Teme's GANG

The story behind The Portrait.



“macam magic… Lukis-lukis triangle, sekali keluar muka orang,”
lebih kurang begitulah kata one of twitter friends.


Sejujurnya, itulah salah satu inspirasi aku. 'Magic'. Aku suka tengok orang yang terlalu hebat buat silap mata sehingga penonton terpaksa mengaitkan ‘kuasa asing’ dengan kemahiran tersebut. “Pakai jin ni,” “Ni setan tolong ni,” kata masyarakat bila tengok satu silap mata yang susah untuk dilogikkan dengan akal. Aku tidak menolak kemungkinan ada campur tangan kuasa ghaib. Tetapi aku percaya, kehebatan seseorang ahli silap mata itu datang daripada usahanya. Dan adalah satu kejayaan bila orang terpaksa mengaitkan usahanya dengan ‘magic’.


MELUKIS POTRET

Aku memang suka melukis daripada kecil. Itu je aktiviti yang aku boleh buat untuk menyembunyikan kelemahan aku yang mengalami kesukaran untuk membaca (Aku pun masih wonder how did I end up menulis 6 buku sekarang hahaha). Aku ingat lagi masa kecik dulu, dalam kereta Proton Saga dengan parents aku. Ada satu jentera besar dengan corak-corak celoreng lalu melintasi kenderaan kami. Ia merupakan kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia.

Lebih kurang macam dalam gambar bawah ni.

Sumber: here.

Aku pun terus menghampiri cermin sisi untuk lihat dengan lebih jelas. Papa aku yang duduk di tempat pemandu tak perasan yang aku dah notice kewujudan kereta perisai tu. Papa pun excited panggil aku dengan matanya juga tertumpu pada kereta perisai yang tengah lalu,

“Teme (bukan gelaran sebenar)! Teme!… Tengok kat luar!”

Aku yang tengah khusyuk memerhati tidak perasankan suara papa yang memanggil. Mama yang berada di sebelah papa menoleh ke belakang untuk tengok keadaan aku, takut-takut sedang tidur. Mama nampak yang aku sedang tekun melihat jentera besar yang sedang lalu. Papa pun panggil lagi,

“Teme cepat tengok kat luar tu! Ada kereta kebal!”

Kali ni aku terdengar dan berpaling. Tapi belum sempat aku berikan respon balas mengatakan yang aku juga sedang tengok pada jentera yang sama, mama dah bersuara dulu,

“Papa… jangan kacau dia… Dia tengah tengok nak melukis balik nanti tu.”

Itulah serba sedikit yang aku ingat. Tidaklah ingat sepenuhnya situasi tu. Tapi begitulah ringkasan ceritanya. Apa yang aku ingin ceritakan ialah, minat yang mendalam aku pada melukis telah buatkan mak ayah aku faham akan aku. Kalau aku diam, termenung, aku bukan sedang kebingungan hahaha. Aku sedang memerhati sesuatu dengan khusyuk untuk dijadikan lukisan.

Aku memang minat melukis. Bukan minat kosong, ia satu therapy. Bukan potret je, macam-macam dah aku lukis. Daripada seringkas-ringkas orang lidi, sehingga serumit-rumit hyper realism.


PORTRAIT PERTAMA

Seingat aku, potret pertama yang aku lukis dihadapan orang lain ialah ketika aku dalam lingkungan darjah 2 atau darjah 3. Selalunya aku lukis portrait senyap-senyap je. Kalini, ada orang nampak. Aku lukis Siti Nurhaliza (sebelum bergelar Dato’) daripada rujukan gambar di akhbar. Masa tu aku kat kampung, musim raya. Jadi, sanak saudara banyak kat rumah kampung tu.

Cantik tak lukisan yang aku lukis tu?
Dah confirmla buruk hahahahaha. First time kot.

Tapi…
Ada satu yang aku ingat. Salah seorang cousin aku datang jenguk lukisan aku. Lepastu dia jerit, “SITI NURHALIZA!!” Masa tu, aku terjemahkan respond sepupu aku tu sebagai pujian ke atas lukisan aku. Walaupun di mata aku lukisan tu buruk, cousin aku boleh kenal jugak siapa yang aku lukis. Not bad lah kan? A good start. At least aku berjaya lakukan the bare minimum untuk sebuah lukisan portrait, iaitu membuatkan lukisan itu boleh dicam siapa empunyanya.

Tapi, bila aku dah besar, baru aku tersedar. Mungkin dia boleh teka muka siapa dalam lukisan tu sebab ada keratan akhbar dengan muka Siti Nurhaliza kat sebelah aku hahaha. Dan mungkin benar lukisan aku tu memang buruk dan tidak serupa Siti Nurhaliza langsung. Apa yang aku nak sampaikan ialah, di sebalik andaian-andaian yang melemahkan semangat aku, aku ambil andaian yang positif. The positive spirit yang aku dapat ketika sepupu aku boleh cam lukisan aku itu lah yang buatkan aku bersemangat nak mencuba lagi. Dan aku ingat sampai sekarang.


FAST FORWARD....

Aku tingkatan 3. Masa ni, kat sekolah, nama aku memang melekat dengan perkataan ‘lukisan’. Bila orang tanya, “Kenal Teme (bukan panggilan sebenar juga)?” mesti orang tu menguatkan pertanyaannya dengan ayat yang seakan-akan berbunyi, “Alah… Teme yang melukis tu. Kenal?” Pendek kata, daripada kecik sampailah ke sekolah menengah.... kerja aku melukis je. Time form 3 tu, aku ada lukis potrait keluarga aku.

Cantik tak lukisan yang portrait keluarga tu?
Tak jugak hahaha. Rambut adik aku pun nampak macam tempurung kelapa dalam lukisan tu.

Tetapi... dalam keburukan lukisan tu pada mata aku, mama tetap puji. Mama aku memang akan support anak-anak. Tak pernah pun keluarkan kata-kata yang akan melunturkan semangat. Kalau anak-anaknya baru siap melukis 2 garisan pun, mama akan kata, “wahhhh cantiknyaaa.” Pujian mama best untuk motivasi. Tetapi semestinya bukan untuk kritikan penambahbaikan.

Papa aku pula memang sejenis yang susah nak puji anak-anak. Kalau papa puji, wajar buat kenduri kesyukuran. Papa tak puji pun lukisan aku masa tu….. Dan aku tak expect pun sebab aku dah kenal papa sendiri. Tapi, lebih kurang a decade later, bila whatsapp dah diwujudkan, papa jadikan lukisan yang aku lukis bertahun-tahun dulu tu sebagai Default Picture whatsapp papa. Terharu…. Pada awalnya, aku sangkakan papa tidak kisah. Rupanya lukisan tu memang dalam simpanan. Dan papa sentiasa bangga akan anak-anaknya. Cuma penghargaan itu tidak diluah dengan kata-kata.

Perkara-perkara ini menaikkan semangat aku untuk terus melukis potret. Aku banyak berlatih melukis potret. Sebab bagi aku, potret ialah salah satu manifestasi seni yang paling sukar. Sebab ia melibatkan muka manusia. Setiap muka manusia itu berbeza. Ia boleh dicam dan dibanding-bandingkan. Tersalah sikit, terus janggal.

Aku berlatih dan berlatih…. sehinggalah ke peringkat yang aku kira aku dah ‘nailed it’. Takdalah expert. Cuma bolela kalau nak persembahkan pada orang. Kalau ada majlis-majlis yang melibatkan penghargaan kepada seseorang macam majlis persaraan pengetua sekolah, lukisan potret daripada akulah yang dijadikan hadiah. Kiranya, aku dah confident untuk persembahkan lukisan itu pada orang lain. Alhamdulillah...




Aku teruskan melukis dan melukis. Sampai ke satu peringkat, aku boleh dah lukis potret hyper realism. Alhamdulillah. Tapi keseronokan tu tak lama.


BERHENTI MELUKIS

Tiba-tiba...
Satu hari, aku berhenti terus daripada melukis potret realistik macam sebelumnya. Bertahun-tahun aku berhenti melukis potret semata-mata untuk belajar dan faham dahulu akan hukum melukis dalam Islam. Terutamanya hukum melukis mahkluk yang bernyawa. Bermacam-macam ulama’ aku rujuk.

Kini, aku yakin dengan ulama’ yang mengijtihadkan hukum melukis objek hidup itu tidaklah haram. Ia hanya haram jika ia digunakan untuk tujuan buruk seperti penyembahan. Dan lukisan itu tidak boleh dilukis secara lengkap anggotanya. Dan lukisan kepala (potret) itu hanyalah sebahagian daripada anggota; bukanlah lengkap keseluruhan tubuh. Dan ada beberapa panduan lagi.

Amaran: Jangan berbahas soal hukum di ruangan komen. Mengaji betul-betul, dan ikutlah keyakinan di hati masing-masing. Ilmu itu untuk diamalkan, bukan untuk bergaduh. Nanti aku jentik sorang-sorang.

Walaupun hati aku telah yakin sedemikian,
Keputusan aku yang terlalu drastik untuk berhenti melukis potret dahulu telah membuatkan aku janggal untuk melukis potret semula. Itu di saat aku baru nak mengenal hukum-hukum dalam agama. Sampai rasa serbasalah untuk kembali melukis potret.

Tetapi aku cuba melukis juga. Cuma bukan terang-terangan. Diri aku dah terlalu sebati dengan lukisan. Untuk lukisan potret realistik, aku tidak melukis badannya. Manakala untuk lukisan lengkap dengan tubuh pula, aku hilangkan kepalanya.

Sebab itulah kalau kalian perasan, untuk lukisan cartoon sekalipun, aku modify supaya hilang kepala. Sehingga kepala-kepala cartoon yang aku lukis pun bertukar kepada kepala-kepala bulat yang tidak serupa kepala manusia hahahaha. Ni lah first time aku bagitahu reason aku bulat-bulatkan kepala pada lukisan cartoon aku kepada public. Ia bukan bertujuan untuk comel-comel je. Ia kerana fatwa hati….. Now you know….

Takpalah. Tak dapat kepuasan lukis sebijik macam manusia pun, asalkan hati aku tenang. Aku tahu Allah nilai usaha aku. Aku tidak rugi apa-apa.

Nah contoh-contoh lukisan kepala bulat:




Dan aku lebih senang melukis bangunan. Sebab itulah belambak-lambak lukisan bangunan yang tidak bernyawa kat instagram aku. Aku cuba lari dari khilaf ulama yang mengatakan larangan melukis makhluk hidup.


MELUKIS SEMULA

Aku mula melukis potret kembali selepas dinasihat oleh seorang alim. Katanya, rugi kalau aku tidak gunakan kemahiran aku untuk kebaikan. Aku boleh melukis untuk menyebarkan positiviti. Untuk kebaikan masyarakat. Dan juga untuk menggembirakan orang yang melihat. Bukan hanya dapat pahala menghibur hati, malah kita juga turut gembira melihat orang lain gembira. Dan ia boleh buat orang yang melihat teringat akan kehebatan Allah.

"Jika terlihat kecantikan, ingatlah Penciptanya"
-Pelukis Jalanan, 2016.

Aku perlu mula melukis potret semula. Tapi, untuk menenangkan hati aku, aku akan cuba buat tak sebijik macam dalam gambar. Bukan setakat melukis sekerat-sekerat (kepala sahaja), aku akan tukarkan warnanya terus. Tapi bagaimana untuk melukis seseorang dalam keadaan tidak ada warna, badan, texture kulit, dan bermacam-macam ciri penting? 

Masa aku kecik dulu, aku dah happy bila cousin aku boleh cam lukisan Siti Nurhaliza yang aku lukis. Tapi, kalau buang ciri-ciri manusia padanya….. macam mana orang nak cam itu siapa?

Aku try permudahkan cabaran tu. Untuk permulaan, aku takyah rujuk muka siapa-siapa sebagai subjek lukisan. Aku try lukis muka orang basic je dahulu. Aku dah cukup bertuah kalau ia nampak macam manusia.

Jadi,
Aku pejamkan mata…
Aku bayangkan ciri-ciri rupa manusia…… 
Aku buang warna asal yang menyerupai makhluk yang aku lukis….
Aku biarkan imaginasi aku took control of my hands….
Bila dah ready, aku ambil berus lukisan, dan mula calit-calit colour secara random untuk experiment.




Alhamdulillah! Jadi muka manusia.

Tapi, aku belum puas hati…. Comot. Masih belum perfect. Aku terlintas idea baru. Next time, aku akan cuba kemaskan calitan-calitan random itu kepada segi-segi yang lebih kemas. Dan kali ini, aku akan cabar diri aku untuk lukis agar ia boleh dicam seakan-akan muka seseorang manusia yang wujud.

Cabarannya mirip waktu aku mula-mula melukis dulu….. Struggle untuk buat the bare minimum dalam melukis portrait. Iaitu nak suruh orang boleh cam. Rasa macam baru belajar lukis portrait semula.


THE EXPERIMENT

Aku pause progress melukis potrait dan sambung pengajian ke luar negara. Pejam celik, pejam celik, habis setahun. Tiba cuti summer, dan aku pun pulang ke tanah air. Aku teringat kembali cabaran yang aku hadapi dulu. Why not aku cuba sekarang?

Aku pun pilih beberapa muka tokoh untuk experiment.


Papa lalu kat belakang aku masa melukis. Papa tanya, “Mahathir ke?”

Indirectly, pertanyaan itu buatkan aku tahu yang misi aku tidak menjadi. Aku nak lukis Tok Guru Nik Aziz. Tapi, ayah aku tak boleh cam. Aku respond, “Bukan… Teme lukis Nik Aziz ni…”

Papa melangkah sedikit ke tepi untuk lihat lukisan tu daripada angle lain. Kemudian papa cakap, “Haah!… baru nampak macam Nik Aziz!… Sebab belum siap kot nampak macam Mahathir tadi…” Mungkin papa nak sedapkan hati aku. Mungkin juga aku dah berjaya buatkan lukisan itu boleh dicam. Entah...

Apa-apa pun, aku ambil itu sebagai cabaran untuk aku buat yang terbaik lain kali. Namun bila dah siap, papa bersungguh kata lukisan tu memang macam Tok Guru Nik Aziz. Tapi, respond pertama papa tadi buat aku tercabar untuk improve lagi.


Aku lukis seorang lagi tokoh. Bila dah siap, aku bawa lukisan tu untuk komen daripada mama pulak.

“Macam siapa?” tanya aku sambil tunjukkan lukisan tu kat mama.

Mama renung lukisan tu lama-lama. Kemudian menjawab, “Alaaaaa… mama lupa namanya…” Mimik muka mama menunjukkan beliau sedang struggle untuk mengingati nama empunya wajah tersebut. Pada saat ni, aku mula rasa yang mungkin mama buat-buat lupa, padahal mama tak boleh cam hahahaha. Mungkin mama jawab macam tu sebab nak jaga hati aku je.

Kemudian, keluar satu ayat dari mulut mama yang memberi aku sinar, “Ulama Palestine tu kan?”

Aku tersenyum. Betullah mama hanya terlupa namanya. Perkataan ‘ulama’ dan ’palestine’ itu memang tepat menyatakan ciri-ciri empunya wajah tersebut. Maka aku telah berjaya peringkat yang paling basic. Iaitu membuatkan lukisan dengan teknik baru ini boleh dicam.

Cuti summer pun habis. Aku terbang kembali ke London untuk sambung belajar. Kemudian, progress melukis portrait dengan teknik baru itu pun pause semula. Aku lebih senang nak lukis objek tak bernyawa. Bagi aku, ia kurang cabaran. Mudah untuk buat orang cam sesebuah bangunan. Susah nak buat orang cam lukisan manusia.



NEW CHALLENGE

Cuti summer ni panjang. So, aku boleh gunakan untuk practice melukis lagi. Aku susun semua watercolour untuk ulang balik melukis dengan teknik dahulu. Walaupun, tak perfect, aku kira dah cukup bila mama boleh cam wajah dalam portrait yang aku lukis. So kalini, simple… Aku ulang je lah teknik sama, aku hanya perlu upgrade cabaran itu dengan melukis orang lain pulak. Kalau orang boleh cam selepas 2-3 lukisan berturut-turut, barulah aku dikira berjaya.

Aku renung lama warna-warna acrylic yang sudah aku susun. Terlintas di fikiran aku,

“Wait…. What if aku naikkan lagi cabaran?” 

Kalini, aku decide untuk tak guna colour langsung. Lebih pelik, aku akan guna random doodles sahaja yang takda kaitan langsung dengan wajah yang bakal aku lukis.

Aku pun start lukisan pertama dengan penuh harapan untuk ia menjadi.


Bila dah siap. Sekali tengok, aku terus boleh cam ia Tun Mahathir. Yes. Tapi ini mungkin hanya nasib. Ntah-ntah bila aku lukis orang lain, tak jadi pun. So, aku lukis tokoh yang papa aku pernah tertukar dengan Tun Mahathir dulu. Allahyarham Tok Guru Nik Aziz.


Yesss! Kali kedua lukisan aku boleh dicam walaupun secalit colour pun aku tak guna. Tapi dua kali menjadi pun mungkin nasib. Aku perlu melukis sekali lagi untuk buktikan aku dah berjaya develop teknik ni. 

And for this time…… aku up lagi cabaran. NO RULER…. Aku tak boleh sentuh pun pembaris masa buat straight lines. Aku kene push diri aku to the limit.


Yesss!!! Berjaya!!! Aku puas hati. Tapi satu je, orang tak percaya yang aku tak guna pembaris hahaha. Biarlah, janji aku puas.


THE IDEA

Pejam celik pejam celik. Serious, kalini memang banyak pejam celik. Fast forward ke zaman aku dah grad, dah kerja, and 6 books later..

Aku ada teringin nak try balik teknik yang aku develop dulu. Boleh buat my social media friends happy tengok hasil seni aku. And aku nak upgrade lagi challenge. Iaitu untuk hasilkan lukisan yang rumit, tapi simple. Pening kan? Aku pun pening masa mula-mula datang idea tu. 

Aku cuba fikir balik.... apa lukisan yang paling simple manusia boleh lukis? Orang lidi. Tapi apa yang lagi simple daripada orang lidi?...... A line. Ok check. 

Apa pula antara lukisan yang paling rumit orang boleh lukis? Hyper realism. Yes, for me, hyper realism ialah lukisan yang paling makan masa untuk aku buat dulu.

Line mewakili simplicity.
Realism mewakili kerumitan.

What if I combine those two? Line and realism.
What if i challenge myself to draw a portrait (mewakili kerumitan), using lines (mewakili simplicity). Only lines.. No colour.. No random doodles… ONLY LINES….

Yes! Idea dah ada, cuma….. mungkin kesibukan membuatkan aku tak betul-betul ambil masa untuk melukis. 


MERDEKA 2019 (the moment)

Kebetulan, aku baru siap melukis untuk T Planner 2020. Jadi, aku ada masa senggang sikit. Aku teringat balik idea tadi. Why not aku buat sekarang? But nak lukis siapa?

Sekarang musim merdeka. Tidak dinafikan, banyak cabaran yang ditempuhi masyarakat negara kita. Baik dari segi politik, ekonomi, dan sosial. Aku perlu lukis ‘subjek’ yang beri impak positif kepada masyarakat. We need a cure untuk naikkan semangat merdeka. Aku berfikir….. Siapakah individu yang bila orang teringat, terus rasa positive. I immediately terlintas Raja Permaisuri Agong dengan kecomelannya. Hahaha. 

Yang di-Pertuan Agong, dan Tuanku Raja Permaisuri Agong merupakan dua figura yang paling berjaya menyatupadukan rakyat jelata. Dengan kerendahan hati mereka. Dengan keperihatinan Tuanku Yang di-Pertuan Agong membantu rakyat yang kemalangan di bahu jalan. Dengan keletah mereka di majlis-majlis rasmi. Dengan reply-reply humble Tuanku Permaisuri Agong di social media akan kicauan rakyat-rakyat biasa...... That’s it… I’m going to draw Yang di-Pertuan Agong, dan Raja Permaisuri Agong.

I asked my social media friends. My long time supporters… And majority of them responded Tuanku Permaisuri Agong, and Yang di-Pertuan Agong. Sama macam apa yang aku fikirkan...

I set up my drawing space. And I add one more challenge. NO PENCIL SKETCH. Tapi sayangnya, macam cabaran no ruler sebelum ini juga, aku sorang je puas hati. Mereka yang tengok hasilnya tak merasakan the thrill and excitement. Malah ada yang kurang percaya aku tak guna pembaris langsung. Inikan pula kalau aku kata tak sketch langsung. Lagilah orang tak percaya.

“Wait…. Aku boleh buat diorang tengok jugak… Aku boleh buat diorang percaya.... What if I record the drawing process?”

Diorang akan rasa thrilled, excited, entertained.. macam tengok magic show.  and yang paling penting, mereka akan kagum dengan ciptaan Allah. Manusia boleh buat something yang seakan-akan silap mata, seakan-akan unexplained, tetapi tiada yang mustahil jika Allah izinkan. Hebat ciptaan Allah.

"Okay! I’m going to record the whole process!"

And the rest is history...





"Ia kekal dongeng... Jika engkau tidak mula berjalan."
-Pelukis Jalanan, 2016.

50 ulasan:

  1. Kagum garisan tu mmg lurus x pakai pembaris.. Good job teme

    BalasPadam
  2. hai teme ! jujur saya cakap saya pun minat melukis gila! tapi sebab tak cukup masa masa hujung minggu je.So yeah,because of you saya rada macam nak lukis hari hari !!! Tapi tulah exam akhir tahun nak dekat.Wish me luck teme !!!! lots of love from your loyal fans.

    BalasPadam
  3. Tak tahu nak cakap apa lagi. Terlalu bangga dengan teme. Sebagai supporter "lama" teme, i always follow your perkembangan. I really proud of you.
    Teme, saya akan sentiasa doakan teme sentiasa jadi contoh yg baik, tak lupa daratan, humble and yg paling penting tak lupa Allah. (teme ingat tak ayat ni😁)
    Thank you teme for everything.☺️🌹
    ~sna
    Psst: teme tadi saya exam, doakan yg dapat habiskan ACCA ni asap😭

    BalasPadam
  4. I love this entry 😊 and indeed, the king and queen memang menyatukan rakyat, I'm so healed dengan teletah mereka berdua. All the best teme ✊

    BalasPadam
  5. ‘Mereka yang tengok hasilnya tak merasakan the thrill and excitement’

    Honestly, I feel that. Setiap saat pen Teme menari nari atas kertas saya perhati betul betul. Saya macam wowww. How Teme? You are very talented! I am very impressed. But honestly tak puas tengok semata mata through video. How I wish I can see you melukis secara live. Lagi puas hati kot. But yaa. Impossible. Hahahaa. Teme, you don't know me. But honestly I am very proud of you. Teme dah pergi sangat jauh. All the best Teme. Take care of yourself. May Allah always with you. May Allah always bless you. ✨

    BalasPadam
  6. Still amazed... You are so talented.

    BalasPadam
  7. Kudos teme. Keep on inspiring others 😊

    BalasPadam
  8. Teme im reaaaaallyyy happyyy for youu!!teruskan lagi usaha utk capai your dreams!kami akn sentiasa ada dkt blkg awak..tolak awk majuu ke dpn insha Allah..moga awak n family sentiasa dlm rahmat Allah swt..jaga kesihatan tau!kitorg sayaaaangg teme!!thank u for your existing!

    BalasPadam
  9. Good job. Ralit tengok dio nukih. Superb !!

    BalasPadam
  10. Good job. Ralit nengok dia nukih. Superb !

    BalasPadam
  11. Act saya suka baca cara penulisan teme.. menarik sgttt! srs seronok sgt baca �� N ur drawing tooo, mmg amazing gilerr

    BalasPadam
  12. Hai teme amazing artwork. Rezeki teme bila Allah izinkan utk guna yr gifted hands and make people love to see yr artwork. Saya tak pandai melukis. Jd saya kagum tgk teme lukis triangle tu kejap kecil kejap besar. You are so talented. Teruskan melukis sb ramai yg support teme. May Allah bless you.

    BalasPadam
  13. Amazing Teme. Kipidap 🌻

    BalasPadam
  14. Kagum tetap kagum.

    Sebelum ni saya tak notoced siapa Teme. Lepas keluar MHI (live penggilan telefon), terus saya cari 2 buku yang dah keluar.

    Mulai dari itu, saya big fan of Teme. Planner pun beli tapi tak pakai. Sayang 🤣🤣🤣

    BalasPadam
  15. Subhanallah.. your drawing talent is a huge Gift from Allah. Keep inspiring Teme, teruskan spread positivity.. Honestly, one of socmed account yg I always reach when feeling low is yours.. Thank you for all the motivations..Moga Allah sentiasa jaga,moga Allah sentiasa pelihara di mana jua awak berada.. :)

    BalasPadam
  16. Sukenye tgk teme lukis. Suke baca ape yg teme tulis dari Hati..
    Bahasa menunjukkan bangsa..
    Semoga dipermudahkan segala urusan teme..
    Suke nak baca lagi...

    BalasPadam
  17. Macam mana nk jiwa kental mcm teme,tp dia dh ada bakat melukis while me hmm buat garisan pon xbetul lg. Salah satu sbb sy nk jadi arkitek sbb teme. Saya cabar diri sy ambik architecture walaupun benda tu agak merumitkan especially bab sketch. Srs kena kuat time sketch kalau tak mengalir air mata. Tp demi cita2, saya akan usahakan yg terbaik utk smbg degree dalam architecture tahun depan. wish me luck :) btw thanks for inspiring me��

    BalasPadam
  18. Tahniah teme! Saya tumpang happyyy. Proud to be one of your fans ��

    BalasPadam
  19. Semoga teme terus success Dan terus berkongsi pengalaman untuk manfaat bersama

    BalasPadam
  20. Bila tgk lukisan lama teme..buat aku terfikir kalau lah aku kenal teme nie dlu sebelum dia terkenal macam nie..mesti aku rasa kagum dgn semua karya dia..sebab teme talented dan dia berusaha menjadi lebih baik serta selalu mencabar diri dia..berkat usaha dia yang tak putus2 menyebabkan dia mampu menjadi teme yang sekarang

    Kesimpulannya, jangan pernah berputus asa dan sentiasa fokus dengan apa yang kita minat..dan teruskan belajar dan belajar sampai la ke akhir hayat ^^

    Cantik lukisan teme..semoga berjaya didunia dan akhirat

    BalasPadam
  21. Thanks for giving me the courage to draw portrait again��

    BalasPadam
  22. Thanks for giving me the courage to draw portrait again

    BalasPadam
  23. "Ia kekal dongeng... Jika engkau tidak mula berjalan." Disebabkan kata-kata inilah, saya cuba juga nak melukis biarpun hasilnya buruk bebenau. Haha.

    Tapi,betullah, bila kita mula berlatih dan terus berlatih, nampak jugalah kepuasan di situ. Nampaklah ada peningkatan sedikit. Tapi nak jadi super mahir macam Teme ni memang jauh lagi nak capai.

    Harapnya Teme selepas ini buatlah buku tutorial asas melukis pula.

    Semoga terus berkarya, Teme. Terus memberikan ilham buat semua.

    BalasPadam
  24. Hai teme.keep on inspiring others!teme dah pergiii sangattt jauh darii mula2 teme masuk bidang nii! I’m proud with you!

    BalasPadam
  25. Selalu bila tengok lukisan teme dalam buku, sokmo duk usap usap je lukisan teme *feeling macam kite yg lukis ^_^. Suka sangat. Tak pernah jemu tunggu your book(s) in future. Keep inspiring <3

    BalasPadam
  26. Bila baca story ni tetiba rasa mcm sebak..betul la teme ckp benda yg hebat tu xdtg sekelip mata..kena berusaha n jgn putus asa..buat utk kepuasan diri sndiri baru puas hati

    BalasPadam
  27. Hi teme!Saya dh lama follow teme punya ig tpi jrg2 ambil 'port' untuk tinggalkan komen dan jujurnya saya belum pernah baca buku teme. And i just knew that your writing is very inspiring and humble.When i read your background story of your journey on how you develop such a majestic technique, i'm impressed with Allah's gift to you. It is what we called talent plus passion that create a magic. Keep on writing such an inspiring story and i'm looking forward for your every upcoming artwork

    BalasPadam
  28. You grow up well brother,ermm nice👍(bayangkan macam yusuf iskandar cakap nice,kalau lupa gi tengok video Yusuf balik)😂😂

    BalasPadam
  29. You grow up well brother,ermm nice👍(bayangkan macam yusuf iskandar cakap nice,kalau lupa gi tengok video Yusuf balik)😂😂

    BalasPadam
  30. Tahniah teme.. saya kagum dgn teme.. selamat berkarya dan menjadi sumber inspirasi yg baik buat anak2 muda zaman sekarang.

    BalasPadam
  31. Your effort paid off. ☺️ Lukisan yang sangat cantik. Without sketching n ruler, but your drawing are extraordinary. Congrats. Semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu. Semoga terus memberi impak positif untuk masyarakat. Suka sikap teme yang positif, akan sentiasa fikir untuk improve sesuatu kerja untuk hasilkan yang terbaik. ☺️ Sketch your world by your own way. ��

    BalasPadam
  32. Speechless, speechleeesss🎵🎵😱😱
    Semoga karya teme abdullah terus maju mata supporters😄
    #supportlocalartist_itsteme

    BalasPadam
  33. Dengan Penulisan kita boleh sentuh hati manusia, mohon terus berkarya, tak kenal pun siapa awak, tapi yang pasti awak Hamba-NYA mohon terus berkarya

    I not someone that have backgrounds of drawings. Tak pandai lukis pun, tapi saya percaya dengan lukisan juga kita boleh sentuh hati manusia
    Hope i can get your planner for 2020,can't wait for your announcement

    BalasPadam
  34. Akhirnya ada lagi sisa sisa blog peribadi yang seronok di baca. Keep it up Teme!!

    BalasPadam
  35. Bila melukis dgn penuh minat,iman,ikhlas dan niat yg mulia...begitulah jadiknye..syabas dan semoga terus sukses!

    BalasPadam
  36. Dari first gambar, Aku dah amaze gila dengan lukisan teme. Semua perfect Dan mencabar utk Aku lukis. selama bertahun tahun teme belajar teknik lukisan, Aku bangga jadi salah seorang pengikut media sosial Dan pembaca buku beliau. Speechless and proud of you, Teme!💜

    BalasPadam
  37. Rasa nk nangis, rasa kagum gila. Good job, Teme. Keep it up����

    BalasPadam
  38. Setiap orang ada cara dakwah sendiri , kalau itu adalah apa yang teme risaukan .
    Sambil-sambil tenang tengok lukisan-lukisan kamu , sempat juga laa kami baca panggilan kamu untuk kami kembali kepada Allah , kan . . . 😎
    Terima kasih .

    BalasPadam
  39. You did well Teme. Teruskan berkarya tau. Saya tunggu. I loves read your book and your drawing. It keep inspiring me. Semoga segala usaha Teme menyampaikan dakwah Allah berkati dan rahmati. InsyaAllah. May you be happy with your family..

    BalasPadam
  40. Awesome! Keep on going... salute atas ikhtiar memahami sebelum terus proceed dgn jalan pilihan.... cantik jln da'wah itu... mashaallah... moga berjaya dunia dan akhirat... #salute #awed

    BalasPadam
  41. Assalamualaikum. Saya suka seni tapi tidak pandai melukis seperti Teme. Semua lukisan Teme hasilkan saya suka. Alhamdulillah Teme menggunakan sebaik mungkin anugerah yang Allah berikan. Cartoon kepala bulat tu sangat comel. Dan lukisan bangunan pula mampu membawa kami mengembara tanpa perlu ke sana. Thanx Teme. Semoga Teme akan terus mempunyai idea untuk berkarya. May ALLAH Bless You

    BalasPadam
  42. Ma Sha Allah �� Very inspiring story and satisfying artwork! ✨

    BalasPadam
  43. Subhanallah, usaha tangga kejayaan. Kalau selalu bermimpi tanpa mengejarnya ialah suatu kerugian. Namun bermimpi dengan usaha.. Allahuakhbar😊

    BalasPadam
  44. hi teme..thanks sebab lukiskan lukisan potret Sultan kita juga, Sultan Haji Hassanal Bolkiah.tpi saya tak nampak lukisan tu kat ig teme.apa2 pun..you are so talented..man..

    BalasPadam
  45. Hai teme! This masterpiece makes me amazed n very inspiring, so I did follow u since then cos ur so talented... Anyway well donee teme! Can't wait to read ur books!

    BalasPadam

Hai. It's me, Teme. I'm sorry if you have to go through word verification before posting comment(s). I received tonnes of spam comments lately. I had to turn the word verification on 😕. I'm sorry. Jangan jemu untuk komen tau!

HOT POST!!