Teme's GANG

Daripada terbiar... baik tarbiyah

ada benih pun tiada guna jika ia tidak ditanam,
ada logam pun tiada guna kalau tidak reti mengguna,

"aku sedar ada kelebihan yang Allah kurniakan padaku, aku mampu lakukan sesuatu, aku mampu menyumbang.... tapi..."

ibarat seorang pelombong yang terjumpa emas, 
tetapi tidak tahu kegunaannya dan nilainya.






ianya dipanaskan dan ditempa berulang-ulang kali sehingga pedang itu terjadi,
semakin banyak dipanaskan, ditempa, diketuk, dan diasah.... semakin hebat, keras dan tajam pedang tersebut.

dengar macam sakit, kasar, pedih..
tapi itulah hakikatnya, kalau tidak, pedang tersebut rendah nilainya.
itulah tarbiyah..

kita umpama logam yang bakal dijadikan pedang.
tapi setajam mana pedang tersebut, bergantung kepada kesungguhan kita, tarbiyah kita dan ilmu kita.

Rabba, yarbu.. tumbuh, berkembang,
Rabbi, yarba.. pertumbuhan yang lebih besar,
Rabba, yarubbu.. memimpin, menguasai, membaikpulih, mengurus, mengatur, mendidik, memelihara,
kesemuanya merupakan perkataan 'akar' kepada 'tarbiyyah'.. hebat bahasa syurga kita..


............

Jalan ini bukanlah untuk mereka yang hanya mencari ikhwah atau akhwat sebagai pasangan hidup... hah.. menggelupur semua..

Bukanlah juga untuk bermanis-manis sesama sahabat hingga diabetes.

Ada kalanya kita terpaksa tinggalkan perkara yang kita suka, dicaci dan dicerca.

Juga bukan untuk mereka yang mencari kemahuan, bukan keperluan.

Tidak sah jika tidak berkorban waktu tidur. Kadang kala terpaksa berjaga untuk mengimbangi masa sebagai student atau pekerja. Asalkan tidak menzalimi diri.

Sinonim dengan kritikan, ambil ia, hadam, lakukan pembaikan.

Ada juga kalanya kita terpaksa ke hulu dan ke hilir mencari redhaNya. Meredah cuaca sejuk di negara orang walaupun tidak biasa, kerana kerja ini bukan untuk mereka yang biasa-biasa. Berjalan jauh keluar dari kotak selesa kita. Bukan hanya mengejar jaulah sahaja.

Tidak juga untuk merasa 'kelas atasan' dengan gelaran akhi, ukhti, ikhwah, akhwat, ana, enta dan donut.. wait... donut? abaikan.

Bukan juga untuk mereka yang hanya pandai cakap mengenai pengorbanan dan kesusahan, hakikatnya bermandi air liur basi tiap-tiap hari.



...............
ada yang cakap,

"takpa! demi islam, kami sanggup berkorban! demi dakwah dan tarbiyyah kami berjuang"

tapi ingatlah, bila tiba masanya kita perlu berkorban untuk agama. Maka, terserlahlah siapa yang benar janjinya dan siapa yang berdusta.

Duduk di majlis ilmu, dalam masjid yang sejuk, senang, seronok.
tapi bila islam benar-benar menuntut orang beriman untuk turun ke medan seperti para sahabat, berapa ramaikah yang mempu mengangkat panji mencari kemenangan?
Ayuhlah kita jadi yang sedikit itu, kita ada para penghuni langit yang jauh lebih ramai bersama kita.

"susah gila! tak mampu aku!" 
"takpa lah.. teruskan hidup macam biasa.. islam, dakwah dan tarbiyah tak pernah perlukan kita.. tapi betulke kita idamkan syurga?"


dalam pahit ada manisnya..
kita akan sedar, Allah akan bantu kita dengan menghantar orang-orang yang mengejar syurga untuk turut serta..
jadi pelik sama-sama..
susah sama-sama..
ketawa sama-sama..

seronok..... serious..




“tarbiyah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya tidak akan menjadi baik tanpa tarbiyah” -Sheikh Mustafa Mahsyur

11 comments:

  1. mendlm mksudnya..i'allah..sedng mmperbaikidri kpd yg lebih baik..

    ReplyDelete
  2. semoga kita menjadi sebahagian dari golongan yang disebut al-ghuraba..

    ReplyDelete
  3. sgala2nya brmula dngan tarbiyyah .semngat dan ilmu kene seiring (tok abah... Alfatihah ) .

    ReplyDelete
  4. sgala2nya brmula dngan tarbiyyah .semngat dan ilmu kene seiring (tok abah... Alfatihah ) .

    ReplyDelete
  5. Minta izin guna ayt ni 'kita umpama logam yang bakal dijadikan pedang.
    tapi setajam mana pedang tersebut, bergantung kepada kesungguhan kita, tarbiyah kita dan ilmu kita.' untuk cerpen saya :)

    ReplyDelete
  6. yang Quotes " bukan nk carii akhiwot solehah " tu aku jatuh kerusi .. Erk !

    ReplyDelete
  7. Sebuah wacana yang menarik . mintak copy ye bro .

    ReplyDelete
  8. sebuah wacana yang menarik . mintak copy ye bro .

    ReplyDelete
  9. sebuah wacana yang menarik . mintak copy ye bro .

    ReplyDelete
  10. Yang "abe teme maing golokk " tuu😂. I could not get your books yet cz im in . Just get to know you yesterday and your words are all "basah" .tak sentap sangat tapi cukup nk sentuh hati. Mgkin sbb ada Allah di hati anda. Keep writing and inspiring.


    Saya sedang lalui apa yg saudara pernah lalui. Gagal. Dan sedang cuba untuk bangkit dan mencari semangat yang hilang. Tolong doakan. Mgkin doa saudara didengar Allah

    ReplyDelete

Hai. It's me, Teme. I'm sorry if you have to go through word verification before posting comment(s). I received tonnes of spam comments lately. I had to turn the word verification on 😕. I'm sorry. Jangan jemu untuk komen tau!

HOT POST!!