Teme's GANG

Kisah Coklat....




Hikayat bermula begini,

Ada sebuah sekolah di negeri Sekatiengkorang. Sekolah ini sekolah luar bandar, boleh juga dikategorikan sebagai sekolah pedalaman kerana kehadiran sekolah ini tidak disedari oleh sekolah-sekolah hebat di kawasan berhampiran. Maklumlah, sekolah yang belum lagi mempunyai banyak pencapaian, setahun jagung, dan penuh dengan aktiviti-aktiviti yang tidak mendatangkan manfaat kepada pelajar-pelajar.

Seperti biasa,
Apabila pelajar tingkatan 5 menghampiri hari-hari terakhir persekolahan mereka, pelajar tingkatan 4 akan dilantik untuk menerajui jawatan-jawatan penting dalam sekolah dan menggantikan posisi pelajar tingkatan 5. Ketua Pelajar baru, Penolong Ketua Pelajar baru dan Ketua-Ketua Biro baru telah dilantik. Mereka telah mengangkat sumpah seperti yang ditradisikan oleh para teraju pelajar yang terdahulu.

Dipendekkan cerita,
Semasa Mesyuarat Agung Majlis Tertinggi sekolah, Ketua Pelajar yang baru dilantik telah berjanji akan menaikkan nama institusi tersebut di persada dunia. Ketua Pelajar berjaya menyuntik semangat Ahli Majlis Tertinggi dan beliau juga telah mengusulkan satu perniagaan coklat untuk membiayai kos pembelajaran para penuntut. Tindakan ini juga dikatakan dapat mengukuhkan kedudukan Lembaga Pengawas sekolah dari kemungkinan revolusi yang dicetuskan oleh Pakatan Haluan Kiri Sekolah (yang terdiri daripada Pengawas Perpustakaan, Pengawas Surau & Pengawas Koperasi). Seorang Ketua Biro telah bertanya kepada Ketua Pelajar.

“Abang Long Kawasan, apakah yang Abang Long Kawasan maksudkan dengan perniagaan coklat tersebut? Apakah jenis coklat yang akan diperdagangkan? Bagaimanakah strategi pemasarannya? Coklat itu akan dijual di mana? Adakah kita akan jual coklat tersebut di sekolah-sekolah lain juga? Bagaimana jika kita rugi?”

Maka Ketua Pelajar pun menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut dengan ringkas,

“Kita jual coklat ini untuk kepentingan para pelajar, hal-hal berkaitan perniagaan coklat ialah rahsia ahli lembaga penjual coklat. Usah risau, Badan Penjual Coklat ini akan bergerak secara independent dan tak akan menjahanamkan sekolah kalau ia rugi”

Dengan penuh rasa hormat dan patuh kepada Ketua Pelajar, Ahli Majlis tertinggi pun menerima jawapan ketua mereka dengan penuh keyakinan dan harapan untuk membantu para pelajar dengan hasil perniagaan coklat ini. Semuanya gembira dengan idea bernas dari kepala otak Ketua Pelajar mereka.




Berbulan-bulan berlalu,

Perniagaan coklat yang sedang dijalankan dikhabarkan telah banyak keuntungan. Tetapi, yang anehnya, tiada seorang pelajar pun yang pernah melihat jualan coklat di dalam atau luar kawasan sekolah. Keuntungannya pula tidaklah dirasai pelajar, kehidupan mereka sama seperti keadaan dulu yang mana perniagaan coklat belum pun bermula. Kemanakah perginya keuntungan yang diperkatakan?

Lebih menghairankan lagi,
Ahli Majlis Tertinggi Sekolah pun tidak tahu apa-apa mengenai perniagaan coklat ini. Mustahil Ketua Pelajar telah menjalankan perniagaan coklat secara black market, jual coklat je pun padahalnya. Namun, warga sekolah tetap yakin kepada Ketua Pelajar mereka walaupun pemimpin mereka itu sering dikaitkan dengan isu salah-laku seorang skandalnya yang juga merupakan pelajar institusi berkenaan. Tak perlulah dikaitkan isu peribadi dalam hal ini, para pelajar terus berfikiran positif dan teruskan keyakinan mereka demi sekolah tercinta.

Sampailah di satu ketika,
Sekolah gempar dengan khabar angin yang mengatakan Badan Penjual Coklat telah berhutang sebanyak 42 billion coklat. Yang merunsingkan para pelajar ialah, hutang tersebut perlu ditanggung oleh sekolah, walhal Ketua Pelajar telah berjanji dan menjelaskan bahawa Badan Penjual Coklat berkenaan akan bergerak secara independent serta tiada kaitan dengan sekolah. Jika benar sekolah perlu menanggung hutang 42 billion coklat, ia merupakan beban yang sangat besar kerana pada akhirnya, para penuntut yang perlu berusaha membayarnya.

Alhamdulillah,
Ketua Pelajar berjaya meredakan kegelisahan para pelajar dengan menjelaskan bahawa keuntungan dan aset Badan Penjual Coklat lebih dari nilai hutang mereka. Menurut Ketua Pelajar juga, penjualan coklat sedang aktif dijalankan di Arab Saudi. Para pelajar senang hati, namun tetap ragu-ragu kerana kata-kata Ketua Pelajar itu tidak ada bukti. Oleh kerana sayang kepada pemimpin, mereka yakin dengan Ketua Pelajar.

Walaupun sekolah ini dikatakan bebas hutang 42 billion coklat, banyak perkara pelik telah berlaku.
Pelajar telah diperkenalkan dengan yuran tambahan iaitu mereka perlu membayar yuran 6% untuk setiap pembelian di koperasi sekolah dan kedai buku. Harga minyak di dalam sekolah juga naik, walhal harga minyak di pasaran dunia menurun. Aku pun tak tahu apa kene mengena minyak dengan pelajar sekolah, tapi korang baca je lah sampai habis.... banyak komplen pulak.... bikin panas. Hal ini menimbulkan spekulasi bahawa Ketua Pelajar sebenarnya sedang mengumpul duit untuk membayar hutang 42 billion coklat yang dicetuskan olehnya itu. Ini telah membebankan para pelajar.

Keadaan semakin tegang apabila muncul satu nama baru iaitu Joe High yang dikatakan telah mencetuskan korupsi dan mengaut keuntungan ‘atas angin’ dengan menjadi orang tengah perniagaan coklat ini.

Maka wujudlah kumpulan-kumpulan pelajar yang cuba memberontak.
Mereka cuba menuntut penjelasan tentang isu coklat di sekolah mereka. Isu ini turut menarik perhatian bekas Ketua Pelajar sekolah kerana beliau risau kedudukan Lembaga Pengawas Sekolah yang semakin dibenci pelajar. Mujurlah Pakatan Haluan Kiri Sekolah sedang melalui konflik yang mana ahli Pengawas Surau telah berpecah dan menubuhkan Gerakan Surau Baru. Kalau tidak, pastinya mereka akan menggunakan isu ini untuk menjauhkan Lembaga Pengawas Sekolah dan mengambil alih jawatan Majlis Tertinggi Sekolah, kerana isu ini isu besar.

Ahli Majlis Tertinggi sekolah cuba untuk menerangkan isu coklat kepada para pelajar sedangkan mereka juga tidak tahu apa-apa tentang butiran tentang perniagaan coklat tersebut. Tindakan mereka yang cuba menjelaskan isu yang mereka sendiri tidak jelas telah menampakkan sisi mereka yang kurang cerdik. Ahli Majlis Tertinggi sekolah dilantik berdasarkan kebolehan dan kepintaran mereka, namun sayang, kerana isu ini, mereka kelihatan tidak berpendidikan. Ada Ahli Majlis Tertinggi yang sanggup mencadangkan para pelajar untuk masak Nasi-Goreng-Susun-Timun-Ditepi-Beserta-Cili-Padi-Tak-Dibuang-Tangkai-Dan-Penyembur-Racun-Serangga-Disisi sebagai juadah tiap-tiap hari untuk langkah berjimat cermat. Ini lansung tidak masuk akal kerana para pelajar tidak diizinkan untuk memasak di sekolah dan tidak mungkin pelajar sanggup makan nasi goreng tiap-tiap hari. Ahli Majlis Tertinggi ini telah membuatkan seluruh penuntut bersatu mengutuk cara beliau berfikir. Kerana sayangkan Ketua Pelajar, Ahli Majlis Tertinggi ini sanggup berkorban dan dikutuk.


Lebih parah,
Ketua Pelajar yang selama ini mengatakan dirinya bebas rasuah telah menerima 2.6 billion coklat secara rahsia dalam beg peribadinya. Pada mulanya, dia menafikan, tetapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Hal ini tidak disenangi Penolong Ketua Pelajar yang cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan sekolah seterusnya menjamin kedudukan Lembaga Pengawas Sekolah sebagai Ahli Majlis Tertinggi Sekolah pada sesi-sesi seterusnya. Penolong Ketua Pelajar telah berkali-kali menasihati Ketua Pelajar supaya memperjelaskan isu coklat ini kepada para pelajar dan berlaku telus. Namun, nasihat ini sepertinya tidak diendah oleh Ketua Pelajar. Kedudukan sekolah semakin merosot dan dipandang rendah oleh sekolah-sekolah serata dunia. Nilai tukaran coklat sekolah juga semakin merudum kerana coklat sekolah ini tidak lagi sesedap dahulu.

Penolong Ketua Pelajar telah bertindak menegur Ketua Pelajar secara terbuka di sebuah majlis. Para pelajar sangat lega dengan keadaan ini kerana mereka tahu Penolong Ketua Pelajar akan terus menasihati Ketua Pelajar untuk berlaku telus dan menyelamatkan sekolah. Namun, Ketua Pelajar telah mengambil tindakan melampau batas. Beliau telah memecat Penolong Ketua Pelajar dari menjadi Ahli Majlis Tertinggi Sekolah, ini bermakna Penolong Ketua Pelajar tidak lagi mempunyai apa-apa jawatan di dalam pentadbiran sekolah dan tidak berhak menegur Ketua Pelajar. Mujurlah jawatan Timbalan Ketua Lembaga Pengawas Sekolah yang disandang olehnya tidak dilucutkan, akan tetapi, ada ura-ura bahawa beliau akan dipecat dari terus menjadi pengawas sekolah.

Pada ketika ini, rombakan besar telah berlaku dalam Ahli Majlis tertinggi Sekolah. Semua ahli yang cuba menegur Ketua Pelajar telah dipecat serta-merta dan digantikan dengan ahli-ahli yang hanya pandai memuji serta melindungi Ketua Pelajar. Ketua Biro Peraturan juga telah dipecat dan diggantikan dengan yang baharu apabila beliau cuba untuk mendedahkan isu coklat pada makhamah sekolah. Kini ianya tidak lagi menjadi Ahli Majlis Tertinggi Sekolah yang membela para pelajar, tetapi ia telah bertukar kepada Ahli Fan Club Ketua Pelajar yang kerjanya hanya untuk membela Ketua Pelajar.

Akhirnya isu 2.6 billion coklat terbongkar. Ternyata memang betullah Ketua Pelajar menerima coklat-coklat tersebut secara rahsia. Alhamdulillah, Biro Pencegahan Rasuah Sekolah mengambil tindakan proaktif dan menyiasat perkata tersebut serta merta.

Mengejutkan..
Biro Pencegahan Rasuah Sekolah mengeluarkan kenyataan bahawa coklat tersebut merupakan sumbangan derma dari Timur Tengah.
Whattt??
Derma??
Are you serious derma 2.6 billion coklat?
Adakah anda tahu berapa banyak nilai 2.6 billion coklat tersebut?
Jika anda mengumpul 1 coklat setiap jam, anda perlukan 296,607 tahun untuk cukupkan 2.6 billion coklat!!
Ya, kita digalakkan untuk husnu dzon (berfikiran positif), tapi kita juga dituntut untuk berfikiran rasional dan cerdik.


Bagai ditelan mati emak, diluah mati bapa,
Para pelajar bingung dengan keadaan ini. Ketua Pelajar seperti tidak sedar kesalahan diri dan tidak mahu menarik diri dari jawatan yang diberi. Pakatan Haluan Kiri Sekolah juga tidak boleh diharapkan buat masa ini, dalaman mereka juga berpecah sana sini, inikan pula nak diharapkan untuk mengepalai sekolah yang dicintai.

Okay saya ingin mengaku satu perkara..

Tolong saya, saya pelajar sekolah tersebut. :( :( :(

ps: ada antara korang pun pelajar sekolah tersebut, so, marilah kita berhuhu..



41 ulasan:

  1. ok.. cerita ni sangat brilliant.. ingatkan cerita apa tadi! LOLLLL! baca separuh baru tergelak!

    BalasPadam
  2. confirm teme dpt A+ untuk BM masa SPM kan? hahaha

    BalasPadam
  3. sy pelajar sekolah tersebut jugak. acano ???

    BalasPadam
  4. haha..baca suku pon dah dapat agak dah..teme mmg camni,selalu tulis blog ikut isu semasa kan?like it very much..sy pon pelajar sekolah tu jugak.. :'(

    BalasPadam
  5. kelakar mmg kelakar..
    tapi sedih bila sedar sy pun pelajar sekolah tu jugak :( #temeForPM

    BalasPadam
  6. " Ya, kita digalakkan untuk husnu dzon (berfikiran positif), tapi kita juga dituntut untuk berfikiran rasional dan cerdik."

    wise words there, teme :)

    BalasPadam
  7. Haha..PIBG sekolah buat ape?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ��������

      Padam
    2. Saya juga pelajar sekolah itu T_T
      Terhibur . Win ah entry nih

      Padam
  8. Yeay. Kita satu skolah

    BalasPadam
  9. engkau memang bijak susun cerita dan ayat teme :D hahaha..
    nanti join politik tau?
    'sekolah' kita perlukan ketua pelajar yg bijak & alim :)

    BalasPadam
  10. Sedih sebenanyer .. Tapi bila dapat twu teme rupenyer satu skolah dngn aku, hilang pulak rasa sedih tu.. Hahaha

    BalasPadam
  11. Kite satu sekolah jugak teme.. huhuhuhuhu

    BalasPadam
  12. Teme ni siapa sebenarnya? Nak berkenalan boleh? Haha

    BalasPadam
  13. Pindah besut laa teme ,,,,, bikin pAnas

    BalasPadam
  14. eh.. cekelat tu ade berapa perisa ekk??

    BalasPadam
  15. Teme alumni sekolah x masuk...a.k.a dato M

    BalasPadam
  16. Lalu kita semua pon berhuhuhu

    BalasPadam
  17. Laaaa kita satu sekolah rupanya patut la macam kenal je. Tak tahu la nak buat mcm mana lagi dengan ketua pengawas tu, makin hari makin meluat tengoknye :( report kat cikgu pun cikgu buat taktahu je

    BalasPadam
  18. Guru disiplin tak nak gugurkan jawatan ketua pengawas tu ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak gugurkan jawatan camno...dah Cikgu Disiplin pun dah dapat derma coklat jugak....

      Padam
    2. Saru sekolah jugak...huhuhu....

      Padam
  19. At least kuasa Ketua Pelajar tu lambat laun akan berakhir juga bila dy habis belajar.. Kitaa niee :(

    BalasPadam
  20. Hahah sama la kita satu sekolah...nak pindah pun tak tau macamana..dah terikat...sabo je la...tapi cerita ni memang win la....tarik perhatian orang nak baca sampai abis...kelakau habis la...hahahh

    BalasPadam
  21. Ahhahahah lawak habis...nak pindah sekolah pun tak boleh...dah terikat....hahah win la...

    BalasPadam
  22. okay.. let's huhu. aku punya serius bce.. then jmpe keyword2 pnting dlm petikan karangan ni.. hahah.. nice bro.. aku pon pljr sekolah tu.. hahaa.

    BalasPadam
  23. hahahaah...nak gelak besar rr..adoioiii..sakit perut!...maknanya kiter 1 sekolah lah jawbnyer...hahah

    BalasPadam
  24. wauuuu bagusnya cerita ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘ saya suka.kiasan yg sgt cantik ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘ saya pun pelajar sekolah tu

    BalasPadam
  25. Saya pun pelajar skolah tu. Pelajar yang pasif je la.

    BalasPadam
  26. ak pn plajar skolah tu.. yg trpksa akur dgn hal2 sedemikian rupa.. :(

    BalasPadam
  27. Haha sakit perut suke..logik dan real..

    BalasPadam
  28. Haha sakit perut suke..logik dan real..

    BalasPadam
  29. kita satu skolah jugak.... ni smua salah plajar yg pangkah dia... diorg salah pilih ketua pelajar masa pilihan raya skolah ari tu.. yang pandai bodek ketua pelajar untung la... Dpt jd biro... pastu dpt duit poket.

    BalasPadam
  30. Sgt related dengan life sekarang

    BalasPadam
  31. Ni mcm kisah politik dalam negara kita plk... watak,sekolah n coklat tu je yg dtukar

    BalasPadam
  32. Hahahaha aku nampak perkataan 'pakatan' tu je aku dah bantai gelak๐Ÿคฃ 2.6 billion tu terpaling accurate hahaha. i think, dengan buat jalan cerita macam ni baru budak2 sekolah faham 'cerita' yang jadi dekat dalam negara kita. Nice storyline bro. Bila aku dah baca blog kamu sampai sini, lama2 aku perasan.. every writing kamu tak kira dalam blog ke dalam buku, semuanya berkait dengan politik. Politik ni kan can be anything, hidup kita, lifestyle kita, rutin harian kita semuanya berpolitik. That makes you are the only teme abdullah. Kira tu signature kamu gituh~

    Oh btw, aku suka post ig kau hari ni! Perghh baiklah ayat!! Ada ayat ni memang favourite akulah! Padu! "Prinsip mereka mudah tergadai mengikut umpan yang sesuai. Ludah pun mereka sanggup untuk jilat semula. Jangan biar maruah kita tergadai kerana mulut mereka." Based on your posted, aku berfikiran begini. Kalau diorang buat kerja bagus, kita puji. Kalau dah kelaut tu, kita complain. If masih di takuk yang sama, makin teruk outcome, kita tukar! Manusia tak sempurna, tapi nak buat macam mana, adat resam kerja gomen. Nasib di tangan kita yang 'pelajar sekolah' ni๐Ÿ˜† Selamat menghadapi dunia london dan dunia kerja kembali๐Ÿฅณ btw tak sabar nak tengok parlimen 19hb dec ni. Tibeee

    Oh btw bro, jap.. muka kamu macam ada anak 3 eh๐Ÿคฃ hahaha jkjk. For me takdelah nampak anak 3, your style looks stunning! Aku kagum tau kau pulled out those style and design. Bold and hesmes gitu~ ok daaa

    From peminat darwin nunez sebab manbun dia handsome๐Ÿ˜
    Sunshine

    BalasPadam

Hai. It's me, Teme. I'm sorry if you have to go through word verification before posting comment(s). I received tonnes of spam comments lately. I had to turn the word verification on ๐Ÿ˜•. I'm sorry. Jangan jemu untuk komen tau!

HOT POST!!