penat... nak jadi baik sampai bila?
nak tinggalkan jahiliyyah setakat mana?
baik tu sampai mana?
Sentiasa ada mereka yang lebih baik dari kita,
sentiasa ada juga yang sebaliknya..
Adakah kita mahu menjadi 'jaguh' di halaman,
Atau kita ingin menjadi syabab yang menceritakan perjuangan pahit manis ketika di syurga bersama teman-teman?
jika daun berguguran di musim luruh kau katakan indah..
warna-warni pada musim bunga kau katakan meriah..
ketahuilah, ia hanyalah dunia tempat berlelah..
syurga kelak berbaloi untuk sebuah mujahadah..
To be a better YOU,
Is not to be good like akhi APG, akhi Hilal Asyraf, nor akhi Aiman Azlan.It is about being a better version of YOU.
Jika sedang duduk, anda bangun..
Jika sedang bangun, anda jalan..
Jika sedang jalan, anda mula berlari..
Jika sedang berlari, pergilah terbang setinggi yang mampu..
Biar malaikat maut yang menghentikan mujahadahmu mengejar syurganya..
Syurga atau neraka??
Biarlah Dia yang menentu..
berubah takat yang mampu..
Even a person who continuously put a massive effort since forever to be a better person always improves, there is no end for improvement.
Perjalanan ini bukanlah perjuangan individu semata-mata.. Tanggungjawab mencegah kemungkaran itu masih ada atas bahu kita.. Dalam kita mengejar ilahi, jangan lupa menarik mereka yang lain..
Beramal dengan kebaikan, mencegah kemungkaran, berdakwahlah sekalipun dengan senyuman.
Biarlah mereka mengkeji,
Biarlah mereka kata kau tak layak,
Biarlah mereka kata kau inginkan dunia..
Biarlah orang kata ilmu kau tak seberapa..
Kerana kalau nak tunggu sempurna, maka tiada pendakwahlah di dunia.
Kelak kau buka mata di syurga,
Kau akan kata dengan tangisan kegembiraan di mata..
"Alhamdulillah.. Usahaku tak sia-sia, betapa nikmat & indahnya syurga"
Jadikan ia nyata..
Bukan sebaliknya..
ingatlah.. tiada masa lapang bagi kita,
jika kita sedar..
..............
Sedangkan para sahabat yang dijamin syurga pun masih mengejar amal kebajikan, inikan pula kita..
Assalamualaikum..
"Jika sedang duduk, anda bangun..
BalasPadamJika sedang bangun, anda jalan..
Jika sedang jalan, anda mula berlari..
Jika sedang berlari, pergilah terbang setinggi yang mampu..
Biar malaikat maut yang menghentikan mujahadahmu mengejar syurganya..
Syurga atau neraka??
Biarlah Dia yang menentu.."
There is no limit for improve. Need to istiqmah so we can be a better version of 'we' ! Thanks teme. Well done :D
nice
BalasPadam