Teme's GANG

Tudung (sharing is caring).....

Assalamualaikum..

masa type nie, teme banyak kali terfikir... mesti banyak hilang kawan kalu post pasal topic nie... tapi, sedar-sedar.. syaitan tengah menghasut, so teme continue writing.. lalalala~~

sebelum apa-apa..
teme nak cerita satu pengalaman teme semasa PLKN dulu... Seorang pelatih yang beragama Sikh ditanya oleh jurulatih...
JURULATIH : kenapa kamu potong rambut? bukan ke wajib ker orang Sikh simpan rambut?
PELATIH : hmm.. its macam orang islam jugak, bertudung tu wajib tapi tak pakai pon.. hahaha

SHARING IS CARING... bukan nak "sound" la or whatever tapi ibarat macam study group untuk menghadapi peperiksaan (untuk jawab soalan2 di alam barzakh)..

First of all, baca perbualan nie dan nilai sendiri. (kalu xjelas, klik pada picture)

tak pahamlah manusia macamnie... kita kene ingat... kita hidup untuk mati (pikir betol2) teme doakan anda bukan dalam kalangan orang2 nie...

Susah sangat ke nak pakai tudung? i mean "really" pakai tudung mengikut islam.. teme dari kaum Adam so pertanyaan ini ikhlas dan bertujuan untuk menyelami diri kaum Hawa (komen kat bawah )...
chop2!! 
sebelum beri pandangan, tepuk dada, tanya iman... :) i really need to know and understand your inconveniences in bertudung...


Sebelum berhujah lebih dalam (ceh!!) teme nak kemukakan pandangan.. Setuju tak, sepatutnya "individu2 yang dikenali dan disegani" tampilkan imej bertudung dengan sempurna dahulu.. islam boleh meresap masuk ke Tanah Melayu dulu pun sebab Sultan memeluk islam dan diikuti rakyat...

Contoh : seorang Raja Permaisuri Agong yang paling teme respect! (adakah bertudung dapat memalapkan kejelitaan beliau? tak lansung!)
Sepatutnya, individu2 yang menerajui negara ni boleh start pakai tudung... sebab ianya bukan sahaja tuntutan Allag.. Raja Permaisuri Agong sendiri pakai tudung :D... Paling terharu teme tengok Raja Permaisuri Agong bertudung sewaktu menghadiri Royal Wedding di London... Perrghhhh!seriously respect habis !!

Certain people cakap nak mula bertudung bila dah kawin, bila dah pegi umrah/haji, bila dah dewasa, etc.. n paling kelakar jawapan ni "BELUM DAPAT HIDAYAH"...
saudara/saudari... hidayah dah turun pada kita sejak 1400++ tahun dulu (rasulullah dan Al-Quran)..
ada yg kata tak sampai hidayah dalam bentuk seruan yang meresap ke dalam diri.. ceh.. tapi mana nak dapat hidayah kalau sendiri tak mahu cari?
IBARATNYA : anda menunggu gaji dari majikan, sedangkan anda tidak mempunyai pekerjaan! pelik kan??
 tapi itulah hakikat..
And janganlah bertudung untuk mematuhi peraturan dunia sahaja... (example sekolah dan PLKN) pakai lah tudung kemana2 sahaja... kepada yang ada niat macamnie.. baik hentikan, sebab once anda dah buka tudung, syaitan akan menyuntik sifat segan untuk bertudung dalam diri anda kerana tidak mahu diejek sahabat terdekat anda.. am i right? :)


KEPADA YANG BARU BERTUDUNG

ini maklumat penting taw! kalau anda semua ada "ter"upload pictures tidak bertudung kat mana2 website diwaktu kejahilan anda, teme sarankan, delete sebelum terlambat.. Walaupun anda dah bertudung, jika ada individu yang lihat gambar anda tidak bertudung, dosa jugak (tak ke rugi macamtu?)

Nah... siap dengan "manual bertudung" lagi teme bagi..


come in packge with the picture above :)


KEPADA YANG SAYANGKAN IBUBAPAmulut yang manis dan otak yang berangan2 selalu cakap nak balas jasa ibubapa kan? (kalau tanggapan teme mengenai ini salah.. sila bagitahu..) Tapi, kalau tak bertudung ibarat macam "menikam ibubapa dari belakang"..
(hamboiiii!! ayat jage sikit ye teme!!)
dahtu, kalau anda duk tambah dosa ibubapa anda dengan dosa yang anda sendiri lakukan... ayat apa yang paling sesuai?

Bagi sesetengah individu (teme salah seorang) akan terfikir macam nie kalau tengok golongan yang tidak bertudung nie, "Ibu dan Bapa budak nie tak menjalankan tugas sebagai ibubapa dengan betul ker?" so, jangan menconteng arang ke muka ibubapa korang kepada individu yang berpandangan seperti teme.. hahahah!

teme tak berani lagi nak kupas dalam2 (iman belum mantap), sekadar berbincang perkara surface sahaja... :) PEACE

HOT POST!!