"sihat sekarang Panpan?"
"mana tak sihat nya.. dulu ditendang, sekarangku disayang"
kata panda diikuti gelak tawa kecil dari dua ekor sahabat itu. Mereka mengelak dari gelak besar kerana takut keluar ilmu.
"apa yang disayang sangat tu Panpan? mind to share?"
Babi meneruskan perbualan dengan sebuah pertanyaan setelah gelak-tawa mereka reda.
Panpan termenung panjang. Senyuman yang terukir sejak tadi berubah menjadi keruh secara perlahan. Seakan-akan ada hiba yang ingin dilepaskan. Lansung tidak menggambarkan 'kasih sayang' yang dimaksudkan.
"kalau diikutkan.. memang aku disayang.. dibawa naik kapal terbang, dapat makanan mahal tiap-tiap hari, diberi rumah yang harganya berjuta-juta.."
"habistu? apa nak sedihnya? bersyukurlah kau dalam keadaan aman!"
Kata babi sambil ketawa kecil dan menumbuk manja bahu panda.
"jangan sentuh bro... nanti kene samak..." kata panda, mukanya serious. Penuh risau.
Babi hanya tersenyum mendengar statement panda.
"aku sentuh kau, kau boleh samak.. hari-hari aku tengok lelaki sentuh perempuan bukan mahram, macam mana nak samak pun aku tak tahu"
"mungkin kene samak dengan api neraka kot?..." kata panda dengan kebingungan, jelas kelihatan tertanya-tanya.
"kau jangan macam-macam Panpan.. kau tu binatang, buat cara binatang"
mereka terdiam beberapa saat, lalu babi mula memberi komen akan luahan hati panda sebentar tadi.
"kalau aku jadi kau.. aku seronok kot, hidup mewah! tak perlu susah-susah dah.. tak macam aku, semua orang jijik.."
"bukannya apa Bee, aku sedih memikirkan tuan aku.."
Riak wajah panda berubah kembali, keresahan. Panda berusaha mencari perkataan yang sesuai untuk luahkan kepada sahabatnya babi. Panda meneruskan...
"aku dilayan macam anak raja.. tapi anak-anak tuan aku tu bukan semua orang senang.."
"maksud kau?" Babi bertanya penuh sifat ingin tahu. Panda cuba menjelaskan.
"anak tuan aku tu ada yang fakir miskin, ada yang tak mampu ke sekolah.. aku pernah tengok anak tuan aku yang merempat sebab takda rumah, tapi tuan aku tu habiskan duit juta-juta untuk aku.. Aku bahagia je duduk kat hutan tu, tapi dia nak jugak habiskan duit kat aku, nak jugak letak aku dalam rumah mahal.."
Panda bertambah hiba. Babi cuba mengawal suasana dengan berpihak kepada tuan si panda, cuba mengurangkan su'u dzon pada panda.
"mungkin dia ada apa-apa alasan munasabah kot.. kita binatang, kita mana tahu apa-apa bro.. mereka sebaik-baik makhluk kot"
"aku tahu apa alasan dia, dia kata untuk pelaburan.. kalau aku ada kat rumah dia, ramai jiran datang melawat. Dengan harapan, tuan aku yang dulu minat nak tingkatkan hubungan perdagangan dengan tuan yang baru ni"
"haaaaaa... kan bagus tu, apa yang kau dok runsing sangat?"
"masalahnya aku risau yang duit-duit untung tu tak sampai kat anak-anak tuan aku.. anak-anak dia bukan semua orang senang.."
"Panpan... biar mereka yang arif fikir pasal tu.. kita ni binatang je"
Panda tidak mempedulikan kata-kata babi malah meneruskan luahan kerisauan.
"cuba kau bayangkan... kalaulah kos yang dibelanjakan untuk aku 50juta, boleh hantar 100 student untuk study architecture kat United Kingdom kot!! overseas kot Bee"
"kita binatang lah Panpan.. takyah nak matematik sangat lah kan.."
Babi cuba memenangkan manusia yang hakikatnya lebih cerdik dari mereka. Tapi babi tetap babi, dia menemui jalan buntu.
"errrrr.. kes aku lagi best!" Babi cuba tukar tajuk perbualan.
"aku tahu.. kuat scandal kau sekarang kan?"
Mereka tergelak kecil. Babi terpaksa menahan gelak dengan bersungguh-sungguh untuk mengelakkan badannya yang bulat itu dari tergolek jatuh ke tanah. Panda menyambung.
"macam mana kau 'handle' segala kontroversi tu Bee?" usik panda dengan penuh sifat ingin tahu.
"aku usha dari jauh je.. kelakar pun ada.. kadang-kadang aku rasa mereka ni macam lagi takut kat aku dari Tuhan"
"uish! berat statement tu Bee!"
Panda menunjukkan reaksi risau. Sambil menoleh kiri dan kanan kerana bimbang ada pihak yang akan melabel sahabatnya pembawa ajaran sesat. Tetapi babi tetap meneruskan.
"haritu ada scandal kononnya DNA aku ada dalam coklat. punyalah gelabah makhluk manusia ni sampai nak cuci darah bagai. walhal hari-hari duk tengok TV terbuka aurat sana sini takdak pulak yang nak cuci hati"
Babi tergelak sakan sambil rancak bercerita sedangkan panda masih dalam keadaan risau akan keselamatan sahabatnya. Panda hanya diam dan mendengar cerita babi.
"kalau soal yang berkaitan dengan aku, semua jadi kelam kabut, panick.. haritu aku ke town, ramai gila orang pegi clubbing, minum arak pun ramai, yang masuk hotel berdua-duaan pun ramai.. aku husnudzon je lah dorang bukan islam"
Dengan penuh semangat babi meneruskan lagi.
"depa takut sangat.. kalau sentuh aku bukannya dosa pun, boleh samak lagi tu.. samak ni pun berbeza hukum mengikut mazhab, ada yg sertu.. aku ni yang kompem tak boleh dimakan je.. ni dorang anggap aku macam binatang......"
Mungkin babi terlupa yang dia juga seekor binatang, biasalah binatang...
"dahla Bee.. tak elok kita cakap pasal depa.. depa dengan hidup depa, kita terus jadi binatang.."
"oklah Panpan, aku kene mintak diri dulu ni.. nak pegi kerja"
lawak + sentap = penuh makna...
BalasPadamterbaik!!
that plot twist. LOL
BalasPadamhahahahah lucu tp dalm mksudnya tu, klu xpaham g xtaw la mnusia ni...
BalasPadamsakit perut gelak guling2..
kannn.. lucu kan.. hihihihi.. guling2 gelak ni.. mak aishhhh
Padamhaha good one teme ! :) keep it up ^^
Padamgood one teme ! banyak makna ni
Padamyeah. betul tu. :)
BalasPadamsertu beb bukan samak ...xsilap aku la
BalasPadamsertu beb bukan samak ...xsilap aku la
BalasPadamsertu beb bukan samak ...xsilap aku la
BalasPadamHahahah terbaik. Manusia ni yg memang istimewa dicipta akal utk mentadbir alam tapi mensia siakan amanah Tuhan.
BalasPadamPergh... Mantap
BalasPadamTerbaekk
BalasPadambetul tu... ;)
BalasPadamHaha. Terbaik!
BalasPadamvery good idea. Good job author :)
BalasPadamdalam lawak2...sangat bermakna ilmunya.
BalasPadamkeep it up,teme!!
Superb. Awesome haha
BalasPadamhahaha,deep ;)
BalasPadamhahaha. superb. lawak yg berisi.
BalasPadambest2!!
BalasPadamhehe..lawak yg penuh dgn makna
BalasPadamhehe. lawak penuh dgn makna
BalasPadamhehe. lawak penuh dgn makna
BalasPadamhehe..lawak penuh dgn makna..
BalasPadamAwesome...harapnya makhluk yg dikatakan sempurna ini sedar termasuk diri ini.... Amin...
BalasPadamAwesome...harapnya makhkuk yang dikatakan sempurna ciptaannya ini sedar termasuk diri ini...Amin... 😂😂😂👍👍👍
BalasPadamAwesome...harapnya makhluk yg dikatakan sempurna ini sedar termasuk diri ini.... Amin...
BalasPadamgempak! so mean!
BalasPadammenarik. mohon share:)
BalasPadammenarik .. saya nak share kat blog saya deh.. ^^
BalasPadamhahha yg last tu sgt sgt sentap..
BalasPadamterkesan
BalasPadamnice!
BalasPadambest sangat...membuka fikiran org!
BalasPadamYesssss sangattt btullllll
BalasPadamTerbaik bebbb
Terbaek!
BalasPadamThanks. Finally ai laugh today
BalasPadamDalam maksudnya 😊
BalasPadamDalam maksudnya 😊
BalasPadam