Teme's GANG

Di Sebalik Purnama 1


Ya. Aku sendiri yang minta pengumuman cover buku aku ditangguhkan dulu sebab aku sendiri yang akan announce kepada supporters aku. Bukanlah sengaja melewatkan untuk buat kalian tertunggu-tunggu. Ada perkara yang aku perlu sediakan dulu. InsyaAllah ia akan direveal pada hari yang sama dengan pre-order.

Bayangkan situasi seorang abang yang baru mendapat berita baik di tempat kerja. Kemudian, kawan si abang datang dan beritahu kepada si adik, “Tahniah, abang kau baru (berita baik) di tempat kerja.” Pastinya seorang adik itu akan gembira mendengar berita baik tentang abangnya. Tetapi, alangkah bagusnya jika si abang yang beritahu perkara itu dari mulutnya sendiri kepada si adik. Kan?

Itulah yang akan aku buat. InsyaAllah aku sendiri yang akan reveal kulit buku tu pada korang, SELASA ni, hari yang sama pre-order dibuka. Harapnya buku ni boleh jadi peneman korang selama perintah berkurung COVID-19 ni.

Dalam posting ni, aku akan ceritakan beberapa behind the scenes yang mendedahkan sedikit perincian & topik buku terbaru aku iaitu Selamat Tinggal Purnama.



3 TAHUN LALU

Masa tu 2017. Allah ilhamkan aku dengan satu idea untuk sebuah buku baharu.

Punyalah semangat, aku siap ceritakan pada publisher. Aku kata, “Tahun 2018, insyaAllah saya akan ada 3 buku baru. Impian Jalanan, Empayar…. dan satu buku rahsia.” Aku sengaja tanak ceritakan lebih-lebih. Tapi, aku ada kongsikan ending buku tu pada pihak penerbit. 

Padahal….. Itu sahajalah idea yang aku ada.

Ilham itu datang dalam bentuk ending buku itu sahaja. Aku tak tahu macam mana nak mula, tak ada idea langsung untuk isi dalamnya. Tajuk lagilah tak terfikir. Hanya ending sahaja yang aku tahu. Tapi sebab excited, aku sampai ceritakan idea tu pada publisher.

Aku pun siapkan 2 buku lain untuk 2018 macam biasa. Aku tulis buku Impian Jalanan dan Empayar yang pertama. Pejam celik pejam celik, siap buku Impian Jalanan. Empayar juga siap. Tapi, buku rahsia yang satu ni tetap tak ada progress. Aku tulis satu bab je. Itupun tak habis.

Aku ingatkan, lepas dapat idea ending buku tu, ilham untuk isi-isinya juga mudah mengalir. Ternyata aku salah.

Aku ketandusan idea.

Tiba-tiba, ada satu berita yang mengejutkan.

Sumber: Tweet asal.


KEMATIAN CHESTER BENNINGTON 2017
Ia dilaporkan berlaku kerana bunuh diri.

Why?” Pertanyaan ini bermain dalam fikiran aku.

Aku membesar dengan banyak terdengar lagu-lagu Linkin Park di corong radio. Ada kawan-kawan aku yang pakai beg Linkin Park masa sekolah rendah dulu. Logo Linkin Park juga banyak diconteng pada dinding-dinding sekolah. Kat toilet pun ada. Malah, Ustaz Don Daniyal pun pernah mengaku yang beliau sendiri merupakan die hard fan kumpulan Linkin Park. Punyalah besar band ni.

Jadi, berita tadi sangat-sangat mengejutkan. 

“Sayangnyaaaa…. Suara dia dahla sedap, unik. Takda siapa dah boleh ganti dia.” Aku fikir sorang-sorang.

Aku yang kebetulan ketika itu ada satu masalah kecil, sedikit sebanyak tertarik akan berita ini. Bukanlah tertarik pada tindakan penyanyi itu. Cuma aku tertanya-tanya, ‘Kenapa bunuh diri ini dianggap sebagai satu penyelesaian?’ Adakah benar ia penyelesaian? Sebab bagi aku, ia tidak menyelesaikan apa-apa. Aku tak faham. Tapi aku tidak membuat konklusi atau apa-apa judgement. Aku cuba fahami.

Memandangkan topik tersebut ada sedikit perkaitan dengan buku rahsia aku nanti, aku pun buka buku nota, dan aku cuba gunakan emosi aku masa tu untuk menulis perkara-perkara yang aku rasa, perkara-perkara yang aku fikir. Setelah beberapa helai, semacam tercetus satu lagi idea untuk disambungkan pada buku rahsia tadi. Aku kembali membuka folder buku tersebut dan mula menaip. 

..

...

Malangnya, satu bab pun tak siap. 

Masih tak ada ilham. Mungkin aku kurang faham dan tak berjaya menghayati sepenuhnya apa yang aku bakal tulis.

Aku tak nak buku ni menjadi satu buku yang ‘terpaksa’ aku siapkan. Pembaca-pembaca aku tidak berhak dihadiahkan dengan sebuah buku yang aku sendiri tidak menulisnya dari hati. Sebuah karya yang sekadar melepaskan batok di tangga hanya membuang masa pembaca.

Aku berpegang teguh kepada satu prinsip ni. Bagi aku, kalau tak mampu buat dengan sehabis baik, baik tak payah buat langsung. Takda istilah 'at least ada daripada takda' dalam hidup aku. Terutamanya dalam hal yang melibatkan orang lain.

Maka, satu buku rahsia yang sepatutnya terbit pada tahun 2018 ditangguhkan. Tetapi penulisan 2 buku lagi tetap diteruskan.



2018

Alhamdulillah, Impian Jalanan dan Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama selamat diterbitkan pada tahun 2018.

Aku sambung pula menulis sambungan buku dalam Siri Jalanan & Empayar itu untuk tahun 2019. Selama itu, aku ada terfikir juga pasal buku rahsia tadi. Tapi tetap tidak dikurniakan ilham yang berjaya buatkan aku berpuas hati untuk menulis.



2019

Alhamdulillah, pada tahun 2019, Signature Jalanan & Empayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis pula berjaya diterbitkan. Buku rahsia yang tercetus ideanya sejak 2 tahun lalu itu masih diam dalam folder.

Sepanjang 2019, aku mula menulis Empayar 3, iaitu sambungan kepada Empayar 2 yang sebelum ini. Semuanya berjalan dengan lancar. Takda pun ketandusan idea. Smooth je. Sebab buku Empayar ni memang dah ada jalan ceritanya dalam otak aku. Aku cuma perlukan masa untuk menulis dan perhalusi plot je.

Tahun 2019 ialah tahun yang paling banyak perkara yang tidak terjangka berlaku dalam hidup aku. Semua itu termasuklah peluang untuk menghadap DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong dan DYMM SPB Raja Permaisuri Agong untuk mempersembahkan karya.

Sumber: Posting asal.
Sumber: Akaun Twitter DYMM SPB Raja Permaisuri Agong.

Dalam tahun 2019 jugalah beberapa perkara berlaku yang memberi aku idea untuk buku rahsia tadi. Aku ingat lagi. Paling banyak ilham datang masa aku di Korea untuk satu pameran architecture & urbanism. Masa tu lah aku kene paksa dengan followers untuk nyanyikan satu lagu Korea depan kawan Korean aku… Cis.

Kunjungan aku ke Korea itu buat aku fikirkan industri hiburan Korea terutamanya K-pop yang sangat-sangat meletup akhir-akhir ini. Sehinggakan aku yang tak layan sangat Korea ni pun boleh TERminat… pastu TERhafal lagu K-pop.

Aku mula fikirkan berkaitan artis-artis K-pop yang popularitinya menjangkau ke seluruh dunia. Aku tumpang gembira memikirkan yang artis-artis itu berjaya mengecapi sesuatu yang betul-betul mereka mahukan dalam kerjaya mereka. Dari situ, aku mula terfikir pula akan perkara yang seterusnya.

“Adakah mereka mahukan populariti ini semua?”

Adakah itu yang mereka mahukan sewaktu mula-mula bercita-cita untuk menjadi artis? Adakah populariti itu satu pencapaian terulung dalam karier? Jika betul, pasti seronok menjadi terkenal.

Tiba-tiba, ada satu lagi berita mengejutkan. Kebetulan, aku baru je balik dari Korea.

Sumber: Tweet asal.


KEMATIAN BINTANG K-POP, SULLI

Mengejutkan. Sudahlah umurnya sekitar umur aku juga. Berita ini membuatkan aku rasa tertampar. Cuma kali ini, aku tidak lagi terkejut kerana kepelikan. Tidak ada lagi persoalan ‘why’ seperti sewaktu berita kematian Chester Bennington beberapa tahun lalu. Kerana aku seakan-akan sudah boleh faham. Bukan sebab aku pun nak bunuh diri! Korang jangan fikir bukan-bukan! Ia mungkin sebab aku dah lama tertanya-tanya dan cuba fahami isu ini.

Jelas. Populariti bukanlah kemuncak karier. Banyak sisi yang terlindung daripada mata masyarakat. Aku semakin curious akan topik ini.

Ada seorang insan dari Malaysia yang terlintas dalam fikiran aku sebagai salah satu persoalan dalam renungan berkaitan populariti tadi, iaitu P. Ramlee.

Sumber: Tweet asal.

Seniman Agung Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee. Sangat popular. Bukan sahaja di Malaysia, malah serantau Asia. Sehingga kini, filemnya masih lagi dimainkan di televisyen. Lagu-lagunya masih melekat di bibir tanpa pengganti. Sehingga kini juga, masyarakat rata-ratanya masih lagi meminati dan boleh menerima karyanya. Hebat. Sangat hebat. Tidak akan ada seorang pun yang dapat menafikan bakatnya dalam dunia seni.

Malangnya, semasa hayatnya, beliau tidak pernah pun merasa hak sambutan hangat yang sepatutnya beliau peroleh. Hidupnya melarat walaupun karyanya tersebar luas. Malah P. Ramlee hidup dalam keadaan mengira duit untuk dibelanjakan esok hari sewaktu akhir hayatnya. Banyak sumbangan beliau, tetapi hidupnya tidak sesenang yang sepatutnya.

Gelaran hormat Tan Sri pada nama beliau diberikan 17 tahun selepas beliau meninggal dunia. Selepas 32 tahun meninggal dunia pula, barulah institusi akademik mengiktiraf sumbangan beliau dalam industri seni dan menganugerahkan gelaran doktor falsafah kepada seniman agung itu. Dan pada tahun 2009, 36 tahun selepas P. Ramlee meninggal dunia, beliau dianugerahkan pula dengan gelaran Datuk Amar. Sambutan-sambutan ini diberikan selepas beliau tiada lagi di dunia. Alangkah manisnya jika P. Ramlee masih hidup ketika beliau benar-benar dihargai.

Tiba-tiba….

Zapppp! 

Macam kene kejutan elektrik pada otak aku. Terus dapat ilham yang mencurah-curah untuk buku rahsia tadi. Terus aku tweet.

Sumber: Tweet asal.

Tapi masa tu, aku tak terfikir langsung lagi tajuknya. Aku cuma terlintas perkataan ‘Selamat Tinggal’. Bagi aku, ia masih tak complete untuk sebuah tajuk. Jadi, aku gunakan hashtag #Teme2020 untuk mewakili karya aku yang satu ni. 



CURAHAN IDEA

Lepas satu, satu idea masuk. Aku terfikir pasal buku ni sampai terbawa mimpi weh! Hahaha. Ada sekali tu, aku termimpikan satu scene dalam buku rahsia ni sampai terjaga tengah malam, mamai-mamai capai phone, dengan mata kuyu aku type scene yang aku mimpi tadi. Aku takut pagi esok aku lupa. Kan kita selalu lupa mimpi.

Nantilah one day aku akan ceritakan scene mana yang aku mimpi tu lepas korang habis baca Selamat Tinggal Purnama nanti.

Sumber: Tweet asal.

Idea tu datang tak konsisten. Tapi betterlah daripada bertahun-tahun takda idea untuk buku yang satu ni kan? Aku tulis semua idea tu. Dalam masa yang sama, aku tengah berusaha siapkan buku Empayar 3.

Satu hari, ketika aku berada di Japan, specifically di Dotonbori, Osaka, ilham untuk buku rahsia tadi datang mencurah-curah.


Sumber: instagram post.

Dipendekkan cerita, ada satu jalan kat situ yang sangat penuh dengan manusia. Aku terpaksa mencelah-celah untuk berjalan laju ke depan. Sampai di satu tempat ni, orang memang sangat penuh yang buatkan aku betul-betul susah nak jalan. Rasa sesak. Rasa rimas sampai susah nak nafas.

Sebab berserabut, aku jalan slow-slow sambil pandang bawah. Ada kalanya aku tengok pada papan-papan iklan yang berwarna-warni di sisi jalan. Disebabkan aku memang suka berfikir pasal sesuatu yang tidak kena pada masanya, aku tiba-tiba terfikir pasal buku rahsia tadi.

Satu demi satu idea datang.

Tapi aku tengah berjalannn! Tak boleh nak catat sebab orang padat sangat. Kelam-kabut aku cari tempat untuk menulis masa tu.

Aku pun berhenti kat satu kedai kopi, bukak laptop, bukak folder buku rahsia tu, kemudian mula muntahkan semua idea yang lalu-lalang dalam otak aku sejak tadi.

Sedar-sedar, tersusun lengkap segala idea daripada permulaan sehinggalah ending yang aku terfikir 3 tahun lalu. Alhamdulillah.

Tapi...... tajuk masih takda. LOL

Masih ’Selamat Tinggal’ sahaja yang tergambar. Isi-isinya juga belum ditulis. Jadi, aku tangguhkan dahulu penulisan buku Empayar 3 dan sambungan Siri Jalanan untuk habiskan buku rahsia ni.



MENGHAYATI PENULISAN

Pengalaman menulis buku ni lain dari yang lain. Bila aku cuba menghayati, menjiwai, dan menulis, semakin banyak persoalan aku sendiri yang terjawab. Topik yang selama ini asing bagi aku sudah bukan lagi menjadi sesuatu yang aneh.

Malah kalau aku ingat semula akan mendiang vokalis Linkin Park, bila aku dengar semula lirik-lirik lagunya, ia menyentuh aku dari satu sudut berbeza. Bukan seperti yang aku selelu dengar sebelum ini.



"I wanna heal... I wanna feel... what I thought was never real. I wanna let go of the pain I’ve felt so long."
-petikan lirik lagu Somewhere I Belong oleh Linkin Park.


"Memories consume, like opening the wound. I'm picking me apart again. You all assume I'm safe here in my room. Unless I try to start again."
-petikan lirik lagu Breaking The Habit oleh Linkin Park.



"Something has been taken from deep inside of me.
A secret I've kept locked away.
No one can ever see.
Wounds so deep they never show.
They never go away..."
-petikan lirik lagu Easier To Run oleh Linkin Park.


"Waiting for the end to come.
Wishing I had strength to stand.
This is not what I had planned.
It's out of my control."
-petikan lirik lagu Waiting For The End oleh Linkin Park.


"I make the right moves but I'm lost within.
I put on my daily façade but then I just end up getting hurt again... By myself."
-petikan lirik lagu Easier To Run oleh Linkin Park.


"There's something inside me that pulls beneath the surface.
Consuming, confusing.
This lack of self-control I fear is never ending.
Controlling, I can't seem... To find myself again"
-petikan lirik lagu Crawling oleh Linkin Park.


“I tried so hard, and got so far, but in the end it doesn't even matter.”
 -petikan lirik lagu In The End oleh Linkin Park.


Now... I think I've got the mood. Aku di satu titik dalam hidup yang aku tidak lagi persoalkan perkara-perkara tu. Aku betul-betul boleh faham. At least, aku rasa aku kini boleh faham. Itu yang penting.

Jadi, bila tiba masa untuk menulis buku rahsia ni, aku dah tak alami kesulitan macam dulu. I can just sit in front of my laptop....'tukar topeng', dan terus boleh menghayati dan menjiwai penulisan. Petik jari je.

Asal ada masa lapang je, aku akan menulis. Dalam Uber, Grab, train, taxi, airplane, atau masa aku menunggu untuk berjumpa sesiapa.  

Sumber: Tweet asal.

Aku teruskan menulis sehingga melepasi rekod manuskrip terpanjang aku sendiri. Iaitu Empayar 2 dengan 52,000 words.

Sumber: Tweet asal.

Dan alhamdulillah…. Akhirnya siap jugak.

Sumber: Tweet asal.

Nak tahu berapa jumlah words semuanya?

90,000 WORDS!! 

Punyalah sebelum ni bertahun-tahun takda ilham. Sekali, bila Allah nak kasi, 90,000 patah perkataan sekaligus! Alhamdulillah. Hampir sekali ganda lebih panjang daripada Empayar 2.

Oleh sebab itu, akan ada satu perkara yang akan diumumkan nanti. Bukan sekarang. Mungkin pada hari cover reveal dan pada hari pre-order.

Dalam post selanjutnya nanti, aku akan ceritakan pula bagaimana aku dapat nama ’Selamat Tinggal Purnama’ & cerita di sebalik cover yang bakal ditunjukkan ya? Mungkin selepas buka pre-order, atau sebelum buka. Banyak lagi perkara behind the scenes yang aku nak cerita. Jadi, insyaAllah akan ada post Di Sebalik Purnama 2, dan mungkin Di Sebalik Purnama 3 juga insyaAllah. Tengoklah macam mana nanti.

Sekarang, aku nak umumkan perkara lain dahulu:

Pre-order peringkat pertama akan dibuka SELASA ini selama 4 HARI sahaja (24-27 March 2020). Lepas tu, buku akan terus dihantar kepada kalian sebelum pre-order dibuka buat kali kedua.

Cuma, aku sarankan kalian beli awal-awal (Selasa ni). Sebab….. Biar korang duk baca buku kat rumah diam-diam, takyah keluar rumah musim-musim COVID-19 ni.

Ok serious serious… Kalau beli awal, akan ada diskaun. Kan aku dah janji nak maklumkan kepada korang kalau ada diskaun kan? Inilah masa itu. Buku-buku aku yang lain pun akan ada harga promosi nanti insyaAllah.

And, sempena buku aku yang ke-7, 7,000 pembeli pertama akan dapat box untuk buku Selamat Tinggal Purnama yang tak akan dibuat dah lepas ni! Limited kepada 7,000 pertama sahaja!


Harini aku tunjuk design pada box je. Design pada cover nanti akan sangat-sangat berbeza dengan yang kalian tengok pada box ni.

Tunggu Selasa ni tau! 24 March 2020!
Follow update kat twitter, instagram, & facebook.

Thanks sebab baca sampai sini!! 💕




40 ulasan:

  1. Hai teme🙆🏻‍♀️

    Terima kasih tau sebab sudi release kan lagi satu buku. Ya Allah tak sabar sangat nak order.
    Kena prepare emosi ni nak baca buku ni nanti. Terima kasih lagi sekali.

    Teme jaga diri tau. (^_^)
    ~SNA

    BalasPadam
  2. Maksudnya, cetakan yg dpt kotak tu hanya 7000 jela kan? Yang selebihnya takda kotak la kan? Means buku ni blh beli la walaupun dh tutup preorder nnti? Faham tak soalan sy hahah

    BalasPadam
  3. Tak sabar nak tunggu reveal cover buku !!! ♥️♥️♥️♥️♥️

    BalasPadam
  4. Tak sabar tunggu cover buku release ! ♥️♥️♥️♥️

    BalasPadam
  5. Ahhh. Ini antara sebab kami suka dengan karya2 Teme. Sentiasa ada (BTS). Good job! Tahniah tahniah! Tak sabar dah dapatkan buku ni

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah,x sabar nk tggu selamat tinggl purnama, tringt lagu sumpah ��, ade kaitan ke?,��. Best of luck teme.

    BalasPadam
  7. Tbh i just can't wait for this book..im so excited..im not a fan of malay book..but since i came across ur book..im just like..wow.woahh..okayy..this is it..the kind of reading i need..my energy sounds like bamm!!whatt!!

    BalasPadam
  8. 90000 words? Masya Allah, tahniah Teme. Banyaknya ilham Allah beri 😊 tak sabar tunggu Selasa ni...first time join pre order karya Teme...hope adalah rezeki selit order nanti, aamiin...Andddd gambar dekat Dotonbori tu...nostalgia sungguh tu, Teme...dapat reply from Teme dekat gambar tu lah dulu...bila baca entri ni, saya tak boleh nak berhenti senyum...sorry😊

    Take care Teme. Stay safe and healthy

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah,
    MashaAllah Teme, what an amazing story behind this book!

    InshaaAllah, may Allah ease for the pre-order process nanti. And thank you for sharing your experience with us. May Allah bless you always. Amiiin 🌹

    BalasPadam
  10. Yeayyyy alhamdulillah! Tak sabarnyaaaa 😭😭😭🥺🥺🥺

    BalasPadam
  11. Thank you Teme sebab sudi berkongsi behind the scene dengan kitaorang, feels like I was a part of the process from behind the scene to the D-DAY💞

    Pembaca-pembaca aku tidak berhak dihadiahkan dengan sebuah buku yang aku sendiri tidak menulisnya dari hati. Sebuah karya yang sekadar melepaskan batok di tangga hanya membuang masa pembaca.

    ^^
    Part ni buat aye terharu 🥺 Thank you again for your dedication and hard work +sincerity in writing books for us

    May Allah protect and bless you, your family and friends :) hope u see this 😬 because I want to say thank you

    BalasPadam
  12. Berdebar utk tunggu hari pre order nanti... Semoga Allah mudahkanlah dan berikan kecukupan duit utk proceed payment nanti.. aamiin aamiin ya rabbal alamin... ��

    BalasPadam
  13. Rasa sebak pulak baca post teme kali ni. I felt the same way masa Jonghyun(Shinee) meninggal dulu. Rasa confused and sedih atas pilihan yg dia buat. Excited to know your perspective!! Btw congrats teme!!

    BalasPadam
  14. Rasa sebak pulak baca post teme kali ni. I felt the same way masa Jonghyun(Shinee) meninggal dulu. Rasa confused and sedih atas pilihan yg dia buat. Excited to know your perspective!! Btw congrats teme!!

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. Rasa sebak pulak baca post teme kali ni. I felt the same way masa Jonghyun(Shinee) meninggal dulu. Rasa confused and sedih atas pilihan yg dia buat. Excited to know your perspective!! Btw congrats teme!!

    BalasPadam
  17. Teme, semoga urusan dipermudahkan sampai buku ni tiba di tangan pembaca :) semoga buku ini turut dpt memberi manfaat kepada semua pembaca. Apapun, stay safe teme!

    BalasPadam
  18. all the best teme ! you inspire many young people , bro !

    BalasPadam
  19. All the best bang
    Kitorang menanti post" abang mengenai this book
    Sis tashabar

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum teme .. i am always support your talent .. ribuan trima ksih disbbkan buku2 teme la tlah mmbangkitkan smngat saya utk bgun kmbali for repeat paper even gagal dh byk kli .. doa2 kan saya juga brjaya mcm teme .. tq for inspiring me .. syukran kathir ..

    BalasPadam
  21. temee saya takut la nak jadi pembeli terawal, first time ni huhu debor lain macam, sebab special sangat hihu btw thank youu sangat menghargai pembaca dan penyokong anda. kami rasa sangat dihargai. teruskan menulis dan jangan putus asa dalam apa jua perkara!!. excited lak pasal teme terminat korea tu hihi

    BalasPadam
  22. Hai Teme. Is it possible to do the overseas shipping? I truuuuly want to have and read your book, but I live in Indonesia. Is it possible, please? Thank you!

    BalasPadam
  23. Done baca sampai habis! Ok tak sabar nak baca lagi DSP seterusnya pula lepas ni. Dan tentu²nya tak sabar nak tunggu pre-order Selamat Tinggal Purnama dibuka 24hb hari selasa ni. Haraplah baki akaun mencukupi utk bayar buku ni nanti. Tak boleh nak keluar sangat musim² RMO ni. #StayAtHome

    BalasPadam
  24. Omgggg xshabar yeaaaaaaa�� tapi duit xtaruh lagi��, dont worry sya akn cuba pujuk pa ma sya hihihi�� moga sya jadi yg terawal beli buku teme. Aminnnn

    BalasPadam
  25. Allahu..x sabarnya nk beli buku teme ni..harap sempat grab box tu skali

    BalasPadam
  26. harap sempat grab buku teme yang ni 🤗

    BalasPadam
  27. 90k words mashaAllah Teme may Allah bless you! Terharu sangat sangat Teme share behind the scene STP ni dengan kitorang. Moga Allah ilhamkan idea idea yang baik untuk Teme terus menulis. Tak sabarnya tunggu Selasa ni!��

    BalasPadam
  28. sebak gembira mcm2 perasaan bercampur baur lepas baca...im one of Linkin Park fans too and srsly bila dgr and hayati lagu dia mmg jelas yg there's something hidden there..i think tema Selamat Tinggal Purnama ni and how it was created really suits me coz i've been thinking about this kind of things a lot..thanks sbb sudi share dgn pembaca..stay healthy and safe..

    BalasPadam
  29. Teme Abdullah! Terima kasih untuk semua :D

    -Timah bukan Teme

    BalasPadam
  30. Hi tema!
    I started following you because i love your T planner 2020 and i buy it. Honestly,i never read your book before and idk why i read this till the end but then, i'm anxious of how selamat tinggal purnama would be. I kinda hope this book will inspire to keep me living. Hope everything turns well in your side and will be waiting till 24 March..

    BalasPadam
  31. Hi tema!
    I started following you because i love your T planner 2020 and i buy it. Honestly,i never read your book before and idk why i read this till the end but then, i'm anxious of how selamat tinggal purnama would be. I kinda hope this book will inspire to keep me living. Hope everything turns well in your side and will be waiting till 24 March..

    BalasPadam
  32. it's tomorrow geng ! hee 😁

    BalasPadam
  33. Teme i follow u since sblum u fly belajar luar negara, i always support and always excited what ever u do����stay safe teme

    BalasPadam
  34. Right time. Right place. Hopefully I can get your new book. 😌

    BalasPadam
  35. Done preorder, tak sabar tunggu buku sampai :D

    BalasPadam
  36. Amazing. Maha Hebat Allah beri kelebihan yg bukan semua dapat kepada teme! May Allah shower u with His blessings!

    BalasPadam
  37. Sejujurnya, saya tengah mencari ilham, idea dan semangat untuk habiskan penulisan buku pertama. Tutup jumpa blog Teme. Buku Teme semuanya saya dah baca, tetapi baru baca blog Teme harini. I think i've got so much motivation and inspiration right now. Keep writing Teme and keep inspired us! Thank you !

    BalasPadam

Hai. It's me, Teme. I'm sorry if you have to go through word verification before posting comment(s). I received tonnes of spam comments lately. I had to turn the word verification on 😕. I'm sorry. Jangan jemu untuk komen tau!

HOT POST!!