Teme's GANG

mamat-mamat yang mukanya licin menawan

assalamualaikum :)

post ini bertujuan untuk peringatan diri sendiri...
diri ini kadang kala lupa bahawa hidup ini untuk Allah...
so kadang-kadang kita perlukan tamparan... 
mungkin sepakan untuk diri ini sedar...
diri ini.. 
bukan korang..

sesiapa yang nak berkongsi peringatan ini, baca dengan lapang dada...
baca sampai habis untuk mengelakkan salah faham ya?
tiada gunanya saya menulis jika bukan kerana risau pada DIRI SENDIRI dan saudara seislam yang semakin hanyut seperti buih di lautan..

macam seram sangat pulak...
relaks, tarik nafas..
santai..
makan biskut..

firman Allah
“Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia itu kecuali untuk beribadah kepada-Ku
-Surah az-Zariyyat : 56

Imam Muda Fakhrul telah menjelaskan maksud ayat ini ketika satu talk yang saya hadiri..
yang mana penggunaan perkataan dalam ayat tersebut membawa maksud TUJUAN HIDUP MANUSIA DAN JIN tidak lain dan tidak bukan..
untuk 100% beribadat kerana Allah..





 pandai-pandai translate sendiri.. satu arah = ?????






(nama band tadi hanyalah contoh tau!.. please jgn emo... hehehe)

ok sambung balik....
saya yakin pembaca-pembaca dah mumaiyiz semuanya..
pandai beza yang mana baik dan yang mana buruk...
jauh di sudut hati kalian ada perasaan yang yang tak kena dengan situasi ini.. 
admit it.. 
sebab di hati kita masih ada cinta pada Allah dan Rasulullah..

tetapi, syaitan telah bersumpah untuk menyesatkan manusia, menarik kita ke neraka,
maka mulalah syaitan berbisik..

  • "ini waktu youth kau! kau kene enjoy! sape mamat teme ni nak tegur kau??! dia bukan sempurna pun!"
  • "die ingat senang ke kau nak lupekan perkara yg kau minat??" 
  • "kau tak tinggal solat pun! minat-minat camni bukan dosa pun! aku syaitan! aku pakar bab-bab dosa!"
  • "kau tak perlukan teguran sesiapa! budak teme ni sebenarnya lagi teruk dari kau masa muda2 dulu!"
  • "kau perlu bebas!! kau perlu bebas!! temani aku ke neraka!"

atau mungkin syaitan gunakan cara yang lebih licik untuk tembusi hati kita..
but wait..
what if syaitan betul-betul cakap macam tu?
kita nak ikut kata syaitan kah?

GHAZWUL FIKR.. (serangan saraf)
penyakit yang merbahaya.. tapi tak menyakitkan..
menyerang kita dalam senyap..
seperti maggie al-boikotty, sedap, tapi memudaratkan..

gunakan pemikiran islam anda..
jangan gunakan nafsu remaja yang banyak silap...

mungkin ada yang cuba keluar dari rasa serba-salah....
dengan bantuan syaitan, hati pun berbisik
"mereka bukan obsession kau pun.. kau cuma suka tengok muka mereka yang cute-cute tu je, theres nothing wrong with that"
jawablah keraguan hati anda dengan firman Allah..
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Surah An-Nur: 31



Media barat telah berjaya pesongkan kita hinggakan kita kuncikan dalam minda yang
"YOUTH/TEENAGE TIME IS FUN TIME"
maka kita bazirkan tenaga dan semangat remaja kita untuk perkara sia-sia...

sedangkan remaja ialah pemegang panji kemenangan islam di sesuatu zaman...
nak cerita sikit (padahal dari tadi duk cerita je)....

Pernah dulu, seorang pemuda bertanya Saidina Ali. Ketika itu Saidina Ali ialah khalifah. Pemuda itu bertanya,
“Ya Amirul Mukminin, mengapa di zaman khalifah sebelum kamu, keadaan tidak runcing, kacau, dan gawat seperti zaman pemerintahanmu?” 
Lalu jawab Saidina Ali,
“Kerana pada zaman mereka menjadi khalifah, pemuda-pemuda di zaman itu ialah pemuda seperti aku, sedangkan di zaman aku menjadi khalifah, pemudanya seperti kalian!”.

jadi persoalan sama teme utarakan,

  • mengapa pada zaman kita, umat islam bergaduh sesama sendiri?
  • mengapa pada zaman kita, umat islam menzalimi diri sendiri dan orang lain?
  • mengapa pada zaman kita, umat islam tidak endah akan kesengsaraan saudara islam mereka?
  • mengapa pada zaman kita, kita tidak dapat kongsikan keamanan kita dengan saudara-saudara islam seluruh dunia?

jawapannya ada pada petikan perbualan Saidina Ali tadi..

Imam as-Syahid Hasan al-Banna ada berpesan:
"Ketika ada setiap kebangkitan ummat, pastilah pemuda menjadi tiangnya, di setiap sebalik pemikiran manusia, pastilah pemuda menjadi pengibarnya."

wahai pemuda.. sedarkah perananmu kepada dunia?
sedarkah kepentinganmu dalam islam?
sedarkah tenagamu mampu menggoncang dunia?

***tiba2 kumpulan nasyid Raihan datang
"berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah.."
-petikan lagu Raihan
tetapi haruslah kita ingat
setiap makhluk akan merasai kematian... kematian tak kenal usia...
saya akhiri dengan peringatan bersama..

sediakan hujah yang mantap untuk bertemu Allah dan bercerita tentang perjuangan kita ketika remaja..
selamat bermujahadah..

assalamualaikum bakal-bakal jenazah sekalian..
YOLO!

12 comments:

  1. nice post abg teme :) YOLO ape tuu? nak tnye dlu abg teme tkut salah tafsir

    ReplyDelete
  2. Perkara utama lps post ni untuk tahu dan faham tujuan hidup and work for it. Yup, you only live once. Usia remaja adalah sgt priceless. so, jom sama2 hargainya.

    p/s: wow. ok. baru tau pasal kumpulan 'satu arah' and ada nama muslim kat dalam kumpulan tu. Harap Allah beri hidayah pada dia dan pada kita semua.

    ReplyDelete
  3. You Only Die Once, we live twice dunia & akhirah :O YODO !

    ReplyDelete
  4. we die twice as well if I'm not mistaken

    ReplyDelete
  5. We die twice as well if Im not mistaken

    ReplyDelete
  6. "Imam as-Syahid Hasan al-Banna ada berpesan:
    "Ketika ada setiap kebangkitan ummat, pastilah pemuda menjadi tiangnya, di setiap sebalik pemikiran manusia, pastilah pemuda menjadi pengibarnya.""


    Okay. Remaja.

    Sangat penting.
    Ibarat tiang kepada ummah.
    Maka, jadilah pemuda yang prihatin. Kerana pemuda islam yang tak prihatin terlalu mainstream.

    ReplyDelete
  7. Teme , terima kasih. Ayat anda selalu berusaha menjaga hati smeua orang. Sentpa memang sentap tapi sentap yang lembut. Sesetengah blog dakwah begitu kasar dan membuatkan kita rasa takut hendak share kepada kawan2 kita yang bukan dr golongan yang alim. Tapi blog teme ni bagi kat orang masuk kelab malam pun tak takut. Itu contoh sahaja. Keep it up!
    Dakwah tanpa mengutuk pihak lain itulah yang terbaik!
    Contoh; saya terbaca. Page dakwah ni mengutuk keras kpop smpai mgutuk siara mereka. Mengutuk muka tidak mengapa sbb mmg plastik pun. Kutuk suara. Suara masih ciptaan Allah. Suara tidak plastik.

    ReplyDelete

Hai. It's me, Teme. I'm sorry if you have to go through word verification before posting comment(s). I received tonnes of spam comments lately. I had to turn the word verification on 😕. I'm sorry. Jangan jemu untuk komen tau!

HOT POST!!