assalamualaikum...
alhamdulillah kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk hidup dalam tahun 1434 Hijrah..
kita masih diberi peluang untuk berhijrah dan berubah ke arah kebaikan..
semangat kita berkobar-kobar untuk berhijrah..
sampaikan kadang kala kita "terkasar" dalam mentafsirkan mereka yang nyata melakukan kemungkaran...
selalunya saya yang tersalah dalam melabel..
terlupa untuk bersangka baik dan menyelami masalah manusia.. terlupa saranan 'huznu dzon'
difikirkan secara logik, tiada hamba Allah yang tidak takut kepada Allah.. tiada yang tidak ingin ke syurga..
kita perlu berada dalam kasut mereka (baca in english.. baru jadi idiom dia)
latar kita berbeza,
keluarga kita tak sama,
ujian kita tak serupa,
kefahaman dan ilmu kita ada yang lebih, ada yang kurangnya..
masalah-masalah berikut mungkin kecil bagi kita..
tapi sukar bagi sesetengah hamba Allah..
kita tidak boleh mengarah orang untuk berubah..
sebaliknya kita perlu 'tafahum' dahulu sebelum mengatur langkah mengajak mereka..
*huraian : energy lost due to friction between cloth and skin, limited movement due to resistance provided by the cloth... (time ni la nak aplikasi physics... hehehe.. )
Kadang-kadang kita tidak sedar, yang kita lempar hanyalah kritikan dan tomahan..
tanpa sediakan solusi untuk semua..
sebab apa?
sebab kita malas nak membantu rakan..
kita malas untuk berfikir untuk mereka, malas bersusah-susah di samping mereka..
muhasabah diri.. betul tidak kita malas untuk membantu?
setakat tegur insyaallah semua boleh buat.. :)
tetapi.. siapa yang mampu berikan jalan tindakan yang harus dilakukan???
berubahlah demi Allah.. berubahlah secara perlahan, jika itu yang kita mampu..
kerana syarat mati itu bukanlah usia.. malah kehidupan itu sendiri..
atototototototototo~~~~~~~ ehem... dah... (lagha semata-mata)
sesungguhnya Allah sahaja yang tahu,
teme ni banyak perkara yang perlu diperbetulkan.. (okay.. maybe close friends tahu lah betapa jahilnya aku ni..)
pilihlah sahabat yang mampu menolong kita...
"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)
selalu kita mahukan orang di sekeliling kita berubah.. tanpa pernah berusaha untuk mengubah diri kita dahulu demi Allah dan keselesaan orang sekeliling..
"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud)
sama-sama lah kita berhijrah kerana Allah.. dan bantu kawan-kawan kita berhijrah..
wallahualam~~
hijrah.. jangan kita bertangguh. tak tentu esok milik kita.
BalasPadamberdakwahlah.. jangan hanya menghukum.
umat Islam dipilih untuk menyebarkan kasih sayang Tuhan. bukannya mengambil alih tugas Tuhan.
post yang menarik.salam maal hijrah :)
BalasPadamTHUMBS UP...!
BalasPadamentri yang menarik... berubah kerana Allah..
BalasPadamsalam maal hijrah... =)
moga saya dapat applykan perkara diatas juga..terima kasih teme:) lama tak update..
BalasPadampergh.. mantap la pengisian Blog ni..
BalasPadammanusia sering terlupa bahawa kita sering buat salah.. so.. jom laa sama2 berubah.. bila orang berkata.. kita tak leh tutup mulut orang.. jadi.. kita ada tangan.. tutup lah telinga drpd dgr suara2 yang tak sedap didengar.. n_n semoga teme terus Istiqomah amin..
BalasPadambetul.
BalasPadamKita banyak melabel dan kritikan daripada mendatangkan solusi ataupun bantuan.
dan da'ie itu penyeru, bukan penghukum.. :)
BalasPadamajak kepada kebaikan. IA, keburukan akan tertinggal. contohnya, bilik yg gelap jika dipasang lampu maka hilanglah kegelapannya & diganti keterangan
BalasPadamartikel yang baik :)
BalasPadamperfect, dan buleh tolong jelaskan dengan lebih mendalam tentang 'hijrah' ?
terima kasih
artikel yang baik :)
BalasPadamperfect, dan buleh tolong jelaskan dengan lebih mendalam tentang 'hijrah' ?
terima kasih
Ha'ah. Yang penting kena pandai pilih kawan sbb kawan tu boleh kata 80% pengaruhi hidup kita. Sbbkan kawan aku la, aku mula lebih kenal Islam. dia la yang tarik aku untuk kenal dunia pentarbiyahan. Alhamdulillah Allah bagi rezeki kawan yang terrrrsangat baik.
BalasPadam