Teme's GANG

Laman baharu!

Walaupun aku ada tuliskan ‘since 2011’ pada header blog ini, sebenarnya, kegiatan aku sebagai Teme bermula pada tahun 2008 lagi. Masa di bangku sekolah. 2011 itu tahun aku memperbaharui blog aku. Yang blog Temerity ini lah. Dan pada tahun 2020 ni, aku nak tajdid(perbaharui) sekali lagi.

Banyak yang aku nak ubah pada blog ni selari dengan peningkatan umur dan cara aku secara umum. Tetapi, aku sayang nak ubah keseluruhannya. Pada blog ini ada banyak kenangan dengan para followers terawal. Kenangan-kenangan sebelum Teme menjadi Teme Abdullah yang sekarang. Jadi, aku sayang nak lenyapkan semua tu.

Oleh itu, instead of robohkan rumah, aku bina rumah baharu. Meninggalkan rumah lama ini sebagai muzium. Kalau korang nak cari aku, jemputlah ke rumah baru ya? 😁

Bismillah…

Di Sebalik Purnama 2

Haritu, e-book Selamat Tinggal Purnama dah diedarkan secara percuma kepada semua pembeli terawal buku fizikal kerana kilang cetakan tidak boleh beroperasi. Thanks kepada pihak IMAN Publication yang sangat cekap. Diorang yang uruskan semuanya agar buku itu boleh menemani korang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni. Bayangkanlah, menguruskan e-book percuma buat puluhan ribu pembeli dengan keadaan work from home. Bagi pihak Teme Abdullah dan pembaca-pembaca bukunya, aku ingin ucapkan ribuan terima kasih.

👏🏻👏🏻👏🏻

Pembelian e-book pun dah available untuk semua buku. Tapi aku akan ceritakan pasal jualan buku di akhir post. Sekarang aku nak cerita pasal buku itu sendiri dahulu.

Saat ini, I believe, ramai yang dah habiskan kedua-dua Strain Pertama dan Strain Kedua dalam judul Selamat Tinggal Purnama. Malah, selepas beberapa jam e-book itu diedarkan pun, dah ada yang dah tweet review. Impressive. Cuma aku tak like or retweet semua je sebab ada spoiler.

Beberapa hari dah berlalu. Aku terima banyak persoalan dan request untuk ceritakan sedikit hal-hal berkaitan disebalik dunia yang aku cipta dalam buku Selamat Tinggal Purnama. 

Asalnya aku taknak huraikan apa-apa langsung. Aku nak biar kalian yang buat andaian mengikut kemahuan sendiri. Yelah, Selamat Tinggal Purnama itu kan dan jadi buku korang. Jadi, suka hati korang lah nak imagine macam mana kan? Tak seronok lah kalau aku uncover semuanya.

Di Sebalik Purnama 1


Ya. Aku sendiri yang minta pengumuman cover buku aku ditangguhkan dulu sebab aku sendiri yang akan announce kepada supporters aku. Bukanlah sengaja melewatkan untuk buat kalian tertunggu-tunggu. Ada perkara yang aku perlu sediakan dulu. InsyaAllah ia akan direveal pada hari yang sama dengan pre-order.

Bayangkan situasi seorang abang yang baru mendapat berita baik di tempat kerja. Kemudian, kawan si abang datang dan beritahu kepada si adik, “Tahniah, abang kau baru (berita baik) di tempat kerja.” Pastinya seorang adik itu akan gembira mendengar berita baik tentang abangnya. Tetapi, alangkah bagusnya jika si abang yang beritahu perkara itu dari mulutnya sendiri kepada si adik. Kan?

Itulah yang akan aku buat. InsyaAllah aku sendiri yang akan reveal kulit buku tu pada korang, SELASA ni, hari yang sama pre-order dibuka. Harapnya buku ni boleh jadi peneman korang selama perintah berkurung COVID-19 ni.

Dalam posting ni, aku akan ceritakan beberapa behind the scenes yang mendedahkan sedikit perincian & topik buku terbaru aku iaitu Selamat Tinggal Purnama.

HOT POST!!