berdebar...
selepas subuh hari itu..
Memikirkan apa yang akan berlaku..
Hampir setiap minit aku menoleh ke arah jam, berdebar, tetapi tidak tahu apa yang aku takutkan sangat..
Berbaring di ruang tamu.. Phone di tangan..
"hmmmm aku nak telefon.. atau nak check online je... hmmm"Bermonolog dalaman, sambil melayan kerenah rakan-rakan seperjuangan dalam whatsapp, masing-masing berdebar menunggu result..
"asal semacam je ni.. time result SPM takde pulak macam ni.. mungkin aku makin dewasa kot? makin banyak berfikir?... ceh.."
حسبنا الله ونعم الوكيل .... حسبنا الله ونعم الوكيل .... حسبنا الله ونعم الوكيل ...
Aku beranikan diri membuka laman web online result... sambil tanganku menutup screen phone, beranilah sangat..
Perlahan-lahan aku buka jari-jemariku..
Fikiran terasa kosong.. Dunia seakan-akan terhenti bergerak..
Pertama kali dalam hidupku..
"Alhamdulillah, ini yang terbaik... "Aku pelik, aku tidak sedih seperti yang aku sangkakan... Cuma aku terkilan kerana tidak dapat hadiahkan keputusan yang sepatutnya kepada ibuku..
Pertama kali dalam hidupku..
Aku terasa seakan-akan 'gagal' dalam akademik.. walaupun hanya 1 mata kurang dari kadar yang ditetapkan oleh penajaku..
Sungguh.. Aku ni pentingkan diri..
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
Al-Baqarah : 216
Sungguh.. Aku ni pentingkan diri..
Ditarik satu zarah kenikmatan dunia untukku, aku dah resah.. Tak senang duduk..
Walhal berjuta-juta portion kesenangan dan kenikmatan telah Allah kurniakan padaku selama ini..
Namun, tiada yang benar-benar aku syukuri..
Aku yakin..
Allah ingin tarbiyah diriku..
Kafarah dosa ku..
Mengingatkan aku akan kesilapan diriku selama ini, agar tidak diulangi..
.......................................................
Teme ingin kongsikan betapa besarnya kuasa Al-Malik yang boleh dikaitkan dengan hikmah yang lahir dari ujian ini.. Alhamdulillah
Anda jaga akhlak dan ibadah?
Anda berjihad?
Anda dapat pelbagai anugerah?
Anda menjadi idola manusia?
Anda berusaha jauhi riak?
Anda jadi hamba Allah yang terbaik?
Anda menjadi idola manusia?
Anda berusaha jauhi riak?
Anda jadi hamba Allah yang terbaik?
Anda buat segalanya untuk agama?
Anda rasa anda layak masuk syurga???
tidak!! tiada satu pun yang lahir dari kita melayakkan kita ke situ.. MELAINKAN
dengan rahmat Allah..
Sejauh mana kita usaha.. Keputusannya terletak pada Dia.. Kita hanyalah perancang yang lemah..
Anda rasa anda layak masuk syurga???
tidak!! tiada satu pun yang lahir dari kita melayakkan kita ke situ.. MELAINKAN
dengan rahmat Allah..
Sejauh mana kita usaha.. Keputusannya terletak pada Dia.. Kita hanyalah perancang yang lemah..
Selamat jalan teman,
Sesungguhnya kita berbeza peranan,
Tapi akhirnya kita akan bertemu Tuhan,
Menceritakan tentang perjuangan,
Yang hujungnya terdapat hanya dua pengakhiran,
Sama ada ke syurga atau ke neraka seorang insan,
Jika terkenang sesekali,
Ku harap doa mengikuti,
Dari para sahabat sejati,
Tetaplah berjuang, moga kita bertemu kembali..
Di Jannatul Firdausi..
bertabah teme:) insyallah ada buah kemanisan kat hujungnya nanti:)
BalasPadami feel you bro.
BalasPadamBiarlah jalan berliku, sulit mana sekalipun,
asal Allah redha.
may Allah bless teme.
BalasPadamu still can relate things to tarbiyyah and life test, u remember Allah, that's just good enough.
have faith, teme, hold it till the end.
assalamualaikum... maaf klu bahase sye gunakan ni agak kasar
BalasPadamkau sungguh beruntung teme
Allah hidupkan hati kau demi islam
sedangkan aku () masih dipersimpangan
mencari ssuatu y boleh isi jiwa kosong ni... jujur kdg2 aku fikir nk jdi baik.. nk jadi sesuatu y bguna pada islam, ummah n nk abdikan dri hanya pada pencipta.. tapi seringkali aku tsungkur ..mengulangi dosa y buatkan aku rse mmg dah xde tempat tuk aku kembali.. cepatnya aku bputus asa... jujur aku malu pada tuhan... bartaubat, buat lagi dosa, kembali betaubat, n buat lagi.. sampai aku fikir tuhan msti dah xnak aku lagi..dah xmau maafkan aku lagi sbb aku...hish tp lepas aku bace kisah kau, ya sdikit sbnyak beri inspirasi......doakan aku semoga aku jumpa jalan Ilahi n istiqamah ye (senyum)
Saya sedang membaca Arkitek Jalanan, dah nak habis da bukunya ni, tapi sayang sangat nak habiskan baca, sebab masih kumpul duit nak beli impian n signature jalanan! Jadi saya ke instagram teme, utk lihat post2teme, tapi jumpa link blog teme kt bio teme. Rasa best je baca penulisan teme, sebab saya seorg yg tk suka membaca, especially buku yg pjg lebar, tapi Teme da mengubah saya. Thank you brotha! -Sacristare
BalasPadamDah berjaya da sekarang.. bangga dengan kau bro,semoga kau berjaya dunia akhirat ye
BalasPadam