Teme's GANG

Di sebalik 'Aidil Fitri'....


“oi..”
Sani menyiku Amed.
Kedua-duanya berjalan perlahan pulang dari solat Asar.
Amed yang khusyuk memandang kabur ke bawah hanya menganggukkan kepala tanpa memandang ke arah rakannya itu.

“hmmm..” 
“termenung ingatkan keluarga ke?” 
“tulah.. rindu kot.. tak sabar nak balik puasa kat kampung” 
“aku pun.. kebetulan raya kalini kita tengah summer break”

Amed berpaling kepada Sani selepas mendengar respon sahabatnya itu. Sambil kening sebelah kanannya terangkat, Amed lalu menuturkan soalan sinis.

“ai? Pikir raya dah?”

Sani tersengih sambil berpaling kepada Amed. Matanya yang sepet itu tertutup terus oleh otot pipinya. Amed menahan gelak melihat reaksi sahabatnya itu. Seringkali Amed menyakat Sani supaya menggunakan pelayar untuk membesarkan bukaan matanya ketika berkomunikasi.

Kedua-dua sahabat itu meneruskan perjalanan. Cuaca sejuk di London membolehkan mereka menikmati perjalanan kaki, lebih-lebih lagi di akhir musim bunga kerana cuacanya sederhana, dicampur bayu sejuk meniup lembut.

Kedua-duanya terdiam seketika,

Tiba-tiba Sani mengemukakan soalan,

“Amed... Kenapa kita guna selamat hari raya aidil FITRI eh? Apa maksud dia?”




...................................................................................

KEMBALINYA KITA KEPADA FITRAH (FITRI)


Perlu kita berusaha kembali kepada FITRI untuk betul-betul menyambut perayaan Aidil Fitri ini.

Maka bergegaslah korang ke bazar Ramadhan. Kebetulan penjual murtabak kegemaran kalian pun bernama Fitri. Jangan salah faham, bukan fitri itu yang kita maksudkan.

“Setiap anak dilahirkan dlm keadaan fitrah (suci), maka kedua orang tuanyalah yg menjadikannya Yahudi, Nashrani atau Majusi.”-Hadis riwayat Bukhari & Muslim







Dalam bulan Ramadhan, kita dah lalui 3 fasa,
iaitu fasa rahmat,
fasa pengampunan,
dan fasa dijauhkan dari api neraka.

Dengan erti kata mudah, bagi mereka yang bersungguh-sungguh mencari rahmat, pengampunan, dan berusaha jauhi neraka pada bulan Ramadhan ini, insyaAllah mereka akan suci seperti bayi ketika perayaan Aidil Fitri.

Ibarat orang yang dapat jawab soalan peperiksaan dengan mudah dan yakin, pastinya dia gembira sesudah keluar daripada dewan peperiksaan. (dengan syarat jangan check jawapan dalam buku teks.. sebab buku teks mungkin salah.. ehhh)

Kerana inilah kita menyambutnya, kerana inilah kita disunahkan untuk bergembira di hari kemenangan ini (berdasarkan hadis riwayat at-Tirmidzi). Boleh bergembira, cuma perlu dizahirkan dalam bentuk yang diterima oleh islam, bukan dengan maksiat.

Elakkan bersentuhan secara berleluasa pada hari raya. Dah elok-elok menambah pahala di bulan Ramadhan, janganlah pula top-up dosa di bulan Syawal. Walaupun banyak pendapat ulama dalam hal ini, lebih molek jika kita berhati-hati dan tinggalkan sentuhan-sentuhan. Dengan cousin pun tak boleh tau! Engkau jangan nak menggatal..

Elakkan mem'badut'kan diri,
Apa itu mem'badut'kan diri?..
Ok biar saya explain..
Hari raya selalunya dikaitkan dengan kenaikan berat badan kerana kita melahap tak ingat dunia, tapi ada yang dah naik berat badan pada hari raya pertama lagi. Mana taknya, make-up pun dan dekat 10KG kat muka. Tak ke badut tu? Wangian pun perlulah dipakai dengan berhati-hati (klik sini untuk baca artikel berkaitan wangian dan wanita). Pakaian pun jangan ikut bentuk badan. Jangan pakai pakaian yang jarang-jarang, kita bukan nak menjala ikan.

Kita banyak terpengaruh dengan budaya melayu. Bukanlah salah, tapi sunnah bergembira di hari raya pun kita jadikan sayu. Takbir raya yang sepatutnya dilaungkan dengan penuh semangat kemenangan pun kita jadikan iramanya mendayu-dayu.

Itu tak termasuk lagu-lagu raya yang dimainkan secara meluas sejak pertengahan Ramadhan lagi. Bukanlah tak boleh, tetapi bagi saya, ianya tidak beberapa wajar. Ibarat kita ada tetamu yang berkunjung ke rumah kita (Ramadhan), dan beliau belum lagi pulang, tetapi kita sibuk merayakan tetamu yang belum lagi tiba (Syawal) di hadapan Ramadhan.



Persoalannya, salahkah bersedih?

Sedih juga sifat fitrah manusia,
Mukmin yang bersedih pada hari raya bukanlah kerana benci kedatangan Sang Syawal, tapi terasa kesedihan pemergian Ramadhan yang mulia. Peralihan ini pastinya.. sepasti-pastinya ditangisi para solihin.

Perginya bulan yang mana peluang mengejar syurga terbuka luas,
Perginya bulan yang mana adanya tawaran pengampunan dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan qiyam ramadhan dengan niat ikhlas kerana Allah,
Perginya bulan yang mana kadar kemakbulan doa orang yang berpuasa sangat hebat,
Perginya bulan yang mana terdapat malam al-Qadr di salah satu malamnya,
Siapa tak sedih bro...

Kerana inilah ramai ulama silam disifatkan amat sedih dengan pemergian Ramadhan. Apatah lagi bila difikirkan sama ada akan dapat ketemu lagi Sang Ramadhan di tahun hadapan.

*tahan sebak*

*......*

Berita baiknya,
Ramadhan masih belum berakhir, kita masih berpeluang untuk kembali kepada fitrah. Anggaplah ini Ramadhan terakhir bagi kita jika ianya mampu meningkatkan kesungguhan untuk mendekati Allah.

Hidupkan saki-baki malam kita di bulan Ramadhan. Penuhkan malam dengan solat, tilawah, dan apa-apa amalan sahih semampu kita.

Tak perlu update kat facebook, twitter atau instagram tentang amalan kita pun amalan kita dah diperhatikan oleh Allah. Takyah  "done terawikh", "done tahajjud", "done solat tasbih 2jam", "done 30 juzuk 1 malam" bagai. Buat secara sembunyi, campak fon seketika. sorok jauh-jauh..
Buat betul-betul kerana Allah..

kalau dah baca artikel ni, share pastu tulis "done read" takpa.. ehhh


Aidil fitri..
Bukanlah hari untuk bertanding siapa yang lebih berseri..
Tidak juga saling menunjuk duit raya di poket kanan kiri..
Jauh sekali berpakaian mengikut telunjuk syaitan yang dikhuatiri..
Juga bukanlah masa untuk menambah dosa perhatikan saudari-saudari..

Berlalunya Ramadhan..
Bukanlah tudung, shawl, kebarung atau tanjak siapa yang lebih menawan..
Apatah lagi trend baju melayu hipster di pasaran, tak salah, tapi mohon nauzubillah dari aku punya pandangan.
Aidil Fitri merupakan perayaan bagi yang beriman..
Sebabtu orang dulu-dulu kata, "tak puasa pastu nak raya? jangan nak berangan."

Sunnah memakai pakaian yang terbaik, bukanlah bermaksud pakaian yang baharu semata-mata. Kalau mampu, belilah, kalau tak mampu, pakai pakaian yang paling hensem dan bersih. Kita tukar daripada menunjuk pakaian baru, kepada menunjuk diri kita yang baru.

Eh silap..
Bukan menunjuk,
Tapi memperkenalkan diri kita yang baharu. Inilah antara masa terbaik untuk kita mula menutup aurat dengan sempurna. Memperkenalkan diri kita yang telah berhijrah ke arah kebaikan kepada sanak-saudara. Manalah tahu, bila sanak-saudara kita terlihat perubahan kita, mereka akan terdetik untuk berubah juga.

"Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, maka dia memperoleh pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya"
-Hadis Riwayat Muslim

haaa.. kan dah dapat double pahala?


.......................................................................

“Amed?” 
“Apa lagi?” 
“Dulu time hari raya, para sahabat saling mendoakan satu sama lain, ko tahu doanya?" 
“tahu, تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَ مِنْكُم.. Maksudnya secara simple.. moga Allah menerima ibadahmu dan ibadahku”
Serentak, mereka perlahan-lahan bertukar sebak..
Menghayati doa para sahabat Rasulullah saw,
Bukan hanya mengkagumi..
Tetapi mereka terfikir..
Kalau sahabat yang ibadahnya tidak tertanding pun berdoa sedemikian rupa..
Dengan secalit ibadah yang kita ada..
Jika tidak diterima Sang Pencipta,
bukankah kita binasa?

Saya tinggalkan dengan sebuah hadis..

“Barang siapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir.”
-Hadis Riwayat Tabrani

25 ulasan:

  1. Thanks teme.
    dari dulu selalu baca blog teme, blog yang matang, lawak pun matang. penulisan teme tak gedik and mudah difahami. moga kita diberi peluang ramadhan berlaki2 lagi :)

    BalasPadam
  2. Abh ada ckp,hari raya hari kemenangan bg mereka yg berjaya dlm test 'ramadhan' (cntrl all ur nafs n skligus sucikn dri) n hari raya kira mcm hari konvokesyen la,hari terima award dari Tuhan.that y dianjurkan melawa selawa mngkin..tmbh yg dpt award 'ANC 'apatah lagi.Masa tula,bertambah2x kita puji Allah,sebak coz Dia bg kita lulus cemerlang,buat kita rasa mcm kitala graduan ramadhan paling berjaya. Kalau mse takbir raya still xrasa apa,tak ckup berjaya lagila tu. Ptt kita kita sebak coz Tuhan bg peluang kenal Ramadhan cari Tuhan, laupun ssh tahan nafs (ssh kot bukan senang!) tp bila berjaya,time takbir tu rasa mcm..mcm..nak duk bersila tegak badan penuh proud puji tuhan.Sungguh! (Errrr...apa yg aku melalut ni*)

    Penulisan yg baik then.Salam Ramadhan.Salam mencari Tuhan ^^

    BalasPadam
  3. believe it or not,
    sy pun baca blog teme since 2011, membesar dengan blog teme, dari sekolah menengah, diploma, hinggalah ke degree (skarang).

    teme mmg umur 30-an eh??

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. R u serious? kat instagram, dia mcm pelukis 'otai' kot.
      to be a student and at the same time, able to write about the topic of the deen, sy bersetuju dgn pendapat dia umur 30-an.. tak pun akhir 20-an :P

      ke 21 tu fact?

      Padam
    2. Teme baru 21 or 22. Fact. Hehe

      Padam
  5. weyh teme apa kata kau buat komik islamik.. kartun kau best seyh :)

    BalasPadam
  6. semua nak komen as anonymous je.. bikin panasssss..

    BalasPadam
  7. Awesome article.. Harap ramai yg dapat menghayati erti sebenar Aidilfitri and at the same time speed up rebut pahala dalam Ramadan yg semakin sampai ke penghujung.. *shareshareshare*

    Keep it up Teme! :D

    BalasPadam
  8. Saya baca orang gaduh2 pasal artikel ni kat twitter :)
    bila sy baca sendiri, honestly tak jumpa any harsh words pun. those pple dont know how to have fun la. hahahah

    kipidap teme.. dalam dakwah,mesti ada ujian :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gaduh nape?

      Padam
    2. nk gaduh pasal apa pulak.. mgkin sbb penerimaan kita beza2 kot..

      Padam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Salam teme. Second time baca blog teme. Hehe. Nice writing, msg yg awk smpaikn mudah fhm pastu mmg sempoi gileee. Terima kasih ats info yg diberi. Moga ibadahku dan ibadahmu di bulan puasa ini diterima. Jazakillah

    BalasPadam
  11. Sangat baik nshat yg d kongsikn...trma ksih...

    BalasPadam
  12. Teruskan usaha dakwah anda..

    BalasPadam
  13. Hai teme . Saya baru terjumpa blog ni sebenarnya . So #doneread

    BalasPadam
  14. pernah terfikir pasal hari hari macam ini. tapi sebelum ini kemalasan melanda untuk mencari. Allahamdulilah. Persolan dah tejawab secara tak sengaja dengan membaca article ini.

    BalasPadam
  15. Penulisan yg bagus teme... good luck...semoga kita bertemu..

    BalasPadam
  16. Done read. Ehh

    Nice karikatur Teme 👍🏻 Perbanyakkan lagi memek muka comel cemtu. Cara penyampaian thru the kartun really interesting

    BalasPadam
  17. Ok, done read. Received and noted with thanks😆 "Kita tukar daripada menunjuk pakaian baru, kepada memperkenalkan diri kita yang baharu." Selamat menyambut ramadhan untuk tahun depan, In shaa Allah panjang umur, ada rezki dapat sambut ramadhan lagi.

    Tapi aku still nak pakai baju baru🥳 sebab boleh pakai ulang2 pergi kenduri🙌

    BalasPadam

Hai. It's me, Teme. I'm sorry if you have to go through word verification before posting comment(s). I received tonnes of spam comments lately. I had to turn the word verification on 😕. I'm sorry. Jangan jemu untuk komen tau!

HOT POST!!