Teme's GANG

Maafkan dia, dia dah jumpa buah hati...

Dia semakin jauh,

Dia tak serupa dulu,
Kau keliru,
Kesan kepelikan padanya terlampau jelas hingga kau buntu,
Adakah dia terkena rasukan hantu?



Kenapa boleh jadi sampai macam tu sekali?
Adakah dia tak ingin bergaul lagi?
Mana pergi kawan lagha yang dulu kau kenali?
Atau ada sesuatu yang kau belum fahami?
Apa yang telah dia temui?


Serabut bagi kau,
Mungkin selesa bagi dia,
Mungkin dia mulai rasakan nikmatnya,
Walaupun makin banyak diduga,
Mungkin dia semakin sedar tujuan dunia, tempat berluka-luka,
Dalam nikmat kasih Pencipta..



Kerana dia sedar karat dalam jiwa.
Terlalu lama tumbuh dalam dodoian dunia, fitnah yang mereka cipta sejak mula.
Kini dia sedar dia sepatutnya ke mana. 



Janganlah marah dia,
Janganlah buka aibnya sedang dia telah kembali bertaubat padaNya,
Janganlah mengungkit kesalahnya,
Dia semakin kenal kenapa dia dicipta.

Jomlah ikut sama?
Kita bermadu dalam cuka, kerana syurga itu lebih manis dari segalanya...
Kat sanalah tempat berehat selama-lama..

..........................................................................

Wahai si pelik sekalian..
Kenapa kau pelik bersendirian?
Bukankah nikmat balasan kepelikan itu lebih manis untuk dikongsikan?
Mungkin dalam seribu kritikan dan tomahan, dia sedang menunggu ajakan?
Kenapa kau rahsiakan?
Mana hilangnya risau pada teman-teman?

Tabah,
Kau boleh,
Sikit lagi... Pujuk diri... Ada syurga menanti...
Lawan nafsu, ketepikan semua amalan jahiliyyah, lakukan semua yang Allah perintah..

Ada masalah?
Itu tandanya Allah sayang,
Kau sedang dilatih menjadi hebat,
Kerana ahli syurga semuanya hebat-hebat.

Buat dosa?
Rasa kotor & hina?
Rasa tak layak berada di landasanNya?
Memang, ada rasa nak simply delete history kejahilan & dosa.
Bertaubatlah, Dia Maha Pengampun,
Tapi jangan ambil kesempatan di atas pengampunan itu untuk berniat melakukan dosa semula...

GERAK! KAU BOLEH! 
MOGA KITA JUMPA 'NANTI'!

8 ulasan:

  1. "Serabut bagi kau,
    Mungkin selesa bagi dia,
    Mungkin dia mulai rasakan nikmatnya,
    Walaupun makin banyak diduga,
    Mungkin dia semakin sedar tujuan dunia, tempat berluka-luka,
    Dalam nikmat kasih Pencipta.."

    Pelik. Memang pelik. Tapi, beruntung orang orang yang pelik itu :)

    BalasPadam
  2. insyaAllah, semoga berjumpa di SANA

    BalasPadam
  3. Berat rasanya pembacaan ni. Tapi harapan tetap mekar tumbuh. Moga kita berjumpa disana NANTI. Meski airmata yang menemani dijalanan berduri.

    BalasPadam
  4. Berat pembacaan ni. Namun tetap jua harapan tumbuh mekar. Moga kita berjumpa disana NANTI. Meski airmata yang menemani dijalanan berduri

    BalasPadam
  5. Walau sakit ditusuk duri, namun masih bunga ros dicari . Kerana cantiknya yang tak terperi walau durinya ada sekali.

    Begitu juga manusia, Nampak sempurna walaupun berbeza ceritanya. Sungguh ada cela, kita terima sahaja. kerana cantiknya si dia yang kita suka.

    Jangan salah sangka, tapi siapa saja yang tak tertarik pada cantiknya manusia. Sungguh ada cela, namun dia tetap sempurna di mata kita.

    Sungguh nanti hati berpisah jua, masih ada titip doa kepada yang Esa. memohon agar si dia ceria dan sentiasa dalam lindungan dari segala bala bencana. Dan semoga kembali berjumpa di syurga.

    BalasPadam

Hai. It's me, Teme. I'm sorry if you have to go through word verification before posting comment(s). I received tonnes of spam comments lately. I had to turn the word verification on 😕. I'm sorry. Jangan jemu untuk komen tau!

HOT POST!!