Teme's GANG

Bekasnya Sekeping Hati

Seperti bekas kosong,
Hati itu terdedah untuk diisi,

Ia bosan,
Ia meronta untuk dipengaruhi,
Bergantung kepada sang pemilik hati,
Bahan apa yang ingin dipenuhi.

Terutama hati pemuda,
Kerana ia terdedah untuk digoda,
Kalbu yang belum mature,
Akan terpengaruh dengan apa yang ada,

Jika ianya tidak dijaga,
Kelak ia binasa..
penyakit wahan akan mula berkuasa..





kerana sifat manusia yang ingin memuja,
maka diwujudkan icon-icon dunia,
yang digambarkan seakan-akan sempurna,


Carilah Allah,
Carilah Rasulullah,
letak di hati.
Sebelum anasir luar cuba mengisi,
kalau tak, cari je bini

Macam mana?
  • Cari sahabat yang bertakwa, baik.. Moga keharumannya tercalit pada kita.
  • Kurangkan perkara sia-sia dari masa ke masa. mungkin dengan mengurangkan movie marathon & runningman marathon?
  • Berjinak-jinak dengan majlis ilmu, moga Allah beri kefahaman akan apa yg hak & batil, keluar dari kejahilan. Because being an ignorant muslim is too mainstream.
  • Sibukkan diri dengan perkara bermanfaat.

MaafGurauJanganMarah
hati itu asalnya bersih.. anugerah dari Allah..
tapi kita yang mengubahnya..
...................................
akhir-akhir ni.. aku suka buat post ringkas..
memberi lebih banyak ruang berfikir daripada menyampaikan pemikiran..
less is more..
assalamualaikum...

ya Akhi.. ya Ukhti..











2014 semakin menghampiri..
apakah sumbangan kita sehingga kini?
layakkah diri kita ke syurga yang abadi?
hidup kita untuk Ilahi..
bersediakah kita untuk mati?

Allahualam...
assalamualaikum...

Symptoms...

"Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat dan lain-lainnya)"
At-Taariq : 9 
"Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada."
Al-Hudd : 5 
"Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati"
Al-Insyiqaq : 23

Aku tidak mengata 'berhenti'..
Aku galakkan menambah lagi..
Apa yang aku maksudkan ialah 'mencari'..
Mencari ikhlas di hati..
Tertanam jauh dalam diri..
Agar amalan tidak menjadi sia-sia di akhirat nanti..

tajdid... ikhlas... ihsan
assalamualaikum..

kenapa ARCHITECTURE??








tidak semestinya pelajar seni bina (architecture) sahaja,
pelajar engineering, accounting etc juga mungkin ada masalah yang sama,
mulut senang mengucapkan 
'aku study ni kerana Allah'
tapi susah untuk betul-betul faham & amal frasa itu..
atau sengaja sebut untuk sedapkan hati? konon-kononnya belajar untuk Ilahi?
walhal segalanya demi kepentingan duniawi..
aku hanya mampu menjelaskan serba sedikit berkenaan bidang aku, architecture... 

KENAPA ARCHITECTURE?

setiap manusia dikurniakan oleh Allah dengan kebolehan yang berbeza.
Allah nak tengok kelebihan itu disalurkan ke mana.. 
in my case, arts is my passion.  senang cerita.. aku suka lah melukis-melukis nih..
So akan aku cuba mengasahnya dan menyumbang ke jalan Allah.

"melukis??? melukis ni lagha je! tak bawak kau ke mana-mana pun! takda kepentingan untuk islam lansung!"

"sebab orang yang berfikiran macam kau inilah zaman kanak-kanak kita dipenuhi komik lagha. Kita hafal watak kartun, kronologi cerita DragonBall sampai sekarang kita ingat, walhal semuanya sia-sia. Sebab apa? Sebab takda pelukis islam nak sediakan alternatif komik dakwah yang bermanfaat untuk lawan balik serangan tu. Sebab apa takda pelukis islam? Sebab orang yang berpendangan macam kau ni lah.."  





pernah dengar kisah Ratu kerajaan Saba'? 
secara ringkasnya, Ratu Kerajaan Saba mengakui keEsaan Allah selepas melihat keindahan istana Nabi Sulaiman AS kurniaan Allah.

selepas kejatuhan empayar islam,
barat bangkit dgn 'renaissance'..
conquer dunia dgn keindahan seni bina,
hasilnya? barat kuasai dunia sekarang..
Christian mempunyai penganut yang paling ramai..
*Sudah semestinya bilangan yang ramai tidak bermakna ianya agama yang hakiki..

So, dear bakal architect muslim, ayuh kita gunakan 'key' ini untuk mengajak manusia ke arah Allah. Walaupun kita apply sedikit nilai islam pada binaan dengan konsisten...
Bayangkan apabila semua bangunan dibina menghadap qiblat, akan timbul satu pertanyaan dalam diri non-muslim
"kenapa org islam ni sayang sangat dengan islam sampai apply kat bangunan? kene kaji ni"
  • Saat architect muslim mula bertapak, bolehlah kita mulakan proposal untuk surau yang lebih besar di shopping complex etc. Tidaklah rumah Allah ini menjadi sekadar 'cukup syarat' sahaja di bangunan terkemuka.
  • Saat architect muslim mula bertapak, bolehlah kita design bangunan yang indah-indah dengan slogan 'tidak sedikitpun seindah syurga Allah'.. Moga yang melihatnya berkobar-kobar untuk ke syurga.
  • Saat architect muslim mula bertapak, tidaklah mereka memasuki sebuah binaan, dan keluar dengan kekaguman semata-mata.. mereka keluar dengan mengenal islam..


seperti sang pelangi..
menjadi penyejuk hati makhluk yang memerhati..
turut sama menghiasi keindahan ciptaan Ilahi...



tak kisah apa bidang kita,
tiang sahaja tidak akan melengkapkan sesuatu binaan..
kita perlukan dinding untuk melindungi aib manusia di dalamnya..
bumbung untuk memudahkan kesulitan cuaca,
tingkap untuk kemasukan cahaya..
akhirnya,
kita semua ada peranan yang nyata.

kajilah bagaimana anda dapat salurkan kudrat dan kemahiran anda untuk Allah,
atau hiduplah dengan sia-sia, 
tanpa ada apa untuk dijadikan sebab-sebab anda ke syurga.


heh heh heh heh heh heh heh.....


siapa kata bukan bidang agama tak boleh belajar agama? ^_^
assalamualaikum..

A bit personal 2

sambungan dari artikel : a bit personal

selesai istikarah dan berfikir akan pro dan kontra..
"okay.. thats it.. aku nekad, aku nak teruskan cita-cita jadi pelukis komik.. aku akan jadi pelukis komik sepenuh masa.. akan aku gunakan betul-betul apa yang Allah bagi, untuk kebaikan ummah. kalau tak mula sekarang, bila lagi?.. inilah cita-cita aku dari kecik, insyaAllah"



walaupun inilah impianku dari kecil, tapi sebahagian besar hatiku telah dipenuhi cita-cita menjadi arkitek..
berat.. pedih..



untuk memilih diantara 2 jalan..
Sama ada memulakan semula perjalananku dalam architecture..
Atau teruskan perjalanan dengan angan-angan aku untuk 'mengejut' ummah melalui lukisan..
Atau kedua-duanya sekali.. ini yang paling berat.. sesungguhnya aku hambaNya yang lemah..
"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya........."
[Al-Baqarah : 286]
namun aku sedar, aku gembira disibukkan mindaku olehNya sebegini..
ini tandanya Allah rindu akan aku.. Dia rindu akan tangisan rayuan aku padaNya..
setelah terlalu lama aku mengangkat dunia dalam setiap nafasku..

Dia panggil aku untuk sujud padanya, sedangkan ramai lagi yang terleka..
beruntungnya aku..

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
[Al-Ankabut : 2]

lalu aku teruskan berjuang dengan cara aku..
siang, malam aku tak peduli,
asalkan aku cuba melaksanakan tanggungjawabku pada Allah dan aku tak leka..



sungguh..
kita perlu keluar dari 'zon selesa' untuk belajar bersyukur dan bercita-cita..
barulah kita kenal erti usaha dan peritnya untuk tidak berjaya..
dan beruntunglah mereka yang Allah bantu untuk keluar dari 'zon selesa' tersebut..
kerana zon selesa ini berpengaruh membunuh cita-cita kita ke syurga..
aku dah banyak kali tersungkur kerana terlalu selesa, banyak kali...


.......................................
tiba-tiba..



"teme.. ada benda best ni mama nak cerita ni... alhamdulillah.. teme boleh sambung belajar"
terkedu....
memang betullah, petir dan ribut tidak akan berpanjangan..
dan selepas ia terhenti, dengan izin Allah akan keluar pelangi yang indah..

alhamdulillah.. terima kasih atas usaha dan doa ibubapa serta keluarga.. peluang untuk aku dibuka sekali lagi..
terima kasih juga atas doa sahabat, kawan, dan pembaca sekalian..

".......bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan"
[Al-Insyirah : 5 & 6]
"Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."
[Al-Anbiya : 35]


.....................................
keesokan harinya... di chatbox facebook..
perbincangan dengan sahabat..
"Afiq, insyaAllah, aku rasa aku akan pilih untuk sambung belajar.. tapi aku bimbang aku tak dapat teruskan projek komik untuk ummah.."
"teme... Ummah hanya memerlukan syabab, yang ikhlas dalam memperjuang kalimah syahadahnya. teruskan kejar cita-cita kau, aku akan bantu, support!"

maka aku akan berusaha sedaya-upaya.. untuk menjadi arkitek dan pelukis dakwah sekaligus..
bukannya tamak..
cuma aku bimbang, aku akan dipersoal oleh Allah akan perkara yang aku lakukan ketika aku muda dan berupaya..
ada eloknya aku usahakan apa yang termampu dari hanya buat tak tahu...

alhamdulillah... thanks mama.. thanks papa... dan family..

Allahualam..
maaf menganggu kalian dengan artikel peribadi.. saat kalian baca artikel ini, aku dalam perjalanan ke KLIA,
doakan aku, aku doakan kalian.. kita sama-sama berjuang, tapi tak semestinya cara kita sama..

HOT POST!!