Catatan
musafir 1
*huruf yang
ditulis dalam italic(huruf senget semacam
ni) merupakan terjemahan daripada perbualan bahasa asing.
Musim luruh,
Oktober 2013..
Pertama kali aku jejakkan kaki pada waktu isyak di masjid berhampiran kawasan aku menetap.
Ketika itu aku masih baru di kota ini, mata meliar melihat sana dan sini.
Suasana asing yang tak biasa aku lalui. Biar aku ceritakan..
Masjid yang
paling dekat ialah 45 minit perjalanan kaki, pintu ke pintu. Hakikat lama
berjalan tidak terasa, kerana barangkali minda asyik memikirkan cuaca sejuk.
Sedang aku
berjalan ke masjid berdekatan, ada satu sosok tubuh yang berlari-lari anak
menuju ke arahku dari belakang, badannya sasa.
Tidak jelas raut wajahnya kerana malam yang gelap. Mungkin juga budaya orang kat sini suka berjogging waktu-waktu sebegini.
Aku berpaling sedikit ke belakang, memerhatikannya di hujung mata. Memang sah dia sedang mengejar aku, naluriku berkata begitu.
“Takkan dia lari ke arah aku kot, aku mana sempat buat kawan lagi kat sini.. YaAllah, aku baru je kat sini, sehelai sepinggang, janganlah Kau timpakan ujian berat, duit aku ada beberapa pound je dalam wallet ni”
Lalu aku
berpaling dan teruskan perjalanan.
Bulu roma mula naik..
Perasaan bimbang semakin menguasai,
berdebar
makin rancak apabila bunyi tapak kaki semakin menghampiri.
Nak lari ke tak nak... nak lari ke tak nak..
Tangannya
mencapai bahuku sebaik sahaja aku mengambil keputusan untuk berlari, membuatkan
aku terhenti.
“Maafkan saya, awak nak ke kelas gusti jugak ke? Budak baru?”
Gusti
apabenda pulak ni..
Kebetulan aku menggalas beg yang seakan-akan beg pakaian
sukan, mungkin itu menjadi asbab pertanyaan. Aku berkerut keliru, pucat sambil mengukir senyuman kelat. Lalu aku menjawab,
“Oh tak tak.. saya menuju ke masjid ni.. baru seminggu saya ada di London ni”
“Oh yeke? Jomlah jalan sama-sama, saya pun nak ke masjid”
Lalu aku
berjalan dengannya sambil bertukar-tukar cerita.
..
..
“Eh... kejap.. Tadi dia kata nak ke kelas gusti? Ni kenapa tiba-tiba kata nak pegi masjid pulak?”
Aku kembali risau, bermonolog
dalaman.
Tingginya
lebih kurang 2 meter, aku pulak standard melayu, 172cm, kalau apa-apa berlaku,
kekuatan fizikalnya pastinya lebih dari aku. Kesilapan besar bila aku katakan
yang aku baru seminggu di London, ini pastinya menjadi berita baik untuk para
peniat jahat.
Sejujurnya..
dalam keadaan sunyi dan gelap sebegitu, otakku secara automatik telah
ter-trigger kepada ‘killing-to-save-my-life-mode’,
apa nak jadi pun jadilah, serious.
Tapi entah macam mana, mulutku terasa gatal mahu bertanya
soalan..
“Awak muslim jugak ke?” “Muslim? Oh takk..” jawabnya sambil ketawa kecil.
Huh sudah..
Ni confirm penyamun tarbus ni..
Aku semakin
menggelabah,
mula menggengam penumbuk dalam jacket tebal, menunggu masa nak
lepaskan ke perutnya jika apa-apa berlaku.
Sedih juga kalau dia berjaya rompak aku, phone pun dah pakai 4 tahun, duit ada 2-3 pound je.
Aku cuba perhatikan dan teliti wajahnya betul-betul bila kami berjalan di bawah lampu, senang nak lukis tunjuk kat polis nanti.
Pusing.. campak beg ke tepi.. tumbuk.. tendang 'bahagian kelemahan lelaki'.. angkat beg balik.. pastu lari sekuat hati..
Itulah cadangan aku untuk selamatkan diri.. Cuma aku perlukan satu lagi bukti yang betul-betul yakinkan aku yang manusia ni memang berniat jahat, lalu aku akan buat seperti yang dirancang.
Sedang sibuk otakku memikirkan modus
operandi untuk melarikan diri, tanpa disedari, dah sampai pun ke masjid yang
dituju dari tadi.. erkk..
Kami berdua
berdiri di depan satu-satunya pintu masjid.
Aku
bajet-bajet tenang, sambil mata menjeling ke arahnya.
Penumbuk
dalam jacket masih tersedia.
Dua-dua
berdiri, tak bercakap apa-apa.
..
..
“Awak nak berdiri kat situ je ke? Boleh tahan sejuk?”
katanya sambil berpaling ke arahku.
Aku terlompat
sedikit menjauhinya kerana terkejut, seakan-akan membuka langkah silat, walhal
seumur hidup tak pernah belajar silat.
Dia berjalan perlahan menuju ke arah pintu masjid dan aku pula masih dalam posisi silat yang tersangat awkward. Keningnya terangkat sedikit, seakan-akan kepelikan melihat gerakan 'seni' aku.
Sebaik sahaja memulas tombol pintu, dia
mempelawaku untuk melangkah masuk dahulu. Aku semakin keliru, terlampau banyak
fakta yang perlu aku hadam dan jadikan konklusi positif.
Kali ini aku yakin
yang dia orang baik, lalu aku melangkah masuk dulu ke dalam masjid..
GEDEBUM!!
Aku
terlompat keluar semula dari masjid kerana ada seorang lelaki tersembam di
hadapan pintu masjid.
Apa benda pulak ni.. Aku bertambah keliru.. ni betul ke
masjid ni.. apa yang aku lalui ni.. Ya Allah terseksanya minda..
Lelaki yang terjatuh tadi
bingkas bangun dan berlari ke arah seorang lagi lelaki yang juga berada di dalam
masjid.
Mereka mula
bertumbuk.. YA! BERTUMBUK..
Aku dah mula
rasa nak lari balik rumah.. keliru..
Tapi mindaku menyuruh masuk dulu, mungkin
Allah nak tunjuk sesuatu.
Aku masuk..
Pandang ke
kiri, pandang ke kanan..
Masjid ini
lebih luas dari jangkaan, kecik dari luar, luas di dalam. Di sebelah kanan ada
ruang solat berkarpet macam masjid-masjid di Malaysia cuma ceilingnya rendah
dan terdapat beberapa halaqah muslim-muslim tempatan. Maju ke hadapan lebih
kurang 20 meter lagi terdapat ruang solat utama dan mimbar, di situ ceilingnya
agak tinggi.
Di sebelah
kiri pula..
Ada
sekumpulan lelaki sedang bergusti..
Lebih
mengelirukan lagi, ianya campuran muslim dan non-muslim.
Mungkin
didikan suasana di Malaysia membuatkan aku tak senang duduk melihat keadaan
seperti ini. Almaklumlah, tengok lambang salib pun orang melayu boleh tergoyah
iman.
Aku berjalan
sedikit ke hadapan menuju ke ruang utama solat. Memandangkan solat jemaah akan
mula 30-40 minit lagi, aku mengambil tempat berhampiran dengan mereka yang
sedang bergusti tadi.
Selepas solat sunat, aku berfikir sambil memerhati..
Ingat balik apa yang aku pelajari selama ini.. jangan biar budaya kebiasaan di
kampung halaman menguasai, buka minda..
..................
Teringat
akan sirah Rasulullah saw.
Diringkaskan
sirah,
ada seorang lelaki bernama Tsumamah bin Utsal Al-Hanafi yang merupakan
ketua Bani Hanifah, raja yang menguasai ‘jajahan’ atau ‘negara’ yang bernama
Yamamah.
Tsumamah bin
Utsal pernah berniat untuk membunuh Rasulullah saw namun dihalang bapa
saudaranya atas alasan tidak mendatangkan keuntungan. Namun begitu, Tsumamah
tak akan melepaskan peluang untuk bunuh sahabat-sahabat Rasulullah saw jika ada
peluang. Kejahatan Tsumamah ni dibuktikan apabila Rasulullah mengistiharkan
darahnya halal.. dengan erti kata lain, beliau halal dibunuh kerana mengancam
kaum muslimin.
Dipendekkan
cerita lagi,
Tsumamah ditangkap oleh para sahabat ketika beliau dalam
perjalanan ke Makkah. Yang menariknya, para sahabat tak kenal yang tawanan
mereka itu ialah Tsumamah bin Utsal.. ayahnda kawasan.. Wanted, dead or alive..
Maka beliau dibawa kepada Rasulullah saw.
Sebaik
sahaja melihat muka tawanan, Rasulullah saw kenal itu ialah Tsumamah bin Utsal
Al-Hanafi yang wanted selama ini. Rasulullah saw memberinya layanan yang baik
dan menjadikannya tawanan di dalam masjid.. ya.. di dalam masjid..
Dengan
‘peluang’ ditahan di dalam masjid yang Rasulullah saw berikan ini, Tsumamah
dapat memerhatikan kegiatan muslim di dalam masjid. Tsumamah tengok para muslim
solat berjemaah, tengok mereka berhalaqah dengan Rasulullah saw, tengok mereka
beramah mesra sesama para sahabat, dan lain-lain.
Dipendekkan
cerita lagi,
Rasulullah saw membebaskan Tsumamah dan beberapa tawanan lagi
selepas beberapa hari ditahan. Dalam perjalanan balik ke kampung halaman,
Tsumamah bin Utsal patah balik untuk berjumpa Rasulullah. Beliau kemudiannya
mengucapkan dua kalimah syahadah dan berjanji taat setia di hadapan Rasulullah
saw, lalu menjadi salah seorang sahabat-sahabat Rasulullah saw yang digeruni..
Panjang lagi
cerita Tsumamah Bin Utsal Al-Hanafi.. tapi cukuplah cerita beliau setakat ini buat artikel
kali ini..
Happy ending
bukan?
............................
Aku kembali tersenyum
melihat mereka yang sedang bergusti tadi. Mereka bukan sahaja dapat belajar
bergusti, malah dapat peluang melihat keindahan islam itu sendiri.
Dapat dengar tazkirah,
Dapat beramah mesra dengan orang yang baik-baik,
dan yang paling penting, mereka boleh bertanya berkenaan islam pada para ustaz.
Kita kata
islam itu indah tapi tak pernah tunjuk,
Seakan-akan ada rahsia dalam masjid kita..
Walhal dalam mazhab Al-Imam As-Syafie, non-muslim dibenarkan masuk ke dalam masjid, cuma dengan syarat menghormati rumah Allah tersebut.
Kebanyakan
masjid di kampung halaman aku (tak sama dengan tempat korang.. dirahsiakan atas
faktor-faktor keselamatan) melarang non-muslim masuk ke dalam masjid. Sampai jadi isu yang besar. Maka tersekatlah
satu cabang kepada non-muslim untuk melihat keindahan islam lalau disuluh
cahaya hidayah.
Ntah-ntah mereka duk pikir masjid ni penuh dengan bom.. kerana
muslim kan sangat popular dengan bom..
ALLAAAAAAHUAKBAR..
ALLAAAAAAHUAKBAR..
Iqamat kedengaran dari ruang utama solat..
Aku pun berdiri..
Bergerak ke
ruang solat utama.. bersedia untuk solat Isyak..
#catatanPelukisJalanan
alhamdulillah.. faham sangat apa yang nak disampaikan,
BalasPadammohon teme buat lagi siri2 cerita pengalaman macamni sambil menyampaikan ilmu pada pembaca.
kadang2 cam tak caya teme ni budak architecture =.="
tahu takpa.
Padammohon share ye teme?
moga kita sama2 dapat pahala sampaikan ilmu.
jalan cerita pun lawak. hahahahaha
yang org bersama tadi tu ke yg bergusti??
BalasPadamorg yg bersama tu pun ahli gusti rasanya.. zaman rasulullah pun ada org bergusti dlm masjid.
PadamTeme sekolah apa ye dulu? Maahad?
BalasPadamtak pernah bosan baca teme punya blog. keep it up!
BalasPadamtak faham.
BalasPadamdkt Malaysia ad ehh masjid mcm tu ?
BalasPadam