Musim sejuk, 2015.
Satu-satunya bilik solat di Faculty
of Art, Design and Architecture di universiti tempat aku menuntut,
Hanya muat 4 sejadah buat satu-satu masa, kecik, tiada tempat
berwuduk, tapi cukuplah untuk universiti yang tak ramai muslim dan di dalam
negara non-muslim.
Tempat berwuduk? Takda.. pandai-pandailah berwuduk kat mana-mana yang
boleh.
Ada juga perasaan segan kalau terpaksa berwuduk di toilet awam yang
ramai orang. Pernah sekali aku berwuduk di sinki sambil diperhatikan oleh
seorang rakan British yang non-muslim, dan dia bertanya,
“Tengah water-bending ke?”
Errr..
Habis mukaddimah,
Nak dijadikan cerita, pada suatu hari aku ke bilik solat untuk solat zuhur.
Tergesa-gesa ke bilik solat dan terus meluru masuk, mengejar masa.
Sejujurnya, jarang nak terjumpa orang yang solat di fakulti ini,mungkin
ramai yang uzur. Tapi hari tersebut lain, ada seorang muslimah sedang solat
dalam bilik yang sempit itu. Bagi menghormatinya, dengan pantas aku mengambil
keputusan untuk keluar, bersandar pada dinding di luar bilik solat sambil
menunggu muslimah tadi selesai solat.
5 minit berlalu,
Muslimah tadi keluar, sambil tersenyum dia memberikan isyarat padaku
untuk menggunakan bilik solat tersebut. Aku membalas dengan isyarat menyuruhnya
jalan dahulu kerana terdapat satu lorong sempit sahaja dari pintu bilik solat
tersebut yang menghubungkannya ke lorong laluan utama di kampus berkenaan. Kami
terpaksa berselisih di lorong yang selebar tidak lebih 2 meter.
Bila jarak kami semakin hampir, aku berhenti dan berjalan mengiring,
memberi muslimah tersebut lebih ruang untuk berjalan. Melihatkan keadaannya
yang bertudung labuh elok dan berbaju longgar menepati syarak, aku bimbang dia
kurang selesa jika jarak antara kami terlalu dekat.
Dia melintas di hadapanku.... dan aku terhidu sesuatu...
..........................
Pause cerita sekejap,
Kita cerita pasal muslimah dan wangian dalam islam, secara ringkas..
Mungkin ada yang sudah tahu, mungkin juga ada yang baru tahu.
Secara umumnya, HARUS bagi
wanita untuk memakai wangian. Namun begitu, ada juga keadaan yang SUNAT, MAKHRUH, dan juga HARAM.
Dalam kategori harus ini, wanita dibenarkan menggunakan wangian untuk
menghilangkan bau busuk pada badan. Wangian itu boleh digunakan dengan kadar
hanya dihidu oleh dirinya sahaja.
SUNAT bagi wanita memakai
wangian di dalam rumahnya, terutama untuk melayan suami. Sunat juga memakai
wangian sebelum melakukan ihram.
Aisyah RA berkata, "Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah saw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (maksudnya Rasulullah s.a.w tak larang perbuatan ini)" (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Wanita MAKHRUH memakai
wangian ketika berpuasa, pendapat ini juga merupakan fatwa Imam As-Syafie.
Kategori yang seterusnya ialah HARAM..
*betulkan kerusi, duduk tegak*
Ramai yang tak ambil cakna bahagian yang ini.
Muslimah, secara totalnya dilarang
sama sekali memakai wangian ke masjid. Sunat memakai wangian ke masjid
hanyalah bagi musimin sahaja.. now you know kan? Jangan buat dah ye? Please?..
Nabi s.a.w bersabda "Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)
Wanita juga dilarang memakai wangian berlebihan yang akan menyebabkan
orang di sekeliling terhidu baunya. Macam yang dikatakan tadi, cukuplah pakai
wangian untuk menghilangkan bau badan.
"Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina" (riwayat Abu Daud, Tirmidzi)
Masalahnya bukanlah pada bau tersebut,
Tetapi wangian pada wanita bukan sahaja mewangikan, malah menpengaruhi syahwat
lelaki.. serious..
“ini diskriminasi kepada kaum wanita! Lelaki nak bernafsu tu dia punya pasal lah! Kejamnya islam!” kata penjual perfume,
random. Risau perfumenya tidak laku selepas ini. Jangan risau, boleh beli perfume, pakai banyak-banyak depan suami, jangan minum sudah.
Agama islam bukan mendiskriminasi kaum wanita, agama islam menjaga
kaum wanita.
Bahkan tiada agama lain di dalam dunia yang memuliakan wanita lebih
daripada islam.
Ada agama yang mewajibkan wanita membayar dhori ketika berkahwin, atau
dengan erti kata lain, wanita yang perlu membayar mas kahwin kepada pihak
lelaki (tidak disebut nama agama atas faktor-faktor keselamatan). Oleh kerana
inilah sesetengah masyarakat membunuh anak-anak perempuan mereka hingga ke hari
ini, kerana mereka rasakan anak perempuan itu suatu pembaziran. Dalam islam
tidak, lelaki yang memberi penghormatan dengan membayar mas kahwin kepada pihak
wanita.
Ada ajaran yang kita katakan paling hampir dengan ajaran Islam,
terdapat juga diskriminasi wanita dalam ajaran tersebut. Mungkin ajaran ini
mempunyai nama nabi-nabi dan rasul-rasul yang sama dengan ajaran islam (juga
tidak disebut nama agama atas faktor-faktor keselamatan), namun, mereka
menganggap wanita ini SYAITAN kerana bagi mereka, disebabkan wanitalah(Hawa)
Nabi Adam AS dicampakkan ke dunia.
Hal ini bercanggah dengan ayat Al-Quran yang tidak meletakkan
kesalahan itu pada sebelah pihak sahaja.
“Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya ...” -surah Al-Baqarah ayat 36
Inilah islam..
Islam adil pada laki-laki dan wanita,
Kedua-dua belah pihak berhak mendapat rahmat dan ganjaran Allah di
syurga.
“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.” -surah An-Nahl ayat 97
.....................
Sambung cerita..
Dia melintas di hadapanku.... dan aku terhidu sesuatu...
Bukan sengaja aku mencari bau, tapi fitrahku sebagai manusia, aku juga
bernafas dan masih elok fungsi hidungku..
Aku terbeliak,
Aku menarik satu nafas panjang, dan cuba menahan daripada menghidu
buat kali kedua. Aku mempercepatkan langkah ke arah bilik solat.
..
Adakah bau itu terlalu wangi dan aku terlalu ‘qawiy’ sampai menahan
bau wangi tersebut dari mempengaruhi nafsu?
Tidak.. tidak sama sekali..
Malah bau itu ialah bau ketiak yang sangat..... (tak jumpa perkataan
nak describe)
Dan sumber primier bau tersebut ialah makhluk muslimah tadi.
Rasa macam nak menggelupur sambil menghentak-hentak lantai selepas
terhidu bau tersebut. Bilik solat yang jaraknya 10 meter terasa seperti 10
kilometer, tak sabar untuk bernafas seperti manusia normal semula bila di dalam
bilik solat nanti. Aku berjalan pantas tetapi masih mengawal reaksi diri
daripada mengaibkan muslimah tadi.
Sebaik sahaja tiba di hadapan bilik solat, dengan pantas aku pulas
tombol pintu, masuk, tutup pintu.... dan menarik nafas lega yang teramat
dalam..
...
...
....
TIDAKKKKKKKK!!
Perkataan inilah yang terlintas dalam mindaku apabila menyedari bau
dalam bilik solat tersebut telah didominasi oleh bau muslimah tadi, malah lebih
busuk.. Aku dah tak boleh tahan, sambil memasukkan kepala dalam baju, aku
tertiarap sambil menggumpal-gumpalkan sejadah menutup mukaku..
Bukan over-reacting, tetapi memang dahsyat baunya.. serious bro..
Aku cuba bersangka baik, mungkin ada tikus ninja atau tikus lutsinar
yang mengeluarkan bau-bau tersebut. Lalu aku kuatkan semangat untuk menunaikan
solat, itulah mujahadah terbesarku pada hari itu.
Sumpah..
Aku menunaikan solat dalam keadaan sangat menyiksakan,
Berlinangan air mata jatuh ke pipi, bukan sebab khusyuk..
Tetapi sebab busyuk..
................
Konklusinya,
Jadilah muslimah solehah yang betul-betul faham apa yang dituntut
dalam agama,
Beramal dengan apa yang disuruh, jangan pula menghasilkan sesuatu yang
negatif dari pengamalan kita..
Jadilah muslimah yang smart, pentingkan kebersihan dalaman dan luaran.
Jika kelakuan seharian kita sebagai manusia boleh mengundang benci
orang bukan islam terhadap agama, walaupun kita berniat kerana Allah, mesti ada
yang tak kena dengan diri kita.
Aku kasihan pada muslimah tadi, mungkin dia tak perasan bau yang
dikeluarkan olehnya.
Lebih merisaukan lagi, apakah tanggapan orang terhadap islam selepas
melihat seorang wanita berhijab di kota London dan bau ketiaknya bertebaran di
angkasa? Pastinya akan ada yang beranggapan islam ini tidak mengamalkan kesejahteraan
hidup bermasyarakat.. malah menyumbang kepada pencemaran udara..
Muslimah solehah,
Kehadirannya tak menarik perhatian lelaki,
Ketegasannya tak menyakitkan hati,
Kelembutannya tak menggoda,
Bicara tak mengundang kebencian di dada.
Fahami dan amalkan, dan kita akan hidup dengan sejahtera..
#temetemerity










