Teme's GANG

Merdeka bagi aku...


Jujur...

Sebelum ni, bila orang kata yang Malaysia ni hebat dan dikenali di seluruh dunia, apa yang terlintas dalam fikiran teme ialah “Alah.. Malaysia ni negara kita, mestilah kita puji negara kita sendiri..”. Kadang-kadang rasa macam Malaysia selalu di overrated oleh Malaysian sendiri. Bagi aku, Malaysia ni tak dikenali sangat pun, banyak lagi negara-negara yang hebat kat luar sana.. Malaysia ni kecik sangat.. Biasa-biasa je..

Sehinggalah aku diberi peluang untuk keluar dari Malaysia dalam satu jangka masa yang hampir setahun setakat ini. Aku menetap di rumah family British muslim bersama 2 penyewa non-muslim yang lain. Dipendekkan cerita, landlord aku kenal Tun Dr Mahathir Mohamad, dia kenal apa itu Malaysia. Malah majoriti kenalan universiti aku di sana kenal Malaysia. Bangga.. beruntung aku lahir di Malaysia..



Makanan kita, jangan cerita lah..

Makanan barat memang terkenal, kat mana-mana dalam dunia ni pun kita boleh jumpa western food. Tapi sejujurnya, tak dapat lawan keenakan dan kepelbagaian makanan di Malaysia. Kita ada makanan india, makanan cina, makanan melayu dan makanan pelbagai kaum lagi yang kita sama-sama nikmati. Kat Malaysia mungkin kita muak dengan nasi lemak, tapi rasa rindu pada nasi lemak ketika musafir jauh di negara orang memang tak dapat diggambarkan. Sampai sanggup bersusah payah meredah lautan bergelora sebab nak cari ikan bilis untuk makan nasi lemak. Walaupun pokok apple ada kat belakang rumah, tetap tak boleh tandingi durian. Kemahiran memasak student dari Malaysia pun sangat-sangat dikagumi. Kata mereka, student Malaysia pandai gunakan rempah ratus dengan bijak.. 
*eheh hidung ni, janganlah kembang-kembang..*



Lebih mengejutkan lagi,

Malaysia dikenali sebagai ‘syurga dunia bagi muslim’.. serious tak tipu..
Majoriti respond yang aku terima apabila aku perkenalkan diri dari malaysia ialah “wahhh.. tempat banyak makanan halal tu ye?”, “wahhh.. tempat yang masjid banyak tu?”, “wahhh.. tempat yang permaisurinya (Raja Permaisuri Agong) pakai hijab tu?” dan lain-lain. Boleh dikatakan semuanya tentang ketokohan Malaysia sebagai satu hub islam.

Cuba cari negara mana dalam dunia ni ada nama Allah besar-besar jelas terpampang selain Makkah? Malaysia ada, kat Terengganu. Malah nama-nama negeri dalam Malaysia sangatlah menggambarkan negara ini negara yang islamic. Darul iman, darul makmur, darul ridhuan dan bermacam-macam darul lagi lah. Pendakwah-pendakwah kontemporari serta ulama terkenal seperti Ustaz Nouman Ali Khan, Mufti Ismail Menk dan  Sheikh Hamza Yusuf pun kerap memuji Malaysia dan umat islam di negara tercinta kita ni. Beruntungnya kita... Alhamdulillah...



Okay.. cukuplah di permukaan, kita mula menyelam...
Kalian dah baca sampai sini, aku harap korang teruskan membaca lagi..
*Hirup kopi*

Insiden MH370 dan MH17,
Sedar atau tidak, dua insiden ini telah melonjakkan ‘populariti’ Malaysia di serata dunia. Kita peroleh simpati dari seluruh dunia, semua mendoakan kita. Doa kita sentiasa mengiringi mangsa-mangsa dan keluarga mereka. Ujian berat buat negara tersayang kita ni, inalillah. MAS (Malaysian Airlines) memang banyak mengharumkan nama Malaysia sejak awal penubuhannya. Layanan MAS dari urusan beli tiket hinggalah ke atas kapal terbang menjadi contoh terbaik buat negara yang terkenal dengan adab ketimuran, sopan-santun, sangat-sangat menjaga hati tetamu.. Tapi adakah setiap musibah itu Allah turunkan dengan sia-sia? Atau ada teguran halus yang Allah ingin sampaikan buat negara yang terkenal dengan imej islam ini? Allahualam.. sama-sama kita fikirkan..

Alangkah berbesar hatinya saya, dan alangkah osemnya jika MAS mampu menetapkan satu peraturan pemakaian yang menutup aurat dan berlandaskan syariat islam. Jujur dari hati seorang rakyat biasa ini, saya rasa sebak melihat pramugara/pramugari yang terpaksa menghidangkan minuman beralkohol kepada penumpang. Serious, saya sedih..

Saya tahu, ianya bukanlah satu langkah yang mudah seperti mengetuk papan kekunci untuk menulis artikel di blog. Saya juga terlalu muda untuk memikirkan hal pengurusan syarikat besar seperti MAS. Tetapi, saya yakin yang usaha pihak pengurusan MAS akan mendapat balasan kebaikan dari Allah. Bukan sahaja kita dapat tunjukkan contoh islam yang syumul kepada dunia, malah usaha ini juga akan menarik ramai pelanggan.. percayalah..



Warning.. kita akan menyelam dengan lebih dalam..
Kepada mereka yang tak sanggup teruskan pembacaan, dialu-alukan untuk berhenti..
*tarik nafas panjang*

Pabila isu babi, menjadi lebih serious dari isu ajnabi.

Terasa bangga melihat kesepaduan rakyat Malaysia menegakkan hak untuk mendapatkan bekalan makanan yang bersih dan suci. Beruntung kerana ada pihak yang lantang bersuara soal masyarakat. Tetapi, kadang-kala kita seolah-olah tersalah pilih isu. Contohnya, cuba anda semua bawak babi ke kedai makan lepastu duduk makan dan berpegangan tangan bersamanya (atas risiko sendiri, sebarang kecederaan yang bakal berlaku tiada kaitan dengan teme). Sudah tentu anda akan menarik lebih banyak perhatian dan teguran berbanding dengan mereka yang sedang seronok berasmaradana bersama pasangan haram masing-masing.. Trylah kalau tak caya.. Ini realiti.. 

Aku ingat lagi sewaktu aku berusia 5 atau 6 tahun, aku tengok tv.. aku tonton lakonan lelaki & perempuan berpegangan tangan, berpelukan dan bermesra-mesra.. lalu teme junior yang keliru itu bertanya pada ibunya "mama.. kenapa lelaki & perempuan tu pegang-pegang? bukan ke Allah marah?". Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan yang lebih dasyat, mama aku bagi jawapan selamat "mereka dah berkahwin". Kalau boleh.. kalau boleh.. aku sangat-sangat berharap yang generasi anak-anak aku, bebas dari persoalan sebegini. Aku nak mereka merdeka.. Aku nak minda mereka bebas.. Aku akan berjuang untuk itu..


"hoi teme.. kita dah merdeka lah.. ko nak merdeka apa lagi?"

Ya, kita sudah merdeka..
Kita sanjung pengorbanan pahlawan-pahlawan tanah air yang gugur dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan untuk Malaysia sehinggalah ke generasi sekarang. Moga roh-roh pemimpin, pahlawan dan pejuang kemerdekaan tanah air dicucuri rahmat dan diletakkan bersama-sama mereka yang mendapat syahid di sisi Allah. Tapi korang.. apalah erti kemerdekaan dan kesyukuran jika kita tidak meneruskan perjuangan Tok Janggut, Dato Bahaman, Mat Kilau dan sebagainya?

Mungkin tiada lagi belenggu pada fizikal kita, kita sudah merdeka dari zahirnya..
Tapi adakah fikrah(cara berfikir) kita telah dimerdekakan? Rajinkan diri keluar ke ibu negara, contohnya ke Pavillion, dan lihatlah apa yang sedang berlaku kepada generasi kita. Lihatlah aktiviti, pemakaian, hiburan dan gaya hidup generasi kita. Tiada rantai yang mengikat kita, tiada gari yang membelenggu kita.. tetapi hakikatnya hati dan minda kita sedang berperang dengan jahiliyyah.. inilah perjuangan kita..


“alah teme.. tadi duk puji-puji Malaysia.. ni tetiba bunyi macam kritik pulak ni pehal?”

Adakah kritikan itu kerana tidak sayang? Lagipun, aku bukan memberi kritikan, aku memberikan cetusan dan cadangan.. Aku sayangkan Malaysia.. Walaupun kota London jauh lebih maju dan kehadapan berbanding Malaysia yang masih muda, hati aku tetap bersama tanah air tercinta. Kerana inilah kampung aku, aku lebih suka menghabiskan sisa-sisa aku di dunia di Malaysia... Tetapi tegas aku katakan, bagi aku, merdeka itu apabila kita terlepas dari belenggu dunia dan terikat dengan tali Allah semata-mata.


Sungguh.. aku sangat berhati-hati ketika menulis artikel ini..
Sebarang salah silap harap dimaafi..
Sesungguhnya saya muda lagi, banyak lagi perlu dipelajari..
Nak publish artikel ni pun duk pikir berkali-kali..

Negara kita sentiasa menjadi perhatian dunia, ia juga sentiasa perhatian Pencipta.
Moga generasi kita dikenali sebagai generasi yang menyuburkan islam di malaysia.
Perjuangan kita masih belum selesai wahai ikhwah & akhwat sekalian..

Merdeka negara itu bermula dari merdekanya diri sendiri..


16 ulasan:

  1. semoga malaysia sentiasa berada di bwah lindungan Allah :]

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. macam berat pulak penulisan teme kalini...

    BalasPadam
  4. thank you! suka pnulisan teme kalini.. :)

    BalasPadam
  5. entri yg bagus teme :) teme , nanti kat negara orang jangan lupa Malaysia pula ^.^ study hard and bangunkan nama Islam dengan course yg teme ambil . architect pun boleh ubah dunia apa :)

    BalasPadam
  6. Keep it up.. Semoga dpt mjd seorg arkitek yg dpt mempamerkn nilai islam yg sbnr.

    BalasPadam
  7. Hebatlah teme publish this entry. Baru ada temerity xD

    BalasPadam
  8. Thanks Teme. Kerana menyuarakan pendapat macam ni. Everytime lepak dengan kawan2 yang sama sbp kalau dibangkitkan isu ini atau isu berkaitan Islam contohnya isu status Masjidil Haram pon rata rata semua cakap topik ni berat dan kita tak perlu terlampau fikir jauh. Jujur hati saya sedih bila kawan sama sekolah sendiri yang cakap mcm tu tapi saya tak tahu macam mana nk buat. Hanya mampu kirimkan doa 😢 Teruskan usaha anda Teme. Gaya penulisan anda sangat lembut menyentuh hati. Terima kasih

    BalasPadam
  9. Penulisan yg baik tapi seyes rasa sedih sbb apa yg Teme cakap dah jadi kat Malaysia and makin teruk especially bab pergaulan, budaya couple sdh dinormalisekan. Sedih tapi hanya mampu menegur walaupun kekadang dicop sbgi ustazah tapi takpela yg ptg saya dah jalankan tanggungjawab.

    BalasPadam

Hai. It's me, Teme. I'm sorry if you have to go through word verification before posting comment(s). I received tonnes of spam comments lately. I had to turn the word verification on 😕. I'm sorry. Jangan jemu untuk komen tau!

HOT POST!!