Catatan Musafir 3
Musim sejuk, November 2013.
Allah sahaja tahu betapa
gembiranya aku ketika itu, keluar dari restoran fast food, dengan satu bungkus
makanan dalam beg plastik di tanganku. Menahan teruja, hati berbunga-bunga.
Dah sebulan aku makan nasi
berlaukkan telur dadar bersama renjisan garam penyedap rasa. Beras pula tidak
boleh digunakan lebih daripada setengah pot kecil sehari, syarat yang ditetapkan
olehku sendiri untuk memastikan bekalan lebih lama lagi. Sedap, terutama bila seharian
tak menjamah makanan, suapan nasi kosong panas bersama telur mampu memujuk
halus air mata.
Tikala duit memang kosong
lansung, air gula suam menjadi pembekal tenaga, kalau masih lapar, aku tidur.
Kini baru aku serba sedikit mengerti apa yang dimaksudkan dengan ‘ikat perut’
bila aku sendiri menekan bantal di perut ketika menyiapkan assignment untuk
mengelakkan terasa lapar yang menganggu konsenterasi. Bersyukur kerana aku
masih punyai ikhtiar.
Betul,
ramai lagi orang yang jauh lebih
susah, yang terpaksa mengunyah daun dan dedahan untuk alas perut, tapi aku
ceritakan kisah yang konteksnya diri aku. Dibesarkan dalam keadaan yang boleh
dikatakan tidak pernah merasa kesusahan yang sebetul-betul kepayahan,
sehinggalah aku mengambil keputusan untuk ke sini menyambung pelajaran. Aku
tidak ceritakan pada ibubapaku, mereka dah berhempas pulas membantu. Aku tak
mahu kerana aku nak mendapat segulung ijazah, habis harta untuk adik-adik aku
tarah.
Bau ayam goreng dari restoran
makanan segera yang aku beli tadi membuatkan aku telan air liur sendiri.
Tak
sabar untuk balik ke rumah,
Hidangkan dengan nasi,
Makan perlahan-lahan sambil
menikmati.
Bukan selalu aku ada peruntukan lebih untuk makanan, tak sangka
dengan sebungkus hidangan pun Allah mampu selitkan setinggi-tinggi kegembiraan.
Sungguh, bahagia itu bukanlah terbit dari harta berjuta, tapi dari penghargaan
kepada sekecil-kecil kurniaan yang Allah beri pada kita.
..
..
Hujan mulai turun renyai-renyai,
tidak selebat hujan di Malaysia,
Tapi hujan yang ringan di kota ini
boleh menyeksakan kerana suhu yang rendah di kala musim sejuk.
Aku berlari-lari anak ke tempat
hentian bas yang berdekatan untuk mencari teduhan.
Duduk sambil mendakap badan
sendiri yang kesejukan. Mujurlah ada baju sejuk yang dihadiahkan oleh seorang senior, moga dia peroleh pahala setiap kali baju ini menyuamkan aku. Bungkusan makanan tadi aku peluk di dada, disamping
dapat merasai haba dari ayam goreng yang baru dimasak segar, aku dapat elakkan
ia dari terjatuh ke lantai. Terlalu risau.
Mataku teralih kepada satu sosok
tubuh yang terbingkas bangun dari terbaring di lantai. Beberapa helai pakaian
lusuh yang dijadikan selimut olehnya tadi bertaburan di lantai hentian bas.
Jejaka itu berpaling dan mencapai-capai beberapa beg dan bungkusan di
sekelilingnya lalu menarik barang-barang tersebut ke tempat teduhan, mukanya
kerisauan, kelam kabut.
Aku perhatikan..
Beliau duduk semula di tempat
tadi dan membalut badannya dengan beberapa pakaian lusuh miliknya yang
terhampar di lantai.
Sambil berlunjur, dia mengambil
satu bungkusan yang agak kuyup kebasahan. Tangannya mengigil kesejukan,
perlahan-lahan membuka penutup bungkusan,
Aku cuba panjangkan leher,
tertanya-tanya apakah yang ada di dalam bungkusan yang terbuka itu.
Dia melihat kaku ke dalam
bungkusan selama lebih kurang 5 saat, lalu menghempaskan bungkusan itu ke tepi.
Dia kelihatan hiba.
Kini bungkusan itu terbuka
betul-betul dihadapanku,
Di dalamnya ada nasi kosong dan
telur goreng yang sudah separuh dijamah. Terdapat air bertakung dalam hidangan
itu. Barangkali air hujan telah bercampur dengan makanannya ketika dia
terbaring sebentar tadi.
Aku tak sedar mataku mula
berkaca-kaca, lembutnya teguran Allah pada hambanya. Sekurang-kurangnya aku ada
tempat tinggal, tak seperti jejaka homeless ini.
Aku berpaling semula kepada
jejaka tadi.
Mulutnya mencebik, bibirnya bergetar-getar.
Barangkali menahan tangisan.
Dia terlihat aku yang sedang memandang
tepat ke arahnya.
Perlahan-lahan dia menarik snow
cap yang dipakainya ke bawah untuk menutup matanya. Mungkin dia segan. Namun aku sempat perasan
tangisan di matanya.
Teringat akan satu kalam Pencipta,
“Kamu tidak akan sekali-kali dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”
–Surah Ali Imran ayat 92
Aku menarik nafas panjang,
Bangun dari tempat duduk dan
menghampiri jejaka tadi,
Aku usik bahunya tanpa
berkata-kata, cuba untuk mengawal emosi,
Dia mendongak,
Aku menghulurkan bungkusan ayam
goreng di tanganku,
Bau ayam itu kuat, dia tahu yang aku
sedang menghulurkan makanan padanya,
Dia menerima sambil teresak-esak,
“God bless you mate.. God bless you..”
Itu yang dia katakan padaku
sambil mengawal tangisan,
Aku mengangguk-angguk sambil
tersenyum padanya,
Tak mampu untuk mengeluarkan kata
balas, aku berpaling dan teruskan perjalanan pulang ke rumah.
Mataku berair, mungkin kerana
tempias hujan.. lelaki mana boleh menangis,
Tapi satu yang aku rasakan,
Ketenangan yang teramat, rasa
puas..
Percayalah,
Kebahagiaan tidak semestinya datang
dengan memiliki... (sambung sendiri)
#temetemerity
Sedihnya teme. ðŸ˜
BalasPadamSerious talk. I hope i can be like you. May Allah granted you with His heaven. Hallelujah.
BalasPadamsubhanallah. Moga Allah murahkan rezeki.
BalasPadamTakpelah Teme, rezeki Allah itu luas. Tak salah berkongsi. Makin banyak kita beri, makin banyak Allah kasi. Yang penting ikhlas. :)
BalasPadamigt org lain masa kau senang ko ingat senang? yang paling ramai igt org lain masa susah lagi senang..
BalasPadammoga Dia balas dgn kesenangan dlm menuntut ilmu :)
BalasPadamA simple story with a deep meaning. May Allah always bless you.
BalasPadamSedihnyaa. Semoga Allah murahkan rezeki teme.
BalasPadamSedihnyaa. Semoga Allah murahkan rezeki teme.
BalasPadamAllahuakbar . Subhanallah .
BalasPadamIm new here. I just discover your ig ,your blog, and your twitter. You're so inspiring. Hope to see more from you . #kipidap
BalasPadamThanks for inspiring me to be a better muslim
BalasPadammay god bless you always teme.
BalasPadam:')
BalasPadamSedih
BalasPadam:')
BalasPadamDapat membahagiakan org lain juga rezeki..=)
BalasPadamBila nampak first line tu terus teringat dekat pelukis jalanan. Eh scene ni aku nangis eh! Sebab first, aku kesian dekat homeless tu, and then rasa kita ni lebih beruntung dari dia. 2nd, aku kesian dekat kau mey. Sebab kau pon lapar jugakã… ã… aku just harap masa tu ada jiran ke.. ahmad ke pelawa makan. Hopefully masa tu dia baru dapat duit elaun jpa ke (hah nak buat lawak tapi serba salah kbye)
BalasPadamTapi setiap student mesti akan rasa momen2 yang kene ikat perut ni. Nak minta duit kat parents serba salah, memang ikhtiar student nak save duit is puasa sunat. And kawan2 aku semua dah tahu, kalau jenis puasa sunat berjemaah ni konfem masa tu hujung bulan, duit elaun tak masuk lagi. But benda tu yang mengajar kita dont take it for granted, ye dok?
Wey serius aku tengah tunggu nasi masak sekarang ni, lepas tu nampak kau cerita ayam goreng. Makin berbunyi pulak perut🤣 tu aku tengah sibuk baca blog kau dari tadi. Sebab tunggu nasi masak😅