Teme's GANG

Pengorbanan anda?

Lily suka fesyen. Dia suka memperagakan pakaian yang membuatkan manusia menoleh kepadanya. Warna-warna yang terang dan berani menjadi kegemarannya. Baju-bajunya semua menampakkan bentuk badannya yang menawan. Tiap-tiap hari Lily work-out untuk mengekalkan bentuk badan yang cantik tersebut. Dia bangga, itulah hobinya.

Rambutnya selalu diwarnakan dengan warna merah dan caramel, warna kegemarannya. Saban minggu dia ke saloon untuk memelihara kecantikan dan kesuburan rambutnya, kerana baginya, rambut itu mahkota wanita. Nikmat mengibas-ngibaskan rambutnya di khalayak ramai tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Terasa seperti model shampoo, terutamanya apabila ditiup angin.

Sampailah ke suatu hari,

Dia mulai rasa sedar dalam diri,
“sampai bila aku nak hidup macamni?”
Dia tahu akan kewajipan menutup aurat, dan bersederhana dalam pemakaian. Tapi ia susah, bukan kerana ingin kelihatan cantik, tapi ia telah menjadi hobinya. Ianya menjadi lebih sulit apabila memikirkan reaksi rakan-rakannya apabila dia mula berpakaian menutup aurat. Sering terbayang ‘usikkan’ rakan-rakannya apabila dia cuba untuk bertudung labuh suatu ketika dahulu.... 
“Perrghhhh.. dah jadi ustazah siottt..”,
“uishhh.. pakai tudung labuh ni nak berkhemah ke mana?”,
“aik? Pakai baju longgar? Mesti sebab berat badan dah naik kan? Hahaha”.




Sakit, perit, usikan tersebut masih terngiang-ngiang di telinganya.

Namun dia kuatkan diri, menyarung tudung labuh yang dibeli.
Biarlah perlian itu datang walaupun dari ahli keluarga sendiri.

Biarlah orang nak kata dia memakai khemah, kerana dia tahu tudung labuh ini bukan sekadar khemah, ianya kubu pertahanan dari mata-mata bernafsu dan api neraka. Dia tekad, walaupun terasa perit dihati. Kerana redha Allah itulah yang tertinggi.

Inilah pengorbanan baginya...



.............................................

Amed dihantar oleh Allah untuk belajar di tempat yang asing baginya, overseas.

Negara sejuk yang dia tak pernah jejak sebelum ni. Dia tercampak dalam kalangan mereka yang tiada masalah kewangan. Tapi dia bukan seperti orang lain, jangan tanya kenapa. Alhamdulillah, hidupnya bahagia walaupun serba kekurangan. Walaupun tak mampu untuk beli kasut baru tiap-tiap bulan, makan mahal-mahal untuk puaskan keinginan, dia bersyukur kerana Allah tidak memberi ruang kepadanya untuk lakukan pembaziran.

Melihat rakan-rakannya yang bertukar-tukar pakaian baharu tiap bulan, menggunakan telefon bimbit mahal, laptop yang updated, makan di tempat-tempat mewah.. kadang kala ia mengguris hatinya, biasalah manusia. Tapi dia pujuk dirinya sendiri, kerana Allah lebih mengetahui. Siapa tahu jika dia dikurniakan kemewahan seperti rakan-rakannya yang lain, dia akan mula lupa tuhan. Situasi ini merupakan rahmat.

Saban hari dia berjalan kaki 45 minit ke universiti meredah kesejukan, itupun dengan kadar jalan pantas. Pergi melancong memang tidak pernah difikirkannya, maklumlah, tambang bas saban hari pun tak mampu, inikan pula melancong.

Pakaian sejuk? Sehelai pun tak pernah beli, semuanya belas ihsan dari sahabat-sahabat di sekeliling yang memberi. Makan? Dapat menjamah telur goreng bersama nasi suam sekali sehari pun sudah merupakan satu kerahmatan. Nak beli beras pun perlu mengira syiling di bilik seorangan.

Pernah sekali dia berazam untuk memiliki sehelai pakaian sejuk sendiri. Bukan untuk bermegah. Bukan juga untuk merasa kepuasan memenuhi nafsu. Tetapi ianya keperluan, memandangkan baju sejuk yang dihadiahkan oleh rakannya telah lusuh dan mula koyak. Lalu, dia mulai pergiatkan penjimatan, dia mengumpul duit dari hari ke hari, 1 Pound demi 1 Pound sehingga cukup harga standard sehelai pakaian sejuk. Tetapi dia mulai sedar yang simpanannya untuk kehidupan seharian semakin berkurangan. Perbelanjaan untuk menuntut ilmu akhirat pula lebih £20 seminggu.




Dia lalu membatalkan niatnya untuk membeli baju sejuk yang baharu. Apalah sangat sehelai baju sejuk jika dibandingkan dengan pengorbanan dalam mencari redha Allah. Dengan tenang, dia gembira memakai baju sejuk yang koyak tersebut kerana mungkin sehelai baju buruk itulah hujjah yang membolehkannya ke syurga kelak. Alhamdulillah, Allah masih menjaganya dengan kehadiran sahabat-sahabat yang memberi sokongan.

Inilah serba sedikit pengorbanan baginya..



.............................
"Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya,"-Petikan maksud takbir raya

Berkorban harta,
Berkorban masa,
Berkorban minat,
Berkorban waktu rehat,
Berkorban awek untuk menjaga ikhtilat,

Apalah sangat pengorbanan kita ini jika dibandingkan dengan pengorbanan Nabi Ibrahim AS & Nabi Ismail AS?
Tabiat buruk kita pun kita sayang nak tinggalkan, tapi kita sambut eidul adha lebih dari mereka yang sedar dah faham erti pengorbanan. 

Percayalah,
Lagi sukar pengorbanan kita, lagi tinggi nilainya di sisi Yang Esa,
Ibarat seni, lebih sukar dan teliti penghasilannya, lagi tinggilah nilainya,

Wahai pembaca yang sudah mulai boring sekalian (ehhh..)
Ayuhlah kita tinggalkan perkara yang mengundang murka Allah,
Kita berkorban untukNya,
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah...” [At-Taubah : 111]


Pengorbanan kita mungkin berbeza.. tapi matlamat kita yang sama..



Pss: kongsikan kisah pengorbanan anda, letak link pada ruang komen di bawah.. atau tag saya di facebook atau twitter..

*sambung takbir raya sorang-sorang di perantauan*

HOT POST!!