Teme's GANG

besi buruk kah???







logam ini bukan satu... 
aluminium, emas, plumbum, tembaga.. semuanya logam..

"so ape kaitan benda-benda tu dengan kita?"




Allah lahirkan kita dengan kelebihan,
ada yang pandai bercakap,
ada yang pandai memuji,
ada yang pandai mempengaruhi,
ada yang pandai bergurau,
ada yang pandai buat kek..

terpulang kepada kita, sama ada...
ingin bercakap dan mengajak ke arah islam.... atau bercakap mengenai bakal zaujah 24jam,
ingin memuji untuk menaikkan semangat sahabat untuk berjuang.... atau memuji untuk menikamnya dari belakang,
ingin mempengaruhi supaya masyarakat dekat dengan dakwah dan tarbiyyah.... atau menghasut untuk menjatuhkan orang dan menaikkan diri sendiri,
ingin bergurau untuk bersenda.... atau bergurau untuk mematahkan semangat sahabat sahaja,
ingin buat kek untuk sahabat bagi mengeratkan ukhuwah.... atau ingin mengemukkannya supaya diri sendiri kelihatan kurus dan gah? ehhhh..




Allah lahirkan kita dengan kelebihan,
dan Dia membeli kita untuk bekerja di jalanNya.

"kenapa Allah beli kita, sedangkan kita hamba Dia?"

"Allah beli kita, sebab dia akan bayar kita dengan syurga di akhirat nanti.. bestkan Tuhan kita?"

maka terpulanglah kepada kita sama ada ingin menjual atau sebaliknya,
suka hati kita..




ya...
Allah lahirkan kita dengan kelebihan..

walaupun kita menafikan, dengan megatakan kita pendiam dan tidak berperanan. 
mungkin kitalah quduwah yang diperlukan ketika islam ditimpa fitnah... kerana diam itu lebih berhikmah.
cuma kita perlu jelas akan peranan dan tanggungjawab kita sebagai hamba dan khalifah..




kita sama-sama pernah jahil... 
kita sama-sama pernah menghampiri jurang neraka...
sekarang kita dah faham, jom sama-sama membantu?

Dari Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
"manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa islam, sekiranya mereka faham" -Hadis Riwayat Bukhari
 
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka” [At Taubah: 111]

...........................................................................
sampingan

ehem....
ada tak pembaca di sini yang bakal student United Kingdom & Ireland?
atau memang dah study kat situ?

saya nak ajak kalian ke satu event..

jangan risau.. aku tahu korang kedekut..
event ni FREE..

klik sini -------> Journey of A Muslim 2014

8 comments:

  1. manusia ibarat logam = ironman (^_^)

    ReplyDelete
  2. syukran atas perkongsian.

    ' Allah dah beli kita, untuk di bayar 'di sana' nanti :)

    ReplyDelete
  3. blog yang simple..keep it up!

    ReplyDelete
  4. teme, even sy takde semua buku teme. I wish to buy it dgn duit usaha saya sebab usaha teme dah berjaya kembalikan semangat saya. Tunggu ya buku buku teme, saya baru 16 .

    ReplyDelete

Hai. It's me, Teme. I'm sorry if you have to go through word verification before posting comment(s). I received tonnes of spam comments lately. I had to turn the word verification on 😕. I'm sorry. Jangan jemu untuk komen tau!

HOT POST!!