Teme's GANG

BOYCOTT berkesankah???

Assalamualaikum...
kita berdoa...
tapi mana usaha kita? 

kita.. ehem.. saya tak mampu angkat senjata bersama mereka,
tapi itu tak bermakna saya tak boleh buat apa-apa/

"Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.”
( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 )




target kita jauh.. tapi insyaallah akan buahkan hasil.. rujuk peta minda bawah ni untuk lebih jelas..

*ke lagi tak paham sebab tulisan buruk? =.="

Ya, McD Malaysia ada buat kenyataan tidak menyokong Israel 'secara lansung'..
tetapi McD ialah francais McD corporation.. nak tak nak mereka kena bayar 'sewa' jenama McD yang digunakan.. 
McD corporation pulak secara nyata telah menjadi antara penyumbang terbesar Jewish United Fund di Chicago. 
'Sewa' oleh McD Malaysia ini merupakan salah satu sumber keuntungan McD Corporation.. 
nampak permainannya di situ??

buktinya dah tersebar luas.. bolehlah korang ambil peluang untuk google sendiri :P


saya bukanlah pakar ekonomi.. so rajin-rajinlah baca penjelasan oleh Prof Madya Dr Haji Hafidzi Mohd Nor
McD tidak akan terjejas dengan kempen boikot. Yang menurun mungkin market share sahaja. Makna kata jika market share McD dalam perniagaan makanan segera ialah 70% mungkin berkurangan beberapa % sahaja. (katakan tinggal 60%). McD akan terus beroperasi spt biasa kerana dia tak menanggung kerugian - cuma keuntungan terjejas sedikit (Kemungkinan pelbagai tawaran harga yang menarik dan strategi pengiklanan yang makin agresif adalah isyarat bahawa 'kempen boikot' semakin menggigit).

Jadi pekerja McD boleh terus bekerja dan tidak akan hilang pekerjaan. Cuma masalah mungkin timbul bagi pekerja McD yang terkesan dengan maklumat hubungan di antara McD dan Israel (McD tidak pernah menafikan hubungan ini meskipun kempen seruan boikot ini dilancarkan dari UK - diterajui oleh Inminds, UK. Mereka mungkin akan berhadapan dengan rasa bersalah - rasa bersalah ini didorong oleh iman atau rasa kemanusiaan. Ini soal hati, dan jika seseorang itu melakukan sesuatu yang berlawanan dengan 'conscience' (rasa hatinya) maka dia akan mengalami konflik jiwa - rasa serba salah. Untuk golongan pekerja McD dalam kategori ini jangan bimbang ada jalan keluar. 

Dr Yusuf Qardhawi, ulama tersohor dan paling prihatin dalam isu Palestin memberi panduan umum.

- Jangan berhenti kerana seseorang itu akan kehilangan punca pendapatan, apatah lagi jika dia ada tanggungan. Jika dia berhenti dalam keadaan tidak ada mata pencarian yang lain - dia telah melakukan kezaliman ke atas dirinya dan keluarganya. Fitnah berhenti bekerja di McD lebih besar kerana kehilangan mata pencarian.

- bagaimana utk mengelakkan ini? ikhtiarlah untuk mencari kerja lain yang menawarkan gaji yang setimpal atau lebih baik. Hanya setelah memperoleh peluang kerja dengan tawaran gaji yang serupa atau lebih baik barulah berhenti bekerja di McD.

- Bagaimanakah jika tidak dapat juga pekerjaan lain. Jawapannya teruskanlah bekerja di McD. Tetapi Allah itukan maha pemberi rezeki ar-Razzaq. Mohonlah kepada Allah Rabbul Jalil, DIA tahu isi hati kita dan DIA akan memberi jalan keluar kepada hamba-hambaNYA yang bertakwa dengan punca-punca rezeki yang tidak disangka-sangka oleh hambaNYA (Bukankah kita yakin dengan 'ayat Seribu Dinar tu? Janganlah dijadikan hiasan sahaja tetapi tidak ada kesungguhan untuk menghayatinya).

Ramai juga yang bertanya untuk membela pekerja McD (yg jumlahnya 10,000 orang menurut satu sumber). Pekerja McD tidak perlu pembelaan sebenarnya - rezeki mereka terjamin dengan jalan-jalan keluar yang digariskan di atas.

Lebih baiklah mereka mengenangkan nasib 1.7 penduduk Gaza, 3.5 juta penduduk Palestin di tebing Barat, 500,000 rakyat Palestin yang terkepung di Baitul Maqdis dan 5 juta rakyat Palestin di khemah-khemah pelarian di Lubnan, Syria, Jordan dan lain-lain tempat.
Di sini kita merisaukan sahabat-sahabat kita yang kehilangan mata pencarian di bumi bertuah Malaysia ini? Bagaimana dengan saudara-saudara kita di sana yang mungkin kehilangan nyawa, ibu-bapa dan anak-anak akibat dibunuh tanpa peri kemanusiaan. Dan jika dibiarkan hidup dinafikan pula hak yang paling asasi, makanan, minuman, ubat-ubatan, bahan api dan rumah untuk berteduh.
Semoga kita tidak berbalah lagi dalam isu ini. Kami mendoakan semua pekerja McD agar tenang dengan pilihan-pilihan yang ada. Ingatlah Allah tidak akan menganiaya anda disebabkan oleh kedudukan anda, Allah akan bantu anda jika anda bantu agama Allah.
"Tolonglah agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu di bumi"


buatlah yang termampu...
sebagai penutup.. kita mesti ingat.. Allah banyak beri amaran pada kita tentang bahaya (sekumpulan) Yahudi..
So, adalah satu usaha yang bijak untuk kita usaha menyekat penindasan mereka ke atas saudara-saudara kita.. 
  1. Keras hati dan dzalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)
  2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran:110; An-Nisa:55)
  3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)
  4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am:20)
  5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)
  6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imron:71)
  7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)
  8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imran:70)
  9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)
  10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)
  11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)
  12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam karena dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah:88,120,145,146)
  13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)
  14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)
  15. Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:90,105,109,120)
  16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)
  17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)
  18. Berlindung di balik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imran:72; An-Nisa:46)
  19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)
  20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)
  21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)
  22. Selalu melakukan kerusakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)

banyak barang yang kita boleh boycott..
mungkin kita tak mampu boikot semua.. tapi jangan tak boycott semua..
penat kita menjawab 'nanti'..

biarlah usaha kita kecik pun..
kerana seputung mancis pun mampu membakar satu gunung..

16 ulasan:

  1. yg menarik dlm byk post yg sy baca ttg si burung kecil cuba mmadamkan api yg mmbakar nb Ibrahim nih adlh jwpn si burung apabila kwn si burung btnya ttg pbuatannya. lbh krg, "Aku percaya kelak Allah takkan tnya berjaya kah aku mmadamkan api tsebut, ttp Allah akan tnya, apa yg aku buat utk memadamkannya."

    BalasPadam
  2. teme, apa pendapat teme dgn kenyataan ni...
    "boikot yg melampau cuma akan bawa padah pada diri kita sendiri"

    Klau ikut list syarikat2 yg sokong & bantu Israel, jumlahnya adalah lebih kurang 79% daripada apa yg kita selalu guna. Pada sy, klau kita taksub sgt nk boikot Israel...maybe kita yg akan mati kebuluran. Entah2, hari2 kena makan ubi kayu je (mcm zaman dhlu). Kan? Betul tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. takde mati eh x makan maggi. sekarang ni dah banyak dah produk instant noodle yg lain. tinggal nak pilih je.

      yg kita boikot produk dari syarikat2 yahudi yg menyokong rejim zionis. bukan produk yahudi keseluruhannya.

      Padam
    2. Hendak seribu daya,, tak hendak seribu dalih. Boleh. Kita boleh hidup tanpa brg yg membunuh saudara kita.

      Alhamdulillah, saya cuba sedaya saya. Dulu pun sebelum tahu mengenai brg boikot, saya byk beli nestle, favourite kot dia punya yogurt drink. TApi, bila dah tahu, nasib saudara kita, tak leh lah nak beli lagi. Rela weh, drpd nanti menyumbang utk pembunuhan saudara sendiri..

      InsyaAllah anda, saya dan semua boleh hidup tanpa barangan 'boikot' ini. Chaiyok2!

      http://nurlinblog.blogspot.com/2012/11/boikot-produk-israel-free-palestine.html

      Padam
    3. Hendak seribu daya,, tak hendak seribu dalih. Boleh. Kita boleh hidup tanpa brg yg membunuh saudara kita.

      Alhamdulillah, saya cuba sedaya saya. Dulu pun sebelum tahu mengenai brg boikot, saya byk beli nestle, favourite kot dia punya yogurt drink. TApi, bila dah tahu, nasib saudara kita, tak leh lah nak beli lagi. Rela weh, drpd nanti menyumbang utk pembunuhan saudara sendiri..

      InsyaAllah anda, saya dan semua boleh hidup tanpa barangan 'boikot' ini. Chaiyok2!

      http://nurlinblog.blogspot.com/2012/11/boikot-produk-israel-free-

      Padam
  3. boikot tu memang aku setuju.. memang aku sokong. tapi kalau sampai pecahkan cermin kedai, dok rosakkan harta benda orang lain.. tu memang aku kritik abis2an. yang ni baru betul2 'boikot yang melampaui batas' bagi aku.

    BalasPadam
  4. perkongsian yang menarik malah berguna! ^^

    BalasPadam
  5. banyaknya sikap buruk busuk dan hodoh israel ada disebut dalam Quran..

    ada sahabat blogger yang mencadangkan agar kita pun ada perusahaan yang menyumbang kepada palestin secara berterusan..macam McD yang sumbang kat Israel ni..

    BalasPadam
  6. siap ade pandangan dr sudut islam dan ekonomi la..sy gembira sy diantara org yg bace artikel nie..

    BalasPadam
  7. saya teringin berkongsi suatu artikel. untuk difikirkan bersama. ambil yang jernih. fikir baik2 sebelum buang walau yang keruh.

    http://www.loyarburok.com/2012/12/03/gaza-conflict-hypocrisies-exposed/

    baca jangan tak baca.

    BalasPadam
  8. nabi x larang pun beli barang dari yahudi

    BalasPadam
    Balasan
    1. nabi tak suruh umatnya tak guna akal kan?

      dah terang di mata, BERSULUH LAGI.

      Padam
  9. Dulu saya biasa memboikot start dr mcd smpailah saya figure out ad banyk benda utk diboikot. Dr mcd ke nestle ke iphone ke almost semua benda. Otak sy wktu tu pikir kalau nk boikot, kena boikot semua smpailah saya tak menang tangan. Akhirnya entah mcm mna saya x ingat saya dah berhenti boikot. N lepas dah berapa lama saya cuba tp cuma boikot mcd. Tp inshaa allah slowly mulakn balik from the starting point.

    BalasPadam

Hai. It's me, Teme. I'm sorry if you have to go through word verification before posting comment(s). I received tonnes of spam comments lately. I had to turn the word verification on 😕. I'm sorry. Jangan jemu untuk komen tau!

HOT POST!!