Teme's GANG

Muslimah dan Wangian

Catatan musafir 2


Musim sejuk, 2015.

Satu-satunya bilik solat di Faculty of Art, Design and Architecture di universiti tempat aku menuntut,
Hanya muat 4 sejadah buat satu-satu masa, kecik, tiada tempat berwuduk, tapi cukuplah untuk universiti yang tak ramai muslim dan di dalam negara non-muslim.

Tempat berwuduk? Takda.. pandai-pandailah berwuduk kat mana-mana yang boleh.
Ada juga perasaan segan kalau terpaksa berwuduk di toilet awam yang ramai orang. Pernah sekali aku berwuduk di sinki sambil diperhatikan oleh seorang rakan British yang non-muslim, dan dia bertanya,

“Tengah water-bending ke?”

Errr..




Habis mukaddimah,
Nak dijadikan cerita, pada suatu hari aku ke bilik solat untuk solat zuhur. Tergesa-gesa ke bilik solat dan terus meluru masuk, mengejar masa.

Sejujurnya, jarang nak terjumpa orang yang solat di fakulti ini,mungkin ramai yang uzur. Tapi hari tersebut lain, ada seorang muslimah sedang solat dalam bilik yang sempit itu. Bagi menghormatinya, dengan pantas aku mengambil keputusan untuk keluar, bersandar pada dinding di luar bilik solat sambil menunggu muslimah tadi selesai solat.

5 minit berlalu,

Muslimah tadi keluar, sambil tersenyum dia memberikan isyarat padaku untuk menggunakan bilik solat tersebut. Aku membalas dengan isyarat menyuruhnya jalan dahulu kerana terdapat satu lorong sempit sahaja dari pintu bilik solat tersebut yang menghubungkannya ke lorong laluan utama di kampus berkenaan. Kami terpaksa berselisih di lorong yang selebar tidak lebih 2 meter.




Bila jarak kami semakin hampir, aku berhenti dan berjalan mengiring, memberi muslimah tersebut lebih ruang untuk berjalan. Melihatkan keadaannya yang bertudung labuh elok dan berbaju longgar menepati syarak, aku bimbang dia kurang selesa jika jarak antara kami terlalu dekat.

Dia melintas di hadapanku.... dan aku terhidu sesuatu...



..........................

Pause cerita sekejap,

Kita cerita pasal muslimah dan wangian dalam islam, secara ringkas..
Mungkin ada yang sudah tahu, mungkin juga ada yang baru tahu.

Secara umumnya, HARUS bagi wanita untuk memakai wangian. Namun begitu, ada juga keadaan yang SUNAT, MAKHRUH, dan juga HARAM. Dalam kategori harus ini, wanita dibenarkan menggunakan wangian untuk menghilangkan bau busuk pada badan. Wangian itu boleh digunakan dengan kadar hanya dihidu oleh dirinya sahaja.


SUNAT bagi wanita memakai wangian di dalam rumahnya, terutama untuk melayan suami. Sunat juga memakai wangian sebelum melakukan ihram.

Aisyah RA berkata, "Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah saw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (maksudnya Rasulullah s.a.w tak larang perbuatan ini)" (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)


Wanita MAKHRUH memakai wangian ketika berpuasa, pendapat ini juga merupakan fatwa Imam As-Syafie.


Kategori yang seterusnya ialah HARAM..
*betulkan kerusi, duduk tegak*

Ramai yang tak ambil cakna bahagian yang ini.
Muslimah, secara totalnya dilarang sama sekali memakai wangian ke masjid. Sunat memakai wangian ke masjid hanyalah bagi musimin sahaja.. now you know kan? Jangan buat dah ye? Please?..

Nabi s.a.w bersabda "Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)


Wanita juga dilarang memakai wangian berlebihan yang akan menyebabkan orang di sekeliling terhidu baunya. Macam yang dikatakan tadi, cukuplah pakai wangian untuk menghilangkan bau badan.

"Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina" (riwayat Abu Daud, Tirmidzi)



Masalahnya bukanlah pada bau tersebut,
Tetapi wangian pada wanita bukan sahaja mewangikan, malah menpengaruhi syahwat lelaki.. serious..

“ini diskriminasi kepada kaum wanita! Lelaki nak bernafsu tu dia punya pasal lah! Kejamnya islam!” kata penjual perfume, random. Risau perfumenya tidak laku selepas ini. Jangan risau, boleh beli perfume, pakai banyak-banyak depan suami, jangan minum sudah.

Agama islam bukan mendiskriminasi kaum wanita, agama islam menjaga kaum wanita.
Bahkan tiada agama lain di dalam dunia yang memuliakan wanita lebih daripada islam.

Ada agama yang mewajibkan wanita membayar dhori ketika berkahwin, atau dengan erti kata lain, wanita yang perlu membayar mas kahwin kepada pihak lelaki (tidak disebut nama agama atas faktor-faktor keselamatan). Oleh kerana inilah sesetengah masyarakat membunuh anak-anak perempuan mereka hingga ke hari ini, kerana mereka rasakan anak perempuan itu suatu pembaziran. Dalam islam tidak, lelaki yang memberi penghormatan dengan membayar mas kahwin kepada pihak wanita.

Ada ajaran yang kita katakan paling hampir dengan ajaran Islam, terdapat juga diskriminasi wanita dalam ajaran tersebut. Mungkin ajaran ini mempunyai nama nabi-nabi dan rasul-rasul yang sama dengan ajaran islam (juga tidak disebut nama agama atas faktor-faktor keselamatan), namun, mereka menganggap wanita ini SYAITAN kerana bagi mereka, disebabkan wanitalah(Hawa) Nabi Adam AS dicampakkan ke dunia.
Hal ini bercanggah dengan ayat Al-Quran yang tidak meletakkan kesalahan itu pada sebelah pihak sahaja.

“Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya ...” -surah Al-Baqarah ayat 36


Inilah islam..
Islam adil pada laki-laki dan wanita,
Kedua-dua belah pihak berhak mendapat rahmat dan ganjaran Allah di syurga.

“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.” -surah An-Nahl ayat 97



.....................
Sambung cerita..

Dia melintas di hadapanku.... dan aku terhidu sesuatu...
Bukan sengaja aku mencari bau, tapi fitrahku sebagai manusia, aku juga bernafas dan masih elok fungsi hidungku..

Aku terbeliak,
Aku menarik satu nafas panjang, dan cuba menahan daripada menghidu buat kali kedua. Aku mempercepatkan langkah ke arah bilik solat.

..

..

Adakah bau itu terlalu wangi dan aku terlalu ‘qawiy’ sampai menahan bau wangi tersebut dari mempengaruhi nafsu?

Tidak.. tidak sama sekali..

Malah bau itu ialah bau ketiak yang sangat..... (tak jumpa perkataan nak describe)
Dan sumber primier bau tersebut ialah makhluk muslimah tadi.

Rasa macam nak menggelupur sambil menghentak-hentak lantai selepas terhidu bau tersebut. Bilik solat yang jaraknya 10 meter terasa seperti 10 kilometer, tak sabar untuk bernafas seperti manusia normal semula bila di dalam bilik solat nanti. Aku berjalan pantas tetapi masih mengawal reaksi diri daripada mengaibkan muslimah tadi.

Sebaik sahaja tiba di hadapan bilik solat, dengan pantas aku pulas tombol pintu, masuk, tutup pintu.... dan menarik nafas lega yang teramat dalam..

...

...

....

TIDAKKKKKKKK!!
Perkataan inilah yang terlintas dalam mindaku apabila menyedari bau dalam bilik solat tersebut telah didominasi oleh bau muslimah tadi, malah lebih busuk.. Aku dah tak boleh tahan, sambil memasukkan kepala dalam baju, aku tertiarap sambil menggumpal-gumpalkan sejadah menutup mukaku..
Bukan over-reacting, tetapi memang dahsyat baunya.. serious bro..

Aku cuba bersangka baik, mungkin ada tikus ninja atau tikus lutsinar yang mengeluarkan bau-bau tersebut. Lalu aku kuatkan semangat untuk menunaikan solat, itulah mujahadah terbesarku pada hari itu.

Sumpah..
Aku menunaikan solat dalam keadaan sangat menyiksakan,
Berlinangan air mata jatuh ke pipi, bukan sebab khusyuk..
Tetapi sebab busyuk..


................
Konklusinya,
Jadilah muslimah solehah yang betul-betul faham apa yang dituntut dalam agama,
Beramal dengan apa yang disuruh, jangan pula menghasilkan sesuatu yang negatif dari pengamalan kita..
Jadilah muslimah yang smart, pentingkan kebersihan dalaman dan luaran.
Jika kelakuan seharian kita sebagai manusia boleh mengundang benci orang bukan islam terhadap agama, walaupun kita berniat kerana Allah, mesti ada yang tak kena dengan diri kita.

Aku kasihan pada muslimah tadi, mungkin dia tak perasan bau yang dikeluarkan olehnya.
Lebih merisaukan lagi, apakah tanggapan orang terhadap islam selepas melihat seorang wanita berhijab di kota London dan bau ketiaknya bertebaran di angkasa? Pastinya akan ada yang beranggapan islam ini tidak mengamalkan kesejahteraan hidup bermasyarakat.. malah menyumbang kepada pencemaran udara..

Muslimah solehah,
Kehadirannya tak menarik perhatian lelaki,
Ketegasannya tak menyakitkan hati,
Kelembutannya tak menggoda,
Bicara tak mengundang kebencian di dada.


Fahami dan amalkan, dan kita akan hidup dengan sejahtera..
#temetemerity


34 comments:

  1. okay ni agak kelakar :D

    ReplyDelete
  2. Entry yg menarik. :)

    ReplyDelete
  3. Hahahhahha. Teme.. Org expect wangian semerbak apa ntah last2 bau ketiak .. Hahhah

    ReplyDelete
  4. I thought its the perfume but then its act the ketiak . 😅😅😅 . i kenott 😂😂

    ReplyDelete
  5. Oh mai kesian muslimah tu. Erk. Read at ur own risk. Haha. Nak tergelak ada jugak. Hikmah wanita memakai tudung labuh melebihi paras bahu, ianya dpt 'menutupi' bau badan wanita tersebut, kata ustazah dulu. Tp mungkin, dia sendiri xsedar bau badan dia, mgkin jugak dia dh pakai pewangi badan, tp still kan bau xhilang..hmm...wallahua'lam

    ReplyDelete
  6. Hahaha XD ... kalau pakai minyak wangi untuk study boleh kan ?? sebab saya lebih focus dan selesa pakai minyak wangi waktu study

    ReplyDelete
  7. Hahahahhhahha ya Allah boleh imagine mcm mna busuk tu, dlu masa diploma ada jgk kawan sekelas bau cenggitu, semput jgk tahan nafas. Dah rmai yg bg hint dkt dia, dan dia mmg pkai deodorant, mgkin masalah bdan sma kot en. Harap2 la kwn2 'muslimah' tu brani nak tegoq dia, kesiannya. 😕

    ReplyDelete
  8. ya Allah malunya . saya takut saya pun macam tu tanpa saya sedar . haihhh
    and yaa kesian muslimah tu . mungkin dia pun x sedar .
    good entry teme . keep it up .

    ReplyDelete
  9. pernah lalui jugak pengalaman ni. tak payah sampai ke Kota London. kat Uni saya dulu ada sekumpulan gadis bertudung labuh. Manis2 semuanya. Tapi bila saya lalu kat sebelah, saya menangis. masyallah tuhan nak duga. saya baru tengah muhasabah diri," Bila la saya nak mula pakai begini.." tup tup bila lalu sebelah (lalu je, syukur) masyallah masyallah masyallah. barulah saya tahu kenapa golongan ni tak disenangi bila saya risik risik..... siap dah kena chop lagi. selama ini saya ingat sebab pakaiannya, sebaliknya kerana aromanya.. aduh

    ReplyDelete
  10. Teme..awk cakap "Muslimah solehah,
    Kehadirannya tak menarik perhatian lelaki".. saya ada satu soalan, kalau kita pergi mana2 program, walaupun kita x buat sesuatu utk tarik perhatian llaki, kita cuma ikuti program tu shj tp masih ada llaki yg tertarik/menyedari kewujudan kita sbb kita ada rupa sikit..llaki2 ni akan pandang2 dan cuba nk brcakap dgn kita..dlm situasi ni, apa nak buat dan perempuan tu bersalah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tak sewajarnya meletakkan kesalahan dekat satu-satu pihak saja. Kalau perempuan dah buat apa yang sepatutnya dia kena buat, tugas lelaki la pulak kena jaga apa yang dia kena jaga. Tak adil kalau kita tuding ajri dekat satu pihak dan tak carik jalan penyelesaian dia. wallahua'lam.

      Delete
  11. Ramai je jumpa yg mcm tu kt uia ni. Belum lg selisih dengan certain foreigners from certain country.
    Well, bukan nak kata. Tapi have some senses la kan. Tak kan tak leh nak hidu bau badan sendiri. *sigh*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmmmmmmmm :( kalau tak sedar yang diri kita busuk camne :(

      Delete
    2. lecturer sy dlm subject interpersonal comm pernah bgtau yg semua org ada blind self yg tersendiri(rujuk johari window).. antaranya bau badan.. kadang tu disebabkan kita dh terbiasa dgn bau tu, kita x sedar yg kita ada mslh tu..

      jadi, kita sbg org luar xleh nk salahkan mereka, mungkin mereka juga x sedar..tanggungjawab kita lah kot nak beritahu, walaupun mereka mungkin terasa hati..(at the end of the day, mereka akan berterima kasih kt kita..XD)

      Delete
  12. Saya nak tanya, bukankah hukumnya HARAM wanita memakai wangian pada bila pergi ke masjid? Adakah ini bermaksud HARAM utk wanita memakai wangian bila pergi ke masjid rumah ibadat sahaja, atau dalam konteks menunaikan solat? Apakah sebab jatuhnya hukum HARAM memakai wangian pada keadaan tersebut (pergi ke masjid)? Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  13. kesian...mungkin itu ujian utk muslimah tu...mungkin dy da cube sume cara tp xberkesan...sume org xnk pun bende ni tp ni ujian utk dy..apatah lg,,,kaum hawa...sgt memalukan...kesian...

    ReplyDelete
  14. Isunya bau badan. Tetapi fokus komen diatas, muslimah bertudung labuh. Hmm..

    ReplyDelete
  15. Very good post. Gelak saya membacanya, dan kelakar juga. hahaha:D Kepada kaum muslimah, jagalah diri anda...:)

    ReplyDelete
  16. Sebenarnya, bau badan ni disebabkan oleh bakteria, pemakanan, hormon dan juga lepas bersenam.

    Digalakkan memakai deodrant, sabun antibakteria spt lifebouy, bukan sabun wangian ye dan mandi menggunakan daun sireh atau limau nipis.

    Banyakkan minum air mineral dan bersenam diwaktu lapang utk hormon yg stabil.

    Btw teme, mana tau muslimah tu baru lepas lari turun naik tangga sebab terlupa nak solat sebelum kelas? mana tak berpeluh beliau.

    - muslimah senasib.

    ReplyDelete
  17. Untuk pompuan . Bring along wet tissue .. biler dh tak tahan bau badan sendiri n takleh nk balik hostel lagi sbb kelas .please use wet tissue yer ,seeloknya wet tissue yg ada pH n wangi .. 😁 sekian~

    ReplyDelete
  18. errr...kejap.

    confuse.

    tak boleh pakai minyak wangi pergi masjid tapi tak boleh jugak kalau berbusuk-busuk.

    jadi macam mana tu?

    ReplyDelete
  19. Serius aku tergolek-golek! XD

    ReplyDelete
  20. Bila baca tadi siyes ingat bau dia wangi. Rupanya.... 'wangi melampau'.

    ReplyDelete
  21. Paham tu. Syukur aku takde bau badan tapi ada bau mulut. Bila beli barang kat member dia buat2 belanja berus gigi. Panas je... ada lagi ke manusia zaman moden ni yang bangun pagi tak gosok gigi?

    Aku punya mouth hygiene dah sampai tahap nak minum clorox. Tapi xtau camne nak cure tonsil stone ni. Allah je yang tau cemana problem ni buat aku rasa malas nak bersosial sebab xmo buat orang pengsan.

    Sebab aku banyak dosa agaknya, Allah nak cuci aku camni.

    Kalau korang ada member yang bermasalah gini, tolong la dia dan jangan buat dia bunuh diri. Okeh...

    ReplyDelete
  22. Pernah kawan bgtau yg adik dia tak suka muslimah bertudung labuh. Sbb apa? Sbbnya mereka berbau busuk. Erghh tak terasa, cuma malu

    ReplyDelete
  23. Rasa berdosa pulak kalau gelakk (≧▽≦)/~┴┴

    ReplyDelete
  24. Teme punya deria bau mmg sensitif teruk kah hahaha

    ReplyDelete
  25. pernah alami and kawan sendiri sekelas 😂

    ReplyDelete
  26. Better kalau ada masalah badan jumpa dgn pakar or berbincang dengan org yg boleh dipercayai utk share kan masalah. Jangan pendam-pendam. Maybe puncanya bergantung pada apa yg kita makan or peluh yg berlebihan. Cari solusi utk masalah tu lebih baik. Pakai deoderon pun okay jugak tapi takkan setiap masa nak pakai kan?. Apapun if kawan or member kita ada masalah mcm ni, tolong diorang dan jangan sesuka hati nak hina diorang. Help them.

    ReplyDelete
  27. Better kalau ada masalah badan jumpa dgn pakar or berbincang dengan org yg boleh dipercayai utk share kan masalah. Jangan pendam-pendam. Maybe puncanya bergantung pada apa yg kita makan or peluh yg berlebihan. Cari solusi utk masalah tu lebih baik. Pakai deoderon pun okay jugak tapi takkan setiap masa nak pakai kan?. Apapun if kawan or member kita ada masalah mcm ni, tolong diorang dan jangan sesuka hati nak hina diorang. Help them.

    ReplyDelete

Hai. It's me, Teme. I'm sorry if you have to go through word verification before posting comment(s). I received tonnes of spam comments lately. I had to turn the word verification on 😕. I'm sorry. Jangan jemu untuk komen tau!

HOT POST!!