Teme's GANG

Esoklah aku bertaubat...

Pernah je...
Kita tahu sesuatu perbuatan itu salah, berdosa. Tapi kita buat jugak.
Yup, kita bukan jahil, kita tahu ianya salah.. tapi kita still buat jugak..
Iya, kita bukan ‘ter’buat..  kita memang sengaja pegi buat..
kenapa?                  

Yang pertama ialah sebab situasi keadaan sekeliling yang jadikan dosa itu seakan-akan harus.
Sampaikan apabila melakukan dosa, kita rasa biasa. Teringat pulak kata-kata seorang kawan yang belajar di sebuah universiti tiptop dalam negara, ketika di zaman jahiliyahnya. Mafhum percakapannya pada ketika itu seakan-akan begini, “bukannya apa teme.. bende ni (dating) biasa kat sini.. mak ayah dia pun tahu aku date dengan anak dia..”
*tepuk dahi*

Teringat juga akan satu situasi ketika di London, dalam studio bersama studio-mates. Cerita mudahnya, kami baru selesai satu projek, maka lecturer pun belanja sebotol beer seorang untuk meraikan. Yup, lecturer belanja arak. Tiba-tiba ada sorang mamat British ni datang kat teme lalu cakap “Ahmad (bukan nama sebenar).. Kau tak minum kan? Meh kasi aku” pastu dia selamba je minum.. dan dia muslim.. 
tergamam.. speechless.. keliru..

Yang kedua ialah situasi seseorang tu dalam keadaan bersendirian.
Haaaa.. yang ni rasanya lagi bahaya, sebab takda orang nak tegur. Serious, orang yang bergaya harum dengan calitan ‘pendakwah’ pun kadang kala boleh menjerumuskan diri sendiri dalam lumpur ketika bersendirian.
Dia takut Allah, tapi bila bersendirian, dia berpotensi melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.
*pause lama sebelum terus menulis... muhasabah diri*



Bro, sis...
Bukan nama manusia kalau tak buat dosa, dan bukan nama ahli syurga kalau tak bertaubat..

Bukanlah aku kata “kau manusia! Kau patut buat dosa..”
Kang takdak lah pulak bezanya teme dengan syaitan.
Apa yang aku ingin sampaikan ialah.... “kalau kau rasa dosa kau besar, rahmat pengampunan Allah lagilah besar..”

Dari Anas bin Malik r.a, dia berkata: "Aku terdengar Rasulullah SAW bersabda, 'Allah SWT berfirman,"Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepadaKu dan berharap kepadaKu akan Aku ampunkan apa yang telah kamu lakukan. Aku tidak peduli, wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta keampunan kepadaKu, akan Ku ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepadaKu tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, pasti Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula"-Hadis Riwayat Tirmidzi


Malu dengan Allah... baik sangat..

Selalunya, bila kita lakukan dosa dengan sengaja.. ia akan disusuli dengan rasa menyesal yang amat sangat.. rasa macam nak click ‘undo’ button.. nak peluk bantal, nak nangis kerana rasa bersalah..
Kalau tak rasa macamtu, dikhuatiri hati kita telah mati. Tapi jangan risau, mati hati boleh dihidupkan, mati jasad hanya tunggu perhitungan.

Ada pula yang terasa susah sangat nak berubah, payah nak bertaubat. Mana taknya, kawan-kawan semua freehair. Maka kita pun ambil pendekatan untuk free hair jugak sebab takut jadi alien. Ntah-ntah, kawan-kawan tu pun berfikiran sama, nak tunggu kawan-kawan lain buat dulu. Beruntungnya kalau ada yang berani pakai tudung dulu, lepastu kawan-kawan yang lain ikut. Besar pahala, serious...

Pokoknya..
Bertaubat.. kerana dengan bertaubat, segunung sampah boleh bertukar menjadi emas..
Allah sayang pada hambanya yang bertaubat kerana yakin Allah itu Maha Pengampun..
Tak kiralah sebesar mana dosa hambanya itu..

  
Umat islam ini istimewa,

Kalau sesiapa antara pembaca yang pernah masuk gereja, (well.. budak architecture banyak kali lah masuk kot) korang akan perasan ada confession booth. Tujuan confession booth ni adalah untuk pendosa-pendosa mengaku dosa mereka di hadapan father (paderi) lalu memohon pengantaraan pengampunan daripada paderi.
Istimewanya umat islam, kita takda perantaraan dengan Allah.. kalau kita rasa nak bertaubat, boleh mohon pengampunan secara lansung kepada Allah. Kita tak perlu ceritakan dosa kita pada sesiapa, hanya pada Allah..

Sayangnya Allah pada kita, sampai dia masih suruh kita jaga aib kita walaupun kita berdosa.

Tapi..
Pernah juga.. kita betul-betul menyesal, betul-betul berazam taknak ulangi dosa. Tapi kita tetap tergelincir ke dalam lubang yang sama. Maka syaitan pun bisik “Kau asyik ulangi dosa sama, confirm Allah tak ampunkan”. Maka kita pun rasa macam kita dah takda harapan nak ke syurga. Hebat betul belaian syaitan.
Tanggapan ini salah, selagi kita hidup, selagi itu kita berhak menerima pengampunan dari Allah.

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.””
– Az-Zumar : 53


.........................................
Kadang-kadang kita tahu perbuatan kita salah,
Tapi keseronokan bermaksiat itu mengatasi segalanya,

Dengan bisikin syaitan
"relaks.. bila-bila pun kau boleh bertaubat, awal lagi ni.."
Hati kita pun menyangka faktor muda menjauhkan diri dengan kematian,
Sedangkan syarat kematian ialah kehidupan,
Bukan penuaan...

Mungkin kini kita tangguhkan taubat,
Tanpa sedar bahawa azam bertaubat itu juga dari Tuhan,
Tidak takutkah kita, Allah cabut perasaan keinsafan?

Alangkah ruginya hidup lama-lama.. tapi pengakhiran di neraka..
nauzubillah..

"...Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka..." -At-Taubah : 67


Jangan sampai Dia, tidak menghiraukan kita..




Pss: maaf kurang lukisan kalini... lukis guna touchpad sebab drawing tablet rosak.. doakan dia cepat sembuh..

7 ulasan:

  1. teme.. tulislah novel berkaitan perjalanan hidup teme di London..
    serious sy minat sangat nak baca..

    adik2 saya pun selalu tanya.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. Mohon untuk di kongsi kepada rakan-rakan hamba.

    BalasPadam
  3. cute laa drawing tablet tak sihat. dah sihat belum? lol soalan mintak penyepak its been more than a year

    BalasPadam
  4. Bagi diri saya, punca bertangguh taubat sbb rasa ada banyak masa lagi. Ya sy aware mati ni boleh je bila² tp sy masih lagi letakkan diri sy dlm comfort zone tu sbb berfikiran mcm tu. 'Ala...tkpela, esok ada lagi. Atau satgi pun boleh.' Haaa... Mcm tu.

    Lagi teruk bila berseorangan. Macam² boleh jadi tanpa ada kawalan iman yg kuat. Itu laaa pentingnya tkleh duduk sorang² lama². Macam² hasutan syaitan boleh hasut buat benda tak elok.

    Kita pun mudah terpengaruh dgn pengaruh yg dibawa oleh orang sekeliling. Tu pentingnya pilih 'circle' yang sihat. Alhamdulillah, setakat ni sy lagi dikelilingi oleh 'circle' yang boleh bawa sy ke jalan Allah. Lagi melegakan, Allah dn bantu sy untuk survive di jalan-Nya dgn mempertemukan kawan² dan akak² murobbi yg boleh guide sy untuk memahami Islam dgn lebih mendalam sejak sy melangkah ke alam universiti. Alhamdulillah Allah jaga sy drpd tersasar jauh lagi² di universiti sbb bila dh masuk fasa tu, xde orang boleh guide kita sepenuhnya unless kita sendiri boleh guide diri dgn bijak.

    Sy juga bersyukur Allah suntik di hati sy untuk mula membaca penulisan dan karya Teme ni. Dapatla serba sedikit kefahaman Islam yg agak banyak juga sy tak tahu. Pada masa yg sama, buat sy mengisanfikan diri ni.


    Sy dh lama kenal nama teme sebelum ni sbb tweet berkenaan teme pun asyik keluar kat tl sy di twitter sejak dulu lagi. Cuma sy tidak megambil peduli sangat pada waktu tu. Sy pun tak rasa tertarik sangat. Cuma yg peliknya tahun ini sy mula tertarik dgn penulisan Teme. Kemungkinan sejak teme keluarkan karya teme yg paling latest tu yg tajuk KTDD. Sy pun tak tau kenapa sy boleh rasa tertarik. Padahal sebelum ni langsung sy tak tertarik nk ambik tahu pasal karya teme ni semua. Tapi even rasa tertarik nk baca KTDD tu, sy still tak dpt baca/beli lagi buku tu. Untuk sekarang, sy mengutamakan perkara yg lebih penting dulu. Memang tak pernah sy baca lagi mana² buku Teme. Srs sy berminat nk baca buku Teme tp sy hold dulu buat semantara waktu ni. Sekarang ni sy hanya baca kat blog teme je. Jujur, memang sy enjoy baca semua penulisan teme kat blog ni. Kata² penuh dgn hikmah dan ada hiburan gak sebagai penambah perasa untuk lagi rasa best bila baca. Tak la rasa mendatar je perasaan bila baca.

    Heheheh terbaik ahh. Sbb tu ramai suka baca penulisan teme. Memang best!

    BalasPadam

Hai. It's me, Teme. I'm sorry if you have to go through word verification before posting comment(s). I received tonnes of spam comments lately. I had to turn the word verification on 😕. I'm sorry. Jangan jemu untuk komen tau!

HOT POST!!