Alhamdulillah..
Jika kita teliti & cakna dengan perkembangan islamisasi
di negara kita ni, kita akan nampak perbezaan yang besar terhadap pengamalan
budaya & akhlak islam di masa kini dengan di masa atuk nenek kita.
Kalau dulu, slumber badak je makcik-makcik sidai kain di luar rumah sambil berkemban, Sekarang alhamdulillah, takda dah.. kot.. Dari segi perfileman pula, relaks je filem melayu ada adegan minum arak.
Tapi sekarang kita lebih sensitif, takda dah adegan-adegan tak patut ni.
Masyarakat kita makin ramai yang sedar akan perkara fardhu dan mula
mengamalkannya. Jumlah wanita bertudung pun makin ramai, alhamdulillah..
Ingat musuh islam nak diam je ke dengan islamisasi ni???
Mereka tahu, masyarakat islam makin sedar akan tuntutan
dalam beragama. Susah untuk mereka menarik kita mengikut budaya mereka, tunduk
pada syaitan & mengikut nafsu.
"Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: "...barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka"" -Hadis Riwayat Abu Daud
Tapi adakah tentera dajjal ini akan mengaku kalah dalam mempengaruhi kita??
Pada suatu hari, di sebuah Lodge Freemusang, bertempat di bumi...
Maka General Natang pun tak tidur malam memikirkan cara
menghapuskan iman umat islam.
Dikala umat islam pada ketika itu duk sibuk berbalah tentang isu haram bertunang, isu berselawat dan isu anjing, General Natang sibuk merancang strategi untuk menerobos masuk ke dalam jiwa anak muda islam. Nak tarik mereka jauh dari ajaran Allah, jadikan peneman mereka di neraka. Dalam suatu mesyuarat bersama majlis tertinggi, seorang pegawai kanan General Natang telah bersuara.
Dikala umat islam pada ketika itu duk sibuk berbalah tentang isu haram bertunang, isu berselawat dan isu anjing, General Natang sibuk merancang strategi untuk menerobos masuk ke dalam jiwa anak muda islam. Nak tarik mereka jauh dari ajaran Allah, jadikan peneman mereka di neraka. Dalam suatu mesyuarat bersama majlis tertinggi, seorang pegawai kanan General Natang telah bersuara.
"Begini.. Dari segi perkara yang ketara, umat
islam dah expert, diorang takkan buat perkara-perkara yang bertentangan dengan agama.
Tapi kita boleh buat mereka langgar arahan Allah dengan perancangan yang teliti." Kolonel Taraguna memulakan cadangannya.
"Macam mana?" General Natang bertanya dengan penuh sifat ingin tahu.
"Kita lancarkan serangan pada bahagian 'lembut' mereka."
"Macam mana?" General Natang bertanya dengan penuh sifat ingin tahu.
"Kita lancarkan serangan pada bahagian 'lembut' mereka."
"Hmmm.. Menarik.. Teruskan.."
"Walaupun pendirian umat islam ni keras macam kepala
hotak Tuan General, hati mereka lembut. Senang dipengaruhi. So.. Kita cucuk
dari emosi dan minat mereka"
"Apa caranya?"
"Mereka ni patuh pada Rasulullah, sebab mereka sayang
Rasulullah, percaya pada Rasulullah. Cadangan saya, apa kata kita wujudkan icon-icon sebagai substitute Rasulullah
dalam hati mereka, pastu kita pengaruhi mereka dengan icon-icon ni. Kita buat mereka
cinta pada icon-icon ni, puja mereka, fanatik, dan secara perlahan-lahan kita
serang agama melalui emosi dan cinta mereka sendiri.."
"Bagus!!! Kepala hotak Kolonel memang tak bahalul macam kepala
hotak saya.. Saya akan kemukakan projek ni pada PM untuk dimasukkan dalam
belanjawan tahun ni!"
Maka mulai hari itu, mereka mula melatih agen-agen untuk menghasilkan icon-icon yang dimaksudkan. Hari demi hari, production icon-icon yang dimaksudkan
semakin dipergiat. Mereka wujudkan icon dalam segala bidang, terutamanya bidang
hiburan. Muka yang kacak, gaya yang menawan hati dan kemahiran menghibur
menjadi kriteria dalam setiap icon tersebut.
Semakin lama icon-icon ini ditanam dalam masyarakat, mereka mula bercambah dan mewujudkan fandom yang sangat besar. Tanpa disedari, icon-icon ini telah sedikit demi sedikit mengambil alih tempat Allah dan Rasulullah dari hati umat islam. Icon-icon ini kini bertindak sebagai
time-bomb, tunggu masa nak meletup dan merosakkan jati diri umat islam. Mereka
seakan-akan berhala hidup, ke mana sahaja mereka pergi akan diiringi dengan
sorak dan jeritan histeria para pemuja. Muka mereka wajib ada dalam setiap
telefon bimbit & laman sosial umat islam. Bagi umat islam yang sedang
mengalami serangan pemikiran ini, ianya perkara biasa. Alah.. Berhibur je pun.. Mereka tak sedar.. kerana hati mereka telah diserang..
"Icon tu dah panggil seorang muslimah ke atas pentas..
Kita tengok saat ni, ajaran Rasulullah atau pengaruh icon itu yang menguasai
rohaninya.. Kita suruh mereka berpelukan dan berciuman" kata Kolonel Taraguna kepada General Natang sambil menonton tayangan siaran lansung pada skrin di hadapan mereka.
"Fuh... berdebar pulak saya.. kalau ianya berjaya, pangkat Kolonel Taraguna akan saya naikkan"
....................................................
Sahabat-sahabat, adik-adik, kawan-kawan, dan ahli keluarga yang tersayang..
Berhibur tiada salahnya, cuma jangan biarkan hiburan menguasai kita,
Ya saya akui, suara mereka merdu, rupa mereka tampan, gaya mereka teratur..
Dari Anas bin Malik r.a berkata, “Ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi saw “ Bilakah hari kiamat akan berlaku wahai Rasulullah?” baginda menjawab, “Apa yang telah kau persiapkan untuknya?” Lelaki itu menjawab, “Aku tidak mempersiapkan banyak solat, puasa, ataupun sedekah. Namun aku mencintai Allah dan RasulNya.” Maka baginda bersabda: “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.” -Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim
Sejujurnya, dengan rendah hati saya katakan..
Jika anda masih ada rasa serba salah ketika membiarkan diri anda hanyut dengan obsession terhadap artis-artis,
Jika anda masih ada rasa sedar yang perbuatan memuja artis lebih dari memuja Allah dan menyayangi Rasulullah saw itu salah,
Jika anda rasa tak senang duduk kerana mengenali artist lebih dari mengenali Rasulullah dan para sahabat,
Ketahuilah, anda masih dalam tahap 'hijau', dan adalah digalakkan untuk kalian tinggalkan obsession yang keterlaluan ini. Element-element jahiliyyah ini masih tidak berjaya menembusi tembok hati anda. Jangan biarkan mereka terus bermain di pintu hati anda, halau mereka terus!
Tidak di nafikan juga, ada yang masih mem'backup' dan membela,
Ada juga yang memujuk hati dengan berkata,
"ish.. aku minat sikit-sikit ja, takdalah sampai mengatasi Allah dan Rasulullah"Tetapi pada masa yang sama, Al-Quran berhabuk atas almari, lagu-lagu dan drama-drama pula dilayan tiap-tiap hari,
Dengan rendah hati juga saya katakan,
Percayalah, tembok pertahanan hati anda telah roboh. Element-element ini telah bermaharajalela di kalbu anda,
Keluarlah bukti sekuat mana pun yang artis-artis ini semakin merosakkan akhlak dan nilai islam pada diri kita, anda akan terus mempertahankan hak jahiliyyah mereka.
Halaulah mereka dari hati, sebelum hati kalian dibunuh mati.
Maaf.. kebenaran kadang-kala menyakitkan..
Pembaca yang dikasihi,
Jahiliyyah ini ibarat karat pada besi,
Jika ianya sikit, hanya perlu dibasuh sekali,
Jika dibiarkan karat ini menguasai,
Sental berkali-kali dengan dawai pun belum tentu jadi,
Semakin lama, kesakitan dan kepayahan itu akan berganda berkali-kali.
Siapa tak sedih..
Melihat ahli keluarga, sahabat-handai, kawan-kawan yang masih tak sedar bahaya ini,
Siapa tak letih..
Saban hari mengukir peringatan yang sama. Hasilnya, si pendakwah dianggap pelik dan tak up-to-date.
Siapa tak rasa pedih,
Melihat saudara seagama dicabul dan dilonggarkan pegangan agama mereka di hadapan khalayak. Disaksikan oleh seluruh dunia, juga disaksikan oleh Maha Pencpta.
Sesungguhnya kita sedang berada dalam peperangan,
Peperangan melawan nafsu, melawan serangan pemikiran,
Berapa ramaikah askar kita yang masih tinggal?
Adakah anda............ ?
Good entry :)
BalasPadamAllahu..terima kaseh ingatan yg diberi ✌
BalasPadamLove ur entry ♥♥♥
BalasPadam:')
BalasPadamsalam. wahhhh terbaik. mohon copy nak baca dlm blog sendiri slow2x hehe
BalasPadam;') thank you . I'll take this advice
BalasPadamteme.. i don't know why.. setiap kali baca penulisan teme rasa lembut ja hati.. teme tak kasar, and sangat berhati2 dalam memilih kata2.. love your writing..
BalasPadamkan! i thought of the same thing
Padambetul.. sangat betul.
PadamRasa entry ni macam sangat sesuai untuk fans K-Pop yang belum terbiasa dengan dakwah & tarbiah. Lembut je nasihatnya. Decided to share this with my beloved sister sebab.. sedih sangat bila dia cepat je tahu dan ingat news pasal artis. Moga-moga ada kebaikannya T_T may Allah bless, Teme!
BalasPadamterbaikk.. terlampau ramai yg taksub dgn kpopers skrg ni. nauzubillahh..
BalasPadamgood entry :)
BalasPadamnak share kt twitter ye, teme. terima kasih.
BalasPadamA very good words and thoughts, ini realiti masyarakat yg agak sakit sekarang, sakit yg nmpaknya kecil tetapi jika dibiarkan boleh merebak merosakkan iman.
BalasPadamTerima kasih teme.. sangat menyedarkan Saya..
BalasPadam