Haritu, e-book Selamat Tinggal Purnama dah diedarkan secara percuma kepada semua pembeli terawal buku fizikal kerana kilang cetakan tidak boleh beroperasi. Thanks kepada pihak IMAN Publication yang sangat cekap. Diorang yang uruskan semuanya agar buku itu boleh menemani korang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni. Bayangkanlah, menguruskan e-book percuma buat puluhan ribu pembeli dengan keadaan work from home. Bagi pihak Teme Abdullah dan pembaca-pembaca bukunya, aku ingin ucapkan ribuan terima kasih.
ππ»ππ»ππ»
Pembelian e-book pun dah available untuk semua buku. Tapi aku akan ceritakan pasal jualan buku di akhir post. Sekarang aku nak cerita pasal buku itu sendiri dahulu.
Saat ini, I believe, ramai yang dah habiskan kedua-dua Strain Pertama dan Strain Kedua dalam judul Selamat Tinggal Purnama. Malah, selepas beberapa jam e-book itu diedarkan pun, dah ada yang dah tweet review. Impressive. Cuma aku tak like or retweet semua je sebab ada spoiler.
Beberapa hari dah berlalu. Aku terima banyak persoalan dan request untuk ceritakan sedikit hal-hal berkaitan disebalik dunia yang aku cipta dalam buku Selamat Tinggal Purnama.
Asalnya aku taknak huraikan apa-apa langsung. Aku nak biar kalian yang buat andaian mengikut kemahuan sendiri. Yelah, Selamat Tinggal Purnama itu kan dan jadi buku korang. Jadi, suka hati korang lah nak imagine macam mana kan? Tak seronok lah kalau aku uncover semuanya.
Masalahnya.... Aku ni lemah dengan pujukan followers. Cis...
Rendah ke sederhana. Itulah anggaran kadar ’spoiler’ yang terkandung dalam artikel kali ni. Aku letakkan low-mild sebab aku rasa orang yang dah baca buku Selamat Tinggal Purnama je akan sepenuhnya faham apa yang aku tulis ni.
Yang berniat nak baca Selamat Tinggal Purnama, artikel ni mungkin akan tambah penjiwaan kalian masa baca nanti. Aku rasa takda lah spoiler sangat pun. Boleh je kalau nak teruskan baca artikel ni. Aku cuma huraikan sedikit cerita di sebalik sebahagian keputusan yang aku buat untuk buku Selamat Tinggal Purnama je.
Cuma, kalau kalian betul-betul nak baca Selamat Tinggal Purnama tanpa apa-apa expectation dan spoiler walaupun sedikit, kalian tidak perlu baca blog post kalini. Baca selepas habis kedua-dua Strain Pertama dan Strain Kedua okay? Okay aku mulakan blog post Di Sebalik Purnama PART 2.
***
Dunia Selamat Tinggal Purnama.
Kenapa Bread?
Bangun pagi. Terlihat ayah duduk di ruang tamu dengan secawan kopi, tekun membaca naskhah surat khabar di tangannya. Malah, inilah yang ayah akan lakukan tiap hujung minggu.
Situasi itu sinonim dengan kita bukan? Malah cikgu-cikgu pun biasa ajar kita untuk bina ayat menggunakan suasana begitu. At least cikgu aku la.
Selepas ini, suasana itu barangkali akan berubah. Kopi mungkin masih lagi menjadi minuman pagi. Tetapi anak-anak generasi seterusnya tidak lagi akan melihat kita membelek-belek helaian surat khabar. Mereka akan melihat ayah atau ibu memegang peranti masing-masing. Scroll, pinch, swipe dan macam-macam lagi gerakan dengan jari. Tujuannya mungkin masih sama. Iaitu membaca berita dan maklumat terkini.
Surat khabar? Mungkin sudah tiada.
Manusia sudah bergerak ke arah pengurangan penggunaan kertas. Lagipun, manusia mungkin sudah muak dengan maklumat berat sebelah dan terkawal oleh akhbar. Kita mula beralih kepada sumber maklumat yang lebih terbuka dan sesiapa sahaja boleh bersuara.
Even pada masa ini pun, kita lebih tertarik dengan Facebook, Twitter, Instagram, dan mungkin juga TikTok. Walaupun aku masih kurang pasti macam mana TikTok akan berperanan sebagai sumber maklumat utama.
Pokoknya, aplikasi-aplikasi ini mengubah gaya hidup kita. Kita semakin bergantung kepada dunia maya. Dari berita dunia, maklumat kesihatan, keep in touch sesama manusia, dan juga gossip.
Ada baik dan buruknya. Semua keperluan dan kehendak kita sebagai manusia berlaku secara maya sahaja. Norma yang baharu. Lagi-lagi pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni. Semakin ramai yang tersinonim dengan aktiviti secara online sahaja. Dan kita sangat-sangat bergantung dengan kemudahan ini.
Seperti makanan ruji. Bread.
Awalnya, aku terlintaskan nama Staples. Selain daripada maksud perkataan staple itu sendiri iaitu makanan ruji atau sesuatu yang penting, maksudnya yang lagi satu juga menggambarkan apa yang aku nak sampaikan melalui sistem Bread dalam Selamat Tinggal Purnama.
Staple juga bermaksud isi dawai yang kita guna dalam stapler. Bread pula merupakan satu sistem maya yang mengikat manusia secara mental, fizikal, dan digunakan untuk berhubung. Seperti dawai kokot pada stapler yang mengikat kertas-kertas supaya tidak bercerai.
Tetapi, perkataan staple itu mungkin terlampau straight forward.
Lalu, aku terlintas perkataan Rice pula. Lebih dekat dengan maksud makanan ruji. Dalam masa yang sama, ia mewakili maksud-maksud staple yang aku inginkan tadi. Tetapi ada yang tak kena dengan nama tu. Kurang sedap. Lalu aku tukarkan kepada Bread. Makanan ruji yang lebih global.
Sistem mata wang Kredit
Dalam dunia sekarang, secara mudahnya istilah kredit boleh difahami dengan dua cara: quantitative (berdasalkan kuantiti. Iaitu perkara yang boleh disukat), dan qualitative (Berdasarkan kualiti. Iaitu perkara yang sukar atau tidak boleh disukat).
Contoh penilaian quantitative ialah seorang pekerja yang dinaikkan gaji oleh majikannya kerana prestasi yang cemerlang. Ia merupakan satu reward yang menyenangkan. Mata wang merupakan medium manifestasi quantitative yang sangat berkesan. Tetapi, perihal yang boleh dikira/disukat ini terhad. Tidak semua hal ni dunia ini boleh dibalas secara kuantiti.
Walaupun dinaikkan gaji sekali pun, pastinya seorang pekerja itu tidak akan senang untuk terus berbakti kepada majikan jika kudratnya diperah tanpa kemanusiaan. Segala baktinya untuk syarikat hanya menaikkan nama majikannya dan tidak sekali pun diberikan ‘kredit’ kepada pekerja yang mendukung syarikat. Beliau mengharapkan kredit yang selayaknya.
Tetapi bukankah beliau telah diberikan ‘kredit’ dengan kenaikan gaji? Kredit apa lagi yang diperlukan?
Ya betul. Dia sudah dapat kenaikan gaji. Cuma, kredit yang aku maksudkan kali ini ialah yang bersifat qualitative.
Penghargaan. Inilah contoh kredit yang bersifat qualitative. Pekerja mahu merasakan yang majikan sayang pada mereka. Mereka mahu merasakan yang syarikat menghargai sumbangan mereka. Majikan yang berjaya mengabungkan kredit qualitative dan kredit quantitative dalam sistem reward kepada pekerjanya mempunyai peluang besar untuk lebih berjaya memajukan syarikat.
Kesan penambahan atau pengurangan kredit yang bersifat kuantitatif boleh disukat. Jika pada konteks duit, lihat sahaja pada angkanya. Contohnya, jika ada seseorang yang membuat laporan polis akan kecurian wang dari akaun banknya, polis boleh melihat perubahan angka pada akaun pelapor untuk mengesahkan wujudnya kes tersebut.
Tetapi bagaimana pula dengan pengurangan yang hanya boleh diterjemah dengan ‘kualiti’? Contohnya jika seseorang mengadu yang emosinya rosak akibat dimaki seseorang, bagaimana kita ingin menyukat kerosakan emosi itu?
Mungkin satu hari nanti kita akan mula bergerak ke arah kredit sosial. Seperti sistem merit di sekolah-sekolah. Tetapi dengan sistem yang lebih kompleks dan dihakimi oleh masyarakat sendiri. Seseorang yang membuat kerosakan ke atas seseorang sama ada dalam bentuk kuantitatif atau kualitatif, akan dihukum. Lebih ramai yang dirosakkan emosi, lebih besarlah hukumannya.
"Masyarakat sendiri yang menghukum."
Mengapa masyarakat yang menghukum? Bukankah kita sudah punyai badan yang bertanggungjawab? Ya, kita sudah sedia punyai sistem pengadilan dan hukuman dalam dunia sekarang. Beberapa jawatan dalam kategori 'pihak berkuasa' telah diwujudkan untuk tujuan ini. Tetapi, sistem yang dicipta oleh manusia tetap punyai kelemahannya.
Ada kalanya, wujud situasi kesalahan oleh individu-individu tertentu yang pihak berkuasa sendiri kelihatan pincang dalam tindakan. Malah, jika mereka bertindak dengan penangkapan pun, di proses penghakiman kelak, hakim sendiri yang tidak berani memberikan hukuman kepada pesalah. Mungkin kerana beliau seorang anak ahli politik yang berkuasa atau sebagainya. Maka, hukuman untuk marhaen (rakyat biasa) dibezakan dengan hukuman bagi golongan bangsawan. Yang pastinya, marhaen mendapat hukuman lebih berat. Pihak berkuasa seakan-akan hilang taringnya. Masing-masing takut akan kehilangan kepentingan masing-masing.
Jadi, aku terfikir... What if masyarakat sendiri yang berikan hukuman kepada pesalah? Adakah ia lebih baik?
Layanan istimewa dan layanan buruk.
Semua perkara di dunia ini sebenarnya bergantung kepada kredit. Cuma, manusia masih belum berjaya menilai harga kredit qualitative. Hal itu mewujudkan ketidakadilan layanan seseorang manusia ke atas manusia yang lain. Lebih dahsyat, ia menghalalkan layanan buruk seorang manusia ke atas manusia yang lain.
Aku pernah mengadu kepada Ahmad (bestfriend aku) berkaitan seseorang yang berikan layanan buruk kepada aku. Ahmad nasihat dalam nada gurauan, “Alah… Biar je lah Teme. Bukan dia boleh buat apa pun. Bukan dia boleh pukul kau pun. Bukan dia boleh ambik duit kau pun.”
Dari situ, aku terlintas sesuatu…
What if wujud dunia yang mana mereka yang memberikan layanan buruk (nilai qualitative) kepada seseorang boleh ditolak kreditnya (nilai quantitative)? Bagaimana jika nilai quantitative dan nilai qualitative kredit itu boleh digabungkan dan disukat?
Sistem itulah yang aku wujudkan dalam buku Selamat Tinggal Purnama melalui integrasi sistem pada jalur leher.
Sistem Jalur Leher
Manusia melakukan kesilapan dan belajar daripada kesilapan itu. Proses ini berlaku berulang-ulang kali. Itulah cara manusia memperbaiki diri secara individu dan membangunkan tamadun sejak zaman awal lagi. Kisah Nabi Adam AS boleh dijadikan contoh dan bukti.
Asalnya kita bodoh, kita buat silap, kita perbaiki diri, menjadi lebih cerdik, dan menjadi lebih baik. Perlahan-lahan bilangan manusia cerdik akan bertambah. Seterusnya memajukan masyarakat.
Kini, proses belajar daripada kesilapan ini menjadi semakin mencabar.
Dunia sekarang ialah dunia maya. Maklumat boleh tular dalam sekelip mata. Yang buruknya, kesalahan manusia boleh dirakam dan ditularkan. 10 saat melakukan kesalahan, seminit kemudian ia akan tersebar ke seluruh dunia, dan ia akan bertahan selama-lamanya. Hanya kerana 10 saat.
“What happens in social media stays on the internet forever.”
Kita manusia, ada sahaja masa kita lakukan kesilapan. Kita semua bermula dengan kebodohan. Tiada yang lahir-lahir terus bijaksana.
Bezanya, dahulu, manusia boleh ‘menjadi bodoh’ dalam diam. Aku kira, lebih mudah manusia memperbaiki kesilapan sekiranya kesalahan akibat kebodohan itu disenyapkan. Sebab itulah Allah menyuruh kita menutup aib sendiri.
Malangnya, sekarang, kebodohan itu cepat tersebar.
Perbualan sesama rakan dahulu hanya berlaku di cafe. Jika tersalah cakap, kawan-kawan akan memaafkan, berpura-pura tak dengar, atau tukar topik. Paling teruk pun, mereka akan mengata belakang dan ia akan terhenti selepas 2-3 lapisan.
Sekarang, perbualan itu boleh berlaku secara ‘live’ dan dipertontonkan oleh satu dunia! Kesilapan manusia dalam tutur bicara akan disaksikan oleh ribuan manusia. Malah ribuan manusia ini boleh mempengaruhi ratusan ribu manusia yang lain. Boleh jadi sehingga jutaan. Boleh jadi sampai wujud petition untuk menyingkirkan seseorang daripada jawatannya akibat tergeliat bicara mengkomen isu semasa di dunia maya. Sedahsyat itu kesannya.
Kita takutkan persepsi. Menggerunkan, liputan persepsi itu semakin luas dengan kehadiran dunia maya. Padahal, dalam banyak situasi, ia tidak mempengaruhi apa-apa pun. Malah menjadikan individu itu lebih popular adalah.
Tadi aku ada letakkan quote ‘What happens in social media stays on the internet forever’ kan? Ya, rekod keburukan itu kekal. Tetapi, reaksi dan persepsi manusia hanya sementara.
Yang baiknya, manusia diberi peluang kedua.
Ketika kepincangan seseorang ditularkan, ramai yang akan bertindak balas untuk menghentikan kelakuan buruknya. Hal ini menarik perhatian lebih ramai manusia untuk mengenalinya dan turut bertindak balas. Tetapi beberapa hari kemudian, individu tersebut akan kembali memperoleh manfaat daripada popularitinya. Walhal, impak buruk yang dia bawa tersangatlah besar.
Contohnya… Andainya wujud seseorang yang terkenal terkantoi dengan pemalsuan akademik, tidak membayar gaji pekerja, berkahwin dengan seseorang di bawah umur, tidak melangsaikan hutang, tipu wang orang lain, mengambil kredit atas karya orang lain, dan bermacam-macam kelakuan buruk termasuklah menunggang agama. Aku tahu contoh-contoh itu barangkali melampau dan tidak logik. Tetapi bayangkanlah sahaja wujud manusia sebegitu semata-mata untuk contoh situasi.
Satu hari, kegiatan manusia tadi terkantoi dan viral. Sudah tentunya individu tersebut akan sepakat ditolak oleh manusia yang waras, bukan? Tetapi percayalah, beberapa bulan kemudian, individu yang sama itu akan kembali menjalankan kegiatannya dengan penuh kebebasan. Malah dengan lebih ramai pengikut dan lebih besar lapangan keuntungan. Maka lebih ramailah mangsanya.
Contoh kedua… Jika wujud pemimpin yang terkantoi merompak harta pembendaharaan negara sehingga mengaibkan tanah air ke seluruh dunia. Aktiviti haramnya itu terkantoi dan ditularkan. Kebesaran gelombang persepsi yang wujud mengakibatkan beliau dijatuhkan dalam pilihan raya. Namun, beberapa bulan kemudian, masyarakat akan lupa. Pemimpin itu dengan mudah boleh membina populariti dan barangkali memimpin negara sekali lagi. Barangkali boleh membuat onar sekali lagi.
Terlampau banyak peluang kedua mengundang kemusnahan.
Mudah. Jika seseorang melakukan kesalahan penderaan kanak-kanak secara live di social media pun, dengan hanya mengupload gambar bersedekah, api persepsi masyarakat akan terpadam. Individu itu akan dijulang. Segala aktiviti buruknya akan dilupakan. Individu itu akan terlepas tanpa hukuman. Maka selepas ini bolehlah dia mendera kanak-kanak lagi. Jika terkantoi lagi, upload sahaja gambar bersedekah sekali lagi. Mudah.
Konklusinya, persepsi ini hanya seketika. Kita bernasib baik kerana hidup dalam dunia yang wujudnya peluang kedua. Malah tidak mustahil peluang ketiga dan seterusnya juga diberikan. Dan seperti semua perkara lain di dalam dunia ini juga… ada baik, ada buruknya.
Persepsi ini hanyalah ilusi. Seberapa besar pun persepsi, ia tetap sekadar persepsi.
Tetapi, bagaimana jika persepsi itu betul-betul boleh mempengaruhi seseorang? What if wujud dunia yang mana kuasa ‘tanggapan’ manusia itu terlalu besar sehingga boleh menamatkan terus peluang untuk kesalahan atau kejahatan seseorang berulang semula? Bagaimana jika persepsi itu boleh memberi kesan fizikal?
Dunia itulah yang aku wujudkan dalam buku Selamat Tinggal Purnama. Persoalannya, adakah ia lebih baik daripada dunia sekarang? Itu hak kalian sebagai pembaca untuk menilainya sendiri.
Mengapa Jalur Leher?
Ada bermacam perkara di dunia ini yang menekan kita. Menjadikan kita sentiasa merasa lemas dan meronta-ronta untuk hidup.
Antaranya ialah perkara-perkara yang aku ceritakan di atas tadi. Terlampau risaukan persepsi manusia, kredit yang bersifat quantitative, dan kredit yang bersifat qualititative.
Sampai kita ada satu simpulan bahasa ‘cekik darah’ yang mewakili sesuatu yang sangat mahal. Simpulan bahasa itu sendiri menggambarkan betapa manusia merasa ‘tercekik’ oleh tekanan nilai quantitative.
Hal-hal tersebut mendesak manusia untuk berebut. Ada yang merebut kredit untuk kelangsungan hidup. Ada juga yang merebut kredit untuk kekal mewah. Untuk kekal dilihat sebagai golongan kelas atasan yang kononnya lebih mulia daripada manusia lain. Ada yang mementingkan persepsi manusia untuk kelihatan baik. Ada yang mementingkan persepsi manusia kerana tidak mahu menyumbang stigma negatif dalam masyarakat. Macam-macam.
Tanpa kita sedar, manusia di’kelas’kan mengikut material yang mereka tayangkan. Sebab itulah kebanyakan orang-orang hebat suka memakai jam-jam mahal. Material di pergelangan tangan mereka itu melambangkan status mereka. Hendak atau tidak, memang manusia akan memberikan layanan yang berbeza mengikut status.
Tanpa mereka sedar, mereka sedang dikawal oleh elemen-elemen tersebut. Merelakan leher diikat dan dibawa ke mana-mana.
Tanpa mereka sedar, mereka sedang dikawal oleh elemen-elemen tersebut. Merelakan leher diikat dan dibawa ke mana-mana.
Aku cuba menterjemahkan perkara yang sama dalam Selamat Tinggal Purnama. Warna jalur leher manusia melambangkan status mereka dalam masyarakat.
Persepsi manusia. Perbezaan darjat. Wang. Survival untuk hidup. Bagi aku, semua situasi tersebut menyesakkan. Mengawal manusia. Melemaskan. Menjerut. Mencekik darah.
Aku terfikir….. Bagaimana jika hal-hal itu betul-betul menekan jiwa dan boleh mencekik kita sehingga mengancam nyawa?
Aku terfikir….. Bagaimana jika hal-hal itu betul-betul menekan jiwa dan boleh mencekik kita sehingga mengancam nyawa?
Jadi, aku memilih leher bukan hanya kerana ia lebih jelas pada mata untuk melambangkan status. Ia juga melambangkan betapa ‘peraturan-peraturan’ dunia tadi ‘mencekik’ kita sebagai manusia.
Maka wujudlah sistem kolar, atau jalur leher dalam Selamat Tinggal Purnama.
Maka wujudlah sistem kolar, atau jalur leher dalam Selamat Tinggal Purnama.
***
That’s it I guess?
Aku tak boleh kongsikan semua yang tersirat dalam Selamat Tinggal Purnama. Nanti tak seronok lah kan? Contohnya buku Empayar yang pertama. Setakat ni, setakat yang aku tahu, masih tiada yang terfikir dari mana datangnya angka-angka seperti 1636, 8492, 6480, dan sebagainya. Lebih seronok ia kekal misteri begitu bukan?
Cuma aku akui, yang sudah mengikuti Teme Abdullah sejak buku pertama mungkin akan ada cabang kefahaman tambahan ketika baca Selamat Tinggal Purnama ni. Cerita di dalam cerita, yang tersembunyi di dalam sebuah cerita.
- Untuk yang sukakan penulisan aku, Selamat Tinggal Purnama ini hadiah buat kalian.
- Buat yang sudah lama mengikuti perjalanan karya aku, kalian akan dapat lebih dari satu cerita fiksyen sahaja. Jika kalian faham.
- Buat supporters Teme Abdullah yang selalu tertanya-tanya akan beberapa keputusan aku selama ini, between the lines dalam buku Selamat Tinggal Purnama ni, terdapat penjelasan yang kalian deserve daripada dahulu. Jika kalian faham.
- Buat yang belum pernah baca penulisan aku, Selamat Tinggal Purnama inilah buku yang paling mengambil masa untuk aku siapkan. Mungkin boleh dijadikan penulisan perkenalan buat kita.
- Buat yang sebelum ini kurang gemar akan penulisan aku, beri aku peluang. Kali ini, aku menulis sesuatu yang lain. Sangat lain.
Lastly, aku nak cerita pasal pembelian.
Unfortunately, pembelian buku fizikal Selamat Tinggal Purnama ditutup buat masa ini. Sebab kilang cetak berhenti beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) haritu. Rasanya, insyaAllah sebelum raya semua yang beli haritu akan dapat naskhah buku fizikal masing-masing. Mungkin pada masa itu pembelian buku fizikal Selamat Tinggal Purnama akan dibuka semula. Nanti aku update eh?
Physical book untuk 6 buku sebelum ni sahaja yang masih available untuk dibeli online. Klik sini. Tengah ada promosi tu!
Tapi! Pembelian e-book dah available untuk Selamat Tinggal Purnama! Klik sini kalau nak beli. Kesemua 8 buku yang aku tulis pun ada sekali. Tengah ada promosi jugak tu! Lepas beli kat website tu, korang boleh download apps Google Play Books kat phone or apa-apa device korang menggunakan email pembelian, and ia automatically ready untuk dibaca!
Ini caranya secara terperinci:
- Beli e-book kat website ni.
- Download aplikasi Google Play Books. (nak download awal-awal sebelum beli e-book pun boleh je)
- Kalian akan dapati buku-buku yang kalian beli muncul dalam library Google Play Books tu.
- Dah boleh baca!
Kesemua 8 buku ini available dalam bentuk e-book. Tetapi hanya 6 buku di sebelah kiri itu sahaja yang available dalam bentuk physical book. |
Happy reading!
Thanks sebab baca sampai sini! Till next time!
May teme tak henti henti mnyumbang idea pnulisan dunia kpd anak muda zaman skang, trima kasih sbb jd inspirasi
BalasPadamHai teme, sye dh lme minat dgn pnulisan teme, selama ni mampu pnjam je buku teme dr kawan kawan, tpi untuk stp ni, mmg sye kumpul duit n nak beli jgak,.. At last, bersyukur sbb dpt beli, n pnulisan dlm stp mmg tersirat, mula mula baca.. Sye agak pening... At last tu, bru paham konsep die..
PadamSemoga sntiasa jdi inspirasi kpd masyarakat, teme..
Thank you teme.
BalasPadamLike i said before, i can relate almost everything back to the real life.
Choose wisely and take care of yourself. Don't force yourself to please others.
You deserve a better life.
You did super good job and your books are super amazing.
If you need a rest, please have a good rest and come back stronger.
I'll always support you.
Your truly,
SNA
☺️πΉ
Mcm berat je isi kali nie?confius skjp..still xdpt nk brain..insyAallah..nnt sy beli buku slmt tinggal purnama..moga terus maju teme..awak memberi smgt n kekuatan kpd sy secara xlangsung..teruskn berkarya..u always in my doa..insyaallah..
BalasPadamThank you for the explanation. Wow sangat impress. Terbaik lah
BalasPadamSumpah ah kod nombor pelatih dalam siri Empayar tu ada maksud? Kalau teme rajin, plisss terangkan!
BalasPadamOnce again, he makes a suprise to us by releasing new genre of his books.. Memang tak predict langsung but i really like it...menceritakan kepada kita tentang hakikat sebenar dunia yg kita lalui setiap hari. Keep it up teme..we will support you, no worries. Take a break bro, you deserve it. Thumbs up XD
BalasPadamThanks teme for the explanation.you did ur best and i will always support you teme .
BalasPadamTahniah Teme. I just grabbed 4 of your ealier books. Waiting for them to be arrived soon.in syaaAllah. Semoga Allah sentiasa jaga Teme walau dimanapun Teme berada. keep inspiring people with motivation words. Teruskan berkarya Teme :)
BalasPadamTerima kasih teme utk buku dn jalan cerita yg menarik! Never fail to impress me hehe teme dah boleh rehat sekejap lepas ni ^^ have a nice day!
BalasPadamThank you teme for the illustration & the story. Sy dah habis baca e-book, baru faham gambaran jalur di leher tu, sebelum ni ingatkan jalur menegak macam level tu, rupanya macam gelang di leher. Ilustrasi kedua2 cover betul2 menggambarkan isi dalamnya; pada beza warna dan keadaan cakera 'purnama', ia juga seperti gambaran mata (sinar harapan) yg asalnya segar kemudiannya hancur & sakit. Kita akan faham kenapa sebolehnya sesetengah orang berbakat tak mahu terkenal secara peribadi (rupa fizikal / keluarga) & hanya mahu memberi karya yg terbaik buat masyarakat. Personally sy betul2 merasai apa yg Adda inginkan. Tahniah Teme, May Allah bless & protect u + ur whole family.
BalasPadamTerima kasih sbb hasilkan karya yg baik. Jalan cerita yg sgt dekat dengan kehidupan kita. Membuat diri berfikir adakah kehidupan kita lalui skrg seperti dalam karya itu. Karya ini mgkn boleh membantu kita berfikir dan dijadikan sbg pengajaran utk kita menjadi hamba Allah yg lebih baik. Well done Teme!
BalasPadamTeme, please know, that we all would be happy if teme is happy :) setuju with sillhouette207, "dont force yourself to please others".
BalasPadamknow your limit., dont push yourself too much, okay? you have us in our du'a, buddy! in syaa Allah!.
stay safe, stay sane teme! semoga seorang teme abdullah sentiasa sihat dalam jagaan Allah.
salam perkenalan,
your new reader (though i've known u for years since 2013!). ada masa nt, please check my DM at Ig ya -- good things take time ��
Teme, please know, that we all would be happy if teme is happy :) setuju with sillhouette207, "dont force yourself to please others".
BalasPadamknow your limit., dont push yourself too much, okay? you have us in our du'a, buddy! in syaa Allah!.
stay safe, stay sane teme! semoga seorang teme abdullah sentiasa sihat dalam jagaan Allah.
salam perkenalan,
your new reader (though i've known u for years since 2013!). ada masa nt, please check my DM at Ig ya -- good things take time π
Thank you teme terangkan. Tapi disbbkn sy xbaca lagi buku stp, jadi xberapa fhm. Nnti lps dah habis baca stp baru sy dtg sini balik. Sy masih menanti empayar 3. Hehehe. Sy dah baca semua karya teme. Semua best belaka.
BalasPadamAssalammualaikum Teme,
BalasPadamSelamat berpuasa dan disebabkan saya tak ada twitter, so termissed your birthday. Tak apalah, ucap kat sini saja. Happy birthday Teme. May Allah grant you with a lot of loves, happiness, beautiful life and careers. Stay strong, stay safe and stay healthy π
Saya belum dapat lagi baca buku terbaru Teme ni. Daripada penjelasan Teme, saya dapat rasa yang buku ni agak berat isi dan jalan ceritanya. Kena kumpul semangat juang yang tinggi (once buku fizikal dah ada di pasaran nanti) untuk baca sebab saya suka dengan isu yang Teme ketengahkan ; peluang kedua, persepsi masyarakat, penghargaan bersifat qualitative majikan terhadap pekerjanya dll yang memang dekat dengan real life saya. I bet everyone too. So, yah! Tak sabar nak dapatkan STP 1&2.
Okay, ni maybe out of topic sikit π Bila saya tengok Nino's Home kan, tak tahulah kenapa teringat Teme. Contentnya funny macam Teme, jari dia, sikap misteri dia tu. Kalaulah tiba2 suatu hari nanti, portfolio Teme bertambah jadi chef (who knows...Teme hebat almost in everything), saya tetap akan sokong Teme.
So, keep flying high Teme! Fi hifzillah..
sama laa selalu tengok Nino's Home, cute cute dia punya kitchen set. Pastu memang teringat Teme, dua dua misteri dan funny tu betul sangat!
PadamE-book STP elok je tersimpan... masih berkeras nakkan buku fizikal jugak ! anyway, code name pelatih dalam Empayar tu memang dah terfikir represent something tapi tulah, misteri masih kekal misteri
BalasPadamTerima kasih Teme. Terus hasilkan karya-karya yang baik. Selamat berpuasa!
BalasPadamKeep on sharing and writing good stuff ya Bro. Sis salute you n your masterpiece . Kipidap!
BalasPadamIf you need a rest, just rest okay. Dont force yourself to please anyone. Just do what make you happy. I hope you enjoy your both real life and Teme's life. We are your family here, and we just want you to be happy.
BalasPadamWe love you Teme.
Terima kasih teme, saya baru habis baca stp dari physical books. Jujur cakap, in love dengan writing teme! Tahniah atas penulisan yang amat baik, moga Allah sentiasa melindungi teme dan family sentiasa. Thankyou for the good books <3
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTeringat peluang kedua. Saya pernah tanyakan ini ke seorang guru kenapa Allah tidak memberikan kesempatan kedua mengulang hidup like reincarnation layaknya di movies untuk memperbaiki kesalahan kesalahan kita? Jawab beliau karena kalau diberikan kita hanya akan mengulangi kesalahan kesalahan yang sama sebab manusia itu serakah. Maybe kita tidak diberi mengulang hidul tapi diberi peluang waktu untuk memperbaki kesalahan but as you know kita terlalu serakah seakan mati tidak menghentikan peluang itu. Setelah membaca artikel ini I think i must read this book.^_^
BalasPadamalhamdulillah, dari pembacaan buku stp setakat ni.. nais ja.. boleh difahami dan boleh relate dgn masalah dunia millenia sekarang.. tahniah teme.. teruskan memberi manfaat buat semua masyarakat manusia :)
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamYou are loved ππΈπ Keep going. La Tahzan. Innallahha ma'ana
BalasPadamAssalammualaikum encik yang sentiasa kabur wajahnya. Saya baru balik dari baca cerita encik tentang gajah berwarna pink! π
BalasPadamTeme...it took me half a day to analyze your newest update on Twitter. 'Latif Purnama would do the same.' Teme reply komen sayakah atau Teme respon berkenaan pasangan Youtuber terkenal Malaysia yang sedang dilanda masalah sekarang ni? At first, saya almost pitam baca tweet tu. Not exaggerate, it's true.Heehe...sebab. Jantung degup kencang sangat. Kalau Teme maksudkan komen tu, habislah saya. Saya baca dalam nada serius, so nada Teme kedengaran serius. Tapi saya cepat geleng2 kepala. Saya pernah dengar suara Teme nyanyi Eyes, Nose, Lip. Cepat2 saya sematkan dalam hati. This is the real tone and I smile π
Latif Purnama, Latif Purnama
(Ini adalah lagu)
Adakah dia orang yang sama?
Jikalau iya, kami tak sanggup
Melihat dia merana duka ππ
πΆ He is loved, he should know that πΆ
Alahai, tak pandai betul nak tulis lirik lagu. I should stop here. Mian hae, mian hae...
Teme, tadi kan saya ada baca satu artikel. Tentang pelari Kenya dan pelari Sepanyol. Ceritanya, pelari Kenya tu dah lead sepanjang perlumbaan. Beberapa meter sebelum sampai ke garisan penamat, dia dah berhenti sebab dia ingat dia dah sampai. Dia tak faham maksud perkataan dekat situ. Mungkin dia dah terlalu penat sampaikan dia yang dah biasa race tetiba hilang arah. Dekat belakang dia, ada seorang pelari Sepanyol. His competitor. Menyedari pelari Kenya tu belum menang lagi, pelari Sepanyol ni tadi terus tolak belakang pelari Kenya tu untuk terus berlari. Akhirnya, perlumbaan dimenangi oleh pelari Kenya. Di akhir gambar, pelari Kenya tu senyum lebar sambil bersalaman dengan pelari Sepanyol.
Wartawan berkerumun dekat pelari Sepanyol tu. Ada yang marah masa tanya soalan. Rata-rata kata dia berhak menang dan kalahkan pelari Kenya yang terpinga2 masa tu. Antara ayat pelari Sepanyol tu..."Perlumbaan ni memang untuknya. Dari awal lagi dia dah menang." Ikut logik, iyalah kan? Dari awal dia leading. Tapi wartawan tetap tak berpuas hati. Tetap provok. Tetap cuba bertanya soalan panas dengan harapan pelari Sepanyol tu akan rasa menyesal melepaskan pingat emas depan mata. Tapi tak. Pelari Sepanyol tu tetap dengan keputusan dia. Dia cakap..."Tetapi apa erti kemenangan saya? Apa kehormatan pingat yang saya dapat? Apa pandangan ibu saya?"
Saya rasa 'kyuuu...' dalam hati lepas baca cerita dua pelari ni. Saya pun tak tahu kenapa saya kongsi cerita ni dengan Teme π
Saya takut kalau Teme rasa saya annoying dan asyik komen kat sini. Tapi Teme ada cakap tu, jangan jemu untuk komen. So here I am. Andai tweet tu adalah balasan Teme pada komen saya sebelum ini (please allow me to perasan sekejap. Terima kasih π), pelik betul kan cara kita berkomunikasi? Balas membalas dalam dua platform yang berlainan? Boleh buat novel ni. Saya cop dulu, please π
Someone I adore since teenager died last week. I devastated. Saya selalu nampak dia senyum. Dulu bila dia senyum, mata dia bercahaya. Saya nampak sparkle dalam mata dia and it's beautiful. Then...sparkle tu macam hilang. I'm too dumb. I think that person is okay. Never knew that person suffered inside.
Teme π Ada insan senyap2 memandang kita dengan penuh kecintaan. Mengharap agar kita tetap terus bertahan. Bila memilih untuk terus larut, sayanglah...
Teme seorang yang kuat. Teme seorang yang penyayang. Sentiasa berusaha membahagiakan semua orang. Nothing can beat you down. Cheer up Teme. May Allah protect and bless you..
Till then...assalammualaikum. Have a nice day!
TEMEEE BILA NAK UPDATE LAGI
BalasPadamAssalammualaikum
BalasPadam(Harap komen ini tidak dipos di blog...saya hanya mahu Teme seorang saja baca...terima kasih)
Apa khabar? Saya harap Teme sihat selalu. Walaupun blog ni, bak kata Teme, sudah dijadikan muzium, saya tetap senang bertandang ke sini, baca semula nukilan2 yang saya luahkan pada Teme. Bila Teme buat blog baru, jujurnya saya rasa bersalah sangat2. Adakah sebab komen2 saya membuatkan Teme terganggu? Lama saya berdiam diri. Lama saya mencari jawapan. Dan hati kecil saya yakin, saya penyebabnya.
Teme...saya tak sempat lagi nak ucap perkataan ni. Saya minta maaf Teme π’ Saya minta maaf sebab banyak ganggu Teme dengan komen2 saya dulu. Saya tak tahu macam mana mahu luahkan. Saya betul-betul minta maaf. Saya harap Teme sudi maafkan segala kesalahan saya.
Saya janji saya takkan ganggu Teme lagi. Tapi...saya tak janji yang saya akan berhenti menyokong Teme. Selagi ada rezeki, saya akan terus sokong karya Teme. Selagi saya terbaca luahan kesedihan Teme di Twitter, andai punya kudrat untuk mengangkat tangan, saya akan terus doakan kebaikan buat Teme.
Teme Abdullah, terima kasih pernah bagi kegembiraan luar biasa suatu masa dahulu pada saya bila Teme sudi balas komen saya. Saya harap dapat kembali semula pada waktu tu tapi...saya segan dengan Teme. Saya dah buat silap. Nak menulis komen ni pun, puas saya fikir ayat yang sesuai. Risau jika terguris perasaan Teme lagi.
Teme jaga diri bebaik ya. Saya senang sekali kalau dapat mendengar yang Teme dah maafkan saya. But I know it's impossible. That's alright.
Please be happy Teme. Pengetahuan kita tentang personaliti seseorang itu amat terbatas. Don't overthinking. Kadang yang tersirat itu lebih indah kasih sayangnya berbanding yang ditonjolkan di depan mata.
Fi hifzillah, Teme. Selamanya akan terus menyayangi...
Kali ini saya memilih dari jauh
Dan dalam diam...
kenapa saya rasa bulatan logo Bread dekat atas tu macam kod morse je betul ke Teme? π€
BalasPadamSaya teringin nak tahu apa maksud kod nama-nama pelatih dalam siri Empayar tu. Tak tercapai pemikiran saya untuk faham π
BalasPadamTerima kasih Teme atas penerangan. Aku baru habis baca Selamat Tinggal Purnama (STP) ni. Tahun lepas dah beli dah, tapi sebab atas kekangan waktu, baru tahun ni sempat baca.
BalasPadamSeni karya STP ni agak berat jugak untuk aku faham, mungkin sebab aku terlalu mendalami karakter watak utama itu. Tapi jalan penceritaan dia memang menarik. Dan tak sangka pengakhiran dia jadi begitu. Dah macam drama Korea dah π€
"Kita manusia, ada sahaja masa kita lakukan kesilapan. Kita semua bermula dengan kebodohan. Tiada yang lahir-lahir terus bijaksana."
BalasPadamAku suka ayat ni, dia boleh jadi ayat yang boleh motivate kita untuk 'buat je, redah je'. In shaa Allah menjadi.
'Terlampau banyak peluang kedua mengundang kemusnahan.' Aku setuju dengan ayat ni and benda ni memang jadi dekat dalam negara kita, countless pulak tu. Politician lah main subject diaπ€§ Bukan setakat tu, ada influencer or artis, banyak diberi peluang kedua. Ok, kalau jenis memang dia insaf, tak buat lagi tu ok. Ni jenis dah banyak kali bagi peluang tapi still buat hal.
BalasPadamKalau dekat korea, diorang sekecil2 benda kalau dah nampak redflag, diorang akan 'cancelled' orang tu. Contohnya, kes2 buli yang pernah jadi masa zaman artis ni sekolah and diorang sendiri yang membuli.Benda dah lepas, but suddenly the victim call out these name, seek for forgiveness. And suprisingly most of the news turns to be legit. So, artis2 yang di call out ni terkena tempias, susah nak cari makan. Segala upcoming project and contract needs to be cancel. Memang kene sisih habis. No 2nd chance
But.. there's another side stories. Perasan tak kenapa macam jadi tema pulak. Lepas artis ni kene call out, tibe2 artis lain pon ada kes buli jugak. Kiranya macam banyak pulak kes2 buli dok keluar dekat twt. Katanya, ini maybe ada agenda politik yang nak tutup kes diorang (yang lagi teruk).. so nak bagi orang tak perasan, diorang keluarkan cerita pasal artis2 ni which obviously 'a well known' person yang orang akan lebih ambik perhatian.
So konklusinya, (ni pendapat aku yang marhaen tau) dua2 penting, baik badan berkuasa, baik rakyat. badan berkuasa tu kena ada sebab mereka ada lebih banyak ilmu tapi dari segi keadilan tu, harap masing2 ada rasa tanggungjawab dengan any decision that they make. Also, kuasa rakyat juga kena ada. Sekarang ramai dah start isi petition, kuasa viral. Dan actually benda2 ni yang menggerakkan kes tu dapat perhatian orang ramai. hopefully in future keputusan dapat diambil dari dua2 belah pihak sama rata