Aku ceritakan pengalaman aku
ketika menulis buku.
Sebelum terhasilnya buku pertama
aku iaitu #PelukisJalanan , aku di-approach oleh beberapa penerbit yang
berminat untuk menerbitkan hasil penulisan aku. Ketika itu aku tak beberapa minat
nak terbitkan buku, kerana aku lebih selesa menyampaikan sesuatu yang berkaitan
dengan sumbangan kepada ummah secara percuma. Bila dah terbitkan buku,
keikhlasan aku akan goyah kerana ia dah melibatkan keuntungan.
Well...
Selepas berfikir..
Selepas bertanya pendapat ibu..
Selepas minta pendapat
kawan-kawan..
Akhirnya, atas beberapa sebab
yang aku kira tidak perlu untuk diceritakan kepada umum, aku mengambil
keputusan untuk menulis juga buku #PelukisJalanan tu.
Ok, berbalik kepada cerita aku di-approach beberapa penerbit tadi,
Rata-ratanya memberikan reasons
kenapa mereka ingin terbitkan buku hasil penulisan aku. Sejujurnya, aku
selalunya tak berfikir panjang dan terus menolak dengan hormat kerana macam aku
dah cakapkan tadi, pada waktu tu aku takda niat nak menulis buku pun dalam masa
terdekat. Tambahan pula aku ni architecture student, memang kitorang terkenal
dengan istilah ‘tak tidur malam’.
Tetapi,
Dalam banyak-banyak tawaran ni,
ada satu pihak telah menarik perhatian aku,
Bukan menarik perhatian aku untuk
menulis buku, tapi menarik perhatian aku dengan cara mereka berfikir dan
menyampaikan buah fikiran kepada aku. Mereka mengajak aku menerbitkan buku
bersama-sama. Kalini aku tak terus reject, bukan kerana aku impressed dengan
tawaran, bukan juga kerana akhirnya aku berminat nak menulis. Tetapi timbul
satu perasaan hiba dalam diri aku apabila membaca perincian tawaran mereka.
Antara kandungan mesej mereka
kepada aku bermaksud begini,
“...kita sama-sama akan terbitkan
buku-buku islamik untuk melawan penerbit-penerbit buku jahiliyyah di Malaysia
seperti D*****, P****, (dan beberapa penerbit lagi yg mereka senaraikan)”
Aku termenung,
Bila aku baca je mesej sampai
part tadi, aku terus hilang selera nak bekerjasama dengan mereka.
Aku bermonolog di dalam hati
dengan perasaan kesal..
“Inilah cara aku berfikir
dahulu.. bahkan inilah cara majoriti masyarakat keliling aku berfikir..
frustrating”
Kerana kita
mentakrifkan islam itu pada luaran.
Jika kita ke kedai makan,
sambil-sambil kita duduk, selalunya kita akan melihat sekeliling ruangan kedai.
Kita terlihat ayat-ayat suci Al-Quran di-frame-kan dan digantung cantik-cantik
di dalam kedai. Alunan ayat-ayat suci Al-Quran sentiasa bergema dan dipasang
untuk membelai lembut telinga pelanggan yang menjamu selera. Tambahan pula waiter
& cashier yang berkopiah setiap masa. Lalu kita simpulkan,
“Islamiknya kedai ni.. bagus..”
Sungguhlah rugi kalau pemikiran
kita secetek ini.
Jangan marah.. Jangan melatah..
Baca dulu, beri aku peluang untuk buat penjelasan atas statement aku.
Islam itu bukanlah dinilai dari
apa yang kita nampak pada luaran sahaja. Islam itu bermula daripada sumber bahan
mentah yang halal, cara penyediaan makanan yang bersih dan sihat, makanan yang dimasak
dengan penuh ihsan untuk memberi makan kepada pelanggan, hinggalah ke senyuman
dan layanan baik daripada pelayan-pelayan restoran. Ia lebih daripada sekadar
‘kulit’.
Kerana bagi aku,
Tidaklah lebih baik restoran yang
nampak islamik tetapi kotor cara penyediaan makanan, berbanding restoran yang
kelihatan agak ‘barat’ tetapi bersih dari segi penyediaan makanan sehinggalah
cara layanan kepada pelanggan.
Aku teringat pengalaman aku makan
di sebuah restaurant mamak di Shah Alam. Sebab dah banyak kali makan kat situ,
dan aku pun dah rapat dengan pelayan kat situ, aku tanya anne tu,
“Pekerja kat sini semua islam ke?”
Anne tu jawab,
“5 orang je islam.. lain semua
bukan”
Aku terkejut sebab pekerja kat
situ lebih 10 orang termasuk yang di dapur, aku tanya lagi,
“Habistu kenapa semua pakai
kopiah?”
Anne tu jawab,
“Kalau tak pakai kopiah, orang
tak datang makan”
Nampak tak apa yang terjadi kalau
kita menilai agama daripada kulit? Orang akan gunakan agama sebagai ‘branding’
dan pelaris. Orang akan ambil kesempatan ke atas agama ni, dan nilai agama itu
sendiri akan hilang.
“Jangan terlebih
lajak daripada laju”
Samalah dengan situasi berhadapan
dengan mereka yang belum bertudung.
Kita nampak orang free hair,
cukuplah sekadar kita bersetuju ianya berdosa, menegur dengan cara sesuai, dan
mendoakan mereka yang belum dibuka hatinya untuk menutup aurat dengan sempurna.
Tak payah lah kita nak nerakakan siapa-siapa secara specific. Tak payahlah kita
nak diskriminasi. Rahmat Allah itu luas, Allah tahu apa yang kita tak tahu.
Berkawan je lah dengan semua orang walaupun kau budak usrah dan bertudung
labuh.
Kita akui bahawa buka aurat itu
salah, berdosa. Tetapi haruslah kita akui juga bahawa orang yang bertudung yang
‘bermulut puaka’ itu tidaklah lebih baik mulutnya daripada mereka yang belum
bertudung.
Tolong jangan putar belit
statement aku. Aku tak kata free-hair tu tak salah, aku kata islam itu lebih
daripada sekadar pakai tudung.
Kita berbalik semula kepada
cerita menerbitkan buku tadi,
Apakah definisi kita kepada
sebuah buku dan syarikat penerbitan yang islamik?
Adakah perlu quote Al-Quran &
hadis pada setiap muka surat?
Adakah perlu perkataan-perkataan islamik
di kulit buku?
Lihatlah sekarang,
Apa yang terjadi kepada
masyarakat kita yang percaya bulat-bulat pada istilah-istilah islamik pada
luaran? Sebagai contohnya ada parti politik yang melaungkan kalimah perjuangan
agama, bangsa, dan negara. Beriya-iya berkempen untuk memperjuangkan kalimah Allah.
Akhirnya?
Pemimpin mencuri duit rakyat berbilion-bilion. Dan dengan perkataan kasar, masyarakat basah kene kencing
dengan iklan jenama islam pada pilihan raya.
Dalam konteks penerbitan buku.
Aku sangat sokong jika isi
dalaman buku itu islamik, lalu diolah tajuk di muka hadapan buku supaya
berbunyi islamik untuk memudahkan pembaca yang memang nak cari buku yang
berunsur islamik sebagai koleksi, terutamanya kitab-kitab oleh ulama.
Tetapi,
Adalah satu kesalahan yang besar bila
kita melabel buku-buku yang tidak mengunakan istilah-istilah islamik di muka
hadapan sebagai buku untuk golongan tidak islamik dan jahiliyyah. Kerana
mungkin buku yang luarannya tidak islamik itu mengandungi lebih banyak
nilai-nilai dan pengajaran yang diajarkan di dalam islam berbanding buku yang
hanya menggunakan nama islamik di muka hadapan sebagai pelaris walhal isi
kandungan yang sampah dan terdesak untuk menghasilkan sesuatu untuk mengutip
kekayaan. Samalah dengan niat kita untuk menerbitkan sesebuah penulisan.
Baguslah kalau ada niat nak mertabatkan islam, tapi janganlah dengan sesuka
hati melabel syarikat penerbitan lain yang namanya tidak islamik itu sebagai
‘melawan arus agama’. Ini pemikiran yang amat cetek dan mundur dalam generasi
kita.
Bagi pendapat aku juga,
Aku sangat suka dan sokong trend
anak-anak muda sekarang yang berpusu-pusu untuk menerbitkan buku-buku islamik,
kerana nasihat-menasihati ke arah yang baik itu satu amalan yang terpuji.
Tetapi jauh di sudut hati aku timbul perasaan tidak selesa apabila seseorang
yang tiada latar belakang pengajian agama menulis buku agama secara deep, berat,
dan mula mengeluarkan hukum-hakam pramatang hasil daripada buah fikirannya
sendiri.
Aku berikan anologi,
Kawan aku demam, aku nampak dia
demam lalu aku sediakan air untuknya. Lalu aku yang merupakan pelajar jurusan
seni bina yang tidak belajar bidang perubatan ini mengeluarkan kata-kata
nasihat,
”Weh, kalau demam kene minum air
banyak-banyak, baru cepat sihat”.
Kawan-kawan aku yang lain mungkin
akan menyokong usaha aku menasihati member yang demam tu. Malah selalunya
kawan-kawan akan berebut-rebut untuk memberi petua-petua masing-masing.
Tetapi,
Bayangkan jika aku tiba-tiba
tubuhkan klinik sendiri dan mula menghasilkan ubat-ubatan untuk mereka yang
demam. Lalu aku menjual ubat-ubatan tu dengan meluas dengan alasan aku pernah belajar
chemistry masa sekolah menengah dan aku pernah menjalani kursus menghasilkan
ubat-ubatan selama 5-6 bulan lepas SPM. Kebetulan aku juga pandai sembang pasal ubat-ubatan, aku pun mengajar orang lain mengenai ubat-ubatan. Aku yakin, bukan sahaja kawan-kawan
aku, malah seluruh masyarakat akan menghentikan aku daripada merosakkan ilmu
perubatan dan mengundang risiko penyakit lain kepada masyarakat.
Begitulah juga dalam bidang
agama,
Kalau bidang perubatan kita tak
kasi orang ‘buat main’, apatah lagi agama kita.
Sepatutnya kita lebih sensitif dalam hal agama.
Sepatutnya kita lebih sensitif dalam hal agama.
Saat kita mengambil keputusan
untuk meletakkan status ‘islamik’ pada sesebuah buku, kita telah mewujudkan
satu risiko barah dalam masyarakat. Kerana islam itu sempurna, tetapi penulis
tidak sempurna.
Terutamanya penulis-penulis muda
seperti aku, banyak buat silap, banyak lagi tak faham dalam beragama.
Pembaca-pembaca juga rata-ratanya golongan muda yang dahagakan ilmu. Melihatkan
tajuk buku yang menggunakan istilah islam, akan terlintas dalam fikiran mereka, “oh..
ni buku islam”. Maka mereka membaca buku itu dengan kaca mata islam sepenuhnya,
walhal penulis buku itu bukanlah ahli agama. Seperti yang aku katakan tadi,
islam itu sempurna, islam itu takda salah. Dengan tanggapan yang begini,
kesalahan-kesalahan fakta agama oleh penulis dalam sesebuah buku pun akan
dinilai ‘betul’ oleh pembaca yang masih muda. Akhirnya? Mereka mendapat
tafsiran yang salah berkaitan islam.
Dan kerana inilah aku mengambil keputusan untuk menamakan buku aku dengan perkataan yang tidak directly berunsur islamik. Aku perlu mula, aku perlu mengubah diri sendiri, sebelum aku boleh mengubah masyarakat.
Pakailah jubah untuk memanifestasikan cinta kepada Rasulullah, moga kita peroleh pahala daripada perasaan kecintaan yang ikhlas kepada kekasih Allah,
Bukan untuk menunjukkan kita lebih baik dan islamik berbanding yang lain,
Kalau islam itu seragamnya jubah, Abu Jahal juga islam, paderi-paderi juga islam,
Rasulullah tidak diutuskan ke bumi semata-mata untuk fashion.
Dan kerana inilah aku mengambil keputusan untuk menamakan buku aku dengan perkataan yang tidak directly berunsur islamik. Aku perlu mula, aku perlu mengubah diri sendiri, sebelum aku boleh mengubah masyarakat.
Pakailah jubah untuk memanifestasikan cinta kepada Rasulullah, moga kita peroleh pahala daripada perasaan kecintaan yang ikhlas kepada kekasih Allah,
Bukan untuk menunjukkan kita lebih baik dan islamik berbanding yang lain,
Kalau islam itu seragamnya jubah, Abu Jahal juga islam, paderi-paderi juga islam,
Rasulullah tidak diutuskan ke bumi semata-mata untuk fashion.
Pakailah tudung kerana ia kewajipan,
Bukan untuk membuat kenyataan hati siapa yang lebih bersih,
Bukan untuk melariskan jualan tudung online,
Pakailah dengan dasar ketakwaan dan ikhlas kepada Allah.
Maaflah kalau ada pihak yang
ter-offend dengan penulisan aku, aku sayang Allah, aku sayang dan sanjung usaha
Rasulullah menyampaikan islam kepada ummah dalam keadaan ianya ‘pure’. Aku
taknak agama ini nampak murahan dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja sebagai
pelaris.
Jika penulisan aku offensive dan
membuatkan kalian terasa offended, itu tidak bermakna kalian betul atau akulah
yang terbaik.
Bagi aku, kegiatan mencabul istilah
agama untuk kepentingan sendiri ini haruslah dihentikan.
Amalan menilai ‘islamik’ hanya
pada jubah dan serban perlulah diperbetulkan.
Biarlah orang nampak aku macam kononnya
menentang ‘arus islamisasi’. Kerana hakikatnya aku amat berbesar hati melihat arus
ini semakin deras, tetapi ia tidak bermakna aku perlu duduk bersenang-senang
melihat arus yang deras ini dipunahkan oleh sampah sarap. Aku perlu bersihkan
sampah sarap ini sebelum ia menghentikan arus islamisasi sebenar.
Moga sekelumit usaha membersihkan
agama daripada parasit-parasit agama ini dapat aku persembahkan kepada Allah
kelak.
Pembaca: Apa ni?? Teme tak quote
hadis & ayat Quran pun dalam artikel kalini? Tak islamic siut..
*senyum*
Fahamkan betul-betul apa yang aku
nak sampaikan,
Kalian akan dapat jawapannya
sendiri.
Amatlah rugi jika
Islam ini kita hanya jelmakan dalam kerangka luaran yang sempit.
Teme, how old are you? Macam mana kita nak terapkan pemikiran macam teme dalam anak-anak muda?
BalasPadamThanks atas perkongsian yg ilmiah. Teme update blog 2-3 bulan sekali. but once dah update, mmg berisi :) thanks!
Terus baca sebaik sahaja teme share link kat fb. lepasni tulis buku pasal 'fikrah' dan impression pulak please?
BalasPadamSimple content but deep and meaningful. I love your way of thinking. It really open my mind. :)
BalasPadamTeme.. tolonglah nanti balik malaysia bila habis belajar please?
BalasPadamMasyarakat kita perlukan ramai org yg berfikiran mcm teme.
setuju teme. nasihat yang tepat dan faham. cuma tak setuju video mat lutfi penunggang agama. teguran yang takut orang jadi makin Islamicphobia. better tulis camni kot :D what do u think?
BalasPadamDalam tubuh kite ade sekeping hati..hati itu perlu digilap dgn amalan2 solih agar penyakit hati tidak bersarang.
BalasPadamIlmu itu cahaya..ade dalam satu suroh..Aku ciptakan pelbagai bangsa..keturunan warna kulit dan adat budaya agar kamu saling kenal dan belajar..Islam itu tidak jumud pemikiran jahil yang menjumudkan.Sedang saye memakai jubah law pun dihina oleh bangsa sendiri kerana mengatakan saye munafik..so tak perlu terluka..bagi saye ini hiburan semata :D
Good write up..simple yet with facts.
BalasPadamBut somehow teme, saya suka pengisian yang tidak berat dan mudah difahami. Penulisan teme overall mudah faham even gambar sekalipun. Keep on writing :)
BalasPadamI really2 like to read ur blog!! Penuh dgn isi..
BalasPadamCool blog!!
BalasPadamHey teme.. I've just acknowledged you a few days back (maybe because I'm a medic student? Haha lol). And I glad to say that I've finished reading all your post huhu,, well done, teme!! Keep up the good work and may Allah bless you (:
BalasPadamPenulisan yang sangat baik dan membuka mata. Terima kasih atas perkongsian.
BalasPadamInteresting pov.
BalasPadamAsSalam, Bunda baru mengenali anda dari temubual anda bersama MHI pagi tadi.
BalasPadamBunda terus search IG anda...disana Bunda dapati anda juga ada blog... so Bunda kesini komen diblog anda.
Semoga terus maju jaya dan tahniah atas pencapaian dan sambutan buku anda setakat ini...
Salam ukhuwah dari Bunda.
Teringat pasal tudung.
BalasPadamBiasalah some sisters akan pakai tudung dengan pelbagai gaya, untuk terlihat cantik depan orang ramai. Tak salah pun tapi.
Cuma..satu hari tu, dengan izin Allah, aku tengok cermin dan mula terfikir- "Kat mana aku letak Allah eh selama aku pakai tudung eh? Kenapa aku dulukan orang ramai? Kenapa aku tak fikir Allah dulu?"
Maaf, tak terniat nak bersikap membangga diri atau apa. Rasa kesal tu masih ada sampai sekarang dan pada aku, semua sisters ialah saudara aku.
Biar sederhana, namun menutup aurat, kemas dan bersih. Tudung itu untuk aurat dan aurat itu demi arahan Allah. May Allah bless. Doakan juga agar Moslem sisters seluruh dunia beroleh taufiq. Termasuk aku.
Your wise words, thanks for sharing with us. Really love your blog, full with content :)
BalasPadambole ceritakan tak ..tentang macam mana bro dapat tarbiyyah ?? melalui usrah atau something else?
BalasPadamOne word, Padu. Jazakallah khair atas perkongsian ini. Serius, dulu-dulu saya pun berfikiran begitu. *sobs
BalasPadam#TerusSebarkanKebaikan
Lps baca pnulisan2 teme ni..i'm wandering.teme ni ada ikut usrah mana2 tak ye ?
BalasPadamBenar ungkapan Rasul tercinta
BalasPadam"Allah tidak melihat pada tubuh badan & hartamu, tapi Allah melihat pada hati & amalmu"
Keep on muvin teme!!!
Tulisan/lukisan dari hati akan menyentuh hati...
Moga ketemu di surga Firdaus kelak :)
seriuzly saya pun terkesima n terkejut dengan statement penerbit tu “...kita sama-sama akan terbitkan buku-buku islamik untuk melawan penerbit-penerbit buku jahiliyyah di Malaysia seperti D*****, P****," --- apabila bandngkan syarikat2 lain tu nampk sgt ... terus terang kpd intention for bisnes n agak selfish.. kenapakah dia x guna ayat yg lebih bijak yg mana lebih general yg fokus more benefiits kpd masyarakt khususnya. For me, alasan tu x perlu lah mention " nak compete dengan syarikat Jahiliyah since ISLAM sendiri tu pun dah cukup menarik perhatian mostly dalam klgn Islam which is majorities. Kalau nak compete on sale, itu tugas publisiti selain begantung kepada content and style yg ditonjolkan oleh penulis itu sendiri.. Lagi pun apa masalah dengan buku Jahiliyah yg wujud dipasaran tu, manusia membaca untuk tambah ilmu x kisah dari penulisan orang kafir or Islam. Sedangankan Zakir Naik pun baca kitab bible yang terang2 bukan Islamik untuk kajian dia. apa2 pun nawaitu... betulkan niat..
BalasPadamyang pasal judge tu memang tak boleh kata apa lah, manusia memang dari generasi terdahulu memang suka judge melalui physical luaran sebelum apa2.. so, if tak approach n tanya memang sampai bila2 akan sesat dengan assumption yg direka. huhu. ni yang bagusnya adanya penulis2 yg dapat advocate n bantu masyarakat/pembaca untuk berfikir diluar kotak n be critica thinker
k, stakat itu jew lah saya nak komen. BTW, congrates Teme :)
your writing so meaningful...ramai yg blh menulis n melukis tapi x ramai yg boleh berfikir sejauh u...good luck Teme...do follow my blog too...๐
BalasPadammembuatkan saya sedar dan belajar sesuatu yang saya taktahu. alhamdulillah. keep it up good advices ๐
BalasPadam""
BalasPadamGood reminder :)
BalasPadamTeme bila nak update blog lagi?
BalasPadamAssalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh teme, tulisan yang sangat bagus. Best for you! Insya Allah
BalasPadamTeme kena istighfar banyak2 ni tau. Sebab ramai dah ni minat kat teme nih. Haha.
BalasPadamTakut iman tergelincir.
^^
Thanks btw, bro.
Satu peringatan utk aku sendiri
May Allah bless you teme
BalasPadamTerima kasih utk kata2 yg indah ini :')
BalasPadamTerima kasih kerana bagi saya semangat untuk fokus dalam pembelajaran,teme..tq soo much again
BalasPadamAssalam teme. Kalau ada masa lapang, tulis la lagi kat blog. Seronok baca. :)
BalasPadamSebab aku baru 'jumpa' blog ni, aku baca from Z-A and wahh~ seeing the young teme buatkan aku kagum ada orang muda berfikiran macam ni. Ada orang muda yang menganggap semua benda dalam hidup ni is a learning process, kita belajar sama2 instead of kita hanya menerima bulat2 tanpa berfikir.
BalasPadamBila kamu mention pasal tajuk buku, buatkan aku teringat 'that feels' when reading your book for the first time. Persepsi aku berubah! Sebabnya, aku mula2 ingat buku jalanan series tu pasal your life journey semata. But little did i know, kau selitkan banyak nasihat2 keagamaan dan motivasi2 to move forward dalam tu. Bagi aku itu kira a successful 'clickbait'. Tbh bro, aku imagine kau as an architecture dude who have a part time job as a writer. And that's that๐ Tapi bagus jugak aku tak kenal kau sangat, aku baca buku kau sebab curious nak tahu isi buku tu sendiri๐ฅณ
Seronok baca blog kau bro! Sebab nampak sisi curhatttt (curahan hati) kamu kat sini. Like i said before in your ig comment, the young teme was BOLD maybe until now~ i guess? cuma tak nampak je๐
Post ni dh lama & not sure if the author will read this comment or not. Finally jmpa somebody the way of thinking similar with me. Nowadays ramai penulis yang gunakan konsep islamik untuk jual buku, then ended up they don't practice what they wrote in their books. I feel ashamed to be honest as even my non muslim friends asked to me is this how Islam is? Macam Islam dah tercalar disebabkan isu mcm ni, sdgkan Islam is not that complicated. Manusia itu sendiri yg khilaf bukan agama itu.
BalasPadam