Teme's GANG

ikhwah?? macam cool je?

aku bercakap mengenai istilah....
bukan bahasa..




islam,
islam itu sempurna,

tapi kesempurnaan itu tidak teserlah jika ianya dipecah-pecahkan mengikut nafsu,
hanya mengambil sebahagian, sebahagian lagi seakan-akan tidak perlu,
atau kau memang betul-betul tak tahu?
mungkin juga pemahaman itu, kau tidak mahu?

kita lah abid (hamba) kita jugalah khalifah..




melihat ke luar tingkap..

hampir tidak mampu untuk keluar, 
terlampau sejuk bagi seorang yang jakun di negara orang..
dedaunan mula berguguran, bertebaran di halaman, 
menandakan musim sedang melakukan peralihan..

suasana masih kemas... 
kemas, teratur, bersih..
tiada seputung rokok yang dapat aku temui di jalanan..

walaupun anjing dibawa bersama hingga ke dalam tube (tube: underground train di London), 
bukanlah nak kata aku mencari, tapi hampir mustahil untuk ku temukan sisa dari binatang peliharaan..
sangat mencerminkan nilai 'islam' di sebuah kota yang belum disinari cahaya..

"tapi kenapa aku dilahirkan islam?... kenapa tidak mereka?..."

otakku mula liar mempersoalkan..
kerana aku kira, budaya mereka lebih 'islam' dari sebahagian yang islam..





dilahirkan islam,
dibesarkan dalam persekitaran islam,
mempunyai kefahaman sedikit tentang islam.. 
at least aku tahu sikit-sikit walaupun tak dalam...

ini semua rahmat,

tapi kenapa tak semua orang dapat?
kenapa ada yang dilahirkan islam, tapi masih tidak tergerak hati kepada pengamalan?
adakah dengan main game tiap-tiap hari, tengok runningman tak henti, makan tidur dan menunggu mati.. aku akan masuk syurga dengan senang hati?

atau datang bersamaku tanggungjawab untuk menyampaikan,
bukan menyembunyikan kebenaran, menunggu suapan,
kerana ertinya hidupku pada sebuah kesaksian.

kerana mereka juga mempunyai hak untuk disampaikan,
mereka juga berhak untuk diberi ruang untuk berubah ke arah kebaikan,
mereka juga berhak menikmati kemanisan iman...




mana mungkin aku ada masa,
mana mungkin kapasiti otakku mampu untuk memikirkan perkara selain daripada runningman,
mana mungkin aku mampu merancang sesuatu selain daripada style tudung yang baru,
aku manusia kaku?

tak..
itu semua muslihat syaitan,
dilengahkan kita, dialasankan untuk ditarik menjadi peneman,

cukuplah dunia ini ku letakkan di tangan,

sudah tiba masa aku bermujahadah,
tinggalkan segala yang jahiliyyah,
yang sudah itu sudah..
memang ianya tidaklah seindah,
tapi ingatlah, nak ke syurga bukannya mudah..




bak kata orang dulu-dulu,
jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..

diriku perlu dikerah dahulu,
sebelum aku giat dalam menyeru,

hafalan perlu ditambahkan, 
ilmu perlu dipelbagaikan,
ibadah perlu dikemaskan,
akhlak perlu dicantikkan, 
tenaga dan masa perlukan pengorbanan,
kesihatan perlu diutamakan,
masa mesti dengan kemas diuruskan..




ya....
aku hamba Allah,
aku ummat Muhammad saw,
aku muslim,
aku anak,
aku pendakwah,
aku saksi, 
aku pekerja, 
aku khalifah,
aku sahabat,
aku serba boleh,
aku ikhwah........





kerana kita tak boleh lari..
selain berlari ke syurga..

5 comments:

  1. "kerana kita tak boleh lari..
    selain berlari ke syurga.."

    Sebelum berlari, make sure kita buat 'senaman ringan' agar ketika kita berlari nanti tidak akan mengalami 'kecederaan' yang menyebabkan kita tidak boleh untuk 'berlari' atau sampai ke 'destinasi'.

    Well done teme. Nice entry :D

    ReplyDelete
  2. diriku masih perlu kan 'batery tarbiyyah'

    syukran ukht :)

    ReplyDelete

Hai. It's me, Teme. I'm sorry if you have to go through word verification before posting comment(s). I received tonnes of spam comments lately. I had to turn the word verification on 😕. I'm sorry. Jangan jemu untuk komen tau!

HOT POST!!