Teme's GANG

Menanggal 'Jubah' agama.



Sebagai permulaan,
Aku ceritakan pengalaman aku ketika menulis buku.

Sebelum terhasilnya buku pertama aku iaitu #PelukisJalanan , aku di-approach oleh beberapa penerbit yang berminat untuk menerbitkan hasil penulisan aku. Ketika itu aku tak beberapa minat nak terbitkan buku, kerana aku lebih selesa menyampaikan sesuatu yang berkaitan dengan sumbangan kepada ummah secara percuma. Bila dah terbitkan buku, keikhlasan aku akan goyah kerana ia dah melibatkan keuntungan.

Well...
Selepas berfikir..
Selepas bertanya pendapat ibu..
Selepas minta pendapat kawan-kawan..
Akhirnya, atas beberapa sebab yang aku kira tidak perlu untuk diceritakan kepada umum, aku mengambil keputusan untuk menulis juga buku #PelukisJalanan tu.

Ok, berbalik kepada cerita aku di-approach beberapa penerbit tadi,
Rata-ratanya memberikan reasons kenapa mereka ingin terbitkan buku hasil penulisan aku. Sejujurnya, aku selalunya tak berfikir panjang dan terus menolak dengan hormat kerana macam aku dah cakapkan tadi, pada waktu tu aku takda niat nak menulis buku pun dalam masa terdekat. Tambahan pula aku ni architecture student, memang kitorang terkenal dengan istilah ‘tak tidur malam’.

Tetapi,
Dalam banyak-banyak tawaran ni, ada satu pihak telah menarik perhatian aku,
Bukan menarik perhatian aku untuk menulis buku, tapi menarik perhatian aku dengan cara mereka berfikir dan menyampaikan buah fikiran kepada aku. Mereka mengajak aku menerbitkan buku bersama-sama. Kalini aku tak terus reject, bukan kerana aku impressed dengan tawaran, bukan juga kerana akhirnya aku berminat nak menulis. Tetapi timbul satu perasaan hiba dalam diri aku apabila membaca perincian tawaran mereka.

Antara kandungan mesej mereka kepada aku bermaksud begini,

“...kita sama-sama akan terbitkan buku-buku islamik untuk melawan penerbit-penerbit buku jahiliyyah di Malaysia seperti D*****, P****, (dan beberapa penerbit lagi yg mereka senaraikan)”

Aku termenung,
Bila aku baca je mesej sampai part tadi, aku terus hilang selera nak bekerjasama dengan mereka.

Aku bermonolog di dalam hati dengan perasaan kesal..

“Inilah cara aku berfikir dahulu.. bahkan inilah cara majoriti masyarakat keliling aku berfikir.. frustrating”


Kerana kita mentakrifkan islam itu pada luaran.

Jika kita ke kedai makan, sambil-sambil kita duduk, selalunya kita akan melihat sekeliling ruangan kedai. Kita terlihat ayat-ayat suci Al-Quran di-frame-kan dan digantung cantik-cantik di dalam kedai. Alunan ayat-ayat suci Al-Quran sentiasa bergema dan dipasang untuk membelai lembut telinga pelanggan yang menjamu selera. Tambahan pula waiter & cashier yang berkopiah setiap masa. Lalu kita simpulkan,
“Islamiknya kedai ni.. bagus..”
Sungguhlah rugi kalau pemikiran kita secetek ini.

Jangan marah.. Jangan melatah.. Baca dulu, beri aku peluang untuk buat penjelasan atas statement aku.

Islam itu bukanlah dinilai dari apa yang kita nampak pada luaran sahaja. Islam itu bermula daripada sumber bahan mentah yang halal, cara penyediaan makanan yang bersih dan sihat, makanan yang dimasak dengan penuh ihsan untuk memberi makan kepada pelanggan, hinggalah ke senyuman dan layanan baik daripada pelayan-pelayan restoran. Ia lebih daripada sekadar ‘kulit’.

Kerana bagi aku,
Tidaklah lebih baik restoran yang nampak islamik tetapi kotor cara penyediaan makanan, berbanding restoran yang kelihatan agak ‘barat’ tetapi bersih dari segi penyediaan makanan sehinggalah cara layanan kepada pelanggan.

Aku teringat pengalaman aku makan di sebuah restaurant mamak di Shah Alam. Sebab dah banyak kali makan kat situ, dan aku pun dah rapat dengan pelayan kat situ, aku tanya anne tu,

“Pekerja kat sini semua islam ke?”

Anne tu jawab,
“5 orang je islam.. lain semua bukan”

Aku terkejut sebab pekerja kat situ lebih 10 orang termasuk yang di dapur, aku tanya lagi,
“Habistu kenapa semua pakai kopiah?”

Anne tu jawab,
“Kalau tak pakai kopiah, orang tak datang makan”

Nampak tak apa yang terjadi kalau kita menilai agama daripada kulit? Orang akan gunakan agama sebagai ‘branding’ dan pelaris. Orang akan ambil kesempatan ke atas agama ni, dan nilai agama itu sendiri akan hilang.

“Jangan terlebih lajak daripada laju”

Samalah dengan situasi berhadapan dengan mereka yang belum bertudung.
Kita nampak orang free hair, cukuplah sekadar kita bersetuju ianya berdosa, menegur dengan cara sesuai, dan mendoakan mereka yang belum dibuka hatinya untuk menutup aurat dengan sempurna. Tak payah lah kita nak nerakakan siapa-siapa secara specific. Tak payahlah kita nak diskriminasi. Rahmat Allah itu luas, Allah tahu apa yang kita tak tahu. Berkawan je lah dengan semua orang walaupun kau budak usrah dan bertudung labuh.

Kita akui bahawa buka aurat itu salah, berdosa. Tetapi haruslah kita akui juga bahawa orang yang bertudung yang ‘bermulut puaka’ itu tidaklah lebih baik mulutnya daripada mereka yang belum bertudung.

Tolong jangan putar belit statement aku. Aku tak kata free-hair tu tak salah, aku kata islam itu lebih daripada sekadar pakai tudung.



Kita berbalik semula kepada cerita menerbitkan buku tadi,

Apakah definisi kita kepada sebuah buku dan syarikat penerbitan yang islamik?
Adakah perlu quote Al-Quran & hadis pada setiap muka surat?
Adakah perlu perkataan-perkataan islamik di kulit buku?

Lihatlah sekarang,
Apa yang terjadi kepada masyarakat kita yang percaya bulat-bulat pada istilah-istilah islamik pada luaran? Sebagai contohnya ada parti politik yang melaungkan kalimah perjuangan agama, bangsa, dan negara. Beriya-iya berkempen untuk memperjuangkan kalimah Allah.
Akhirnya?
Pemimpin mencuri duit rakyat berbilion-bilion. Dan dengan perkataan kasar, masyarakat basah kene kencing dengan iklan jenama islam pada pilihan raya.

Dalam konteks penerbitan buku.
Aku sangat sokong jika isi dalaman buku itu islamik, lalu diolah tajuk di muka hadapan buku supaya berbunyi islamik untuk memudahkan pembaca yang memang nak cari buku yang berunsur islamik sebagai koleksi, terutamanya kitab-kitab oleh ulama.
Tetapi,
Adalah satu kesalahan yang besar bila kita melabel buku-buku yang tidak mengunakan istilah-istilah islamik di muka hadapan sebagai buku untuk golongan tidak islamik dan jahiliyyah. Kerana mungkin buku yang luarannya tidak islamik itu mengandungi lebih banyak nilai-nilai dan pengajaran yang diajarkan di dalam islam berbanding buku yang hanya menggunakan nama islamik di muka hadapan sebagai pelaris walhal isi kandungan yang sampah dan terdesak untuk menghasilkan sesuatu untuk mengutip kekayaan. Samalah dengan niat kita untuk menerbitkan sesebuah penulisan. Baguslah kalau ada niat nak mertabatkan islam, tapi janganlah dengan sesuka hati melabel syarikat penerbitan lain yang namanya tidak islamik itu sebagai ‘melawan arus agama’. Ini pemikiran yang amat cetek dan mundur dalam generasi kita.

Bagi pendapat aku juga,
Aku sangat suka dan sokong trend anak-anak muda sekarang yang berpusu-pusu untuk menerbitkan buku-buku islamik, kerana nasihat-menasihati ke arah yang baik itu satu amalan yang terpuji. Tetapi jauh di sudut hati aku timbul perasaan tidak selesa apabila seseorang yang tiada latar belakang pengajian agama menulis buku agama secara deep, berat, dan mula mengeluarkan hukum-hakam pramatang hasil daripada buah fikirannya sendiri.

Aku berikan anologi,
Kawan aku demam, aku nampak dia demam lalu aku sediakan air untuknya. Lalu aku yang merupakan pelajar jurusan seni bina yang tidak belajar bidang perubatan ini mengeluarkan kata-kata nasihat,

”Weh, kalau demam kene minum air banyak-banyak, baru cepat sihat”.

Kawan-kawan aku yang lain mungkin akan menyokong usaha aku menasihati member yang demam tu. Malah selalunya kawan-kawan akan berebut-rebut untuk memberi petua-petua masing-masing.
Tetapi,
Bayangkan jika aku tiba-tiba tubuhkan klinik sendiri dan mula menghasilkan ubat-ubatan untuk mereka yang demam. Lalu aku menjual ubat-ubatan tu dengan meluas dengan alasan aku pernah belajar chemistry masa sekolah menengah dan aku pernah menjalani kursus menghasilkan ubat-ubatan selama 5-6 bulan lepas SPM. Kebetulan aku juga pandai sembang pasal ubat-ubatan, aku pun mengajar orang lain mengenai ubat-ubatan. Aku yakin, bukan sahaja kawan-kawan aku, malah seluruh masyarakat akan menghentikan aku daripada merosakkan ilmu perubatan dan mengundang risiko penyakit lain kepada masyarakat.

Begitulah juga dalam bidang agama,
Kalau bidang perubatan kita tak kasi orang ‘buat main’, apatah lagi agama kita.
Sepatutnya kita lebih sensitif dalam hal agama.

Saat kita mengambil keputusan untuk meletakkan status ‘islamik’ pada sesebuah buku, kita telah mewujudkan satu risiko barah dalam masyarakat. Kerana islam itu sempurna, tetapi penulis tidak sempurna.

Terutamanya penulis-penulis muda seperti aku, banyak buat silap, banyak lagi tak faham dalam beragama. Pembaca-pembaca juga rata-ratanya golongan muda yang dahagakan ilmu. Melihatkan tajuk buku yang menggunakan istilah islam, akan terlintas dalam fikiran mereka, “oh.. ni buku islam”. Maka mereka membaca buku itu dengan kaca mata islam sepenuhnya, walhal penulis buku itu bukanlah ahli agama. Seperti yang aku katakan tadi, islam itu sempurna, islam itu takda salah. Dengan tanggapan yang begini, kesalahan-kesalahan fakta agama oleh penulis dalam sesebuah buku pun akan dinilai ‘betul’ oleh pembaca yang masih muda. Akhirnya? Mereka mendapat tafsiran yang salah berkaitan islam.

Dan kerana inilah aku mengambil keputusan untuk menamakan buku aku dengan perkataan yang tidak directly berunsur islamik. Aku perlu mula, aku perlu mengubah diri sendiri, sebelum aku boleh mengubah masyarakat.




Pakailah jubah untuk memanifestasikan cinta kepada Rasulullah, moga kita peroleh pahala daripada perasaan kecintaan yang ikhlas kepada kekasih Allah,
Bukan untuk menunjukkan kita lebih baik dan islamik berbanding yang lain,
Kalau islam itu seragamnya jubah, Abu Jahal juga islam, paderi-paderi juga islam,
Rasulullah tidak diutuskan ke bumi semata-mata untuk fashion.

Pakailah tudung kerana ia kewajipan,
Bukan untuk membuat kenyataan hati siapa yang lebih bersih,
Bukan untuk melariskan jualan tudung online,
Pakailah dengan dasar ketakwaan dan ikhlas kepada Allah.



Maaflah kalau ada pihak yang ter-offend dengan penulisan aku, aku sayang Allah, aku sayang dan sanjung usaha Rasulullah menyampaikan islam kepada ummah dalam keadaan ianya ‘pure’. Aku taknak agama ini nampak murahan dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja sebagai pelaris.

Jika penulisan aku offensive dan membuatkan kalian terasa offended, itu tidak bermakna kalian betul atau akulah yang terbaik.

Bagi aku, kegiatan mencabul istilah agama untuk kepentingan sendiri ini haruslah dihentikan.
Amalan menilai ‘islamik’ hanya pada jubah dan serban perlulah diperbetulkan.

Biarlah orang nampak aku macam kononnya menentang ‘arus islamisasi’. Kerana hakikatnya aku amat berbesar hati melihat arus ini semakin deras, tetapi ia tidak bermakna aku perlu duduk bersenang-senang melihat arus yang deras ini dipunahkan oleh sampah sarap. Aku perlu bersihkan sampah sarap ini sebelum ia menghentikan arus islamisasi sebenar.

Moga sekelumit usaha membersihkan agama daripada parasit-parasit agama ini dapat aku persembahkan kepada Allah kelak.



Pembaca: Apa ni?? Teme tak quote hadis & ayat Quran pun dalam artikel kalini? Tak islamic siut..

*senyum*
Fahamkan betul-betul apa yang aku nak sampaikan,
Kalian akan dapat jawapannya sendiri.


Amatlah rugi jika Islam ini kita hanya jelmakan dalam kerangka luaran yang sempit.


32 comments:

  1. Teme, how old are you? Macam mana kita nak terapkan pemikiran macam teme dalam anak-anak muda?

    Thanks atas perkongsian yg ilmiah. Teme update blog 2-3 bulan sekali. but once dah update, mmg berisi :) thanks!

    ReplyDelete
  2. Terus baca sebaik sahaja teme share link kat fb. lepasni tulis buku pasal 'fikrah' dan impression pulak please?

    ReplyDelete
  3. Simple content but deep and meaningful. I love your way of thinking. It really open my mind. :)

    ReplyDelete
  4. Teme.. tolonglah nanti balik malaysia bila habis belajar please?
    Masyarakat kita perlukan ramai org yg berfikiran mcm teme.

    ReplyDelete
  5. setuju teme. nasihat yang tepat dan faham. cuma tak setuju video mat lutfi penunggang agama. teguran yang takut orang jadi makin Islamicphobia. better tulis camni kot :D what do u think?

    ReplyDelete
  6. Dalam tubuh kite ade sekeping hati..hati itu perlu digilap dgn amalan2 solih agar penyakit hati tidak bersarang.

    Ilmu itu cahaya..ade dalam satu suroh..Aku ciptakan pelbagai bangsa..keturunan warna kulit dan adat budaya agar kamu saling kenal dan belajar..Islam itu tidak jumud pemikiran jahil yang menjumudkan.Sedang saye memakai jubah law pun dihina oleh bangsa sendiri kerana mengatakan saye munafik..so tak perlu terluka..bagi saye ini hiburan semata :D

    ReplyDelete
  7. Good write up..simple yet with facts.

    ReplyDelete
  8. But somehow teme, saya suka pengisian yang tidak berat dan mudah difahami. Penulisan teme overall mudah faham even gambar sekalipun. Keep on writing :)

    ReplyDelete
  9. I really2 like to read ur blog!! Penuh dgn isi..

    ReplyDelete
  10. Hey teme.. I've just acknowledged you a few days back (maybe because I'm a medic student? Haha lol). And I glad to say that I've finished reading all your post huhu,, well done, teme!! Keep up the good work and may Allah bless you (:

    ReplyDelete
  11. Penulisan yang sangat baik dan membuka mata. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  12. Interesting pov.

    ReplyDelete
  13. AsSalam, Bunda baru mengenali anda dari temubual anda bersama MHI pagi tadi.

    Bunda terus search IG anda...disana Bunda dapati anda juga ada blog... so Bunda kesini komen diblog anda.

    Semoga terus maju jaya dan tahniah atas pencapaian dan sambutan buku anda setakat ini...

    Salam ukhuwah dari Bunda.

    ReplyDelete
  14. Teringat pasal tudung.

    Biasalah some sisters akan pakai tudung dengan pelbagai gaya, untuk terlihat cantik depan orang ramai. Tak salah pun tapi.

    Cuma..satu hari tu, dengan izin Allah, aku tengok cermin dan mula terfikir- "Kat mana aku letak Allah eh selama aku pakai tudung eh? Kenapa aku dulukan orang ramai? Kenapa aku tak fikir Allah dulu?"

    Maaf, tak terniat nak bersikap membangga diri atau apa. Rasa kesal tu masih ada sampai sekarang dan pada aku, semua sisters ialah saudara aku.

    Biar sederhana, namun menutup aurat, kemas dan bersih. Tudung itu untuk aurat dan aurat itu demi arahan Allah. May Allah bless. Doakan juga agar Moslem sisters seluruh dunia beroleh taufiq. Termasuk aku.

    ReplyDelete
  15. Your wise words, thanks for sharing with us. Really love your blog, full with content :)

    ReplyDelete
  16. bole ceritakan tak ..tentang macam mana bro dapat tarbiyyah ?? melalui usrah atau something else?

    ReplyDelete
  17. One word, Padu. Jazakallah khair atas perkongsian ini. Serius, dulu-dulu saya pun berfikiran begitu. *sobs

    #TerusSebarkanKebaikan

    ReplyDelete
  18. Lps baca pnulisan2 teme ni..i'm wandering.teme ni ada ikut usrah mana2 tak ye ?

    ReplyDelete
  19. Benar ungkapan Rasul tercinta
    "Allah tidak melihat pada tubuh badan & hartamu, tapi Allah melihat pada hati & amalmu"

    Keep on muvin teme!!!

    Tulisan/lukisan dari hati akan menyentuh hati...

    Moga ketemu di surga Firdaus kelak :)

    ReplyDelete
  20. seriuzly saya pun terkesima n terkejut dengan statement penerbit tu “...kita sama-sama akan terbitkan buku-buku islamik untuk melawan penerbit-penerbit buku jahiliyyah di Malaysia seperti D*****, P****," --- apabila bandngkan syarikat2 lain tu nampk sgt ... terus terang kpd intention for bisnes n agak selfish.. kenapakah dia x guna ayat yg lebih bijak yg mana lebih general yg fokus more benefiits kpd masyarakt khususnya. For me, alasan tu x perlu lah mention " nak compete dengan syarikat Jahiliyah since ISLAM sendiri tu pun dah cukup menarik perhatian mostly dalam klgn Islam which is majorities. Kalau nak compete on sale, itu tugas publisiti selain begantung kepada content and style yg ditonjolkan oleh penulis itu sendiri.. Lagi pun apa masalah dengan buku Jahiliyah yg wujud dipasaran tu, manusia membaca untuk tambah ilmu x kisah dari penulisan orang kafir or Islam. Sedangankan Zakir Naik pun baca kitab bible yang terang2 bukan Islamik untuk kajian dia. apa2 pun nawaitu... betulkan niat..

    yang pasal judge tu memang tak boleh kata apa lah, manusia memang dari generasi terdahulu memang suka judge melalui physical luaran sebelum apa2.. so, if tak approach n tanya memang sampai bila2 akan sesat dengan assumption yg direka. huhu. ni yang bagusnya adanya penulis2 yg dapat advocate n bantu masyarakat/pembaca untuk berfikir diluar kotak n be critica thinker

    k, stakat itu jew lah saya nak komen. BTW, congrates Teme :)

    ReplyDelete
  21. your writing so meaningful...ramai yg blh menulis n melukis tapi x ramai yg boleh berfikir sejauh u...good luck Teme...do follow my blog too...😊

    ReplyDelete
  22. membuatkan saya sedar dan belajar sesuatu yang saya taktahu. alhamdulillah. keep it up good advices 👍

    ReplyDelete
  23. Teme bila nak update blog lagi?

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh teme, tulisan yang sangat bagus. Best for you! Insya Allah

    ReplyDelete
  25. Teme kena istighfar banyak2 ni tau. Sebab ramai dah ni minat kat teme nih. Haha.
    Takut iman tergelincir.

    ^^

    Thanks btw, bro.
    Satu peringatan utk aku sendiri

    ReplyDelete
  26. May Allah bless you teme

    ReplyDelete
  27. Terima kasih utk kata2 yg indah ini :')

    ReplyDelete
  28. Terima kasih kerana bagi saya semangat untuk fokus dalam pembelajaran,teme..tq soo much again

    ReplyDelete
  29. Assalam teme. Kalau ada masa lapang, tulis la lagi kat blog. Seronok baca. :)

    ReplyDelete

Hai. It's me, Teme. I'm sorry if you have to go through word verification before posting comment(s). I received tonnes of spam comments lately. I had to turn the word verification on 😕. I'm sorry. Jangan jemu untuk komen tau!

HOT POST!!