Teme's GANG

Dakwah.. back to basis



“errr... apa yang ustaz maksudkan tu?” dia bertanya penuh bingung dan risau.

“enta dah terlupakan rumah dan seisinya....” jawab ustaz dengan penuh santai.



IBU DAN BAPA

Segala aktiviti kita perlukan keizinan individu ini. Bukan sekadar memberitahu, tapi meminta izin mengikut style dan kepakaran masing-masing..
Saya ulang.... bukan sekadar memberitahu, tapi meminta izin..

Selalunya masalah ini kecil bagi ikhwah kerana mereka diyakini lebih berani dan berdikari.... dan masalah perempuan rogol lelaki pun jarang timbul.. paham kan?

Bagi ikhwah dan akhwat terutamanya, jika keinginan anda untuk bermujahadah bersama para sahabat terchenta tidak mendapat keizinan, adakah mujahadah itu terbantut di situ saja?
Ikhwah dan akhwat sejati boleh bermujahadah walau di mana pun dia berada.. tak kisah lah walaupun penglibatannya dalam jaulah, mukhayyam dan daurah kadang kala tidak mendapat keizinan ibu bapa.

Check balik niat.. 
Kita join program itu semua sebab nak mendekati Allah atau mendekati para sahabat semata-mata? 
Berjaulah sampai beratus-ratus kilometer merentas benua sebab nak berjimba atau nak mengejar syurga? 
Atau hanya nak pegi melancong dengan beralaskan kalimah ‘jaulah’ supaya ia kelihatan fisabilillah?
Berbaloikah kita melukakan atau menyakitkan hati mereka dengan niat mengejar syurga? sedangkan syurga itu di bawah tapak kaki ibu kita? 

Usaha lah..
Cuba yakinkan mereka dengan mujahadah kita.
Bagaimana?
Tunjukkan akhlak yang baik kepada mereka. Or at least, better than diri kita sebelum ditarbiyah.
Moga-moga Allah perbetulkan langkah kita, dan membuka hati ibu dan bapa untuk menyokong jika ianya benar.




ADIK-BERHADEK

Mungkin, kita jenis yang kiasu-miasu (takyah check kamus..) ..
Kita tak dengar music lansung, sampai paluan kompang walimah pun kita rasa nak terbakar.
Pantang tengok movie, trailer pun kita dah naik menyampah.
Jangan kata ikhwah pakai seluar 3 suku, ikhwah pakai jeans pun kita dah usha besar kecik... eh (tiada kaitan dengan inche dolche mahupun inche gabbana)

Tiba-tiba kita diuji...
adik kita sendiri main game tak henti! Kakak kita duk bermatsurat One Direction tiap-tiap hari!
HAAA! Amekau! Apa kita nak buat?
Hapuskan semua tu? Bakar playstation? Ambik hard disk penuh korean drama kepunyaan kakak dan bagi makan lembu?? Benarkah itu semua perlu?

Anologinya begini,
Jika anda terlihat seorang yang sedang lemas, apakah tindakan anda untuk menyelamatkannya?
Adakah dengan hanya duduk di tepi dan beri arahan supaya dia pandai berenang sendiri sedangkan sudah nyata dia tak reti?
Atau..
Anda terjun masuk ke dalam air, berenang menghampirinya dan selamatkannya?

Apa yang saya ingin sampaikan ialah,
Jika anda kesan yang saudara anda dalam keadaan futur, jahiliyyah dan perlu diubah, selaminya dan cuba untuk menariknya keluar.
Contoh? Jika adik anda seorang gamer tegar, main game dengan dia! .......... eh........ Ya! Main game dengan dia, cuba fahaminya dan tarik dia keluar.
Contoh lagi? Abang anda semangat nak tengok match FIFA, anda tengok sama-sama dengan dia.. pastu boleh ajak dia qiam sekali ye dak?
Elakkan mengikut perkara yang melanggar syariat. Seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.
Tapi awas.... Jangan pula kita yang terikut lagha sama-sama. Sedangkan menjadi penyelamat bagi orang yang lemas pun punyai risiko diri sendiri yang lemas, inikan pula menyelamatkan saudara yang sedang hanyut dalam arus ghazwul fikr.

Tiba masanya mereka yang terasa diri mereka mampu membimbing ini ‘turun padang’, bukan hanya memaksa orang mencari cahaya yang mereka sendiri belum pernah nampak... Selamatkan permata yang hilang kilauannya kerana tertimbus dalam lumpur, tapi kita perlu menyelam dalam lumpur itu dulu.

Susah? Siapa kata dengan bersenang-lenang kita boleh masuk syurga?

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan” [At-Tahrim : 6]




Ramai, termasuklah diri ini, sibuk mengejar sesuatu... tetapi tidak sedar, yang dikendong berciciran... Keluarga sendiri dilupakan..
Bayangkan alangkah seronoknya jika kita berjaya masuk ke syurga, dan dapat bersama-sama keluarga kita di syurga juga..


Ini juga mujahadah... percayalah..  


Undangan Terbuka.. Ya! semua dijemput

Tinggalkan panda.. Tinggalkan babi seketika..
Ada pengumuman mustahak hendak dicerita..

ehem...
Sebagai pendahuluan,
Saya ingin memohon maaf yang sebesar panda kepada ahli-ahli keluarga, ustaz ustazah, murabbi-murabban, sahabat-sahabat rapat serta kenalan kerana perkara ini berlaku secara tetiba..
Maaf juga kerana tak hantar kad secara personal.. maklumlah.. gula dah mahal.. kena berjimat cermat..

Sebenarnya ianya telah dirancang oleh saya dan ibubapa..

Bukan setakat masak-masak, malah saya juga telah fikir secara overcook mengenai perkara ini. 
Ianya melibatkan kehidupan dan masa depan.

Tarik nafas panjang-panjang.. Tahan.. Hembus..

Nah...





Aku tahu.. Aku tahu.. Relaks..
Ianya melibatkan kehidupan selepas ni.. Dan kehidupan selepas mati..
Aku tak terburu-buru..

Sebab tu aku nak share persediaan-persediaannya agar dapat ditambah apa-apa yang patut dan mungkin juga kalian boleh ikut amalkan..



PERTAMA : cuba keluar dari fasik..

Aku sedar yang aku banyak dosa,
Dosa kecik, dosa besar,
Dosa yang sama aku ulang-ulang,
Aku tahu Allah maha pengampun,
Tapi selama ni aku buat main-main dengan sifat pengampun Allah.
Aku jadikan alasan untuk ulangi dosa..

Kalau boleh, sebelum hari yang dinanti-nanti tiba, aku nak keluarkan diri aku dari kalangan fasik..
Yelah.. Golongan fasik ni tak boleh jadi wali.. Ehem..

Aku nak mintak pengampunan Allah..
Aku nak tinggalkan dosa yang nyata,
Aku berazam untuk 'tanak ulang dah itu semua'..

Sayonara jahiliyyah.. Cewah..



KEDUA : kukuhkan amalan wajib, tambahkan amalan sunat.

Aku sedar amalan wajib aku tak sehebat para sahabat,
Sebab tu aku perlu mantapkan ia.

Ironinya aku selalu baca surah al-Asr selepas al-Fatihah untuk singkatkan solat,
Sedangkan al-Asr itu sendiri menceritakan kepentingan menghargai masa..
*termenung..

Aku perlu utuhkan amalan wajib..

Sedangkan panda pun datang bersama buluh, sangkar dan habitat untuk menyempurnakan ia,
Inikan pula amalan wajib yang diserikan amalan sunat sebagai pengiring dan penyempurna..

Bukan setakat berdoa sambil memegang kepala isteri saje, banyak lagi amalan sunat yang boleh diamal.. Ecececece...



KETIGA : jangan jadi coklat.

Walaupun sedap, cadbury tiada guna jika ada DNA babi..
Walaupun mampu membimbing, pembimbing tiada guna jika tidak berilmu..

Alhamdulillah majlis ilmu kat selangor ni banyak,
Bahan bacaan mudah didapat,
Aku perlu penuhkan ilmu di dada sementara menunggu hari yang dinanti tiba..
*tetiba tersipu malu..

target untuk menjadi pembimbing yang sejati..



KEEMPAT : warm up

Kata orang, kalau nak bersenam tak warm-up bahaya..
Inikan pula kalau tak bersedia untuk hari yang sepanda ini..

Aku akan cuba tingkatkan puasa sunat,
Lazimkan diri dengan surau dan masjid,
Lakukan juga amalan-amalan fizikal untuk get into shape.
Selalu bangun malam, tahajjud, muhasabah diri..
Selain boleh tingkatkan kesihatan & disiplin diri, aku juga dapat biasakan diri dengan amalan sunat.

Qawiul jism.. Gituhhh!!!



KELIMA : target

Sedangkan kedatangan panda ke Malaysia pun punyai target yang tersendiri oleh Perdana Menteri,
Inikan pula target untuk hari yang sangat dinanti,

Target untuk menjadi soleh mulai sekarang,
Taknak dah 'berqiam korea' , 'bermatsurat-onedirection' dan 'bertilawah twitter'.....

Perlu ada matlamat, harini mesti lebih baik dari semalam, esok mesti lebih baik dari hari ini.
Bukan setakat menghalang diri dari makan coklat yang ada DNA babi,







Pada bulan Ramadhan, pahala amalan kita akan dilipat gandakan,
Allah membelenggu syaitan untuk memudahkan kita mengejar amalan,
Fastabiqul khairat..

Dianugerahkan pula kepada kita, ummat Nabi Muhammad saw peluang untuk mencari malam lailatul qadar yang diibaratkan seperti seribu bulan.
Dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka.
Peluang kita untuk mensucikan diri kita.
Mana mungkin kita dapat beribadat all-out pada bulan tersebut jika tiada persediaan sebelumnya.

Para sahabat yang bersama Rasulullah s.a.w menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan.
Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan, mengharap agar bertemu dengan Ramadhan.
Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan doa agar amalan di bulan Ramadhan diterima. [rujuk Lathaif Al-Ma’arif, ms. 264]

Saudara pembaca yang mulia, di manakah taraf persediaan kita?
Moga bersemangat mempersiapkan diri untuk Pencipta, lebih dari persiapan diri untuk jodoh kita.



Allahumma Ballighna Ramadhan..
baca balik 5 persediaan Ramadhan tersebut dengan penuh penghayatan :)
jom sama-sama kita hayati ruh ramadhan,
maaf ek??.. serious maaf..
diharap korang dapat bersama-sama trick kawan-kawan untuk konspirasi menyuntik semangat ramadhan ini..
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH *evil laugh*

nota tapak kaki : terima kasih kepada pembaca yang mengingatkan saya supaya menyemarakkan 'ruh' ramadhan.. jazakallah khair

HOT POST!!