tidak semestinya pelajar seni bina (architecture) sahaja,
pelajar engineering, accounting etc juga mungkin ada masalah yang sama,
mulut senang mengucapkan
'aku study ni kerana Allah'
tapi susah untuk betul-betul faham & amal frasa itu..
atau sengaja sebut untuk sedapkan hati? konon-kononnya belajar untuk Ilahi?
walhal segalanya demi kepentingan duniawi..
aku hanya mampu menjelaskan serba sedikit berkenaan bidang aku, architecture...
KENAPA ARCHITECTURE?
setiap manusia dikurniakan oleh Allah dengan kebolehan yang berbeza.
Allah nak tengok kelebihan itu disalurkan ke mana..
in my case, arts is my passion. senang cerita.. aku suka lah melukis-melukis nih..
So akan aku cuba mengasahnya dan menyumbang ke jalan Allah.
"melukis??? melukis ni lagha je! tak bawak kau ke mana-mana pun! takda kepentingan untuk islam lansung!"
"sebab orang yang berfikiran macam kau inilah zaman kanak-kanak kita dipenuhi komik lagha. Kita hafal watak kartun, kronologi cerita DragonBall sampai sekarang kita ingat, walhal semuanya sia-sia. Sebab apa? Sebab takda pelukis islam nak sediakan alternatif komik dakwah yang bermanfaat untuk lawan balik serangan tu. Sebab apa takda pelukis islam? Sebab orang yang berpendangan macam kau ni lah.."
pernah dengar kisah Ratu kerajaan Saba'?
secara ringkasnya, Ratu Kerajaan Saba mengakui keEsaan Allah selepas melihat keindahan istana Nabi Sulaiman AS kurniaan Allah.
selepas kejatuhan empayar islam,
barat bangkit dgn 'renaissance'..
conquer dunia dgn keindahan seni bina,
hasilnya? barat kuasai dunia sekarang..
Christian mempunyai penganut yang paling ramai..
*Sudah semestinya bilangan yang ramai tidak bermakna ianya agama yang hakiki..
So, dear bakal architect muslim, ayuh kita gunakan 'key' ini untuk mengajak manusia ke arah Allah. Walaupun kita apply sedikit nilai islam pada binaan dengan konsisten...
Bayangkan apabila semua bangunan dibina menghadap qiblat, akan timbul satu pertanyaan dalam diri non-muslim
"kenapa org islam ni sayang sangat dengan islam sampai apply kat bangunan? kene kaji ni"
- Saat architect muslim mula bertapak, bolehlah kita mulakan proposal untuk surau yang lebih besar di shopping complex etc. Tidaklah rumah Allah ini menjadi sekadar 'cukup syarat' sahaja di bangunan terkemuka.
- Saat architect muslim mula bertapak, bolehlah kita design bangunan yang indah-indah dengan slogan 'tidak sedikitpun seindah syurga Allah'.. Moga yang melihatnya berkobar-kobar untuk ke syurga.
- Saat architect muslim mula bertapak, tidaklah mereka memasuki sebuah binaan, dan keluar dengan kekaguman semata-mata.. mereka keluar dengan mengenal islam..
seperti sang pelangi..
menjadi penyejuk hati makhluk yang memerhati..
turut sama menghiasi keindahan ciptaan Ilahi...
tak kisah apa bidang kita,
tiang sahaja tidak akan melengkapkan sesuatu binaan..
kita perlukan dinding untuk melindungi aib manusia di dalamnya..
bumbung untuk memudahkan kesulitan cuaca,
tingkap untuk kemasukan cahaya..
akhirnya,
kita semua ada peranan yang nyata.
kajilah bagaimana anda dapat salurkan kudrat dan kemahiran anda untuk Allah,
atau hiduplah dengan sia-sia,
tanpa ada apa untuk dijadikan sebab-sebab anda ke syurga.
heh heh heh heh heh heh heh..... |
siapa kata bukan bidang agama tak boleh belajar agama? ^_^
assalamualaikum..
hahaha..nice teme
BalasPadamaku suka gila kartun teme yang macam ni..
well, hope aku pun dapat amal mesej dalam entri ni..
belajar, bekerja benda-benda dunia dan akhirat kerana Allah..
btw, like mengkaji komposisi tanah untuk memudahkan penggali kubur..hahaha
kite sume ada peranan masing sbgai hamba allah utk memakmurkan bumi ini..
BalasPadamsy suka post ni. i had once thought to take architecture as my course,but thinking that this course cannot contribute much to Islam ..so,i had change my mind to take other course...but you had actually inspired me how an architect can do so much for Islam in this post..great job=)
BalasPadamSejujurnya, saya melihat Muslimin dan Muslimah di Malaysia makin ramai yang sedar... Bila saya balik ke KL dari Muar menggunakan bas, saya akan berhenti di TBS.. Di sana, Suraunya ade, tapi kecil sampaikan kena tunggu turn semata-mata nk masuk dlm surau sahaja... Panjangnya barisannya mengalahkan barisan di kedai KFC dalam TBS tu.... Apa lagi! Architect !! cepat2 lukis pelan pembaharuan!! Engineer, cpt2 wat pembaharuan... Ayuh!!
BalasPadamnice one bro..thumb up :)
BalasPadamSetuju. Tapi, peranan kita jalankan kerja meramaikan orang nak solat sebelum membesarkan tempat solat. Jzkk atas entri ini. Salam ukhuwah :D
BalasPadamTak kira apa kos kita, kita boleh menyumbang ke arah Islam.. walau sekecil zarah :')
BalasPadamfirst time baca blog ni. menarik :) sbb sy student architecture jugak.
BalasPadamlawa la lukisannya. hehe
BalasPadamSaya duduk rumah flat tapi tiada ruangan surau. At least ada space sikit untuk solat jemaah pun dah ok. Mungkin arkitek lupa nak masukan surau dalam drawing. Kalau buat rumah pastikan ada space terlindung untuk wanita. Tak kelam kabut sangat bila ada tetamu datang.
BalasPadamAnda semua arkitek ni harapan kami. Kami tak reti buat drawing semua ni.
Teme, you abroad your study in uk guna scholar apa? By ur spm result or else? Mind share? I need guide. Thank you
BalasPadamSatu demi satu entry kau aku baca. Entry ni buat aku terdiam sejenak.
BalasPadamnice!
BalasPadamKlu bidang accounting,bagaimana nak salurkannya ke jln Allah?
BalasPadam