Teme's GANG

Dakwah.. back to basis



“errr... apa yang ustaz maksudkan tu?” dia bertanya penuh bingung dan risau.

“enta dah terlupakan rumah dan seisinya....” jawab ustaz dengan penuh santai.



IBU DAN BAPA

Segala aktiviti kita perlukan keizinan individu ini. Bukan sekadar memberitahu, tapi meminta izin mengikut style dan kepakaran masing-masing..
Saya ulang.... bukan sekadar memberitahu, tapi meminta izin..

Selalunya masalah ini kecil bagi ikhwah kerana mereka diyakini lebih berani dan berdikari.... dan masalah perempuan rogol lelaki pun jarang timbul.. paham kan?

Bagi ikhwah dan akhwat terutamanya, jika keinginan anda untuk bermujahadah bersama para sahabat terchenta tidak mendapat keizinan, adakah mujahadah itu terbantut di situ saja?
Ikhwah dan akhwat sejati boleh bermujahadah walau di mana pun dia berada.. tak kisah lah walaupun penglibatannya dalam jaulah, mukhayyam dan daurah kadang kala tidak mendapat keizinan ibu bapa.

Check balik niat.. 
Kita join program itu semua sebab nak mendekati Allah atau mendekati para sahabat semata-mata? 
Berjaulah sampai beratus-ratus kilometer merentas benua sebab nak berjimba atau nak mengejar syurga? 
Atau hanya nak pegi melancong dengan beralaskan kalimah ‘jaulah’ supaya ia kelihatan fisabilillah?
Berbaloikah kita melukakan atau menyakitkan hati mereka dengan niat mengejar syurga? sedangkan syurga itu di bawah tapak kaki ibu kita? 

Usaha lah..
Cuba yakinkan mereka dengan mujahadah kita.
Bagaimana?
Tunjukkan akhlak yang baik kepada mereka. Or at least, better than diri kita sebelum ditarbiyah.
Moga-moga Allah perbetulkan langkah kita, dan membuka hati ibu dan bapa untuk menyokong jika ianya benar.




ADIK-BERHADEK

Mungkin, kita jenis yang kiasu-miasu (takyah check kamus..) ..
Kita tak dengar music lansung, sampai paluan kompang walimah pun kita rasa nak terbakar.
Pantang tengok movie, trailer pun kita dah naik menyampah.
Jangan kata ikhwah pakai seluar 3 suku, ikhwah pakai jeans pun kita dah usha besar kecik... eh (tiada kaitan dengan inche dolche mahupun inche gabbana)

Tiba-tiba kita diuji...
adik kita sendiri main game tak henti! Kakak kita duk bermatsurat One Direction tiap-tiap hari!
HAAA! Amekau! Apa kita nak buat?
Hapuskan semua tu? Bakar playstation? Ambik hard disk penuh korean drama kepunyaan kakak dan bagi makan lembu?? Benarkah itu semua perlu?

Anologinya begini,
Jika anda terlihat seorang yang sedang lemas, apakah tindakan anda untuk menyelamatkannya?
Adakah dengan hanya duduk di tepi dan beri arahan supaya dia pandai berenang sendiri sedangkan sudah nyata dia tak reti?
Atau..
Anda terjun masuk ke dalam air, berenang menghampirinya dan selamatkannya?

Apa yang saya ingin sampaikan ialah,
Jika anda kesan yang saudara anda dalam keadaan futur, jahiliyyah dan perlu diubah, selaminya dan cuba untuk menariknya keluar.
Contoh? Jika adik anda seorang gamer tegar, main game dengan dia! .......... eh........ Ya! Main game dengan dia, cuba fahaminya dan tarik dia keluar.
Contoh lagi? Abang anda semangat nak tengok match FIFA, anda tengok sama-sama dengan dia.. pastu boleh ajak dia qiam sekali ye dak?
Elakkan mengikut perkara yang melanggar syariat. Seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.
Tapi awas.... Jangan pula kita yang terikut lagha sama-sama. Sedangkan menjadi penyelamat bagi orang yang lemas pun punyai risiko diri sendiri yang lemas, inikan pula menyelamatkan saudara yang sedang hanyut dalam arus ghazwul fikr.

Tiba masanya mereka yang terasa diri mereka mampu membimbing ini ‘turun padang’, bukan hanya memaksa orang mencari cahaya yang mereka sendiri belum pernah nampak... Selamatkan permata yang hilang kilauannya kerana tertimbus dalam lumpur, tapi kita perlu menyelam dalam lumpur itu dulu.

Susah? Siapa kata dengan bersenang-lenang kita boleh masuk syurga?

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan” [At-Tahrim : 6]




Ramai, termasuklah diri ini, sibuk mengejar sesuatu... tetapi tidak sedar, yang dikendong berciciran... Keluarga sendiri dilupakan..
Bayangkan alangkah seronoknya jika kita berjaya masuk ke syurga, dan dapat bersama-sama keluarga kita di syurga juga..


Ini juga mujahadah... percayalah..  


5 ulasan:

  1. diri ini masih juga mencari jawapan dgn persoalan itu.

    terima kasih kerana berikan gmbaran teme.

    keep it up . syukran.

    BalasPadam
  2. That one thing which always worries me. T_T

    BalasPadam
  3. That one thing which always worries me. T_T

    BalasPadam
  4. keluarga,mampu menjadipenguat dan penentang. itulah yg dialami dalam meraih kekuatan dari mereka.

    BalasPadam

Hai. It's me, Teme. I'm sorry if you have to go through word verification before posting comment(s). I received tonnes of spam comments lately. I had to turn the word verification on ๐Ÿ˜•. I'm sorry. Jangan jemu untuk komen tau!

HOT POST!!