Ada cerita
seorang akh ni, Ahmad (bukan nama sebenar)..
Alhamdulillah,
dari kecil, dia takda masalah akademik. Dalam bahasa kasar, ‘nerd’. Bagi dia,
akademik ni boleh settle sebelah mata je (ok.. ni macam melampau sikit la..
tapi korang baca je la ek?).
Tikala rakan-rakannya yang lain mengharap pada result UPSR, dia relaks je, rasa biasa je bila keluar result. Gembira sebab dapat hadiah PS2 je. Begitu juga PMR, melihat rakan-rakan yang menangis-nangis kegembiraan dengan result yang cemerlang, dia rasa biasa.. gembira sikit je.. kerana baginya kacang je PMR ni.. teruk kan? Seperti biasa, dia lalui SPM dengan penuh bergaya. Bila Ahmad tunjukkan slip SPMnya pada orang, mereka kagum, ternganga.. Tapi Ahmad masih boleh lagi terdetik dalam hati “Sepatutnya aku boleh dapat lebih lagi kalau aku kiasu sikit dulu”.. teruk.. bersyukur, tapi tak reti nak betul-betul bersyukur...
Tikala rakan-rakannya yang lain mengharap pada result UPSR, dia relaks je, rasa biasa je bila keluar result. Gembira sebab dapat hadiah PS2 je. Begitu juga PMR, melihat rakan-rakan yang menangis-nangis kegembiraan dengan result yang cemerlang, dia rasa biasa.. gembira sikit je.. kerana baginya kacang je PMR ni.. teruk kan? Seperti biasa, dia lalui SPM dengan penuh bergaya. Bila Ahmad tunjukkan slip SPMnya pada orang, mereka kagum, ternganga.. Tapi Ahmad masih boleh lagi terdetik dalam hati “Sepatutnya aku boleh dapat lebih lagi kalau aku kiasu sikit dulu”.. teruk.. bersyukur, tapi tak reti nak betul-betul bersyukur...
Sampailah ke alam
selepas SPM, Ahmad duduki satu peperiksaan penentuan...
*tarik nafas
panjang*
Dia usaha, dia
doa, dia tambah solat sunat (nak bertawasul dengan amalan lah kononnya), dia
qiam mintak dipermudahkan segalanya.. Peperiksaan yang agak susah sikit
berbanding SPM, baru dia tahu langit tinggi atau rendah. Apabila Ahmad meluahkan
kerisauannya kepada kawan-kawan. Respon mereka semua hampir sama “alah kau
Ahmad, apalah sangat susah bagi kau.. sebelum ni kau cakap susah jugak, tapi
excellent je”. Allah sahaja tahu perasaan risau dan gelisah Ahmad pada ketika
itu. Dia boleh lalui peperiksaan tersebut, tapi dia terlebih risau pada
resultnya. Sampailah saat keluar result, alhamdulillah result biasa-biasa. Tapi
resultnya kurang 1 point dari apa yang dia harapkan. Tipis.. memang tipis..
Walaupun hanya
1 point, tapi ia mengubah segalanya.. mengubah masa hadapannya.. Nikmat-nikmat
yang Allah kurniakan kepadanya dalam akademik selama ini seakan-akan terpadam
dari ingatannya. Kesusahan yang satu telah mengaburi nikmat yang beribu-ribu. Tidak
dinafikan manusia itu tidak boleh lari dari perasaan kekecewaan dan kesedihan.
Tapi Ahmad seolah-olah merajuk dengan Tuhan..
Cewah.. ambik
kau.. mukadimah je tu..
"...Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"-Ali Imran : 173
Hasbunallahu Wani'malwakil,
Ayat ini
mungkin cliché bagi kita. Tapi, betulkah kita menyerahkan segala pertolongan
dan perlindungan kepada Allah? Betulkah kita faham bahawa Allah tahu bagaimana
hendak menolong kita, atau kita seolah-olah merasakan kita lebih faham apa
jenis bantuan yang kita perlukan berbanding pertolongan Pencipta kita?
*teme yang tersedak
dengan penulisan sendiri sebenarnya...*
Tarik nafas panjang..
Kadang-kadang
kita berdoa kepada Allah supaya dibanyakkan harta untuk kita, kita nak jadi
kaya. Walhal Allah itu Al-Muqitt, Maha Pemberi Kecukupan dan Keperluan untuk
kita. Dia tahu, kita sebenarnya bukan mahukan kekayaan pun, kita mahukan
kebahagiaan. Tapi pada hemat kita, dengan kekayaan itu kita mampu peroleh
kebahagiaan, lalu kita berdoa untuk kekayaan. Kerana itulah, saudagar yang
menetap di villa mewah berbantalkan sutera berisikan serbuk emas pun belum
tentu tidurnya lena (bapak melampau kan?). Tetapi, petani yang tidurnya
beralaskan tapak tangan di pondok usang, tidurnya lebih lena dan nyenyak daripada
yang kaya. Kenapa? Kerana kebahagiaan milik Allah, Dia yang memberi, Dia yang
mencabut. Bukan emas...
Osemnya Tuhan
kita, bukan setakat Dia memakbulkan, malah Dia perbetulkan permintaan kita.
Situasi yang
terjadi pada Ahmad, dia berdoa untuk result exam yang cemerlang seperti yang
dimahukannya. Kerana mengikut kefahamannya, dengan result yang cemerlang, dia
dapat membanggakan ibu bapanya, dapat bersyukur, dan dapat mengenal Allah
sebagai Maha Pemberi Rezeki.
Sangkaannya
meleset, kebangaan ibu bapa itu bukanlah terletak pada result exam, malah pada
kemampuan seorang anak untuk menarik mereka ke syurga. Kesyukuran itu bukanlah
pada kesenangan, tetapi ia datang apabila Allah mengeluarkan Ahmad dari
kesenangan dan belaian dunia lalu sedar hakikat hidup yang sementara. Kehendak
Ahmad pula bukanlah rezeki, tetapi keperluan kita ialah rezeki.
“...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
–Al-Baqarah : 216
Begitu juga soal
jodoh,
No, serious... Ada
akh yang selalu berdoa supaya dijodohkan dengan muslimah yang bertahun-tahun diidamkannya.
Nak dijadikan cerita lebih lebat, akh ni dah kenal semua ahli keluarga wanita yang
diidamkannya. Sampai dah hafal nasab muslimah tu sampai 7 keturunan. Lama dah
dia minat kat muslimah tu dalam diam, tapi akhirnya mereka tidak dijodohkan.. Lebih
lebat lagi, dia dijodohkan dengan muslimah yang dia tak pernah kenal sebelum ni,
tak pernah terlintas untuk hidup dengannya. Adakah Allah itu tidak memakbulkan?
Bukan, Allah itu tahu siapa yang sesuai untuk dirinya, siapa yang terbaik untuk
menjaga dirinya, siapa yang terbaik untuk mendidik zuriatnya, dan siapa yang
terbaik untuk bersama-sama berpimpinan ke syurga..
*muntah pink....*
Bergantunglah pada
Allah..
Pengetahuan kita
terhad. Kita sendiri tak kenal diri kita. Kita tak tahu apa masa hadapan kita..
Apabila kepercayaan
kita kepada Allah bertambah, ia menarik kita lebih dekat dengan Allah.. Lebih
jauh dari bumi dan lebih mendekati langit.. lalu kita akan melihat objek-objek
di dunia ini semakin kecil, sehinggakan kita tidak kisah apa yang terjadi
kepada kita asalkan tidak hilang nama Allah dari hati kita..
maka tercabutlah
al-wahan dari hati, bertambahlah zuhud pada diri..
fuh... berpeluh
untuk sampai stage tu..
terasa diri ini
sumpah masih jauh..
Percaya pada apa
sahaja yang Dia tentukan untuk kita.. Kerana kita hamba, kita tak tahu
apa-apa..
:) made my day..
BalasPadamSalam.nk tanya pendapat.kalau org tu pk result yg xseperti diharapkan sbb dosa2 saya yg lalu, adakah benar?sbb tu Allah xmakbulkn permintaan, atau dia mmg xcukup sesuatu utk Allah makbulkn.maksudnya, dia kekurangan amalan spt solat hny cukup2 makan, tolong ibu bapa sekadarnya dll.mcm mana kalau kes spt ni?sekadar ingin tanya pendapat shj.
BalasPadam:') jauhh jugakk... mulut percaya. Hati ni jahat. :"
BalasPadamnice to read ya akhie..keep it up :)
BalasPadamTerima kasih teme. Untuk peringatannya :)
BalasPadamrasa deep straight into kokoro
BalasPadamsgt informatif.syukran (Y)
BalasPadamLebih jauh dari bumi dan lebih mendekati langit
BalasPadamakh teme, blog, twitter, instagram semuanya memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya. terima kasih atas ingatan dan tegurannya. semoga Allah merahmati usaha akh dan kita sama sama berjuang di atas bumi Allah :)
BalasPadamRasa nk hafal je semua ayat teme ni. :'''''')
BalasPadamAllah..Sama sebijik2..Selalu rasa macam teme tulis😭
BalasPadamPernah baca dulu. Tapi harini baca balik. Ermm aku pernah mcm ahmad dulu. Aku belajar sbb nk bhgiakan my mom dgn daddy walhal depa takmau pun semua tu. Sama sgt lh cerita aku dgn ahmad 😭
BalasPadamTu laaa. Manusia memang tak lari drpd sifat pelupa. Mudah lupa dgn nikmat yg Allah telah bagi sebelum² ni. Kebahagiaan tu datang bila kita betul² mensyukuri dgn nikmat Allah dan sentiasa berasa cukup dgn apa yg ada. Asyik jeles dgn nikmat orang lain smpai lupa dgn nikmat yg dikurniakan untuk diri sendiri. Setiap orang lain rezekinya. Lagipun Allah dh tetapkan rezeki masing² jadi kita takyah runsing dan bimbang kan.
BalasPadamBila sebut pasal ketentuan, ya tak dinafikan ketentuan Allah sangat hebat. Memang selalu terjadi benda yang 100% kita tak expect pun akan jadi. Tapi itu la syok hahahahah. Even awal² takleh nk terima, tapi last² tu kita srs akan rasa happy dgn ketentuan tu. Yang penting bersangka baik pada Allah.