assalamualaikum...
alhamdulillah, seperti biasa, artikel berjaya dipost pada hari khamis-malam-jumaat..
aik? kenapa post pasal ramadhan? manakah post pasal saudara-saudara di Mesir?
insyaallah, post berkenaan Mesir teme dah buat kat facebook, klik sini dan share untuk sama-sama kita mengenali pejuang Islam yang sebenar. SUPPORT MOHAMED MORSI AL-HAFIZ!!
usaha kita, walau sebesar zarah, akan dihitung di akhirat kelak dengan izinNya..
ok sambung..
semua sedia maklum..
pada bulan Ramadhan ini, pahala ibadah kita digandakan...
jadi, ianya waktu terbaik untuk kita 'melabur' sebanyak mungkin..
Ramadhan ni syaitan dah dibelenggu
inilah waktu terbaik untuk buat perubahan positif..
sebab boleh elak diperli, tapi macam mana?
cerita banyak-banyak pun tak best, sebab korang suka gambar je kan?
ok.. ini contohnya..
maka... jika sesiapa dilahirkan dengan nama Chot, teme mintak maaf.. sesungguhnya, watak tersebut tiada kena-mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia...
ok sambung...
contoh checklist bulan ramadhan..
- berjemaah di surau/masjid setiap waktu solat
worst case: berjemaah 3 daripada 5 waktu solat...
- terawikh secara berjemaah di surau/masjid
worst case: tidak tinggal terawikh walaupun satu hari..
- mula menutup aurat dengan sempurna
worst case: tak payah nak worst case sangat! aurat memang kene tutup!!
- mulakan sahur dengan tahajjud
worst case: akhiri sahur dengan tahajjud... (same je lah kan? bhahahaha)
- khatam membaca al-Quran 30 juzuk beserta terjemahan
worst case: khatam versi bahasa arab..
- tundukkan pandangan kalau ternampak aurat atau apa-apa yang membangkitkan nafsu..
worst case: takyah ke tempat yang ada chance untuk ternampak kemungkaran, senang.
- mula menapis percakapan dan perkataan yang dikeluarkan. fikir akan perasaan dan akibat perkataan itu dikeluarkan
worst case: buang perkataan kasar/makian dalam kamus hidup anda..
buat step by step, tak semestinya terus perfect...
istiqamah dalam memperbaiki diri....
(klik sini untuk poster yang lebih 'proper' dan tak cacamarba)
Bulan Ramadhan ini, terlalu ramai mengejar pahala solat terawikh berjemaah sampai terlupa pahala solat fardu berjemaah yang lagi berganda-ganda pahalanya...
Menurut seorang Ustaz di Masjid Al-Khairiyah, Gombak, pahala satu solat fardu berjemaah di bulan Ramadhan bersamaan dengan pahala satu bulan solat terawikh berjemaah.. so, kita kene amalkan yang utama..
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Tidak sempurna iman, jika kamu tidur dalam kekenyangan sedang jiran tetangga mu menangis kerana kelaparan"renung-renungkan... saja bagi ending sentap sikit....
banyakkan bersedekah di bulan yang mulia ini, kita jangan lupa saudara kita yang kurang bernasib baik..
rebutlah peluang keemasan yang ada di bulan barakah ini...
sempena ramadhan ini, marilah sama-sama kita saling menasihati antara satu sama lain :)
insyaAllah, teme akan sediakan medium untuk anda sampaikan pesanan dakwah..
melalui twitter, tulis pesanan tu, pastu mention @itsteme... insyaAllah teme akan tolong retweet :)
okeng?
dalam melakukan perubahan, kita tak perlu jadi 'dia tu' atau 'dia ni'..
kita hanya perlu contohi Rasulullah dan jadi DIRI KITA SENDIRI, but in a BETTER VERSION..
Allahualam...
Alhamdulillah.. subahanaAllah.. dakwah yg sangat membina.. thank you shahmi...
BalasPadamthanks atas peringatan dan perkongsian @itsteme:-)
BalasPadamselamat berpuasa dan beribadah:-)
-kartunster.blogspot.com
suka3..comel+brmanfaat utk brkongsi di buln rmadan ni..
BalasPadamnice teme ! salam ramadhan
BalasPadam