Teme's GANG

Free Time


Aku letakkan berus lukisan ke tepi. Hair blower yang sedang menunggu kat sebelah meja aku capai. Alat tu lebih banyak digunakan untuk keringkan watercolour daripada kegunaan asalnya untuk mengeringkan rambut. Dengan hati-hati aku semburkan udara panas daripada hair blower tu ke atas permukaan kertas yang masih basah; takut warna bercampur & comot.

Aku susunkan helaian-helaian kertas lukisan yang sudah kering, menghentak-hentak lembut susunan tu ke atas meja. Terasa puas. Alhamdulillah, akhirnya siap jugak. The back pain, the sleepless nights, the self-quarantine, the busy weekends….. Semuanya berbaloi. Setelah sekian lama, aku boleh baring dengan tanpa perlu memikirkan lukisan yang masih belum siap. This is my first try untuk buat planner sendiri, T Planner 2019.

Tapi aku tak boleh rest lama-lama. Tahun depan aku mungkin perlu release buku baru sedikit awal daripada tahun-tahun sebelumnya yang selalunya pada akhir April. Untuk tahun 2019, kemungkinan besar aku akan release my new book(s) in March or earlier. Walaupun aku dah lama mula menulis buku untuk tahun depan di celahan masa lapang, ia belum lagi disiapkan. Cuma hari itu, aku nak rest…

Aku bukak twitter, and I came across these tweets…

Link tweet asal


May I share something?
You may stop reading here if you want to, sebab ia akan menjadi semakin personal lepasni.

Meet & Greet. The untold story.


Fuhhhhhhh..... *tiup blog yang dah berhabuk*


Ni gambar favourite aku. Siapa yang snap gambar ni boleh tak kasi link gambar asal kat komen? Aku nak letak credit 😊. Thank you tau?


Tak pernah terlintas pun dalam fikiran aku yang one day aku akan bersetuju untuk adakan satu sesi meet & greet. Selama ni, aku kira, cukuplah orang kenal Teme Abdullah, sebagai sorang lelaki, lulusan architecture, sudah bekerja di negara tertentu, pelukis yang menulis di waktu lapang, dan kadang-kadang terlalu confident untuk menyanyi.

Sekitar Disember 2016,
Masatu aku baru menulis satu buku iaitu Pelukis Jalanan (published February 2016). Aku ingat lagi, dengan yakinnya aku katakan pada publisher yang hampir mustahil aku akan buat sesi yang melibatkan self exposal seperti meet and greet session walaupun hanya untuk turunkan autograph pada buku. Dan aku juga rasakan mungkin ini buku first and last aku. Sebab aku tak rasa orang akan baca buku aku pun. Aku nak hidup senyap-senyap as an architect. Tapi aku merancang je, ada Yang Lagi Hebat merancang daripada aku.

Fast forward.
Bulan April 2018. Aku dah tiba di Malaysia. Dah menulis buku yang keempat. Dah ready untuk meet & greet session yang betul-betul aku taknak buat dulu. Even pagi tu, beberapa jam sebelum sesi tersebut, aku masih fikir “Betul ke apa yang aku buat ni?” Sambil duk betul-betulkan mask hitam yang menutup mulut aku depan cermin di sebuah bilik hotel, sambil duk kemas-kemaskan rambut biar masuk dalam beanie dengan rapi, aku dapat bertubi-tubi whatsapp daripada kawan-kawan yang kenal aku.

HOT POST!!