Teme's GANG

Royalti buku Teme Abdullah

Disclaimer: Post ini bukan clickbait. Sejujurnya, awal-awal aku cakap, kalau kalian mencari jawapan berkaitan angka dalam artikel ni, aku tak sentuh pun pasal tu 😅. Aku hanya ceritakan secara umum berkaitan royalti buku yang aku terima.



Aku mula menulis masa tahun akhir pengajian di universiti.

“Bukan ke architecture course yang busy? macam mana Teme boleh siapkan buku masa final year?”

Macam jurusan-jurusan lain jugak, architecture pun sebuah course yang tidaklah senang. Busy. Lebih-lebih lagi di tahun akhir. Cuma apa yang aku lalui berbeza sikit. Situasi yang aku alami telah membuatkan aku rasa paling free masa final year.

Masa first year, para mahasiswa rata-ratanya masih dalam mood ‘lek-lek, baru start kot’. Masih dalam mood bercuti. Lagi-lagi pelajar luar negara yang baru datang ke United Kingdom. Inilah tahun mereka untuk berjalan-jalan mengenali ‘dunia baru’, jalan-jalan keliling Europe, try makanan-makanan best, main salji etc. Dan memang betul, awal-awal semester tu tidaklah sesusah final year.

Cuma, aku berbeza sikit. Masa aku baru sampai London, aku takda masa untuk ber’vacation mood’. Dengan keadaan takda biasiswa, dengan keadaan tuition fees belum habis bayar, dengan keadaan nak fikir duit makan minum, dengan keadaan nak sesuaikan diri kat tempat baru, dengan fikir pasal duit poket, duit baju sejuk, transport, bilik sewa, bil-bil, dan sebagainya, aku terpaksa buat macam-macam benda sebagai ikhtiar mencari solusi. Kurang cerdik kalau aku nak join vacation mood jugak. Kene ukur baju di badan sendiri. Aku kene usaha, taknak mengemis.

Tipulah tak jealous dengan orang-orang yang boleh ‘bercuti’. Tapi perasaan tu tak menganggu aku sangat sebab aku ada banyak lagi bende nak difikir. Allah sibukkan aku dengan usaha mencari solusi, bukan usaha merungut. Apa-apa pun, aku kene jugak habiskan degree dengan cemerlang.

Kalau dapat tidur 3 jam sehari tu pun aku dah bersyukur sangat. Aku banyak mencari akal untuk survive sebagai manusia biasa, dalam masa yang sama aku first year architecture student. So, memang sempit & sesak sangat masa tu. Semua ketentuan Allah itu ada hikmahnya. Sebagai hamba, aku yakin dan buat yang terbaik je untuk survive.

Melangkah ke tahun-tahun berikutnya, alhamdulillah aku dah semakin dapat rentak. Dulu rasa macam sesak, rasa macam takda masa free langsung. Tapi bila dah terbiasa, aku tak rasa susah sangat dah. Dah mula pandai cari duit sikit-sikit kat negara orang. And aku dah boleh mula fokus pada study. 

So, bila melangkah ke tahun akhir pulak, aku dah selesa hidup kat London. Takda lah sampai hidup senang. Masih terkapai-kapai. Cuma aku dah tak rasa sangat macam orang asing. Alhamdulillah, duit pun dah takyah fikir sangat dah. Tak macam masa mula-mula dulu. Jadi, boleh dikatakan aku boleh fokus betul-betul pada ijazah untuk final year masa tu. Tapi….. Keadaan yang sedikit selesa tu buat aku rasa macam kurang busy pulak hahaha. Aku pun cari ‘kerja’ apa untuk dibuat so that aku sentiasa rasa busy. A few months later.... Tadaaaa! Lahirlah my first book Pelukis Jalanan.


DUIT BUKU PELUKIS JALANAN

To be honest, aku pun tak sangka yang buku Pelukis Jalanan dapat sambutan sebegitu sekali. Dahlah itu buku pertama aku. Aku menulis untuk share pengalaman je, tak sangka ia meletup. Masa mula-mula dapat tahu buku aku duk kat rak best sellers, nervous dia takleh bawah bincang. “Dahla dahla.. jangan lama-lama sangat bestseller… buku aku bukannya bagus sangat pun. Banyak lagi buku bagus.... Buat malu je kat penulis-penulis hebat yang lain,” macamtu lah aku rasa. Tak yakin langsung. Aku takut ada mana-mana penulis hebat baca buku aku, and aku akan malu dengan quality penulisan sendiri. Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya. Lepas MPH, buku tu best sellers kat Popular Bookstores pulak. Lepastu kat SMO Bookstores. Lepastu kat Kinokuniya, dan macam-macam lagi. Nak nangis weh masatu…. tak sangka. Bertahun buku tu bestseller.

Tapi,

Awal-awal lagi aku dah cakap kat publisher, jangan bagitahu aku berapa jumlah buku Pelukis Jalanan yang terjual. Aku taknak tahu dan aku takkan tanya. Dalam masa yang sama, ramai orang post ranking bestsellers kat social media. Jadi, aku sedar je yang buku tu bestseller kat kedai-kedai buku di Malaysia. Aku sedar je ia banyak terjual. Cuma aku tak tahu pun berapa.

Ada sebab kenapa aku taknak tahu berapa jumlah buku yang terjual. Salah satunya ialah sebab aku sedar hati aku tidak kuat. Aku takut niat aku dalam bidang penulisan ni tersasar. Aku takut bila aku dah mula tengok hasil wang daripada penulisan, aku akan menulis untuk duit, tersasar niat. Aku taknak bende tu terjadi. Biarlah aku sekadar tahu buku aku bestseller, aku taknak tahu more than that. Lebih-lebih lagi soal keuntungan. So, for the first few years, aku memang tak tahu pun berapa royalti yang aku bakal dapat daripada Pelukis Jalanan.


FIRST TIME DAPAT ROYALTI BUKU

Selalunya, penulis akan dapat royalti paling cepat setahun selepas buku itu terbit. Untuk aku pulak, first time aku terima royalti buku ialah masa aku dah habis degree, and dah mula berkerja sebagai Architectural Asistant pun kat London. Masa tu aku dah ada kerja & pendapatan tetap. Alhamdulillah… Hidup jauh terasa lagi mudah daripada zaman susah-susah masa study dulu. Maha suci Allah yang berkuasa meletakkan ujian pada seseorang, Dia jugalah yang berkuasa memberi jalan keluar. Jadi, aku takda lah sampai tertunggu-tunggu untuk dapat royalti buku. Aku tak ternanti-nanti. 

Sampailah satu masa, penerbit buku approach aku untuk brief tentang cara pembayaran royalti kepada aku. Sebab dah tiba masanya diorang bayar royalti aku. Tapi masa tu aku masih tak tengok berapa royalti yang aku dapat! Semuanya masuk ke akaun bank di Malaysia. Dan aku buat tak tahu je. Kalau aku tengok angkanya pun, itu hanya untuk bayar zakat dan lain-lain bayaran yang berkaitan. Selebihnya, aku anggap duit tu macam tak wujud.

Aku ada cita-cita untuk terus jadi penulis. Aku nak bercerita, aku nak berkongsi, aku nak sama-sama membina diri dan masyarakat. Jadi, aku akan usaha sedaya upaya untuk tidak menulis kerana duit. Aku akan cuba sedaya upaya cantas mana-mana ruang untuk syaitan usik niat asal aku.

Untuk lari daripada masalah financial, aku bekerja keras untuk pastikan aku tiada masalah ekonomi personal. Bila aku dah rasa duit aku cukup, hidup aku dah selesa, dah boleh kasi duit banyak kat parents, masa tu barulah aku mula tulis buku kedua iaitu Arkitek Jalanan. Aku boleh menulis dengan lapang tanpa terikat dengan apa-apa melainkan matlamat dan niat asal aku dalam bidang penulisan.

Dan alhamdulillah….. Sehingga ke hari ini, aku hidup dengan duit architecture & beberapa kerja sampingan je; tidak sentuh duit royalti buku. Ya… jumlah yang aku dapat daripada royalti buku tak pernah terusik.


ROYALTI BERAPA BANYAK?

Macam yang aku cakap tadi.... Aku tak teliti pun.... Serious..... Bila aku dapat maklumat daripada publisher yang wang royalti aku dah dimasukkan, aku sekadar tengok je. Pastu bayar zakat dan lain-lain bayaran yang berkaitan. Aku tak kira pun adakah royalti itu terkurang atau sebaliknya. Aku yakin, insyaAllah pihak publisher tak tipu duit royalti penulis. Kalau berlaku penipuan, aku tak rugi pun. Akhirat kan ada.

Jadi, aku memang tak ingat angka spesifik.

Tapi buat yang nak tahu secara kasar, terutamanya kepada mereka yang menyimpan minat untuk menulis buku.... Apa yang aku boleh cakap ialah, kalau kalian bersungguh-sungguh nak menulis, cukuplah aku bagitahu yang insyaAllah pendapatannya dah terlebih cukup daripada apa yang kalian perlukan. Nak jadi penulis sepenuh masa pun boleh. Jaga urusan dengan Allah, Allah akan jaga urusan kau di dunia. Kejar dunia, tapi letak dunia hanya di tangan, jangan biar ia masuk ke hati.


TAK PERNAH SENTUH DUIT ROYALTI

Iyaaaa… Setakat ni, setelah 4 tahun since buku pertama aku, walaupun aku dah menulis 6 buku, aku tak sentuh pun duit royalti. Aku laburkan dalam tabung haji untuk manfaat mereka yang bakal menunaikan haji.

“Tapi hibah tabung haji sikit kan? 1.25% je kan tahun ni? Kenapa tak labur tempat lain? Banyak lagi boleh untung!”

Kan aku dah cakap. Niat aku laburkan duit kat situ sebab nak tolong orang pegi haji je. Untung tak untung tu belakang kira. Bukan untung yang aku cari. Kalau tak, aku boleh je naikkan quota untuk T Planner tahun lepas. Ia habis dalam masa 3 hari daripada keseluruhan 7 hari pre-order. Kalau aku nak untung, aku boleh je increase limit kepada lebih banyak daripada 11,111 dan teruskan buka preorder sehingga hari ke-7. Tapi itu bukanlah matlamatnya. Aku dah kata limitnya 11,111… maka aku akan berhenti pada 11,111. Nilai exclusive sesuatu perkara itu melebihi keuntungan. Jadi tahun ini pun, aku akan hadkan jumlahnya juga. Itu akan diberitahu kemudian insyaAllah.

Moga-moga secebis usaha aku ni dapat membantu lagi ramai orang Malaysia pegi haji insyaAllah. One day, mungkin duit ni boleh digunakan untuk manfaat masyarakat yang lebih besar kan? Who knows?

Mungkin juga aku boleh gunakan ia untuk kos rawatan penyakit yang aku ada sekarang? Haaaaa... Tapi itu bukanlah yang utama. Banyak lagi manusia yang aku boleh bantu dengan melaburkan wang itu dan beberapa saluran lain yang aku taknak ceritakan kepada umum. Membantu lebih ramai orang lain lebih baik daripada merawat diri aku yang hanya seorang. Tapi tengok jugaklah, kalau dah kronik sangat, aku terpaksalah rawat diri sendiri. Hahahahaha.

We’ll see…. kalaulah satu hari nanti aku masih ada perasaan ‘lapang’ macam final year dulu, aku akan cari something baru untuk dibuat. Mungkin aku akan bukak scholarship sendiri untuk bantu student yang ada masalah sama macam aku mula-mula sambung belajar dulu? Mungkin juga bukak rumah anak-anak yatim? Allahualam… Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Kalian doakan juga ye? 

Doakan aku jadi individu yang boleh bagi manfaat pada ummah dan masyarakat. Berjaya dunia akhirat. Dan aku doakan moga-moga kalian dapat kebaikan yang berlipat kali ganda daripada doa ikhlas kalian kepada orang lain... Aminnnn..

Banyak sebenarnya plan-plan aku di masa hadapan kalau umur panjang. Setakat ni cukuplah sekadar menjadi penulis, pelukis & penghibur dengan identiti Teme Abdullah, dan menjadi seorang professional dengan identiti aku di sebalik Teme Abdullah

Dan kalau aku mati sebelum plan-plan aku berjalan, biarlah duit-duit tu diuruskan oleh ibu bapa aku. Ia jadi hak mereka…. Kiranya macam wasiat jugak lah ni 😉

86 comments:

  1. May Allah bless you, you deserve happiness here and hereafter. Keep humble and get well soon, شفاك اللّه شفاء عاجلا

    ReplyDelete
  2. May Allah bless you, you deserve happiness here and hereafter. Keep humble and get well soon, شفاك اللّه شفاء عاجلا

    ReplyDelete
  3. Hehe alhamdulillah i am so happy for you Teme! Knowing what u have been through.. Keep flying high Teme! We all will always support you.

    ReplyDelete
  4. Smoga dprmudahkan semuanya 😄😄

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Teme atas perkongsian. Mengingatkan tentang menulis bukan semata2 kerana royalti dan populariti tetapi lebih kepada penyampaian konten kepada pembaca. Moga Allah merahmati Teme sekeluarga, dikurniakan keafiatan dan stay humble always!

    ReplyDelete
  6. Teme.. Doakan saya sentiasap jaga urusan dengan Allah. Dan doakan saya dipermudahkan utk kahwinn. Hehe

    ReplyDelete
  7. Macam mana la kitorang ni tak suka dengan Teme. Cantik sangat peribadi awak Teme, mulia ��♥️
    Doakan saya berjaya jugak ��
    Get well soon Teme

    ReplyDelete
    Replies
    1. btw nak tanya, teme sakit ape eh? yg penyakit gagap tu ke yang mane ni?😅

      Delete
  8. Tahniah Teme, kekal menjadi misteri di sebalik nama yang ringkas

    ReplyDelete
  9. Thank you for writing to us, teme ..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Semoga niat terus berada di landasan yg betul. Sy pun suka menulis. Tp itulah, sekadar utk bacaan sendiri.

    ReplyDelete
  11. Hai teme, mulianya hati teme, semoga saya dapat hati yang ikhlas macam teme. Doakan saya ea😊
    ~sna

    ReplyDelete
  12. Your writing sangat humble and honest teme. Tu yang baca sekali terus terpaut. Even my 9 years old pon adores you.

    ReplyDelete
  13. bagus teme, niat menulis buku bukan kerana Wang tapi kerana Allah. semoga buku teme dapat membawa masyarakat untuk lebih dekat dengan Allah s.w.t. mabruk!

    ReplyDelete
  14. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk teme, semoga teme dapat terus menulis dan beri inspirasi kepada semua orang. Syafakallah teme 😎 your readers will always pray for you .🌸

    ReplyDelete
  15. Apa pun yang Teme lakukan, semoga dipermudahkan-Nya. Teruskan memberi inspirasi buat semua.

    Dan semoga cepat baik, Teme!

    ReplyDelete
  16. Jujur aku kata, teme ni sangat bijak menggunakan bakat! Teme adalah aset yang amat berharga untuk ummah. Aku bangga dengan peribadi teme, sangat menjaga akhlak, kerbakatan wang dll. Moga kita semua dan generasi seterusnya dapat mencontohi akhlak teme! Allahumma ameen😊

    ReplyDelete
  17. Jujur aku nak cakap, teme sangat bijak menggunakan bakat! The fact is, teme merupakan aset berharga untuk ummah. Aku srs kagum dngn peribadi dia esp menjaga keberkatan wang. Moga kite semua dan juga generasi seterusnya mencontohi peribadi murni beliau. Moga syurga jadi milik kita smua. Allahumma
    ameen😊

    ReplyDelete
  18. Jujur aku kata, teme ni sangat bijak menggunakan bakat! Teme adalah aset yang amat berharga untuk ummah. Aku bangga dengan peribadi teme, sangat menjaga akhlak, kerbakatan wang dll. Moga kita semua dan generasi seterusnya dapat mencontohi akhlak teme! Allahumma ameen😊

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Semoga Allah mudahkan niat baik teme. Semoga hidupnya dan keluarga diberkati dunia dan akhirat. 👍

    ReplyDelete
  21. May Allah grant you the highest place in jannah and everyone of us. Amin

    ReplyDelete
  22. Teme ni sangat hebat peribadinya ... sgt berbakat dlm penulisan dan lukisan, tinggi budi pekertinya... Alhamdulillah mnjadi ank ygvsoleh dan kebanggaan ibu bapa. Teeuskan berkarya!

    ReplyDelete
  23. May Allah always guide your paths in this temporary dunya and lead you to His eternal jannah. Keep writing. We need more pple like you (with this kind of writing) to remind us about His Greatness, and how we should always put Him first before everything. TYVM teme :)

    ReplyDelete
  24. Amiin smoga Allah permudahkan segala urusan teme :) bnde baik InshaAllah segalanya akn berjalan dgn lancar!

    ReplyDelete
  25. rezeki Allah takkan salah alamat. macam2 kau lalui kan... tu baru yg kau cerita. I don’t know maybe I’m very admire you now

    ReplyDelete
  26. Penulisan Teme selalu menjadi inspirasi untuk saya berubah. Alhamdulillah.. Thanks Teme. You'll always be my favourite author and singer (🙈) . I loves your voice.. Semoga Teme diberi kesembuhan buat penyakit Teme dan semoga Allah merahmati segala usaha Teme sebagai penulis buku yang berjaya. InsyaAllah may Allah bless you and your family always. Dari peminat Teme sejak 2017. Lots pf love 💞. Teme... Terima kasih banyak kerana dah kongsikan banyak kisah yang menarik dan mencuit hati serta kisah yang banyak memberi pengajaran dan inspirasi buat saya. I'll always support you from here 😘

    ReplyDelete
  27. Speechless and i pray u will get everything that u wish/want. Stay happy,healthy and handsome hee. May Allah ease everything :)

    ReplyDelete
  28. Teme, awak memang inspirasi masyarakat. Teruskan menulis. Teruskan menginspirasi. Teruskan berkongsi. Teruskan menjadi penghibur kami. May Allah ease everything for you, Teme!

    ReplyDelete
  29. Teme, awak memang inspirasi masyarakat. Teruskan menulis. Teruskan berkarya. Teruskan berkongsi. Teruskan menginspirasi. Moga segala niat baik Teme dibalas dengan sebaik-baik ganjaran. May Allah ease everything for you, Teme!

    ReplyDelete
  30. Aamiin. In shaa Allah apa yg teme impikan jadi kenyataan. Orang kata niat yg baik biase Allah permudahkan. So yaa teruskan usaha okay�� saya eh bukan KAMI sangat perlukan orang yg memberikan motivasi plus selitkan hukum hakam agama dalam penulisan. Thank you

    ReplyDelete
  31. Terima kasih Teme utk perkongsian, peringatan dan nasihat. Semoga Teme sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah, mendapat syafaat nabi di akhirat kelak dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain

    ReplyDelete
  32. Masha allah bro, u did it so welo, moga allah sentiasa jaga hati teme dan diberi kesihatan yg secukupnye. Hampir2 menitis air mata xtau pasaipa. Doakan saye dapat sambung belaja juga ya.dah 2 tahun berhenti belajar, belun sambung ipta or apa2 lagi. Tp alhamdulillah allah bagi kesempatan cari modal utk sambung nnti. Insha allah kalau xde halangan tahun ni nak sambung ke mesir ❤️ terima kasih utk penulisan indah ni����

    ReplyDelete
  33. Bersyukur nya saya dapat baca semua buku teme.dgn membaca penulisan2 teme la jd semangat utk saya mula kan langkah untuk berubah jd org yg lebih berguna.terima kasih byk teme sebab selalu tunjuk kan cara lain untuk berfikir dan membuat kebaikan.. Semoga Allah sembuhkan teme dan berikan kekuatan pd teme untuk mengharungi ujian penyakit tu..stay strong teme ����kami akan sentiasa doakan teme ��

    ReplyDelete
  34. MashaAllah.. Very inspiring.. Even my 13yo daughter is addictive to ur books.. She actually bought your latest book with her own pocket money.. She said she likes reading your stories.. May Allah bless you, keep you steadfast and eases everything you do, and gives you KHAYR in this dunya and akhirah.. And gives you shifa' too.. Aamiin

    ReplyDelete
  35. Semoga sentiasa dipermudahkan dalam semua urusan

    ReplyDelete
  36. Allahu akbar suka saya baca coret Teme. Terima kasih sangat² atas perkongsian ni. Segalanya bermula dengan niat Insya-Allah dipermudahkan. Apa-apa pun kami doakan Teme diberi kesihatan yang baik dan semoga Allah merahmatimu serta keluarga. Aamiin...

    ReplyDelete
  37. May Allah bless you and grant your wishes... Teme if nak selamat Instead of wasiat, if we give hibah they still got 100% protection kan?

    ReplyDelete
  38. All the best Teme..!!adik saya minat sangat penulisan Teme.Sekarang dia tengah sambung belajar Architecture di Tasmania Australia masih atas pembiayaan sendiri..melihat kesungguhan yang Teme pamerkan sepanjang perjalanan menjadi seorang arkitek memberi inspirasi dan kegigihan untuk adik saya meneruskan perjalanan hidupnya sebagai siswi arkitek di bumi kangaroo.Doakan adik saya berjaya menamatkan pengajiannya seperti Teme ye!!Arkitek yang dapat berkhidmat untuk ummah..!InsyaAllah..Ameen..

    ReplyDelete
  39. Beautiful write up from you. Thank you for all the sharing stories Teme. Take care of yourself. Stay healthy!

    ReplyDelete
  40. Always do ur best teme!! Thankyou for keep inspiring us😊

    ReplyDelete
  41. Teruskan memberi manfaat teme. Sebaik2 manusia adalah yang memberi manfaat pada orang lain. Dan tolong doakan kami agar tergolong dalam golongan tu. Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, jadi anak yang soleh. Biarpun dirimu tidak dikenali, tapi aku percaya Allah sangat sayang dengan orang sepertimu, teme. Moga anak2 muda lain terinspirasi dengan kisahmu.semoga berjaya dunia akhirat,teme.

    ReplyDelete
  42. Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  43. kan bagus kalau semua orang macam teme🌹

    ReplyDelete
  44. Teruslah menulis. Cabaran bekerja sebagai arkitek di luar negara.

    Teruskan juga hasrat membantu orang lain.

    ReplyDelete
  45. Awak dah menyumbang sesuatu yg besar Dan percayalah impak yg juga besar terutama utk pelajar yg ada nasib lebih kurang sama dgn awak. Utk kesihatan, moga Allah permudahkan urusan teme Abdullah dlm merawat penyakit. Ameen ya Rabb alamin.

    ReplyDelete
  46. Beruntung parents ada anak seperti teme ! Apa yg teme lakukan sentiasa memberi inspirasi kepada manusia lain. Semoga dipanjangkan umur untuk memberi lebih banyak perkongsian yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  47. Terima kasih diatas perkongsian dan nasihat yg diberikan. Betapa beruntungnya parents teme ada anak seperti teme. Setiap apa yang dilakukan pasti akan terinspirasi. Tak minta lebih Semoga Allah panjangkan umur Teme agar dapat berkongsi lebih banyak perkara-perkara yang bermaafaat.

    ReplyDelete
  48. Sooooo proud jadi fans Teme Abdullah. Aku pon seorang blogger but ur blog better than me. Aku pon harap benda yang sama, semoga penulisan aku akan membawa kebaikan kepada orang lain. Masalah confident jer yg buat aku takut nak menulis. Teruskan menulis Teme...

    ReplyDelete
  49. Semoga Teme dikurniakan kesihatan dan idea-idea yg bernas..semoga dipermudahkn segala urusan Teme dunia & akhirat 😊..

    ReplyDelete
  50. Semoga teme terus istiqamah untuk memberi inspirasi kepada orang lainn

    ReplyDelete
  51. MasyaAllah.. hebatnya kamu. Semoga lebih ramai lagi berfikiran dan berbakat seperti teme.

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum teme.. Alhamdulillah
    secara jujur, Saya bangga dengan awk. Teruskan jadi contoh utk ummah.. InshaaAllah saya pun ingin lakukan sesuatu utk ummah.. Doakan ya.

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum. Semoga saudara Teme sentiasa dipayungi rahmat Allah. Berjaya dunia dan akhirat. Terima kasih menghasilkan karya-karya yang cantik,kreatif dan bermanfaat dan sudi berkongsi pengalaman pahit manis. Walaupun kita tidak kenal antara satu sama lain, setelah saya baca penulisan saudara, saya rasa saudara bijak dalam memanfaatkan bakat yang Allah anugerahkan. Tidak semua orang mampu mengharunginya seperti saudara Teme. Tapi semangat dan usaha selama ini, saudara Teme berjaya lakukan dan buktikan kepada kami. Untuk idea scholarships dan rumah anak yatim sangat bagus. Semoga impian itu dapat direalisasikan dan jika tidak keberkatan saya teringin chip in sekali walaupun RM10 ��. Boleh ke? �� . Jika boleh jangan lupa bagitau ye ��. Semoga segala urusan saudara Teme sentiasa Allah permudahkan. Doakan saya pun mampu menjadi sekuat saudara Teme untuk capai impian saya ��

    ReplyDelete
  54. Tahniah br. TEME ABDULLAH. Semoga Allah rahmati kamu

    ReplyDelete
  55. Alhamdulillah untuk segala nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita semua. Terima kasih Teme sebb membuka mata kami tentang dunia. Tentang banyak perkara yqng sebelum ni kami tak tahu.. Insyallah.. Semoga Allah mengurniakan kesihatan, ketenangan, kemudahan,rezeki yang tak disangka sangka kepada Teme..

    ReplyDelete
  56. Maha suci Allah permudahkan urusan teme

    ReplyDelete
  57. Taktahu nak cakap apa. Selalu speechless je tgk smua yg teme tulis. Dari blog smpai buku. Inspiring tu tktahu nk ckp mcm mana. Smoga terus jadi asbab manfaat utk ummah teme. Taknak jadi macam teme,tapi nak ikut apa yg teme buat utk kebaikan org lain. Allah bless you brother

    ReplyDelete
  58. Biasa aku baca je blog org, tuh pon kdg x abis baca pon.. Tapi bro, nukilan ko yg aku baru bace nih really gives me goosebumps in many ways.. especially part lillahi ta'ala dan hasrat utk menyumbang kepada org lain.. yg penting, jgn tamak! setiap baris yang aku bace, sbhgnnya sentiasa buat aku slalu terpikir, walopun aku tak mampu menyumbang kepada org komuniti, tp sejauh mane aku bley bantu generasi aku sendiri nt.. in my own way ofcoz.. yg pasti.. best sharing things i ever read~

    ReplyDelete
  59. Alhamdulilah. Semoga kita boleh bertemu dan bertukar buah fikiran di masa akan datang. Terima kasih untuk perkongsian ini. Sangat memberi semangat.

    ReplyDelete
  60. actually teme sakit ape eh? yg gagap tu ke ade penyakit lain? 😅maaf bertanya

    ReplyDelete
  61. May Allah Always bless You my brother and Stay give benefit to people ❤️ Salam dari Terengganu .

    ReplyDelete
  62. InsyaAllah niat yg baik teme pun dsh diberi pahala olehNya. Semoga duit tu boleh jadi sumber pahala yg berterusan di alam sana.
    Semoga teme baik2 sahaja

    ReplyDelete
  63. Moga dipermudahkan segala urusan, Teme & get well soon ����

    ReplyDelete
  64. Teme... I dont why, I dapat firasat yang awak sebenarnya menghidap kanser prostat. Maaf kalau firasat saya ni salah but saya sendiri tak tahu kenapa hati saya kata mcm tu. Apapun, May Allah bless you Teme☺

    ReplyDelete
  65. Semoga Allah memberi kesembuhan & kekuatan kepada saudara dalam mengharungi dugaan hidup di dunia ini...

    ReplyDelete
  66. Terima kasih kerana memberi inspirasi.Semoga sentiasa diberkati Allah swt.InShaAllah

    ReplyDelete
  67. Teme adalah kekuatan saya untuk belajar

    ReplyDelete
  68. Semoga Allah permudahkan urusan Teme dan jaga kesihatan, kurangkan makan aiskrim ^-^

    ReplyDelete
  69. Semoga Allah permudahkan urusan Teme dan jaga kesihatan, kurangkan makan makanan manis ^_^

    ReplyDelete
  70. trima ksih atas sgl prkongsian...moga diprmudhkan urusn..n mnjadi yg brmnfaat utk ummah..💪💪

    ReplyDelete
  71. Assalamualaikum teme... semoga semua urusan awk dipermudahkan ... Saya kagum dgn peribadi awk, perkongsian awk membuatkan ramai yg tersentuh..meemberi manfaat kpd insan2 lain.... Semoga awk terus berjaya.

    ReplyDelete
  72. 2020, harap Teme kembali menulis di blog 😊 mungkin boleh jadi ubat pada peminat Teme yang tertunggu2 kemunculan buku baru?

    May Allah protect you whenever you are right now, Teme. Dari blog ni lah, saya mengenali penulisan seorang Teme. And then you replied my comment at Instagram. It such an honoured. Take care, Teme ~😊 will support your books forever, in shaa Allah jika panjang umur

    ReplyDelete
  73. Subhanallah baiknya hati teme. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan berjaya dunia akhirat. Terima kasih atas inspirasi yang dikongsi.

    ReplyDelete
  74. Subhanallah baiknya hati teme. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan berjaya dunia akhirat. Terima kasih atas perkongsian ilmu dan memberi inspirasi yang sangat baik.

    ReplyDelete
  75. sedihnya. apa2 pun tahnia teme.
    Harap jadi kuat cam teme.

    ReplyDelete

Hai. It's me, Teme. I'm sorry if you have to go through word verification before posting comment(s). I received tonnes of spam comments lately. I had to turn the word verification on 😕. I'm sorry. Jangan jemu untuk komen tau!

HOT POST!!