Teme's GANG

Pengorbanan anda?

Lily suka fesyen. Dia suka memperagakan pakaian yang membuatkan manusia menoleh kepadanya. Warna-warna yang terang dan berani menjadi kegemarannya. Baju-bajunya semua menampakkan bentuk badannya yang menawan. Tiap-tiap hari Lily work-out untuk mengekalkan bentuk badan yang cantik tersebut. Dia bangga, itulah hobinya.

Rambutnya selalu diwarnakan dengan warna merah dan caramel, warna kegemarannya. Saban minggu dia ke saloon untuk memelihara kecantikan dan kesuburan rambutnya, kerana baginya, rambut itu mahkota wanita. Nikmat mengibas-ngibaskan rambutnya di khalayak ramai tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Terasa seperti model shampoo, terutamanya apabila ditiup angin.

Sampailah ke suatu hari,

Dia mulai rasa sedar dalam diri,
“sampai bila aku nak hidup macamni?”
Dia tahu akan kewajipan menutup aurat, dan bersederhana dalam pemakaian. Tapi ia susah, bukan kerana ingin kelihatan cantik, tapi ia telah menjadi hobinya. Ianya menjadi lebih sulit apabila memikirkan reaksi rakan-rakannya apabila dia mula berpakaian menutup aurat. Sering terbayang ‘usikkan’ rakan-rakannya apabila dia cuba untuk bertudung labuh suatu ketika dahulu.... 
“Perrghhhh.. dah jadi ustazah siottt..”,
“uishhh.. pakai tudung labuh ni nak berkhemah ke mana?”,
“aik? Pakai baju longgar? Mesti sebab berat badan dah naik kan? Hahaha”.




Sakit, perit, usikan tersebut masih terngiang-ngiang di telinganya.

Namun dia kuatkan diri, menyarung tudung labuh yang dibeli.
Biarlah perlian itu datang walaupun dari ahli keluarga sendiri.

Biarlah orang nak kata dia memakai khemah, kerana dia tahu tudung labuh ini bukan sekadar khemah, ianya kubu pertahanan dari mata-mata bernafsu dan api neraka. Dia tekad, walaupun terasa perit dihati. Kerana redha Allah itulah yang tertinggi.

Inilah pengorbanan baginya...



.............................................

Amed dihantar oleh Allah untuk belajar di tempat yang asing baginya, overseas.

Negara sejuk yang dia tak pernah jejak sebelum ni. Dia tercampak dalam kalangan mereka yang tiada masalah kewangan. Tapi dia bukan seperti orang lain, jangan tanya kenapa. Alhamdulillah, hidupnya bahagia walaupun serba kekurangan. Walaupun tak mampu untuk beli kasut baru tiap-tiap bulan, makan mahal-mahal untuk puaskan keinginan, dia bersyukur kerana Allah tidak memberi ruang kepadanya untuk lakukan pembaziran.

Melihat rakan-rakannya yang bertukar-tukar pakaian baharu tiap bulan, menggunakan telefon bimbit mahal, laptop yang updated, makan di tempat-tempat mewah.. kadang kala ia mengguris hatinya, biasalah manusia. Tapi dia pujuk dirinya sendiri, kerana Allah lebih mengetahui. Siapa tahu jika dia dikurniakan kemewahan seperti rakan-rakannya yang lain, dia akan mula lupa tuhan. Situasi ini merupakan rahmat.

Saban hari dia berjalan kaki 45 minit ke universiti meredah kesejukan, itupun dengan kadar jalan pantas. Pergi melancong memang tidak pernah difikirkannya, maklumlah, tambang bas saban hari pun tak mampu, inikan pula melancong.

Pakaian sejuk? Sehelai pun tak pernah beli, semuanya belas ihsan dari sahabat-sahabat di sekeliling yang memberi. Makan? Dapat menjamah telur goreng bersama nasi suam sekali sehari pun sudah merupakan satu kerahmatan. Nak beli beras pun perlu mengira syiling di bilik seorangan.

Pernah sekali dia berazam untuk memiliki sehelai pakaian sejuk sendiri. Bukan untuk bermegah. Bukan juga untuk merasa kepuasan memenuhi nafsu. Tetapi ianya keperluan, memandangkan baju sejuk yang dihadiahkan oleh rakannya telah lusuh dan mula koyak. Lalu, dia mulai pergiatkan penjimatan, dia mengumpul duit dari hari ke hari, 1 Pound demi 1 Pound sehingga cukup harga standard sehelai pakaian sejuk. Tetapi dia mulai sedar yang simpanannya untuk kehidupan seharian semakin berkurangan. Perbelanjaan untuk menuntut ilmu akhirat pula lebih £20 seminggu.




Dia lalu membatalkan niatnya untuk membeli baju sejuk yang baharu. Apalah sangat sehelai baju sejuk jika dibandingkan dengan pengorbanan dalam mencari redha Allah. Dengan tenang, dia gembira memakai baju sejuk yang koyak tersebut kerana mungkin sehelai baju buruk itulah hujjah yang membolehkannya ke syurga kelak. Alhamdulillah, Allah masih menjaganya dengan kehadiran sahabat-sahabat yang memberi sokongan.

Inilah serba sedikit pengorbanan baginya..



.............................
"Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya,"-Petikan maksud takbir raya

Berkorban harta,
Berkorban masa,
Berkorban minat,
Berkorban waktu rehat,
Berkorban awek untuk menjaga ikhtilat,

Apalah sangat pengorbanan kita ini jika dibandingkan dengan pengorbanan Nabi Ibrahim AS & Nabi Ismail AS?
Tabiat buruk kita pun kita sayang nak tinggalkan, tapi kita sambut eidul adha lebih dari mereka yang sedar dah faham erti pengorbanan. 

Percayalah,
Lagi sukar pengorbanan kita, lagi tinggi nilainya di sisi Yang Esa,
Ibarat seni, lebih sukar dan teliti penghasilannya, lagi tinggilah nilainya,

Wahai pembaca yang sudah mulai boring sekalian (ehhh..)
Ayuhlah kita tinggalkan perkara yang mengundang murka Allah,
Kita berkorban untukNya,
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah...” [At-Taubah : 111]


Pengorbanan kita mungkin berbeza.. tapi matlamat kita yang sama..



Pss: kongsikan kisah pengorbanan anda, letak link pada ruang komen di bawah.. atau tag saya di facebook atau twitter..

*sambung takbir raya sorang-sorang di perantauan*

21 ulasan:

  1. pengrbanan ku dalam menjaga ikhtilat,,
    kalau sayang putuskan,,
    ye,, aku sayang dia,, namun iman memberitahu apa yang aku buat ini salah,,
    aku mula endahkan apa yang iman kata,,
    hari jumaat, aku mendapat berita,,dia mahu putus,
    ada perasaan duka dan kecewa,, terasa bebanan dosa yang aku tanggung selama ini lepas hilang,
    aku mula tahjjud,, saat angkat takbir, lepas satu persaan rindu kepada Penciptaku, kini,
    aku masih mujahadah untuk lupakan semua nya,,
    dan aku mahu berubah dan menjadi seorg yg berguna untuk ummah,
    hijrah itu susah namun manisnya akan kita rasa nnti,
    semoga aku terus tabah dalam berhijrah,
    ini pengorbanana ku sebagai seorang pelajar sekolah yang masih tak sedar couple itu haram duluu,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku dalam bermujahadah.dan story aku lebih kurang Lily,diperli,di beri galakkan, di....so on son.dan digelar ustazah.aku jobless.since nak mencari mardhatillah sebab aku tau agama aku zero.aku suka baca buku agama.belajar talaqqi sekali.aku dah jatuh cinta dengan agama yang aku 'hilang' selama ni.mulut orang..Yes,itu yang kena buat kita lebih bertabah dan kuat.even kadang2 aku tak tahu nak minta bantuan sapa.aku minta bantuan Pencipta aku.bila aku berpositif,suara suara negatif drowning me alone.in sha Allah, aku akan cuba kuatkan hati dan bertabah.dan perbaiki diri.baru aku sedar betapa membazirnya aku kat U dulu,disebabkan terikut nak berfesyen dan cantik.cerita lepas lepas.:') in sha Allah doakan aku dapat kerja yang sesuai dengan tudung labuh bidang 60 ni.still searching...untuk kalian2 yang sedang bertabah,jom terus bertabah dan bersangka baik dengan DIA :') .#shestilldrowningbyherownself

      Padam
    2. Semoga dapat yang terbaik ! semoga berjaya dalam bermujahadah akak !

      Padam
    3. Assalamualaikum cik anon. Awk blh berbahasa arab? Kalau blh cuba lah apply ni. ;) Sesapa ada sedara-mara nk apply lecturer bhs arab - Sesapa ada sedara-mara nk apply lecturer bhs arab kt UIA gambang
      -ustzah nazirah-

      Slm. Vacancy

      Arabic lecturer
      IIUM gambang,phg,

      Apply before 8/10/2014
      Contact: fitri 0133002293

      Or through http://www.iium.edu.my/peop le-staff/job-opportunities
      REQUIREMENT: DEGREE

      Tlg sebarkn ye👆

      Padam
    4. InshaAllah akn dpt keje..sy pun susah jgk nk dpt keje lepas belajar sbb berpurdah. skarg alhamdulillah, dpt keje kt kilang. walaupun keje ni utk kelulusan dip, itu lbh baik drpada keje utk kelulusan degree y nk sy tanggalkn purdah. Allah akn bantu saudari. teruskan mujahadah.

      Padam
  2. cerita second tu macam kenal je :P hehehe
    btw, nice post teme!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnya aku kinda terasa dengan second story tu..
      terasa mcm dah bazirkan duit scholar, sedangkan wujud mereka yg memerlukan...

      errr.. kisah hidup teme kah? :P

      Padam
  3. Kan! Second story :D tahniah Teme! Carilah ubat untuk ummah yg semakin tenat. Melukis jangan tinggal. I loveeeee your drawing.

    BalasPadam
  4. Ak pun dpt scholar yg agak byk. Tp ak ade 2 org abg yg blajar kt msia. Dan family ak org susah. Kdg2, yuran u abg2 ak, mak ak mntak ak tlg byar. Rasa jeles jgak la tgk kwn2 yg pergi mlancong, tkar2 iphone n shopping baju2 baru. Tp apa salah tlg abg2 ak, sbb scholar yg ak dpt bkn rezeki ak sorang je. Allah nk ak share dgn abg2 ak.

    BalasPadam
  5. berbulatan gembira stand for apa eh ?

    BalasPadam
  6. dulu lepas skola masuk matrix, xmampu tampung, keje siang menaip n susun fail di satu pejabat urusan awam di petaling jaya. satu tarikh, semua simpanan dari kecik kene pau di stesen lrt kerinchi. hilang. mmg xbanyak, dalam akaun ade rm 3000. bayangkan. susahnye takde duit lebih sampai berbulan tak balik kampung. mintak tangguh belajar. kerja siang malam. bulan2 dapat rm 950 sewa bilik pun dah rm 300+ kalau tak silap, tambang bas ulang alik pulak dah rm100+. bulan2 bersabar, tahan makan mengumpul nak bayar duit sambung belajar. masa ni tak amik ptptn, fikir nnt tua2 byk hutang. susah nak kawin, susah nak beli rumah, susah nak pergi mana2 sbb hutang. hari2 saya beli nasi kosong setengah dan tuanglah kuah ape2 untuk makan dua kali sehari harga nasi setengah dan kuah pada masa tu 50sen. sampai ada harinya tuan kedai belanja je lauk sayur atau telur sbb dah cam hari2 muka sama tapau lauk sama, jarang orang kerja nasi setengah. jadilah makan saya cmtu. lapar minum air. lapar minum air. setahun lamanya keje kuli2. sambung belajar semula atas desakan orang tua. dgn duit yg ada kumpul tu guna untuk bayar satu semester sahaja. lepas tu amik jugak ptptn. sbb dulu sambung belajar takat sijil je. skg alhamdulillah. dah nak habis belajar. tapi tengok kawan2 yg jalan hidup senang, dah kawin, dah beli kereta, dah beli rumah, dah hantar orang tua pergi umrah atau haji. mohon pembaca yg lain doakan saya ke arah dunia kerjaya yg lagi baik

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah...ameen....semoga dilimpahi rahmat dan kasih sayang allah... allah xuji kalau kita tak mampu...awk msti kuatsebab tu diuji dengan ujian begitu...

      Padam
    2. Amiin, stay strong bro 💪

      Padam
  7. It's really inspiring, that some people work so hard to achieve knowledge, work so hard to achieve there dream, even it took u a longer time, but ur experice is worth more then anythg that other might achieve, May Allah give you lots of succies and easy ur

    BalasPadam
  8. teme. bila nk update blog .lama tau dak kita tunggu

    BalasPadam
  9. alhamdulillah.. nak mnyebarkan agak perit. abaikan kata kaata org. sedangkan nabi muhammad saw sendiri pun diugut bunuh ketika menyebarkan Islam..

    BalasPadam
  10. Kerana post ni, terdetik untuk saya menyiapkan satu entry. Sungguh sebuah pengorbanan bukanlah mudah, Nama pun korban kan eheheh

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. Here in 2024! I enjoy reading your blogs since I was 13 and I've been using bahan-bahan dalam ni for my usrah. thank u so much, teme. May Allah grant you success selalu.

    BalasPadam

Hai. It's me, Teme. I'm sorry if you have to go through word verification before posting comment(s). I received tonnes of spam comments lately. I had to turn the word verification on 😕. I'm sorry. Jangan jemu untuk komen tau!

HOT POST!!