"Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)."- [ Qaf : 18 ]
Mula-mula ia kerana 'cool'..
Kerana kawan-kawan semua buat,
Lama-lama, tanpa kita sedari, kita dah latih diri kita untuk zikir
kotor..
Kali pertama kita sengaja keluarkan perkataan 'cool' tersebut kerana
mungkin ia amalan mereka yang berada di sekeliling kita. Kali kedua pun mungkin
begitu. Kali ketiga dan keempat juga mungkin kita masih sengaja mengeluarkan
perkataan 'cool' tersebut.. Bahasa bandar kata kita..
Tapi..
Selepas beberapa kali istiqamah mengamalkan zikir 'cool' tadi, ia akan
lekat di mulut. Tanpa sedar, minda akan ter-trigger sendiri untuk mengeluarkan
perkataan itu tikala tersadung, terkejut dan seangkatan dengannya.
Rasulullah SAW bersabda dalam hadits dari Sahl bin Sa’d: “Barangsiapa yang menjamin untukku apa yang berada di antara dua rahangnya (mulutnya) dan apa yang ada di antara dua kakinya (kemaluan) maka aku akan menjamin baginya al-jannah (syurga).”
-Hadis Riwayat Bukhari
Pembaca yang sweet talker sekalian,
Jika perkataan tu dah mampu keluar dari mulut kita tanpa kerelaan kita,
bahaya weh. Kenapa? Kerana yakinkah kita, yang kita boleh mengawal mulut kita
dalam keadaan nazak? Dalam keadaan minda kita bercelaru dengan kesakitan
sakaratul maut? Adakah kalimah tahlil atau zikir 'cool' yang terkeluar?
Haaaaaa...
Bayangkan, just bayangkan kalau perkataan-perkataan kotor yang keluar
ketika nafas terakhir kita.
*lap peluh*
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan satu kalimat yang dibenci oleh Allah yang dia tidak merenungi (akibatnya), maka dia terjatuh dalam neraka Jahannam.”
-Hadis Riwayat Bukhari
Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam,…”
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Kita semua nak pengakhiran yang baik.
Tapi dalam exam pun, kita tak akan excellent kalau tak study dari awal.
Study last minute maybe sempat untuk excellent. Tapi cuba kita kaitkan dengan
kehidupan seharian, kita sibuk kata nak mula buang tabiat buruk ni lepas dah
beristeri, berkeluarga.. Tapi kalau tiba-tiba termati sebelum berkeluarga macam
mana? fuh…
Misalnya kalimah ‘babi’.. empat huruf je alahai..
Tapi punyalah susah nak buang tabiat mem’babi’ kan keadaan sekeliling..
Ada manusia yang lebih gemar berbabi jika ditimpa musibah atau dipedajal oleh
rakan berbanding istighfar dan mengingati Allah.
Terbatuk-batuk dah babi sekandang. Tak kasihankah kepada mereka?
Dengan babi pun kita kalah, dengan syaitan apa cerita?
Latih diri sentiasa berzikir mengingati Allah,
Lazimi tahlil, tahmid, tasbih, selawat dan sebagainya untuk menzahirkan
perasaan kita..
Takut orang kata kita menggelabah bajet alim? Biarkan.. Allah yang
tentukan syurga kita, bukan mereka..
Jadikan ia amalan..
Dalam hadits Abu Musa Al-Asy’ari, Rasulullah SAW ketika ditanya tentang orang yang paling utama dari orang-orang Islam, beliau menjawab: “(Orang Islam yang paling utama adalah) orang yang orang lain selamat dari kejahatan tangan dan lisannya.”
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Moga akhir hidup kita, kita tamatkan dengan kalimah mengingati Allah,
Moga usaha kita mendapat redhaNya.
Hahaha
BalasPadamjauhi budaya zikir kotor.. hihi
BalasPadamTerbaik
BalasPadamErmmm pernah tegur sorang laki ni secara personal kat telegram untuk tak sebut² dh perkataan ba** tu dalam group telegram. Pastu dia pergi ss sy punya teguran dan sebarkan kepada geng dia yg ada dlm group telegram tu. Pastu memang sy kena sinis dan sindir kaw kaw la drpd diorang dalam group tu. Geram sangat sbb group telegram tu kan group public pastu dia tu asyik sebut sebut ba** dlm group, sy pula asyik duk baca sambil scroll chat memang rasa stress la. Remaja zaman sekarang memang tak makan saman sungguh orang kata. Orang tegur baik², dia pi sebar kat geng dia. Nak heran apa, laki memang camtuuuu. Suka sangat kongsi apa² kat kawan dia smpai kawan² dia pula yg lebih² nk attack sy. Hurmm. Sy attack balik, diorang pula gelupor koyak hahahahah. Padahal sy sorang je, diorang ramai. Hurmmm sekarang ni carutan dah jadi macam zikir harian sesetengah individu dh. Tiap kali tweet lalu kat timeline pon mesti ada unsur carutan lagi² kalau ayat tu ayat makian. Tak tahu la nk kata apa.
BalasPadam