Teme's GANG

A bit personal 2

sambungan dari artikel : a bit personal

selesai istikarah dan berfikir akan pro dan kontra..
"okay.. thats it.. aku nekad, aku nak teruskan cita-cita jadi pelukis komik.. aku akan jadi pelukis komik sepenuh masa.. akan aku gunakan betul-betul apa yang Allah bagi, untuk kebaikan ummah. kalau tak mula sekarang, bila lagi?.. inilah cita-cita aku dari kecik, insyaAllah"



walaupun inilah impianku dari kecil, tapi sebahagian besar hatiku telah dipenuhi cita-cita menjadi arkitek..
berat.. pedih..



untuk memilih diantara 2 jalan..
Sama ada memulakan semula perjalananku dalam architecture..
Atau teruskan perjalanan dengan angan-angan aku untuk 'mengejut' ummah melalui lukisan..
Atau kedua-duanya sekali.. ini yang paling berat.. sesungguhnya aku hambaNya yang lemah..
"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya........."
[Al-Baqarah : 286]
namun aku sedar, aku gembira disibukkan mindaku olehNya sebegini..
ini tandanya Allah rindu akan aku.. Dia rindu akan tangisan rayuan aku padaNya..
setelah terlalu lama aku mengangkat dunia dalam setiap nafasku..

Dia panggil aku untuk sujud padanya, sedangkan ramai lagi yang terleka..
beruntungnya aku..

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
[Al-Ankabut : 2]

lalu aku teruskan berjuang dengan cara aku..
siang, malam aku tak peduli,
asalkan aku cuba melaksanakan tanggungjawabku pada Allah dan aku tak leka..



sungguh..
kita perlu keluar dari 'zon selesa' untuk belajar bersyukur dan bercita-cita..
barulah kita kenal erti usaha dan peritnya untuk tidak berjaya..
dan beruntunglah mereka yang Allah bantu untuk keluar dari 'zon selesa' tersebut..
kerana zon selesa ini berpengaruh membunuh cita-cita kita ke syurga..
aku dah banyak kali tersungkur kerana terlalu selesa, banyak kali...


.......................................
tiba-tiba..



"teme.. ada benda best ni mama nak cerita ni... alhamdulillah.. teme boleh sambung belajar"
terkedu....
memang betullah, petir dan ribut tidak akan berpanjangan..
dan selepas ia terhenti, dengan izin Allah akan keluar pelangi yang indah..

alhamdulillah.. terima kasih atas usaha dan doa ibubapa serta keluarga.. peluang untuk aku dibuka sekali lagi..
terima kasih juga atas doa sahabat, kawan, dan pembaca sekalian..

".......bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan"
[Al-Insyirah : 5 & 6]
"Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."
[Al-Anbiya : 35]


.....................................
keesokan harinya... di chatbox facebook..
perbincangan dengan sahabat..
"Afiq, insyaAllah, aku rasa aku akan pilih untuk sambung belajar.. tapi aku bimbang aku tak dapat teruskan projek komik untuk ummah.."
"teme... Ummah hanya memerlukan syabab, yang ikhlas dalam memperjuang kalimah syahadahnya. teruskan kejar cita-cita kau, aku akan bantu, support!"

maka aku akan berusaha sedaya-upaya.. untuk menjadi arkitek dan pelukis dakwah sekaligus..
bukannya tamak..
cuma aku bimbang, aku akan dipersoal oleh Allah akan perkara yang aku lakukan ketika aku muda dan berupaya..
ada eloknya aku usahakan apa yang termampu dari hanya buat tak tahu...

alhamdulillah... thanks mama.. thanks papa... dan family..

Allahualam..
maaf menganggu kalian dengan artikel peribadi.. saat kalian baca artikel ini, aku dalam perjalanan ke KLIA,
doakan aku, aku doakan kalian.. kita sama-sama berjuang, tapi tak semestinya cara kita sama..

HOT POST!!