing temeabdullah.. Just keep believe nothing happen with Allah's will.. Xde istilah teme gunakan sesiapa pun, if diaorg suka diaorg sendiri yg akan buy and read your books, if diaorg suka, diaorg sendiri yg akan dengar all your videos song and ofkos puji tuk semua lukisan yg teme hasilkan, it was amazing though.. Keep being teme that we used to know you okay😉 All the best for your future ahead.. N please kalau ada bannyak "free time" update lagi blog ni eh 😊
BalasPadamif it soothe you in anyway, let us be your saviour upon these darkness that might consumes you. your fan will never felt used by you. never. btw, this thing that you can't put your hands onto might called ot and it can both be the problem and solution. to prevent overthink, people tend to do overtime. infact, any types of overtime. and it is a tiring cycle tbh. your words of resign when you're tired is like asking for permission to rest from your own thoughts. it hurts to see anyone trapped in their own thoughts. it might seems like you're burdening others with your "thing" but sometimes they might hold the answer to your never ending questions. its like, how can you progress without moving a step forward yourself? i can't promise all fantasies but people who cares for you will always be there for you no matter what.
BalasPadamthanks for writing, and thanks for giving me the opportunity to write back. have a good day mate
Ur writing really amazing and open my eyes not to give up easily..just proceed what I have been done right now..Thanks sebab sudi berkongsi cerita dengan menggunakan medium penulisan..
BalasPadamHidup ni memang banyak cabaran, Teme. Kita pun tak semestinya positif selalu. Akan ada masanya kita jatuh sekejap. About your health problem, jangan putus asa untuk berubat ye. I doakan semoga you sembuh, sihat wal afiat. Semoga Allah kurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi segala cabaran dariNya. Teruskan berkarya. Jangan berhenti kalau itu buat you happy, tenang & enjoy. I suka semua karya you. Even your voice bila nyanyi puuunn padu!! Dont give up, ok? May Allah ease everything for you, Teme Abdullah.
BalasPadamAlhamdulillah teme masih lagi dpt kawal. Berat mata yg memandang berat lagi baru yg memikul, tiada yg dpt membantu selain kuasa yg maha besar. Keep strong teme..
BalasPadamSorry teme sebab tak mampu nk buat karangan panjang-panjang. But teme, i feels you. Everything yg teme luahkan semua i baca and i macam tergamam wowww Allah takkan uji teme if teme tak kuat. And i knew, dgn semua ujian yg Allah bagi bukan saja-saja. See teme mesti lagi enjoy kan fills up your time by doing all this. Susah senang, baik buruk, sedih happy, everything yg teme rasa nk luahkan dekat kiteorg. Just luahkan je okay. Walauapapun, kiteorg tetap support u, teme ��������
BalasPadamtak penah tak enjoy tengok lukisan and penulisan teme.. selalu stalk ig teme bile lme xnmpk teme post something kt ig .. stalk kott2 trlepas tgok post teme �� ppepon sentiase support teme ����
BalasPadamtak penah tak enjoy tengok lukisan and penulisan teme.. selalu stalk ig teme bile lme xnmpk teme post something kt ig .. stalk kott2 trlepas tgok post teme �� ppepon sentiase support teme ����
BalasPadamKeep using us teme, because by doing this you're getting therapies and so do we 😊. No worries, it's a win-win situation 😉. I'm so grateful to Allah for your existence 🌸. Your books, drawings, singing and stuffs are my therapies right now. Semua tu buat saya start balik melukis, buat arts walaupun lama dah tinggal. Even though currently busy competing for final year, I spend my weekends for arts (padahal budak Meche Eng) 😂. Banyak macam mana pun kena baca journal buat theses semua, tension je japgi lukis something, then lost again baca buku teme cari motivation hahahah. See, you're really helping us, teme! Fighting!
BalasPadamSometime, its ok not to be ok..we dont have to be ok all the time..sometime its ok to be sad..we dont have pretend to be happy all d time..sometime we think we r ok, but actually we r not dat really ok..
BalasPadamSometime teme, we just need to talk to someone all about what we feel or think at the moment..so that we feel less burden..dont hold it too long in ur self,talk about it to somebody u think u feel comfortable with..if u cant find anyone, theres always always allah..
I am like u too..i think a lot,sonehow i realised, over thinking ruins me, it makes me tired sometime n i feel unhappy..in my term,crying n talking w strangers do help me feel less thinking..and ofcourse, i do love to eat an ice cream too as everytime i feel unhappy, it works everytime after i cried..sometime i just think pretending to be happy is much easier than explaining why m feeling sad..
N satu lagi cara tu, kalau awk tetiba ada rsa "free time" tu, apa kata awk buat sesuatu yg dluar kebiasaan awk..mungkin awk boleh belajar masak, since saya ingat ada satu part tu awk or ahmad goreng ayam sampai hangit 😂😂😂
Ok tu je..sorry lah saya komen pjg pjg ni..oh saya cerita dgn stranger tu melalui chat je, kira sembang sembang je, ni mcm saya sembang dgn awk ni lah..
Teme, t guy, ikiy, loh, awk jaga lah kesihatan ye..minda tu salah satu kesihatan kita jugak, saya suka baca semua cerita cerita awk, termasuk lah blog ni skli dn ig ig post awk tu..awak take care lah k..like i said, its ok not to be ok sometime, we dont have to pretend to be happy all d time..talk to somebody about it ok..
My name is tea btw, hope to see you one day 😊
Wah, your comment mencuit hati saya hahahahah. Ni bukan setakat Teme je rasa lega bila baca, sy pun skali rasa cmtu hahahahah. Setuju sangat² dgn kata² awk tu. Betul, yg penting kita kena luahkan juga sesuatu tu. Takleh pendam. Kalau pendam je sorang², dia lagi rasa sakit. Rasa lagi banyak masalah kumpul dlm diri ni. Lagi la cepat lemah. At least bila dh luah masalah ni kat orang lain, dia rasa mcm fuhhhhh legaaaaa. Rasa habisss semua beban terlepas dari diri. Saya pula selalu luah kat kawan rapatt, adik dan twitter heheheh. Yg kawan tu mestilah pilih kawan betul² rapat dan boleh betul² dengar luahan. Haaa yg penting diorang paham betul² kita rasa. Bukan yg kata 'alaaa..perasaan kau je tu'. Gerammmmm bila dia komen cmtu hahahahah. Lain orang lain perasaan/tanggapan dia terhadap sesuatu. Bukan nk try paham orang hurmm. Hahahahaha tiber emo hahahahah. Sy juga luah kat adik sy sbb sy rapat dgn dia. Dan juga twitterrr, kalau benda tu tak masuk akal nk cite kat orang, baru sy luah je kat twitter. Tp twitter tu mesti personal punya la. Private dan no followers. Lagi senang nk merapu apa² hahahahah. Sbb 24/7 dgn fon kan. So ambik alternatif untuk buat 'diary' kat twitter je hahahahah. In future, boleh tengok semula benda yg pernah duk merapu dlm tu. Kadang² tergelak juga bila baca semula hahahahah. Tu la, yg penting kita luah kpd sesuatu. Even tak luah kat orang pun, luah je kat mana². Asal rasa keluar semua beban yg terpendam dalam diri tu. Tp kalau kena luah kat orang, cari la orang yg betul² akan dengar dan paham kita. Bukan reti buat tanggapan dia jeee bila kita luah. Geram kalau yg mcm tu.
PadamBetul dh la tu apa yg Teme dh buat sekarang. Teme dh meluah. Teme beri kepercayaan kpd fans teme untuk cuba memahami Teme. We get it. Kami paham. Kalau itu buatkan teme rasa lega, teruskan. Apa² pun, we always support youuu.
Betul juga tea tu kata, kalau ada free time, try buat benda yg kita tak pernah buat tp benda tu boleh dtngkan manfaat untuk masa depan. Teme tak penat selalu menulis? Tapi tu kalau dh jadi fav, tkleh kata apa dh. Biarpun penat tp penat dlm kegembiraan kan. Hahahah. Anyway, kalau rasa penat, jangan push sangat diri tu nk juga berfikir. Jaga kesihatan diri lagi² otak Teme tu hahahahah. Asyik menulis jee, otak jarang sangat berehat sbb asyik nk berfikir. Setiap tahun mesti ada buku baru hahahahahah. Tu la, kalau ada free time, stop dulu menulis sekejap, try cari something lain yg boleh menghiburkan diri. Jangan terlalu berfikir sangat kat fans ni smpai memaksa diri tu. Tp kalau dh suka buat, teruskan tp jangan sampai terrlalu memaksa diri okeyy. Orang kata apa, biar slow tp jangan pernah berhenti. Haaaaa itu sy nk cakap. Hahahahaha tkyah kalut sangat nk siapkan buku tu semua. Take your time okeyy. Insya-Allah masa ada banyak lagi (kalau umur panjang), kesihatan kalau dh terganggu, semua benda boleh tergendala. Nk menulis pun dh tak boleh. Nk beribadat pun terbatas. Remember, put your health as your priority.
Semoga Teme dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan selalu.
Teme, may Allah ease everything for you. Siapa lagi tempat kita bergantung harap kecuali Dia. Take care, Teme 🍦
BalasPadamAssalamualaikum.
BalasPadamDear, Teme(I used to pronounced it as Teme but glad you tweeted on how to say it as Teme)
In all honesty, I haven't read any of your books. I never knew you wrote books because back then I only saw your breath-taking, jaw-breaking sketches. It wasn't often, but you do cross my TL from my friends' tweets.
After seeing the same tweet handle, I took a look at your profile and simply fell in love with your beautiful talent. So I followed you on twitter and Instagram.
I didn't exactly take note on your progress(hence the reason why I didn't know you were a writer) until Twitter blew up with news of you coming to a book signing. I thought it was somebody else but it was you.
After the hype, I started paying more attention to posts about you and your own posts/tweets. And here I am, just wanting to thank you, from the bottom of my heart. Thank you, Teme. For being an amazing and lovely person that you are. Knowing such an amazing soul walking in our cold society warms my heart.
I love how you are so passionate about your work and the massive amount of consideration you have for your fans and people in general. It really is inspiring to see your posts about your fans. The sweet sticky notes you "curi curi" lekat in your published books. People like you are one of the blessings this current world need.
A human. I'm sorry for not being able to read your books yet but I would love to dive into something an amazing person wrote.
Don't let negative words put you down, aite Teme? Whatever you can learn, learn from it but never let it get to your head. Cause you're a beautiful, beautiful person. Keep being yourself, and I wish nothing but good things for you. But don't forget you are simply just a human, too.
I pray that only good things come to beautiful souls like you and May Allah always keep you safe and May Allah bless you with grace, forgiveness and mercy. Aamiinnnn. It's okay not to be okay sometimes, too. You're human, afterall. Be well, Teme. Be you.
Whatever u do, wherever u are, remember Allah SWT will alwys with u & with all of us. Big hugs💪💙
BalasPadamLove your writing 😘
BalasPadamGet well soon Teme .. Anyway , tak perlu la terus berhenti kalau penceritaan tak bagus .. Nanti kami rindu , susah Teme nanti �� don't worry , kami rela dipergunakan ������ tapi lepas ni Teme kena belanja McD .. Tiberr ������
BalasPadamSome people take their life as a burden, but u somehow see the burden as a bless.
BalasPadamI really pray one day i gonna know you as the real you, so i can learn so much from u and your friends to survive in this hectic life. I really need the positivity right now tho.
Keep it up, teme! Wish you all the best!
Some people take their life as a burden, but u somehow see the burden as a bless.
BalasPadamI really pray one day i gonna know you as the real you, so i can learn so much from u and your friends to survive in this hectic life. I really need the positivity right now tho.
Keep it up, teme! Wish you all the best!
teruskan lagi menulis teme...💪 you must be fine
BalasPadamKami tak pernah rasa terbeban untuk baca tulisan teme, dengar nyanyian teme dan hadap lukisan teme. You make us happy. Thank you.
BalasPadamYou really inspired me a lot. I want to be like you. Trying ma best to do what you do and to be sucess as you are now.Don't stop in inspire us and i always pray for your best. Thank you teme
BalasPadamAssalamu'alaikum Teme.
BalasPadamSemoga Teme baik2 je.
You are the bless person with bless mind, heart and soul.
It's okay to feel weak, it shows that you are human.
Please be weak, and depend more on people around you who loves you.
Please continue express it in your writing, cz writing and drawing is your therapy
or in other words we all are your medicine.
we not just read but we pray for you too, to double the effect.
So keep it up, Teme!
The Amazing you are not alone here.
Allah is always with you.
so are us. ^____^
Assalamualaikum Teme. Terima kasih sebab inspirasikan saya. Beruntung dapat tahu tentang seorang Teme.Syukran jazilan teme. Hahahah kenapa rasa nak nangis ni? Nilah, anak mak😂 padahal tak ada apa pun. Fihifzillah Teme.
BalasPadamTry bela kucing or ikan. It will make ur life more cherished.
BalasPadamTake care Teme! ❤
BalasPadamtdi baru sye belajar pasal tido lewat ni . mmg akan jadi maslah pde badan if kite kurng tido . otak mmg kne rest secukupnye . moge teme boleh balance kn tido tu . sngt pnting . tubuh badan kite bkn gune untk skrng je . untk mse depan pon kite perlukan badan yg sihat . just ingtkn untk teme dn semue . huhu
BalasPadamTerima kasih.
BalasPadamhai teme... i'm a student and of course la saya xmampu lagi nak beli one of your collection kan. seriously la saya bagitahu yang masa pesta buku tu, saya meroyan gila2 sbb nak beli buku teme jugak but i have to think rational between kemahuan and keperluan. i have to spend money for my study so saya xberpeluang lagi nak miliki buku tu but saya dh nekad, nanti saya ada duit saya sendiri, saya nak beli jugak semua edition. actually saya nak bagitahu kat sini adalah... teruskan menulis and update la jugak your blog sbb kt sini je saya boleh baca teme punya penulisan ;( keep going. please jangan stop. even saya baca dekat sini je your karya but to be honest, i love all of your penulisan, cara teme bagi kata2 semangat and it also motivate myself. ni baru baca dekat blog teme..belum lagi baca semua buku teme so kat sini saya boleh jamin la yang saya x akan menyesal utk beli buku teme. thank you teme for everything.teruskan apa yang boleh buat diri kita bahagia. last but not least, teme punya lukisan lawa giler huhu i insecure lah
BalasPadamLook! You have such a supportive fans. Tresure them
BalasPadamsaya rasa apa yang awak rasa di waktu
BalasPadam'free time' tapi apa yang berbezanya saya hanya biarkan segalanya bermain di dalam minda....tidak mampu untuk saya luahkan
Kita dalam bot yang sama �� cuma saya sndiri x tau nak luahkan benda tu and one of my way menulis. It's okay Teme.. Saya suka membaca dn inshaAllah saya sentiasa sokong karya Teme sbb karya yg mcm tu yg sntiasa bagi saya pendorong. You are my idol.. If you can do it.. Kenapa saya tak boleh..dan saya cuba grab itu as satu sokongan untuk saya terus bangkit. Kita semua melengkapi, membantu tanpa mengenali...sbb kita semua bersaudara jadi tiada istilah mempergunakan... Tq Teme
BalasPadamhi teme, akal dah beli semua buku awak.dulu first time you buka instagram, akak follow kejap lepas tu unfollow..haha.now akak follow balik n ni first time baca blog u.kak memang sangat2 terkesan sebab dulu time muda2(sekarang pun masih muda), tpi teme lagi muda..hehe.akak memang suka menulis..melukis..dan bila akak dah mula sibuk dengan kerja,semua tu akhirnya tinggal kenangan. now apabila baca penulisan teme buat aka reflect balik zaman akak.kiranya teme bagi akak semangat utk bring back my old passion.thanks dik teme.
BalasPadamTeme, tak tahu kenapa comment saya tak muncul2, nak tweet kat teme, takut teme tak perasan, kita org semua tk tahu pun masalah kesihatan yg teme hidapi, hanya Teme dan Allah je yg tahu, dan ofc doctor teme 😅 Stay strong, i know this won t really reach to ur heart, but that s the least I could do for my first fav malay book author 😅😅 first fav author actually, sbb tk onh baca buku selain komsas time sekola dulu hahaha 🤪 by the way lupa lak, i know tht ur ilmu agama, is way higher than mine, tapi, tak salah saling mengingati isn t, found it from my favourite ulama; Habib Ali Zaenal Abidin s page,
BalasPadamAllah Maha Tuhan Yang Maha Lemah Lembut terhadap makhluknya , Maha Mengetahui akan keadaan makhluknya,Maha Memahami akan segala rahsia makhluknya, berlemah lembut lah kepada kami Wahai Tuhan Yang Maha Lemah Lembut, Maha Mengetahui dan Maha Memahami
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamSatu kelemahan yang memberi manfaat..semoga Allah terus membimbing Teme.
BalasPadamSatu kelemahan yang memberi manfaat..semoga Allah terus membimbing Teme.
BalasPadamHari ni lambat sikit aku baca blog, sebab kena settlekan kerja before cuti 5 hari😅 Eh, actually rasa seronok pulak balas komen macam ni (kalau kau terbaca ni, jangan publish tau sebab cringe🤣) btw how's life bro? Apa khabar? (Mesti kau jawab 'baik~' tapi hakikatnya tengah dok fikir kejap lagi nak naik bas ke nak naik train🤣)
BalasPadamAku pon curious macam sis dalam twt tu, masa awal2 aku nak start baca buku kau. Aku macam 'wey, member ni banyak benda boleh buat, dah macam bangtan (bangtan tu nama 'manja' untuk BTS, Bangtan Sonyeondan). Sebab bangtan pon, semua benda diorang buat. Produce and compose lagu, nyanyi, menari, study part time degree lagi, kadang tu buat concept album diorang which is actually related dengan previous album, Ada jalan cerita berkait. (Ok bab album confirm kau blur🤧) So disebabkan korang yang boleh multitasking macam² ni buatkan aku nak cabar diri aku to be a productive person. Which is failed🤡 ye, tak menjadi untuk aku bro.
Alu kerja sambil belajar, sampai aku rasa penat yang tak tahu nak dahulukan apa and end up aku fail 1 paper. But no worries, aku stress and rasa down masa tu je. Im alll good now. Masa tu sem 6, so kenalah repeat 1 paper. Aku happy sangat dapat parents yang supportive. Umi aku bayarkan paper aku rm900🤡 (tapi aku kena bayar balik kat dia hahah, end dah habis bayar pon alhamdulillah✌️) sebab umi kata 'takpe, benda tu pengajaran. Nanti grad jugak. And alhamdulillah dah grad dah kerja pon. Eee apa ni tibe menjela pasal kerja. Maaf ek😅
So, apa yang aku nak cakap is.. ada orang dia dapat 'peace' tu bila dia bersifat lenient. Steady je macam aku. Kerja, balik rumah.. ber me-time, ber bonding time dengan family. Kalau aku terlebih push, aku mengstress sorang2. Aku tak boleh cope. While orang2 rare special macam kau, macam bangtan💜, korang rasa dengan memvariasikan hidup seharian korang dah rasa macam 'healing' untuk korang. Tapi aku tahu, kau lebih kepada untuk busykan diri, jauh dari your 'zone'. Sebab bangtan pon ada kata, diorang jadi 'bengong' kalau duduk senyap. And sebab tu diorang boleh buat banyak benda, macam kau jugak👍🏼 And betul lah cakap kau, sebab ada this sort of 'healing, meditative' time, terhasil lah empayar, stp, and ktdd🥳 (eh asyik mention empayar je, buat aku rasa nak baca buku tu cepat2. Sebentar! Nanti aku baca ya encik)
Dalam previous komen aku, aku ada mention 'kalau boleh sembang lepak kat kafe minum kopi dengan kau, serious aku nak tahu.. macam manalah~ kau dapat idea nak buat buku macam stp and ktdd. Sebab idea dia tu wow! Aku suka kelainan, kau dah letakkan satu standard kat setiap buku kau. 'Teme ni buku dia jenis plottwist yang takkan terjangka dek akal pembaca' ok tipulah satu pon tak mengena teori yang kitorang buat, ada sikittt~ itu pon lepas kau dah bagi hint masa awal2 tu🤧 Aku rasa excited sangat nak tahu your next project! Nak tahu, what kind of plottwist that you will give. Also, project baru kau.. will it be jalanan sequel or something else? Wey tak sabar! Tapi slow lek2 steady bro. No rush. Kitorang ada je kat sini✌️WEY JANGAN KATA KAU 'GUNAKAN' KITORANG, AKU CEPUK KANG! EEE dia ni! Mana ada gunakan, kitorang yang rela sendiri nak baca karya kau. Karya kau deserve the hype and support! Dalam ayat akhir kau, kau kata, andai penulisan kau dah takde 'sparks'. Andai itu andai ini, maybe kau akan stop menulis. Tapi until now masih ada wey! Good good👍🏼 tapi aku tahu, setiap permulaan ada pengakhiran, everything meets the end. Sebab Allah lah sebaik2 penentu, perancang. Allah lah yang mengkehendaki semua tu terjadi. Kalaulah, jadi.. aku faham. Sebab kita manusia kan, tapi janganlah kau 'jatuh', sebaliknya kau 'mendaratlah'. (Aku nak acah2 ilmiah macam kau ni, support sikit) I know u can understand this, come on~ teme kot🥳 apa2 pon, asal semua keputusan yang dibuat nanti, lebih membahagiakan kau. Tu paling penting.
Ok bro, macam biasa. Take care, rehat cukup2, have fun all out! Loyar buruk all out😆 and kalau tak makan ice cream lagi hari ni, pi makan.
Daripada, peminat tegar KTDD yang tak suka makan ikan bilis,
Sunshine