Teme's GANG

Di Sebalik Purnama 1


Ya. Aku sendiri yang minta pengumuman cover buku aku ditangguhkan dulu sebab aku sendiri yang akan announce kepada supporters aku. Bukanlah sengaja melewatkan untuk buat kalian tertunggu-tunggu. Ada perkara yang aku perlu sediakan dulu. InsyaAllah ia akan direveal pada hari yang sama dengan pre-order.

Bayangkan situasi seorang abang yang baru mendapat berita baik di tempat kerja. Kemudian, kawan si abang datang dan beritahu kepada si adik, “Tahniah, abang kau baru (berita baik) di tempat kerja.” Pastinya seorang adik itu akan gembira mendengar berita baik tentang abangnya. Tetapi, alangkah bagusnya jika si abang yang beritahu perkara itu dari mulutnya sendiri kepada si adik. Kan?

Itulah yang akan aku buat. InsyaAllah aku sendiri yang akan reveal kulit buku tu pada korang, SELASA ni, hari yang sama pre-order dibuka. Harapnya buku ni boleh jadi peneman korang selama perintah berkurung COVID-19 ni.

Dalam posting ni, aku akan ceritakan beberapa behind the scenes yang mendedahkan sedikit perincian & topik buku terbaru aku iaitu Selamat Tinggal Purnama.

Royalti buku Teme Abdullah

Disclaimer: Post ini bukan clickbait. Sejujurnya, awal-awal aku cakap, kalau kalian mencari jawapan berkaitan angka dalam artikel ni, aku tak sentuh pun pasal tu 😅. Aku hanya ceritakan secara umum berkaitan royalti buku yang aku terima.



Aku mula menulis masa tahun akhir pengajian di universiti.

“Bukan ke architecture course yang busy? macam mana Teme boleh siapkan buku masa final year?”

Macam jurusan-jurusan lain jugak, architecture pun sebuah course yang tidaklah senang. Busy. Lebih-lebih lagi di tahun akhir. Cuma apa yang aku lalui berbeza sikit. Situasi yang aku alami telah membuatkan aku rasa paling free masa final year.

The story behind The Portrait.



“macam magic… Lukis-lukis triangle, sekali keluar muka orang,”
lebih kurang begitulah kata one of twitter friends.


Sejujurnya, itulah salah satu inspirasi aku. 'Magic'. Aku suka tengok orang yang terlalu hebat buat silap mata sehingga penonton terpaksa mengaitkan ‘kuasa asing’ dengan kemahiran tersebut. “Pakai jin ni,” “Ni setan tolong ni,” kata masyarakat bila tengok satu silap mata yang susah untuk dilogikkan dengan akal. Aku tidak menolak kemungkinan ada campur tangan kuasa ghaib. Tetapi aku percaya, kehebatan seseorang ahli silap mata itu datang daripada usahanya. Dan adalah satu kejayaan bila orang terpaksa mengaitkan usahanya dengan ‘magic’.

Siri Jalanan Terakhir.


It's about time... 

I’ve been hiding this one medical condition for a few years. Selalunya, aku akan ceritakan apa yang aku lalui kepada public untuk sama-sama berkongsi ibrah dan pengajaran. Buat apa nak kedekut simpan sorang-sorang kan? Hahaha. Tapi ada satu masalah kesihatan ni aku tak boleh nak cerita lagi.

Aku sejenis orang yang takkan berkongsi nasihat akan sesuatu perkara yang aku sendiri tak mampu nak buat. Dalam kes ni, aku tak mampu lagi nak bercerita & being positive about my illness sebab sejujurnya….. aku sendiri tak boleh move on daripada kesakitan & keadaan tu…. Ya, sampai sekarang aku tak boleh move on. Setiap kali aku terfikir, setiap kali itulah aku rasa ‘menyengat’ di hati. Dan setiap kali aku rasa sakit, keperitan itu akan datang bersama kesedihan meratap nasib sendiri.

Free Time


Aku letakkan berus lukisan ke tepi. Hair blower yang sedang menunggu kat sebelah meja aku capai. Alat tu lebih banyak digunakan untuk keringkan watercolour daripada kegunaan asalnya untuk mengeringkan rambut. Dengan hati-hati aku semburkan udara panas daripada hair blower tu ke atas permukaan kertas yang masih basah; takut warna bercampur & comot.

Aku susunkan helaian-helaian kertas lukisan yang sudah kering, menghentak-hentak lembut susunan tu ke atas meja. Terasa puas. Alhamdulillah, akhirnya siap jugak. The back pain, the sleepless nights, the self-quarantine, the busy weekends….. Semuanya berbaloi. Setelah sekian lama, aku boleh baring dengan tanpa perlu memikirkan lukisan yang masih belum siap. This is my first try untuk buat planner sendiri, T Planner 2019.

Tapi aku tak boleh rest lama-lama. Tahun depan aku mungkin perlu release buku baru sedikit awal daripada tahun-tahun sebelumnya yang selalunya pada akhir April. Untuk tahun 2019, kemungkinan besar aku akan release my new book(s) in March or earlier. Walaupun aku dah lama mula menulis buku untuk tahun depan di celahan masa lapang, ia belum lagi disiapkan. Cuma hari itu, aku nak rest…

Aku bukak twitter, and I came across these tweets…

Link tweet asal


May I share something?
You may stop reading here if you want to, sebab ia akan menjadi semakin personal lepasni.

HOT POST!!