nuffnang

Teme's GANG

Taubat dari gereja..

Baca sampai habis bagi mengelakkan muncul spekulasi yang mengatakan aku sesat dan dah mula berminat dengan ajaran Kristian.




Pernah tengok movie barat? Pernah tengok scene dalam gereja? Pernah masuk sendiri ke dalam gereja?

Kalau korang tak pernah tahu, biar aku cerita.
Aku student yang menuntut ilmu di sebuah negara barat. Banyak kali dah masuk gereja atas sebab-sebab yang tak perlu aku huraikan. Bukan aku nak berbangga berpeluang masuk ke  gereja banyak kali, tapi aku nak cerita pasal satu objek dalam gereja. Sebuah kotak.

Confession box atau confessional,
Ini nama kotak tersebut. Itu nama sebenar, bukan nama samaran seperti Teme Abdullah, ehh..
Kotak ini ada hampir di setiap gereja yang aku masuk, aku konklusikan, mungkin ini adalah objek yang penting dalam sesebuah gereja. Bukan kecik macam kotak yang selalu kucing korang main tu, ini kotak besar punya, sekurang-kurangnya muat 2 manusia pada satu-satu masa. Seiring dengan namanya yang bermaksud 'luahan' (confession), di dalam kotak ini akan ada seorang paderi menunggu luahan manusia tiap-tiap hari.

Apa yang berlaku dalam kotak?
Kucing akan masuk dan bermain dengan bebola benang.. Okay jangan percaya. Dalam kotak ini berlakunya luahan mereka yang berdosa kepada paderi-paderi. Bukan luahan rasa terpesona dan cinta kepada paderi, tetapi luahan dosa. Bagi penganut kristian yang ingin bertaubat, mereka perlu menceritakan segala dosa dan pengalaman hitam mereka kepada paderi dalam kotak tersebut. Sama ada mereka pernah berzina, bunuh orang, mencuri, atau apa-apa dosa sekalipun, mereka perlu luahkan kepada paderi yang bertugas di dalam kotak ini.

Apa paderi akan buat lepas dengar luahan pendosa?
Paderi akan bercakap dengan nada yang lantang, "Akulah sailormoon! Dengan kuasa bulan, akan menghukum mu!".. Bukan, jangan percaya. Sebaliknya, paderi akan menceritakan tentang pengampunan tuhan (tazkirah sikit kot) dan dengan ‘kuasa’ yang mereka ada, mereka akan mengampunkan si pendosa. Maka pendosa pun suci dalam debu. Menarik bukan?

Melalui kotak ini,
Aku dapat mentadabbur & ternyata ianya kotak yang menyedarkan aku,
Kerana melaluinya aku nampak keindahan islam,
Aku nampak kasih sayang Allah pada hambaNya walaupun hamba yang berdosa,
Aku nampak yang pengampunan & sifat rahmat Allah ini jauh lagi besar dari kemurkaanNya.

Jangan stop baca sampai sini, teruskan lagi, nanti salah faham.



Kita berbeza dengan kristian,
Dalam islam, walaupun kita berdosa, kita wajib rahsiakan, bertaubat, dan memohon pengampunan daripada Allah semata-mata. Meskipun kita pernah minum arak dan tak pernah sekali pun terkantoi dengan pihak agama, kita tak perlu mengaku pada ustaz untuk terima hukuman sebatan. Sebaliknya kita hanya perlu bersendirian memohon ampun pada Allah dan berazam dengan bersunggh-sungguh untuk tidak mengulanginya. Tak perlu cerita pada orang lain. Istimewanya kita orang islam, kita boleh memohon ampun direct daripada Pencipta kita sendiri, tak perlu pengantara.

Buat dosa tapi tak terkantoi. Bukan Allah tak murka, tapi Allah nak beri peluang taubat kepada kita.

Betulke takyah mengaku kesalahan di hadapan manusia?
Melainkan dosa kita itu melibatkan manusia lain, kita wajib rahsiakan dan jangan luahkan pada sesiapa. Maksudnya, jika dosa kita itu merupakan penganiayaan terhadap orang lain (contohnya pemerintah yang menipu rakyat ke.. nasib baik malaysia bebas dari isu ni), wajiblah kita memohon maaf pada orang yang teraniaya tersebut. Jika dosa tersebut hanya kita dan Allah sahaja yang tahu, kita hanya perlu memohon ampun dan luahkan kepada Allah. HARAM untuk kita ceritakan kepada kawan-kawan mahupun ustaz sekalipun.

Rasulullah saw pernah bersabda: "Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang bermujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa pada malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa tersebut, kemudian dia berkata: "Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu." (Menceritakan dosanya kepada orang lain). Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tapi pada pagi hari dia telah membuka sendiri akan dosa tersebut." -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Allah sayang pada hambaNya,
Kalau kita lah, kalau orang buat jahat pada kita, kita akan marah dan akan timbul perasaan ingin balas dendam walaupun orang tu mintak maaf. Contohnya kalau ada orang merogol anak kita, pastu dia mengaku kepada kita sendiri. Walaupun dia dah mintak maaf, tetap timbul perasaan ingin laporkan kepada polis untuk pesalah dikenakan hukuman (Aku ni sembang macam dah ada anak). Allah tak macam tu, Allah Maha Pengampun, walaupun kita menghadapNya dengan berbillion-billion dosa sekalipun, dengan syarat kita betul-betul bertaubat, Dia akan ampunkan. Tak perlu cerita pada manusia lain tentang dosa kita, kerana Allah taknak kita malukan diri sendiri. Inilah bezanya Allah dengan ‘tuhan agama kristian’.

Nampak tak?
Walaupun kita berdosa, walaupun kita dah buat Allah murka, Dia tetap pentingkan kita dan taknak malukan kita. Allah taknak kita buka aib kita. Sayangnya Allah pada kita.. Sayangnya Tuhan kepada hambaNya, meskipun yang berdosa, meskipun kita buat dia murka berulang-ulang kali.
*kesat air mata*

Kerana inilah terdapat hukuman qazaf bagi sesiapa yang mengaku pernah melihat individu muslim berzina tanpa membawa bersama 4 orang saksi yang sah yang melihat dengan jelas aktiviti tersebut. Sekali pandang nampak macam islam nak membela pendosa kan? Masa aku belajar Pendidikan Agama Islam untuk PMR dulu, sejujurnya, timbul ragu-ragu pada hukuman qazaf ini kerana kejahilan aku sendiri. Menurut fikiran aku "Kenapa takleh report pulak? Takkan kita nak buat amar makruf nahi munkar pun salah? Takkan nak kena ada 4 orang saksi baru boleh jatuhkan hukuman? Takkan orang itu dibenarkan bebas tanpa hukuman kot?". Itu dulu. Dulu aku ingat islam ini agama untuk menghukum, tapi sekarang aku sedar yang islam itu lebih kepada ampun. 
Kalau nampak orang buat dosa, tegur dia on the spot, beri amaran, suruh dia bertaubat, dan yang paling penting, jangan ceritakan dosa dia pada orang lain. Itu urusan dia dengan Allah, kita dah jalankan tanggungjawab kita. Maksudnya di sini, kalau kita nampak orang buat dosa, hentikan serta merta! Jangan lari dari situasi dan report kat orang lain. Cara islam ialah mencegah, bukan menghukum.


"Tapi Teme, aku dah berzina 10 kali, minum arak berbotol-botol, Allah nak ke terima taubat aku?"

Saudara,
Walaupun dosa anda setinggi langit sekalipun, jika anda rendahkan ego dan memohon ampun pada Allah, Allah akan ampunkan.

Dari Anas bin Malik RA dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT berfirman, “Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepada-Ku dan berharap kepada-Ku akan Aku ampunkan apa yang telah kamu lakukan. Aku tidak peduli, wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau meminta keampunan kepada-Ku akan Aku ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepada-Ku tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu apapun, pasti Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.” -Hadis Riwayat Tirmidzi

"Tapi aku bukan sahaja buat dosa. Lepas aku bertaubat, aku buat dosa lagi. Berulang-ulang aku buat dosa"

Lihatlah keadaan kau sekarang, masih bernyawa ke tidak?
Kalau masih bernyawa, selagi itulah kau boleh bertaubat. Inilah antara sebab kenapa Allah masih kurniakan nikmat bernafas kepada kita, untuk bagi chance kita bertaubat walaupun dosa itu berulang-ulang dan sebesar Gunung Everest. Jangan pandang rendah pada sifat Maha Pengampun Allah, pengampunanNya tiada limit, tiada quota.

“Ada seorang hamba yang berbuat dosa lalu dia mengatakan ‘Allahummagfirliy dzanbiy’ [Ya Allah, ampunilah dosaku]. Lalu Allah berfirman, ‘Hamba-Ku telah berbuat dosa, lalu dia mengetahui bahwa dia memiliki Rabb yang mengampuni dosa dan menghukumi setiap perbuatan dosa’. (Maka Allah mengampuni dosanya), kemudian hamba tersebut mengulangi lagi berbuat dosa, lalu dia mengatakan, ‘Ay robbi agfirli dzanbiy’ [Wahai Rabb, ampunilah dosaku]. Lalu Allah berfirman, ‘Hamba-Ku telah berbuat dosa, lalu dia mengetahui bahwa dia memiliki Rabb yang mengampuni dosa dan menghukumi setiap perbuatan dosa’. (Maka Allah mengampuni dosanya), kemudian hamba tersebut mengulangi lagi berbuat dosa, lalu dia mengatakan, ‘Ay robbi agfirli dzanbiy’ [Wahai Rabb, ampunilah dosaku]. Lalu Allah berfirman, ‘Hamba-Ku telah berbuat dosa, lalu dia mengetahui bahwa dia memiliki Rabb yang mengampuni dosa dan menghukumi setiap perbuatan dosa. Beramallah sesukamu, sungguh engkau telah diampuni.” -Hadis Riwayat Muslim


Fahami betul-betul apa yang aku tulis seterusnya ini, kerana ianya seriously deep,

Sememangnya dosa itu buruk dan wajib dijauhkan,
Tetapi memohon ampun selepas dosa itu yang terbaik,
Mengulangi dosa selepas bertaubat itu buruk dan tak patut dilakukan,
Tetapi, kembali bertaubat selepas tidak sengaja mengulangi dosa itu lebih baik dari taubat yang pertama,



Ya..
Umumnya kita semua tahu yang kita punyai Tuhan yang Maha Pengampun. Tapi sedikit saja dalam kalangan kita yang benar-benar memohon ampun. Dan ramai antara kita yang mengambil kesempatan melakukan dosa dengan alasan “Alah takpa.. Allah kan maha pengampun”, jangan cabar Allah wahai saudara. Segerakan bertaubat.

Sekarang aku nak tanya,
Berapa ramai antara kita yang benar-benar pernah berdoa supaya diampunkan dosa sampai terzahir dalam bentuk tangisan penyesalan & pengharapan? Tepuk dada, tanya iman. Meminta ampun ini mudah, tetapi hakikatnya ramai antara kita yang menangguhkan sehinggalah segalanya terlambat.

Tidak mustahil ada manusia yang lakukan dosa yang lebih besar daripada kita, tetapi dia lagi suci di sisi Allah kerana sering memohon ampun. Mungkin kita yang kononnya buat dosa 'ringan-ringan' pula lebih hina pada pandangan Allah kerana kesombongan kita untuk memohon ampun. Tambah lagi teruk jika kita menghina pendosa-pendosa lain dan menganggap diri kita lebih baik.

Luahkanlah pada Allah,
Tika kau bersendirian, menangislah, luahkan kepadaNya dan memohon ampun dengan bersungguh-sungguh.
Kalau kepada ibu bapa kita boleh mengadu, inikan pula Tuhan yang menciptakan kita. Dia tunggu dan sentiasa menunggu kita merintih kepadaNya.
Inilah namanya bermunajat. Allah pernah khabarkan kepada Rasulullah saw, bahawa jika ada hambaNya yang perlukan Dia, maka jawablah kepada hamba itu bahawasanya Allah itu dekat dan sentiasa ada bersama kita.

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat..." -Surah Al-Baqarah ayat 186 

Walaupun Allah murka dengan dosa kita, percayalah, rahmat dah kasih sayangNya jauh lebih besar dari kemurkaanNya. Luangkan masa berkualiti dengan Pencipta syurga & neraka, kerana kelak kita akan memasuki salah satu daripadanya. Gunakanlah peluang ini sebaik-sebaiknya untuk ke syurga.

Ingat,
Allah sayang sangat-sangat pada kita,
Kita jangan berputus asa daripada rahmat & pengampunanNya.

"Katakanlah "wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"" -Surah Az-Zumar ayat 53

20 comments:

  1. Allahuakbar. terima kasih teme atas ingatan bersama. Hamba-Nya sentiasa alpa untuk bertaubat, meski berulang melakukan dosa kecil mahupun besar. Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, saya pun sangat terkesan dgn artikel ni,
      baru sedar taubat itu mudah, tapi kita terlalu sombong dan malas untuk betul2 bertaubat :(

      thanks teme..

      Delete
  2. architecture student yg study kat UK, tapi boleh menulis something islamic mcm ni.. i'm impressed teme. teruskan berjaya duniawi & ukhrawi :) teruskan jadi idola sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. agreed! kita perlukan professional macam teme banyak2 kat Malaysia. InsyaAllah takda isu pecah amanah dan 2.6 billion.. hehehehe

      Delete
  3. Teme , boleh cerita tk how to be an architecture student ?did you start since secondary school ? Study dekat mana eh time secondary school ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekolah berasrama penuh agama.. tak sure if imtiaz/maahad/sbpi tu je la yg sy dengar2

      Delete
  4. Syukran jazilann

    ReplyDelete
  5. Sama situasi Sejibik sejiban... dosa taubat dosa taubat.. dosa taubat..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..artikel yg sgt bermanfaat..yg sgt mmberi kesan pada hati org yg bace...saye nk minta izin nk copy paste n share, bole? X bole xpe,,saye faham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seeloknya share je. kalau copy paste akan hilang sumber penulisan. kalau share penulis boleh bertanggungjawab atas penulisannya. lagipun penulisan ni berat juga kerana ia melibatkan gereja (agama lain).

      Delete
    2. sy setuju dengan reply di atas :)
      share je lah. jangan copy paste.

      Delete
  7. sangat membantu . terima kasih di atas peringatanmu wahai saudaraku

    ReplyDelete
  8. Wahh ... x thn.. x sangke skolah imtiaz smakin dikenali... wlaupun sy thu teme bkn dri imtiaz kn?;)

    ReplyDelete
  9. Wahhh x tahann... x sangke skolah imtiaz smakin dikenali.... bangga skjap ngee... but I'm pretty sure that teme bkn dri imtiaz kn ;)

    ReplyDelete
  10. Baca entri ni mengingatkan aku kepada video habib ali al jufri.

    https://m.youtube.com/watch?v=WWK-nJWqks4

    ReplyDelete
  11. mula mula tengok tajuk... "apela pasal gereja pulak ni " bila dah bce... terkesan dgn penulisan kamu teme... penulisan kamu berkesan. sbb seolah olah kamu bercakap dpn pembaca. terima kasih.

    ReplyDelete
  12. وإلى ربك فارغب

    Semoga dipermudahkan urusan dalam menyampaikan dakwah. Semoga diteguhkan hati dalam hadapi mehnah dunia.
    Semoga dikuatkan diri dalam melangkah.

    #jm#

    ReplyDelete
  13. Okay kali kedua aku baca. Still lagi terpedaya dengan sailormoon.. ��

    Btw sharing yang sangatttt baikk ☺

    ReplyDelete
  14. Pesan Teme supaya baca sampai habis buat saya tertarik untuk habiskan . Actually sya bukan org yg suka baca blog2 ni . Tp, Teme buat sya tertarik . Terima kasih atas ingatan yg sgt bermakna . Moga Allah mengampunkan dosa2 kita . Inshaa Allah . Aminn .

    ReplyDelete
  15. your words,it makes me fall in love with Allah 😭❤

    ReplyDelete

HOT POST!!