Teme's GANG

Bekasnya Sekeping Hati

Seperti bekas kosong,
Hati itu terdedah untuk diisi,

Ia bosan,
Ia meronta untuk dipengaruhi,
Bergantung kepada sang pemilik hati,
Bahan apa yang ingin dipenuhi.

Terutama hati pemuda,
Kerana ia terdedah untuk digoda,
Kalbu yang belum mature,
Akan terpengaruh dengan apa yang ada,

Jika ianya tidak dijaga,
Kelak ia binasa..
penyakit wahan akan mula berkuasa..





kerana sifat manusia yang ingin memuja,
maka diwujudkan icon-icon dunia,
yang digambarkan seakan-akan sempurna,


Carilah Allah,
Carilah Rasulullah,
letak di hati.
Sebelum anasir luar cuba mengisi,
kalau tak, cari je bini

Macam mana?
  • Cari sahabat yang bertakwa, baik.. Moga keharumannya tercalit pada kita.
  • Kurangkan perkara sia-sia dari masa ke masa. mungkin dengan mengurangkan movie marathon & runningman marathon?
  • Berjinak-jinak dengan majlis ilmu, moga Allah beri kefahaman akan apa yg hak & batil, keluar dari kejahilan. Because being an ignorant muslim is too mainstream.
  • Sibukkan diri dengan perkara bermanfaat.

MaafGurauJanganMarah
hati itu asalnya bersih.. anugerah dari Allah..
tapi kita yang mengubahnya..
...................................
akhir-akhir ni.. aku suka buat post ringkas..
memberi lebih banyak ruang berfikir daripada menyampaikan pemikiran..
less is more..
assalamualaikum...

HOT POST!!