Fuhhhhhhh..... *tiup blog yang dah berhabuk*
Ni gambar favourite aku. Siapa yang snap gambar ni boleh tak kasi link gambar asal kat komen? Aku nak letak credit 😊. Thank you tau? |
Tak pernah terlintas pun dalam
fikiran aku yang one day aku akan bersetuju untuk adakan satu sesi meet &
greet. Selama ni, aku kira, cukuplah orang kenal Teme Abdullah, sebagai sorang
lelaki, lulusan architecture, sudah bekerja di negara tertentu, pelukis yang
menulis di waktu lapang, dan kadang-kadang terlalu confident untuk menyanyi.
Sekitar Disember 2016,
Masatu aku baru menulis satu
buku iaitu Pelukis Jalanan (published February 2016). Aku ingat lagi, dengan yakinnya
aku katakan pada publisher yang hampir mustahil aku akan buat sesi yang
melibatkan self exposal seperti meet and greet session walaupun hanya untuk
turunkan autograph pada buku. Dan aku juga rasakan mungkin ini buku first and
last aku. Sebab aku tak rasa orang akan baca buku aku pun. Aku nak hidup
senyap-senyap as an architect. Tapi aku merancang je, ada Yang Lagi Hebat
merancang daripada aku.
Fast forward.
Bulan April 2018. Aku dah tiba
di Malaysia. Dah menulis buku yang keempat. Dah ready untuk meet & greet
session yang betul-betul aku taknak buat dulu. Even pagi tu, beberapa jam
sebelum sesi tersebut, aku masih fikir “Betul ke apa yang aku buat ni?” Sambil
duk betul-betulkan mask hitam yang menutup mulut aku depan cermin di sebuah
bilik hotel, sambil duk kemas-kemaskan rambut biar masuk dalam beanie dengan
rapi, aku dapat bertubi-tubi whatsapp daripada kawan-kawan yang kenal aku.