Teme's GANG

lidah itu pedang..

assalamualaikum..

setelah mendengar luahan perasaan seorang sahabat, 
teme tergerak untuk 'extract' pengajaran dari luahan tu dan berkongsi dengan korang..




HABLUMMINALLAH WAHABLUMINANNAS

Konsep ini bermaksud menjaga hubungan dengan Allah sebagai pencipta, dan tidak mengetepikan hubungan sesama manusia.
selalunya... kita seakan-akan terlepas pandang tuntutan yang kedua, habluminannas..

kita terlampau mengejar cinta Allah, alhamdulillah..
tapi dalam perjalanan itu, kita memusnahkan hati makhluk-makhluk di jalan yang kita lalui..
kita tidak menjaga hati dan hubungan sesama insan lain..
ibubapa, adik-beradik, sahabat, dan kawan-kawan...

kata seorang guru ketika teme meminta maaf sebab lambat masuk kelas
"teme, kalau kita berdosa dengan Allah, Allah maha pengampun.. tapi kalau kesalahan sesama manusia, tak semestinya kita dimaafkan"
-Madam Mea, Further Maths, 2013




kadang-kadang, kerana kita terbiasa sangat dengan perkataan-perkataan tu..
ia terkeluar tanpa kita sedari dan tak boleh dikawal..
contohnya kalau tersepak batu, perkataan apa yg terkeluar?
kalau ianya perkataan zikrullah, alhamdulillah...
tapi kalau perkataan kesat yang keuar?
ntah-ntah, perkataan-perkataan tu yang
terkeluar time nafas terakhir kita nanti..

kita anggap biasa....
"relaks r teme.. dah biasa dah lah guna perkataan camni, orang dah faham"
tapi... siapa tahu ada yang kurang senang dengan perkataan yang kita keluarkan? dan perkara ini akan dibangkitkan di akhirat..
ada baiknya kita ambil langkah selamat,
kan???

dengan isteri nanti kita akan lagi rapat, takkan kita nak guna perkataan-perkataan macamtu lagi?



Dari Abu Said r.a dan Jabir bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
Mengumpat adalah lebih buruk dari zina. Para sahabat bertanya; Wahai Rasulullah, bagaimana mengumpat itu lebih buruk dari zina? Baginda SAW menjawab: Seorang yang berzina boleh memohon ampun, maka Allah SWT mengampunkannya, tetapi orang yang diumpat, apabila dia tidak memaafkan orang yang mengumpat, maka pengumpat tetap berdosa. -Hadis Riwayat Baihaqi
pastu korang pun terfikir "haaa.. dari aku mengumpat, baik aku berzina"

JANGAN!!

hadis ini dengan kata lainnya ingin memberi amaran kepada anda akan bahayanya mengumpat..

kadang-kadang ternampak jelas perpecahan dalam kalangan kita..
teme pernah nampak sendiri orang yang paginya mengumpat seseorang..
petangnya meminta tolong orang yang diumpat itu beli nasi lemak.. 
aish... ni tikam belakang namanya..

apa nak buat kalau korang nampak orang mengumpat?
larang dia! sebab ganjaran menanti anda di akhirat nanti :) insyaallah, rujuk hadis berikut..

Dari Asma binti Yazid r.a berkata; Baginda Rasulullah SAW bersabda: 
Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (di majlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah Taala akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka Jahanam. -Hadis Riwayat Musnad Ahmad
mulut ini powerful, walaupun anggota yang kecil, tapi sepatah perkataan pun akan menentukan kita ke syurga atau neraka..


Allahualam

7 comments:

  1. Good job on this teme, well, sometimes girls xperasan yang gosip tu sebenarnya mengumpat...

    ReplyDelete
  2. Salam..teme:) aku tak pernah tak dapat ilmu kalau pegi blog teme ni..thanks bro atas perkongsian:-) mulut bagi ziipp banyak2

    ReplyDelete

Hai. It's me, Teme. I'm sorry if you have to go through word verification before posting comment(s). I received tonnes of spam comments lately. I had to turn the word verification on 😕. I'm sorry. Jangan jemu untuk komen tau!

HOT POST!!