‘LGBT’ community,
Lelaki Gagah Bangun Tahajjud, mungkin itulah yang difikirkan
oleh pembaca-pembaca yang qawiy dan warak sekalian memandangkan sekarang bulan
Ramadhan.
LGBT sebenarnya ialah sebuah
gerakan yang memperjuangkan hak golongan ‘Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender’.
Kamus:-
Lesbian: wanita yang mempunyai nafsu songsang terhadap wanita.
Gay: lelaki yang mempunyai nafsu songsang terhadap lelaki.
Bisexual: lelaki atau wanita yang mempunyai nafsu songsang terhadap lelaki dah wanita.
Transgender: kekeliruan jantina (lelaki ingin jadi wanita, wanita ingin jadi lelaki)
Beberapa hari yang lalu, dunia
kecoh seketika kerana isu ini. Apa yang berlaku ialah Mahkamah Agung United
States of Amerika telah menghalalkan perkahwinan sejenis di seluruh USA.
Kononnya inilah satu langkah USA menuju kemanusiaan dan demokrasi. *tahan
gelak*
Tahukah anda, di negara kita
(Malaysia) pun ada gerakan yang sedang memperjuangkan untuk menghalalkan LGBT
dalam undang-undang Malaysia? Kini, dengan menjadikan USA sebagai negara contoh
untuk memperjuangkan ‘hak asasi manusia’, saya ramalkan pastinya Malaysia juga
akan ditampar hebat oleh gelombang ini.
Kononnya USA sebuah negara maju, lalu
kita perlu ikut langkah-langkah ‘’’’’kemajuan’’’’’ mereka. Sedangkan kita
tertipu, USA dipandang hebat hanyalah kerana mereka mempunyai cengkaman ke atas
media dunia. Melalui media, mereka gambarkan seolah-olah mereka negara contoh,
negara terbaik, dan seakan-akan ‘penjaga keamanan dunia’. Lanjutan dari ‘imej
baik’ mereka ini, tindakan-tindakan USA menjadi perhatian kepada majoriti
masyarakat manusia. Bagi saya, mereka hanyalah negara yang sudah remuk dan menunggu
masa untuk musnah secara total.
Biar saya explain..
Lihatlah Iraq, dicatatkan hampir
2,000,000 kematian berlaku setelah USA berhajat untuk ‘menolong’ memperjuangkan
‘hak asasi manusia’ di negara mereka.
Di Vietnam sewaktu Vietnam War
(1955-1974), hampir 20juta bom digunakan oleh USA ke atas Vietnam, jumlah ini
lebih dari jumlah keseluruhan bom yang telah digunakan oleh seluruh dunia
ketika perang dunia ke 2!
Belajar sejarah? Ingat lagi
peristiwa atomic bomb yang digunakan oleh USA ke atas Jepun? Dengan menggunakan
hanya 2 bomb, USA telah membunuh 200,000 rakyat Jepun!
Inikah yang dikatakan
dengan ‘hak asasi manusia’? Itu tidak termasuk sokongan dan galakan USA kepada
negara penjenayah Israel untuk memusnahkan Palestine, lagi panjang ceritanya. Banyak
lagi kerosakan dan kekejaman oleh USA yang boleh saya tuliskan, tapi cukuplah 3-4
peristiwa tadi.
Kehancuran demi kehancuran mereka
lakukan saban tahun untuk memusnahkan ketamadunan manusia dan anda ingat
langkah mereka mempromosikan perkahwinan sejenis ke seluruh dunia ini ialah ‘one
step towards humanity’? *gelak*
Bagi saya, negara ini tidak
lansung wajar dijadikan contoh kerana nilai kemanusiaannya telah hilang, ia
menuju kehancuran. Dengan tegas saya katakan. JANGAN JADI BODOH DAN
DIPERBODOHKAN LAGI DAN LAGI. Cukuplah dengan isu GST. Ehhh..
Suatu ketika dahulu, golongan LGBT
ini ditegah di seluruh dunia dan dianggap mempunyai ‘nafsu songsang’,
termasuklah di barat. Kini, dengan menggunakan slogan ‘love wins’, mereka
perjuangkan hak nafsu songsang mereka. Selepas ini apa? Pastinya akan muncul
gerakan baru yang memperjuangkan hak pedophilia (nafsu songsang ke atas
kanak-kanak) pula dengan slogan ‘love wins’ juga? Seterusnya akan muncul pula
golongan yang memperjuangkan hak cinta manusia-haiwan? Itukah yang kita mahu?
Tindakan sesuka hati oleh manusia ini perlu dihentikan.
Dalam permainan bola sepak, jika
ada seorang pemain pegi pegang bola macam bola ragbi, pastu lari ke pintu goal.
Goal ini akan terbatal, dan permainan akan musnah jika pemain tetap berdegil
untuk bermain menggunakan tangan.
Samalah situasinya dengan
kehidupan di dunia,
Sedangkan permainan pun ada
peraturan yang ditetapkan oleh pihak yang mempunyai kuasa ke atas permainan,
inikan pula dunia. Pastinya ada peraturan yang ditetapkan oleh Pihak yang
Berkuasa ke atas dunia. Kita hanya manusia, ilmu kita tidak terkira kecilnya,
kita perlukan guideline dari Pencipta kita.
Dan Nabi Luth juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".
-Surah Al-A’raf ayat 80 & 81.
Tetapi.. Kaum Nabi Luth tetap berdegil..
Antara mereka yang berdegil ini termasuklah isteri Nabi Luth sendiri.
Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan.
-Surah Al-A’raf ayat 83
Nak tahu apa jadi?
Maka ketika keputusan Kami datang, Kami menterbalikkan negeri kaum Luth, dan Kami hujani mereka bertubi-tubi dengan batu dari tanah yang terbakar.
-Surah Hud ayat 82.
Kaum Nabi Luth diazab oleh Allah
kerana mengamalkan budaya gay. Isteri Nabi Luth bukanlah Lesbian, tetapi
tindakan isteri Nabi Luth yang menyokong budaya Gay dalam kalangan Kaum Nabi
Luth juga mengundang murka Allah. Bayangkan pula apa dosa yang kita tanggung
jika kita menyokong Lesbian, Gay, Bisexual, dan Transgender sekaligus? Cukuplah gelombang banjir, hutang berbillion, dan gempabumi yang berlaku pada negara kita.
Jangan kita kalah dalam isu ini.
Anda pernah ada kawan lelaki yang
berkelakuan seperti wanita? Ataupun wanita yang berkelakuan seperti lelaki?
Mereka tidak sementinya gay atau lesbian, tapi dikhuatiri menuju ke arah itu.
Ada kawan atau kenalan macam ni?
Ya, mereka wujud,
Golongan ini biasanya digelar
bapuk, sotong, jelly, agar-agar, pondan, tomboy, pengkid, dan bermacam-macam gelaran lagi. Pedih,
tapi inilah kenyataan masyarakat kita. Kita tolak perihal gelaran ini ke tepi
dahulu, kita bincang isu pokok.
Menurut pengalaman saya sendiri,
dari sekolah rendah, menengah, asrama, hinggalah keperingkat universiti,
kelompok ini akan berkawan dengan kelompok sendiri. Kalau geng-geng lelaki yang
lembut ini, mereka akan makan, jalan-jalan, study, dan lepak sesama jenis
mereka sahaja. Bukanlah nak mengatakan diri mereka exclusive, tapi mereka
sebenarnya tidak tahan dengan perlian dari kaum sejenis mereka sendiri.
Sesetengah dari kita mungkin rasa
menyampah dengan golongan yang sebegini. Saya akui, sayalah salah seorang yang
geli-geleman sampai naik bulu roma seluruh badan bila nampak lelaki berkelakuan
seperti wanita. Kerana bagi saya, mereka yang mengada-ngada nak jadi wanita.
Tanggapan ini salah,
Ada lelaki (dan perempuan) yang
dilahirkan begitu. Saya pelajar architecture, tak banyak tahu pasal genetic,
tapi melalui pembacaan saya, mereka dilahirkan dengan keadaan hormon dalam diri mereka tak stabil (student
medic/doctor yang nak explain pasal ini di ruang komen silakan). Kita semua ada
ujian berbeza yang Allah berikan mengikut kesesuaian diri kita, dalam kes
mereka, dilahirkan lembut (or kasar bagi wanita) ialah ujian bagi mereka.
Apa yang perlu kita buat?
Jangan pulau mereka,
Jangan ejek mereka atau tuduh
mereka gay/lesbian secara melulu,
Support mereka, galakkan mereka
untuk tinggalkan nafsu dan perangai songsang.
Kalau kawan lelaki kita suka
pakai make-up, nasihati mereka, tunjukkan cara menjadi lelaki yang sebenar,
jangan pandang serong pada mereka.
Kalau kawan perempuan kita
berkelakuan dan berpakaian seperti lelaki, jangan puji dia handsome, berilah
semangat untuk mereka kembalikan sifat kewanitaan.
Percayalah,
Bukan mudah bagi mereka untuk berperang
dengan sifat yang berlawanan dengan jantina mereka, apatah lagi jika nafsu
mereka juga songsang.
Kalian tak tahu betapa banyak air
mata yang tumpah ketika mereka berdoa kepada Pencipta mereka agar diberi kekuatan,
Mungkin sahaja mereka yang lembut
dan bernafsu songsang itu lebih dekat dengan Allah berbanding kita, dengan
syarat dia berusaha lawan perkara songsang tersebut.
Sebagai masyarakat yang islam,
yang mengaku umat Rasulullah saw,
Perlulah kita tahu bahawa
perbuatan menyerupai berlainan jantina ialah perbuatan yang dilaknat.
Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu’anhu, dia berkata, “Rasulullah saw melaknat orang lelaki yang menyerupai wanita dan (melaknat) para wanita yang menyerupai lelaki.”
-Hadis Riwayat Bukhari
Kurangkan, bukan lagi meriahkan
lagi isu tasyabuh (menyerupai berlainan jantina) ini dengan menjadikan ianya
hiburan. Jika anda masih menyokong perbuatan ini sedangkan telah sampai
pengetahuan tentang larangan perkara ini, anda berdosa, anda telah melakukan
perkara yang Rasulullah saw laknat.
Trend yang saya lihat sekarang
ialah, kalau nak buat video lawak, wajib kene menyerupai wanita. Adakah kita
terlampau pendek akal sampai terpaksa menggunakan cara yang syubhah untuk
hiburan? Dengan kata yang lebih kasar, untuk meraih popularity. Jangan kita
wujudkan suasana yang normal dengan perkara ini.
Kita anggap remeh, tapi Rasulullah
saw melaknat perbuatan sedemikian.
Cukuplah setakat ini,
Akhir kata,
Ingat, kita manusia yang menurut
arahan Tuhan kita,
Keadilan tak semestinya sama
rata,
Ayuh kita perangi suasana LGBT
ini dari terus merebak ke negara tercinta.
Finally dapat juga penjelasan isu ini secara ilmiah.. thanks teme..
BalasPadamyou shuold write more la teme, penulisan anda melatih otak saya berfikir di luar kotak :)
Saya notice ada seorang pelukis di facebook cuma bercakap soal isu ini. tapi dia guna dalil yang salah (ayat Al-Quran yang direka sendiri) dan hadis dhoif. Tahniah sebab gunakan sumber yang betul teme.
BalasPadampada pendakwah pula, hati2 ketika menulis ya?
Nice teme. Keep it up.
BalasPadamagar2 hahaha
BalasPadamOhohoohhooo rupanya bini Nabi Luth tuh menyokong jer!Takde ustaz ustazah pernah bagitau pasal ni. :O
BalasPadamnice la senior teme! banyak ilmu dan pandangan terbuka tiap kali baca ruangan senior ni. Alhamdulillah. keep it up teme!
BalasPadamAs one of the people mention above, I am so happy to see that someone actually understand/trying to understand our situation rather than putting us down, mocking us and shoving solely Quranic words to us as if we don't already know about it. Yes, tbh, I myself have been fighting the feeling for years, gallons of tears have been shed hoping that one day, God will make it easy for us and remove the feelings. Thank you, brother. Thank you for this :')
BalasPadamMay Allah bless you :)
Padammay Allah bless . good luck , keep strong dude ! :)
PadamMay Allah bless you :)
PadamI can't even imagine the things you have gone through. May Allah bless :)
PadamYes teme. Ada mereka yg dilahirkan dgan chromosome Y terlebih ataupun sebalikny ataupun kekurangan chromosome menyebabkan mereka lebih terdorong kepada bentuk badan opposite to their gender. Yg tu mmg tkleh nak slahkan dorg. Thats why we hv to support them to behave according to their gender. Keep it up teme !
BalasPadamyang ni aku geli tekak sket .. Jelly tu penting ! Wahaha
BalasPadamTeme with his political thingy🤣 faham2~ lepas tu kecik beso kecik beso je tengok dia aktif dekat twitter kan. Biasalah rakyat T0.01🤡 semua boleh!
BalasPadamOh pasal lgbt, idk lah kan.. setiap kali aku baca blog kau, mesti relate dengan keadaan semasa. Padahal blog ni dah bertahun lepas. Asalnya aku anggap kebetulan, tapi dah lama2 jadi gini macam takdir pulak😅 (memang takdir pon)
Hah baru2 ni kan ada viral yang sorang brother ni dia suruh malaysia terima golongan lgbt. Dia kata kita layan dia kasar apa semua. Dah memang terbukti dalam al quran, which u already mentioned dalam blog ni pasal kesan akibat daripada lgbt semua ni. And ni je satu2 nya ideologi liberal yang aku tak boleh kompromi. I will forever say NO to it! Kawan2 aku suka gambarkan aku sorang yang open minded, yang jenis bergaul je dengan semua orang tak kisah background apa. Tapi kalau bab lgbt ni memang taklah wey nak suruh aku terima. Liberal dengan open minded berbeza. Liberal dia paksa kita terima ideologi dia. While open minded, kita cuba memahami pemikiran setiap orang tu tapi tak semestinya kita bersetuju dan menyokong dia.
Aku ada kawan yang dulu dia lesbian, then dia dah insaf alhamdulillah. Aku terkejut jugak bila dia sendiri cerita kisah silam dia. Tapi dia kata dia percaya dengan aku. Ramai kawan2 aku cakap macam ni, rasa terharu pulak🥺 Dan dia cerita kenapa dia terdorong ke arah tu. Semuanya sebab putus cinta dengan seorang lelaki.. dia rasa tak percaya dengan lelaki.. sebab tu dia cenderung kearah lesbian tu. Mujurlah sekejap je. Oh also, aku ada kawan yang pengkid.. ada satu benda aku puji pasal dia. Setiap kali nampak aku mesti dia tegur, say hi. Orang pelik tengok aku boleh bertegur dengan dia sebab orang cop aku budak surau🤣 masa tu pakai tudung khemah, ni tudung khemah entah mana. Aku sekarang pakai bawal or shawl je hahahaha. Betullah, dia sedar diri dia salah. Jadi kita ni, kawan je dengan dia. Bila dia tengok lifestyle kita sikit2, tergerak hati dia nak berubah. In shaa Allah.
(Oh tbh, aku tak join usrah lagi sebab geng2 usrah yang aku join dulu suka judge golongan gini. Alaaa~ macam pahlawan 1636 dalam empayar tu. Dia lah terPALING) benci perbuatan dia itu betul, jangan benci orangnya. Sebab kita semua akan dilihat pengakhirannya, Endgamenya.
Salam baru habis baca empayar 1, kata handsome dekat 8492 ye sebab dia greenflag🥰
-Sunshine