Teme's GANG

Royalti buku Teme Abdullah



Aku mula menulis masa tahun akhir pengajian di universiti.

“Bukan ke architecture course yang busy? macam mana Teme boleh siapkan buku masa final year?”

Macam jurusan-jurusan lain jugak, architecture pun sebuah course yang tidaklah senang. Busy. Lebih-lebih lagi di tahun akhir. Cuma apa yang aku lalui berbeza sikit. Situasi yang aku alami telah membuatkan aku rasa paling free masa final year.

Masa first year, para mahasiswa rata-ratanya masih dalam mood ‘lek-lek, baru start kot’. Masih dalam mood bercuti. Lagi-lagi pelajar luar negara yang baru datang ke United Kingdom. Inilah tahun mereka untuk berjalan-jalan mengenali ‘dunia baru’, jalan-jalan keliling Europe, try makanan-makanan best, main salji etc. Dan memang betul, awal-awal semester tu tidaklah sesusah final year.

Cuma, aku berbeza sikit. Masa aku baru sampai London, aku takda masa untuk ber’vacation mood’. Dengan keadaan takda biasiswa, dengan keadaan tuition fees belum habis bayar, dengan keadaan nak fikir duit makan minum, dengan keadaan nak sesuaikan diri kat tempat baru, dengan fikir pasal duit poket, duit baju sejuk, transport, bilik sewa, bil-bil, dan sebagainya, aku terpaksa buat macam-macam benda sebagai ikhtiar mencari solusi. Kurang cerdik kalau aku nak join vacation mood jugak. Kene ukur baju di badan sendiri. Aku kene usaha, taknak mengemis.

Tipulah tak jealous dengan orang-orang yang boleh ‘bercuti’. Tapi perasaan tu tak menganggu aku sangat sebab aku ada banyak lagi bende nak difikir. Allah sibukkan aku dengan usaha mencari solusi, bukan usaha merungut. Apa-apa pun, aku kene jugak habiskan degree dengan cemerlang.

Kalau dapat tidur 3 jam sehari tu pun aku dah bersyukur sangat. Aku banyak mencari akal untuk survive sebagai manusia biasa, dalam masa yang sama aku first year architecture student. So, memang sempit & sesak sangat masa tu. Semua ketentuan Allah itu ada hikmahnya. Sebagai hamba, aku yakin dan buat yang terbaik je untuk survive.

Melangkah ke tahun-tahun berikutnya, alhamdulillah aku dah semakin dapat rentak. Dulu rasa macam sesak, rasa macam takda masa free langsung. Tapi bila dah terbiasa, aku tak rasa susah sangat dah. Dah mula pandai cari duit sikit-sikit kat negara orang. And aku dah boleh mula fokus pada study. 

So, bila melangkah ke tahun akhir pulak, aku dah selesa hidup kat London. Takda lah sampai hidup senang. Masih terkapai-kapai. Cuma aku dah tak rasa sangat macam orang asing. Alhamdulillah, duit pun dah takyah fikir sangat dah. Tak macam masa mula-mula dulu. Jadi, boleh dikatakan aku boleh fokus betul-betul pada ijazah untuk final year masa tu. Tapi….. Keadaan yang sedikit selesa tu buat aku rasa macam kurang busy pulak hahaha. Aku pun cari ‘kerja’ apa untuk dibuat so that aku sentiasa rasa busy. A few months later.... Tadaaaa! Lahirlah my first book Pelukis Jalanan.


DUIT BUKU PELUKIS JALANAN

To be honest, aku pun tak sangka yang buku Pelukis Jalanan dapat sambutan sebegitu sekali. Dahlah itu buku pertama aku. Aku menulis untuk share pengalaman je, tak sangka ia meletup. Masa mula-mula dapat tahu buku aku duk kat rak best sellers, nervous dia takleh bawah bincang. “Dahla dahla.. jangan lama-lama sangat bestseller… buku aku bukannya bagus sangat pun. Banyak lagi buku bagus.... Buat malu je kat penulis-penulis hebat yang lain,” macamtu lah aku rasa. Tak yakin langsung. Aku takut ada mana-mana penulis hebat baca buku aku, and aku akan malu dengan quality penulisan sendiri. Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya. Lepas MPH, buku tu best sellers kat Popular Bookstores pulak. Lepastu kat SMO Bookstores. Lepastu kat Kinokuniya, dan macam-macam lagi. Nak nangis weh masatu…. tak sangka. Bertahun buku tu bestseller.

Tapi,

Awal-awal lagi aku dah cakap kat publisher, jangan bagitahu aku berapa jumlah buku Pelukis Jalanan yang terjual. Aku taknak tahu dan aku takkan tanya. Dalam masa yang sama, ramai orang post ranking bestsellers kat social media. Jadi, aku sedar je yang buku tu bestseller kat kedai-kedai buku di Malaysia. Aku sedar je ia banyak terjual. Cuma aku tak tahu pun berapa.

Ada sebab kenapa aku taknak tahu berapa jumlah buku yang terjual. Salah satunya ialah sebab aku sedar hati aku tidak kuat. Aku takut niat aku dalam bidang penulisan ni tersasar. Aku takut bila aku dah mula tengok hasil wang daripada penulisan, aku akan menulis untuk duit, tersasar niat. Aku taknak bende tu terjadi. Biarlah aku sekadar tahu buku aku bestseller, aku taknak tahu more than that. Lebih-lebih lagi soal keuntungan. So, for the first few years, aku memang tak tahu pun berapa royalti yang aku bakal dapat daripada Pelukis Jalanan.


FIRST TIME DAPAT ROYALTI BUKU

Selalunya, penulis akan dapat royalti paling cepat setahun selepas buku itu terbit. Untuk aku pulak, first time aku terima royalti buku ialah masa aku dah habis degree, and dah mula berkerja sebagai Architectural Asistant pun kat London. Masa tu aku dah ada kerja & pendapatan tetap. Alhamdulillah… Hidup jauh terasa lagi mudah daripada zaman susah-susah masa study dulu. Maha suci Allah yang berkuasa meletakkan ujian pada seseorang, Dia jugalah yang berkuasa memberi jalan keluar. Jadi, aku takda lah sampai tertunggu-tunggu untuk dapat royalti buku. Aku tak ternanti-nanti. 

Sampailah satu masa, penerbit buku approach aku untuk brief tentang cara pembayaran royalti kepada aku. Sebab dah tiba masanya diorang bayar royalti aku. Tapi masa tu aku masih tak tengok berapa royalti yang aku dapat! Semuanya masuk ke akaun bank di Malaysia. Dan aku buat tak tahu je. Kalau aku tengok angkanya pun, itu hanya untuk bayar zakat dan lain-lain bayaran yang berkaitan. Selebihnya, aku anggap duit tu macam tak wujud.

Aku ada cita-cita untuk terus jadi penulis. Aku nak bercerita, aku nak berkongsi, aku nak sama-sama membina diri dan masyarakat. Jadi, aku akan usaha sedaya upaya untuk tidak menulis kerana duit. Aku akan cuba sedaya upaya cantas mana-mana ruang untuk syaitan usik niat asal aku.

Untuk lari daripada masalah financial, aku bekerja keras untuk pastikan aku tiada masalah ekonomi personal. Bila aku dah rasa duit aku cukup, hidup aku dah selesa, dah boleh kasi duit banyak kat parents, masa tu barulah aku mula tulis buku kedua iaitu Arkitek Jalanan. Aku boleh menulis dengan lapang tanpa terikat dengan apa-apa melainkan matlamat dan niat asal aku dalam bidang penulisan.

Dan alhamdulillah….. Sehingga ke hari ini, aku hidup dengan duit architecture & beberapa kerja sampingan je; tidak sentuh duit royalti buku. Ya… jumlah yang aku dapat daripada royalti buku tak pernah terusik.


ROYALTI BERAPA BANYAK?

Macam yang aku cakap tadi.... Aku tak teliti pun.... Serious..... Bila aku dapat maklumat daripada publisher yang wang royalti aku dah dimasukkan, aku sekadar tengok je. Pastu bayar zakat dan lain-lain bayaran yang berkaitan. Aku tak kira pun adakah royalti itu terkurang atau sebaliknya. Aku yakin, insyaAllah pihak publisher tak tipu duit royalti penulis. Kalau berlaku penipuan, aku tak rugi pun. Akhirat kan ada.

Jadi, aku memang tak ingat angka spesifik.

Tapi buat yang nak tahu secara kasar, terutamanya kepada mereka yang menyimpan minat untuk menulis buku.... Apa yang aku boleh cakap ialah, kalau kalian bersungguh-sungguh nak menulis, cukuplah aku bagitahu yang insyaAllah pendapatannya dah terlebih cukup daripada apa yang kalian perlukan. Nak jadi penulis sepenuh masa pun boleh. Jaga urusan dengan Allah, Allah akan jaga urusan kau di dunia. Kejar dunia, tapi letak dunia hanya di tangan, jangan biar ia masuk ke hati.


TAK PERNAH SENTUH DUIT ROYALTI

Iyaaaa… Setakat ni, setelah 4 tahun since buku pertama aku, walaupun aku dah menulis 6 buku, aku tak sentuh pun duit royalti. Aku laburkan dalam tabung haji untuk manfaat mereka yang bakal menunaikan haji.

“Tapi hibah tabung haji sikit kan? 1.25% je kan tahun ni? Kenapa tak labur tempat lain? Banyak lagi boleh untung!”

Kan aku dah cakap. Niat aku laburkan duit kat situ sebab nak tolong orang pegi haji je. Untung tak untung tu belakang kira. Bukan untung yang aku cari. Kalau tak, aku boleh je naikkan quota untuk T Planner tahun lepas. Ia habis dalam masa 3 hari daripada keseluruhan 7 hari pre-order. Kalau aku nak untung, aku boleh je increase limit kepada lebih banyak daripada 11,111 dan teruskan buka preorder sehingga hari ke-7. Tapi itu bukanlah matlamatnya. Aku dah kata limitnya 11,111… maka aku akan berhenti pada 11,111. Nilai exclusive sesuatu perkara itu melebihi keuntungan. Jadi tahun ini pun, aku akan hadkan jumlahnya juga. Itu akan diberitahu kemudian insyaAllah.

Moga-moga secebis usaha aku ni dapat membantu lagi ramai orang Malaysia pegi haji insyaAllah. One day, mungkin duit ni boleh digunakan untuk manfaat masyarakat yang lebih besar kan? Who knows?

Mungkin juga aku boleh gunakan ia untuk kos rawatan penyakit yang aku ada sekarang? Haaaaa... Tapi itu bukanlah yang utama. Banyak lagi manusia yang aku boleh bantu dengan melaburkan wang itu dan beberapa saluran lain yang aku taknak ceritakan kepada umum. Membantu lebih ramai orang lain lebih baik daripada merawat diri aku yang hanya seorang. Tapi tengok jugaklah, kalau dah kronik sangat, aku terpaksalah rawat diri sendiri. Hahahahaha.

We’ll see…. kalaulah satu hari nanti aku masih ada perasaan ‘lapang’ macam final year dulu, aku akan cari something baru untuk dibuat. Mungkin aku akan bukak scholarship sendiri untuk bantu student yang ada masalah sama macam aku mula-mula sambung belajar dulu? Mungkin juga bukak rumah anak-anak yatim? Allahualam… Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Kalian doakan juga ye? 

Doakan aku jadi individu yang boleh bagi manfaat pada ummah dan masyarakat. Berjaya dunia akhirat. Dan aku doakan moga-moga kalian dapat kebaikan yang berlipat kali ganda daripada doa ikhlas kalian kepada orang lain... Aminnnn..

Banyak sebenarnya plan-plan aku di masa hadapan kalau umur panjang. Setakat ni cukuplah sekadar menjadi penulis, pelukis & penghibur dengan identiti Teme Abdullah, dan menjadi seorang professional dengan identiti aku di sebalik Teme Abdullah

Dan kalau aku mati sebelum plan-plan aku berjalan, biarlah duit-duit tu diuruskan oleh ibu bapa aku. Ia jadi hak mereka…. Kiranya macam wasiat jugak lah ni 😉

The story behind The Portrait.



“macam magic… Lukis-lukis triangle, sekali keluar muka orang,”
lebih kurang begitulah kata one of twitter friends.


Sejujurnya, itulah salah satu inspirasi aku. 'Magic'. Aku suka tengok orang yang terlalu hebat buat silap mata sehingga penonton terpaksa mengaitkan ‘kuasa asing’ dengan kemahiran tersebut. “Pakai jin ni,” “Ni setan tolong ni,” kata masyarakat bila tengok satu silap mata yang susah untuk dilogikkan dengan akal. Aku tidak menolak kemungkinan ada campur tangan kuasa ghaib. Tetapi aku percaya, kehebatan seseorang ahli silap mata itu datang daripada usahanya. Dan adalah satu kejayaan bila orang terpaksa mengaitkan usahanya dengan ‘magic’.


MELUKIS POTRET

Aku memang suka melukis daripada kecil. Itu je aktiviti yang aku boleh buat untuk menyembunyikan kelemahan aku yang mengalami kesukaran untuk membaca (Aku pun masih wonder how did I end up menulis 6 buku sekarang hahaha). Aku ingat lagi masa kecik dulu, dalam kereta Proton Saga dengan parents aku. Ada satu jentera besar dengan corak-corak celoreng lalu melintasi kenderaan kami. Ia merupakan kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia.

Lebih kurang macam dalam gambar bawah ni.

Sumber: here.

Aku pun terus menghampiri cermin sisi untuk lihat dengan lebih jelas. Papa aku yang duduk di tempat pemandu tak perasan yang aku dah notice kewujudan kereta perisai tu. Papa pun excited panggil aku dengan matanya juga tertumpu pada kereta perisai yang tengah lalu,

“Teme (bukan gelaran sebenar)! Teme!… Tengok kat luar!”

Aku yang tengah khusyuk memerhati tidak perasankan suara papa yang memanggil. Mama yang berada di sebelah papa menoleh ke belakang untuk tengok keadaan aku, takut-takut sedang tidur. Mama nampak yang aku sedang tekun melihat jentera besar yang sedang lalu. Papa pun panggil lagi,

“Teme cepat tengok kat luar tu! Ada kereta kebal!”

Kali ni aku terdengar dan berpaling. Tapi belum sempat aku berikan respon balas mengatakan yang aku juga sedang tengok pada jentera yang sama, mama dah bersuara dulu,

“Papa… jangan kacau dia… Dia tengah tengok nak melukis balik nanti tu.”

Itulah serba sedikit yang aku ingat. Tidaklah ingat sepenuhnya situasi tu. Tapi begitulah ringkasan ceritanya. Apa yang aku ingin ceritakan ialah, minat yang mendalam aku pada melukis telah buatkan mak ayah aku faham akan aku. Kalau aku diam, termenung, aku bukan sedang kebingungan hahaha. Aku sedang memerhati sesuatu dengan khusyuk untuk dijadikan lukisan.

Aku memang minat melukis. Bukan minat kosong, ia satu therapy. Bukan potret je, macam-macam dah aku lukis. Daripada seringkas-ringkas orang lidi, sehingga serumit-rumit hyper realism.


PORTRAIT PERTAMA

Seingat aku, potret pertama yang aku lukis dihadapan orang lain ialah ketika aku dalam lingkungan darjah 2 atau darjah 3. Selalunya aku lukis portrait senyap-senyap je. Kalini, ada orang nampak. Aku lukis Siti Nurhaliza (sebelum bergelar Dato’) daripada rujukan gambar di akhbar. Masa tu aku kat kampung, musim raya. Jadi, sanak saudara banyak kat rumah kampung tu.

Cantik tak lukisan yang aku lukis tu?
Dah confirmla buruk hahahahaha. First time kot.

Tapi…
Ada satu yang aku ingat. Salah seorang cousin aku datang jenguk lukisan aku. Lepastu dia jerit, “SITI NURHALIZA!!” Masa tu, aku terjemahkan respond sepupu aku tu sebagai pujian ke atas lukisan aku. Walaupun di mata aku lukisan tu buruk, cousin aku boleh kenal jugak siapa yang aku lukis. Not bad lah kan? A good start. At least aku berjaya lakukan the bare minimum untuk sebuah lukisan portrait, iaitu membuatkan lukisan itu boleh dicam siapa empunyanya.

Tapi, bila aku dah besar, baru aku tersedar. Mungkin dia boleh teka muka siapa dalam lukisan tu sebab ada keratan akhbar dengan muka Siti Nurhaliza kat sebelah aku hahaha. Dan mungkin benar lukisan aku tu memang buruk dan tidak serupa Siti Nurhaliza langsung. Apa yang aku nak sampaikan ialah, di sebalik andaian-andaian yang melemahkan semangat aku, aku ambil andaian yang positif. The positive spirit yang aku dapat ketika sepupu aku boleh cam lukisan aku itu lah yang buatkan aku bersemangat nak mencuba lagi. Dan aku ingat sampai sekarang.


FAST FORWARD....

Aku tingkatan 3. Masa ni, kat sekolah, nama aku memang melekat dengan perkataan ‘lukisan’. Bila orang tanya, “Kenal Teme (bukan panggilan sebenar juga)?” mesti orang tu menguatkan pertanyaannya dengan ayat yang seakan-akan berbunyi, “Alah… Teme yang melukis tu. Kenal?” Pendek kata, daripada kecik sampailah ke sekolah menengah.... kerja aku melukis je. Time form 3 tu, aku ada lukis potrait keluarga aku.

Cantik tak lukisan yang portrait keluarga tu?
Tak jugak hahaha. Rambut adik aku pun nampak macam tempurung kelapa dalam lukisan tu.

Tetapi... dalam keburukan lukisan tu pada mata aku, mama tetap puji. Mama aku memang akan support anak-anak. Tak pernah pun keluarkan kata-kata yang akan melunturkan semangat. Kalau anak-anaknya baru siap melukis 2 garisan pun, mama akan kata, “wahhhh cantiknyaaa.” Pujian mama best untuk motivasi. Tetapi semestinya bukan untuk kritikan penambahbaikan.

Papa aku pula memang sejenis yang susah nak puji anak-anak. Kalau papa puji, wajar buat kenduri kesyukuran. Papa tak puji pun lukisan aku masa tu….. Dan aku tak expect pun sebab aku dah kenal papa sendiri. Tapi, lebih kurang a decade later, bila whatsapp dah diwujudkan, papa jadikan lukisan yang aku lukis bertahun-tahun dulu tu sebagai Default Picture whatsapp papa. Terharu…. Pada awalnya, aku sangkakan papa tidak kisah. Rupanya lukisan tu memang dalam simpanan. Dan papa sentiasa bangga akan anak-anaknya. Cuma penghargaan itu tidak diluah dengan kata-kata.

Perkara-perkara ini menaikkan semangat aku untuk terus melukis potret. Aku banyak berlatih melukis potret. Sebab bagi aku, potret ialah salah satu manifestasi seni yang paling sukar. Sebab ia melibatkan muka manusia. Setiap muka manusia itu berbeza. Ia boleh dicam dan dibanding-bandingkan. Tersalah sikit, terus janggal.

Aku berlatih dan berlatih…. sehinggalah ke peringkat yang aku kira aku dah ‘nailed it’. Takdalah expert. Cuma bolela kalau nak persembahkan pada orang. Kalau ada majlis-majlis yang melibatkan penghargaan kepada seseorang macam majlis persaraan pengetua sekolah, lukisan potret daripada akulah yang dijadikan hadiah. Kiranya, aku dah confident untuk persembahkan lukisan itu pada orang lain. Alhamdulillah...




Aku teruskan melukis dan melukis. Sampai ke satu peringkat, aku boleh dah lukis potret hyper realism. Alhamdulillah. Tapi keseronokan tu tak lama.


BERHENTI MELUKIS

Tiba-tiba...
Satu hari, aku berhenti terus daripada melukis potret realistik macam sebelumnya. Bertahun-tahun aku berhenti melukis potret semata-mata untuk belajar dan faham dahulu akan hukum melukis dalam Islam. Terutamanya hukum melukis mahkluk yang bernyawa. Bermacam-macam ulama’ aku rujuk.

Kini, aku yakin dengan ulama’ yang mengijtihadkan hukum melukis objek hidup itu tidaklah haram. Ia hanya haram jika ia digunakan untuk tujuan buruk seperti penyembahan. Dan lukisan itu tidak boleh dilukis secara lengkap anggotanya. Dan lukisan kepala (potret) itu hanyalah sebahagian daripada anggota; bukanlah lengkap keseluruhan tubuh. Dan ada beberapa panduan lagi.

Amaran: Jangan berbahas soal hukum di ruangan komen. Mengaji betul-betul, dan ikutlah keyakinan di hati masing-masing. Ilmu itu untuk diamalkan, bukan untuk bergaduh. Nanti aku jentik sorang-sorang.

Walaupun hati aku telah yakin sedemikian,
Keputusan aku yang terlalu drastik untuk berhenti melukis potret dahulu telah membuatkan aku janggal untuk melukis potret semula. Itu di saat aku baru nak mengenal hukum-hukum dalam agama. Sampai rasa serbasalah untuk kembali melukis potret.

Tetapi aku cuba melukis juga. Cuma bukan terang-terangan. Diri aku dah terlalu sebati dengan lukisan. Untuk lukisan potret realistik, aku tidak melukis badannya. Manakala untuk lukisan lengkap dengan tubuh pula, aku hilangkan kepalanya.

Sebab itulah kalau kalian perasan, untuk lukisan cartoon sekalipun, aku modify supaya hilang kepala. Sehingga kepala-kepala cartoon yang aku lukis pun bertukar kepada kepala-kepala bulat yang tidak serupa kepala manusia hahahaha. Ni lah first time aku bagitahu reason aku bulat-bulatkan kepala pada lukisan cartoon aku kepada public. Ia bukan bertujuan untuk comel-comel je. Ia kerana fatwa hati….. Now you know….

Takpalah. Tak dapat kepuasan lukis sebijik macam manusia pun, asalkan hati aku tenang. Aku tahu Allah nilai usaha aku. Aku tidak rugi apa-apa.

Nah contoh-contoh lukisan kepala bulat:




Dan aku lebih senang melukis bangunan. Sebab itulah belambak-lambak lukisan bangunan yang tidak bernyawa kat instagram aku. Aku cuba lari dari khilaf ulama yang mengatakan larangan melukis makhluk hidup.


MELUKIS SEMULA

Aku mula melukis potret kembali selepas dinasihat oleh seorang alim. Katanya, rugi kalau aku tidak gunakan kemahiran aku untuk kebaikan. Aku boleh melukis untuk menyebarkan positiviti. Untuk kebaikan masyarakat. Dan juga untuk menggembirakan orang yang melihat. Bukan hanya dapat pahala menghibur hati, malah kita juga turut gembira melihat orang lain gembira. Dan ia boleh buat orang yang melihat teringat akan kehebatan Allah.

"Jika terlihat kecantikan, ingatlah Penciptanya"
-Pelukis Jalanan, 2016.

Aku perlu mula melukis potret semula. Tapi, untuk menenangkan hati aku, aku akan cuba buat tak sebijik macam dalam gambar. Bukan setakat melukis sekerat-sekerat (kepala sahaja), aku akan tukarkan warnanya terus. Tapi bagaimana untuk melukis seseorang dalam keadaan tidak ada warna, badan, texture kulit, dan bermacam-macam ciri penting? 

Masa aku kecik dulu, aku dah happy bila cousin aku boleh cam lukisan Siti Nurhaliza yang aku lukis. Tapi, kalau buang ciri-ciri manusia padanya….. macam mana orang nak cam itu siapa?

Aku try permudahkan cabaran tu. Untuk permulaan, aku takyah rujuk muka siapa-siapa sebagai subjek lukisan. Aku try lukis muka orang basic je dahulu. Aku dah cukup bertuah kalau ia nampak macam manusia.

Jadi,
Aku pejamkan mata…
Aku bayangkan ciri-ciri rupa manusia…… 
Aku buang warna asal yang menyerupai makhluk yang aku lukis….
Aku biarkan imaginasi aku took control of my hands….
Bila dah ready, aku ambil berus lukisan, dan mula calit-calit colour secara random untuk experiment.




Alhamdulillah! Jadi muka manusia.

Tapi, aku belum puas hati…. Comot. Masih belum perfect. Aku terlintas idea baru. Next time, aku akan cuba kemaskan calitan-calitan random itu kepada segi-segi yang lebih kemas. Dan kali ini, aku akan cabar diri aku untuk lukis agar ia boleh dicam seakan-akan muka seseorang manusia yang wujud.

Cabarannya mirip waktu aku mula-mula melukis dulu….. Struggle untuk buat the bare minimum dalam melukis portrait. Iaitu nak suruh orang boleh cam. Rasa macam baru belajar lukis portrait semula.


THE EXPERIMENT

Aku pause progress melukis potrait dan sambung pengajian ke luar negara. Pejam celik, pejam celik, habis setahun. Tiba cuti summer, dan aku pun pulang ke tanah air. Aku teringat kembali cabaran yang aku hadapi dulu. Why not aku cuba sekarang?

Aku pun pilih beberapa muka tokoh untuk experiment.


Papa lalu kat belakang aku masa melukis. Papa tanya, “Mahathir ke?”

Indirectly, pertanyaan itu buatkan aku tahu yang misi aku tidak menjadi. Aku nak lukis Tok Guru Nik Aziz. Tapi, ayah aku tak boleh cam. Aku respond, “Bukan… Teme lukis Nik Aziz ni…”

Papa melangkah sedikit ke tepi untuk lihat lukisan tu daripada angle lain. Kemudian papa cakap, “Haah!… baru nampak macam Nik Aziz!… Sebab belum siap kot nampak macam Mahathir tadi…” Mungkin papa nak sedapkan hati aku. Mungkin juga aku dah berjaya buatkan lukisan itu boleh dicam. Entah...

Apa-apa pun, aku ambil itu sebagai cabaran untuk aku buat yang terbaik lain kali. Namun bila dah siap, papa bersungguh kata lukisan tu memang macam Tok Guru Nik Aziz. Tapi, respond pertama papa tadi buat aku tercabar untuk improve lagi.


Aku lukis seorang lagi tokoh. Bila dah siap, aku bawa lukisan tu untuk komen daripada mama pulak.

“Macam siapa?” tanya aku sambil tunjukkan lukisan tu kat mama.

Mama renung lukisan tu lama-lama. Kemudian menjawab, “Alaaaaa… mama lupa namanya…” Mimik muka mama menunjukkan beliau sedang struggle untuk mengingati nama empunya wajah tersebut. Pada saat ni, aku mula rasa yang mungkin mama buat-buat lupa, padahal mama tak boleh cam hahahaha. Mungkin mama jawab macam tu sebab nak jaga hati aku je.

Kemudian, keluar satu ayat dari mulut mama yang memberi aku sinar, “Ulama Palestine tu kan?”

Aku tersenyum. Betullah mama hanya terlupa namanya. Perkataan ‘ulama’ dan ’palestine’ itu memang tepat menyatakan ciri-ciri empunya wajah tersebut. Maka aku telah berjaya peringkat yang paling basic. Iaitu membuatkan lukisan dengan teknik baru ini boleh dicam.

Cuti summer pun habis. Aku terbang kembali ke London untuk sambung belajar. Kemudian, progress melukis portrait dengan teknik baru itu pun pause semula. Aku lebih senang nak lukis objek tak bernyawa. Bagi aku, ia kurang cabaran. Mudah untuk buat orang cam sesebuah bangunan. Susah nak buat orang cam lukisan manusia.



NEW CHALLENGE

Cuti summer ni panjang. So, aku boleh gunakan untuk practice melukis lagi. Aku susun semua watercolour untuk ulang balik melukis dengan teknik dahulu. Walaupun, tak perfect, aku kira dah cukup bila mama boleh cam wajah dalam portrait yang aku lukis. So kalini, simple… Aku ulang je lah teknik sama, aku hanya perlu upgrade cabaran itu dengan melukis orang lain pulak. Kalau orang boleh cam selepas 2-3 lukisan berturut-turut, barulah aku dikira berjaya.

Aku renung lama warna-warna acrylic yang sudah aku susun. Terlintas di fikiran aku,

“Wait…. What if aku naikkan lagi cabaran?” 

Kalini, aku decide untuk tak guna colour langsung. Lebih pelik, aku akan guna random doodles sahaja yang takda kaitan langsung dengan wajah yang bakal aku lukis.

Aku pun start lukisan pertama dengan penuh harapan untuk ia menjadi.


Bila dah siap. Sekali tengok, aku terus boleh cam ia Tun Mahathir. Yes. Tapi ini mungkin hanya nasib. Ntah-ntah bila aku lukis orang lain, tak jadi pun. So, aku lukis tokoh yang papa aku pernah tertukar dengan Tun Mahathir dulu. Allahyarham Tok Guru Nik Aziz.


Yesss! Kali kedua lukisan aku boleh dicam walaupun secalit colour pun aku tak guna. Tapi dua kali menjadi pun mungkin nasib. Aku perlu melukis sekali lagi untuk buktikan aku dah berjaya develop teknik ni. 

And for this time…… aku up lagi cabaran. NO RULER…. Aku tak boleh sentuh pun pembaris masa buat straight lines. Aku kene push diri aku to the limit.


Yesss!!! Berjaya!!! Aku puas hati. Tapi satu je, orang tak percaya yang aku tak guna pembaris hahaha. Biarlah, janji aku puas.


THE IDEA

Pejam celik pejam celik. Serious, kalini memang banyak pejam celik. Fast forward ke zaman aku dah grad, dah kerja, and 6 books later..

Aku ada teringin nak try balik teknik yang aku develop dulu. Boleh buat my social media friends happy tengok hasil seni aku. And aku nak upgrade lagi challenge. Iaitu untuk hasilkan lukisan yang rumit, tapi simple. Pening kan? Aku pun pening masa mula-mula datang idea tu. 

Aku cuba fikir balik.... apa lukisan yang paling simple manusia boleh lukis? Orang lidi. Tapi apa yang lagi simple daripada orang lidi?...... A line. Ok check. 

Apa pula antara lukisan yang paling rumit orang boleh lukis? Hyper realism. Yes, for me, hyper realism ialah lukisan yang paling makan masa untuk aku buat dulu.

Line mewakili simplicity.
Realism mewakili kerumitan.

What if I combine those two? Line and realism.
What if i challenge myself to draw a portrait (mewakili kerumitan), using lines (mewakili simplicity). Only lines.. No colour.. No random doodles… ONLY LINES….

Yes! Idea dah ada, cuma….. mungkin kesibukan membuatkan aku tak betul-betul ambil masa untuk melukis. 


MERDEKA 2019 (the moment)

Kebetulan, aku baru siap melukis untuk T Planner 2020. Jadi, aku ada masa senggang sikit. Aku teringat balik idea tadi. Why not aku buat sekarang? But nak lukis siapa?

Sekarang musim merdeka. Tidak dinafikan, banyak cabaran yang ditempuhi masyarakat negara kita. Baik dari segi politik, ekonomi, dan sosial. Aku perlu lukis ‘subjek’ yang beri impak positif kepada masyarakat. We need a cure untuk naikkan semangat merdeka. Aku berfikir….. Siapakah individu yang bila orang teringat, terus rasa positive. I immediately terlintas Raja Permaisuri Agong dengan kecomelannya. Hahaha. 

Yang di-Pertuan Agong, dan Tuanku Raja Permaisuri Agong merupakan dua figura yang paling berjaya menyatupadukan rakyat jelata. Dengan kerendahan hati mereka. Dengan keperihatinan Tuanku Yang di-Pertuan Agong membantu rakyat yang kemalangan di bahu jalan. Dengan keletah mereka di majlis-majlis rasmi. Dengan reply-reply humble Tuanku Permaisuri Agong di social media akan kicauan rakyat-rakyat biasa...... That’s it… I’m going to draw Yang di-Pertuan Agong, dan Raja Permaisuri Agong.

I asked my social media friends. My long time supporters… And majority of them responded Tuanku Permaisuri Agong, and Yang di-Pertuan Agong. Sama macam apa yang aku fikirkan...

I set up my drawing space. And I add one more challenge. NO PENCIL SKETCH. Tapi sayangnya, macam cabaran no ruler sebelum ini juga, aku sorang je puas hati. Mereka yang tengok hasilnya tak merasakan the thrill and excitement. Malah ada yang kurang percaya aku tak guna pembaris langsung. Inikan pula kalau aku kata tak sketch langsung. Lagilah orang tak percaya.

“Wait…. Aku boleh buat diorang tengok jugak… Aku boleh buat diorang percaya.... What if I record the drawing process?”

Diorang akan rasa thrilled, excited, entertained.. macam tengok magic show.  and yang paling penting, mereka akan kagum dengan ciptaan Allah. Manusia boleh buat something yang seakan-akan silap mata, seakan-akan unexplained, tetapi tiada yang mustahil jika Allah izinkan. Hebat ciptaan Allah.

"Okay! I’m going to record the whole process!"

And the rest is history...





"Ia kekal dongeng... Jika engkau tidak mula berjalan."
-Pelukis Jalanan, 2016.

HOT POST!!