Teme's GANG

Siapa Teme Abdullah?


Dilahirkan di Selangor, membesar di Selangor, dan menamatkan pengajian menengah di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang juga di Selangor. Usai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), penulis mendapat tajaan biasiswa penuh ke peringkat A-level lalu menyambung pelajaran peringkat tinggi di United Kingdom dalam jurusan Ijazah Serjana Muda Seni Bina.

Teme menggunakan nama samaran yang diberikan oleh rakan-rakannya ketika di peringkat pengajian menengah sebagai nama penanya sehingga ke hari ini. Nama Abdullah pula ditambah sendiri oleh penulis di belakang nama Teme sejak pertama kali menulis buku pada tahun 2016. Cara sebutan Teme adalah sama dengan cara sebutan perkataan 'teman' dalam loghat Kelantan. 'Teman' pula boleh digunakan sebagai kata ganti nama diri pertama yang membawa maksud 'saya'. Jadi, secara ringkasnya, gabungan Teme & Abdullah membawa maksud 'saya hanyalah hamba Allah'.

Walaupun mengalami sedikit kekangan di peringat A-level, penulis berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah tidak lewat daripada masa yang ditetapkan. Selepas menamatkan ijazah, penulis telah mendapat tawaran bekerja di sebuah firma seni bina di London lalu bekerja di syarikat berkenaan.



Sebelum bergelar penulis buku, Teme dikenali sebagai Pelukis Jalanan yang melukis bangunan-bangunan di kota tempat pengajiannya iaitu Kota London. Walaupun tidaklah terkenal seperti pelukis-pelukis profesional, cerita mengenai aktiviti melukisnya pernah menjadi topik oleh blog-blog dan laman web tempatan dan internasional sehingga mendapat liputan televisyen. Cerita mengenainya juga pernah disiarkan di MHI Tv3 buat beberapa kali. Melalui pendedahan ini, Teme dapat berkongsi serba sedikit cerita tentang bagaimana dia menjual lukisan di London untuk menampung kos pengajian ijazahnya.

Melihatkan respon baik daripada pengikut yang mengikuti lukisan-lukisannya di instagram, Teme mengambil keputusan untuk menulis sebuah buku yang berpandukan pengalamannya sendiri. Penulis seakan-akan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di belakang lukisan-lukisan yang ditayangkan olehnya di media sosial. 

Klik sini jika berminat.

Setakat ini, penulis telah menulis 8 buah buku; Pelukis Jalanan, Arkitek Jalanan, Impian Jalanan, Signature Jalanan, Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama, Empayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis, Selamat Tinggal Purnama: Strain Pertama, dan Selamat Tinggal Purnama: Strain Kedua. Hanya buku pertama penulis sahaja (Pelukis Jalanan, diterbitkan pada 2016) yang ditulis ketika bergelar mahasiswa. Buku-buku yang lain ditulis selepas menamatkan ijazah.

Hasil sokongan daripada pembaca dan rezeki daripada Allah, Teme telah dianugerahkan dengan beberapa anugerah dalam bidang penulisan. Namun begitu, sehingga ke hari ini, Teme masih berpendirian untuk tidak muncul di sebarang majlis penganugerahan untuk menerima anugerah tersebut sendiri. Tidak langsung berniat untuk sombong, Teme menghargai semua anugerah yang diberikan kepadanya dan berterima kasih. Ia serba sedikit menaikkan semangatnya untuk terus menulis. Tetapi pada Teme, hal itu serba sedikit akan menghakis niat dan matlamat asalnya dalam bidang penulisan.







2018, walaupun telah mengambil keputusan untuk merahsiakan identitinya, Teme Abdullah telah mengadakan satu sesi bertemu pembaca di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang sanggup membaca karyanya walaupun tidak pernah mengenali dirinya.

2019, hasil sokongan oleh para pembaca ke atas karya-karya Teme Abdullah, penulis telah berpeluang menghadap untuk mempersembahkan hasi karyanya kepada Ketua Negara Malaysia KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan permaisuri baginda KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar.


2020. Karya yang berbentuk lukisan potret baginda berdua oleh Teme Abdullah pula telah dijadikan hiasan di istana. Lukisan yang sama itu juga digunakan untuk barang-barang rasmi istana negara termasuklah pelekat kenderaan Istana Negara, dan kotak kurma derma kurnia Istana Negara.


Segala perkara baik yang dilalui ini ialah hasil doa berterusan ibu bapa, keluarga, pembaca, penyokong, dan kawan-kawan yang tidak putus-putus sehingga ke hari ini.

Teme hanya seorang pengkarya biasa yang hanya bernasib baik untuk dianugerahkan oleh Allah pembaca yang betul-betul menghidupkan karyanya. Alhamdulillah.


17 comments:

  1. Alhamdulillah moga Allah srntiasa merahmati awk dan keluarga juga sahabat awk ahmad.Moga sentiasa dlm keadaan yg sihat sejahtera ye teme terima kasih sbb berusaha utk menulis!

    ReplyDelete
  2. Good luck Teme.:) Jangan berhenti menulis dan kongsi pengalaman serta ilmu yang bermanfaat. Semoga dengan asbab Teme share, setiap orang yang baca dan ceritakan pengajarannya pada orang lain, pahalanya pergi ke Teme jugak.

    ReplyDelete
  3. Good luck teme...doakan kami semua agar kuat seperti anda��

    ReplyDelete
  4. semoga dapat berjumpa dan berbual.insyaAllah dapat.yarhamukallah,ya sahabat

    ReplyDelete
  5. Goodluck and may allah bless you

    ReplyDelete
  6. Assalam teme. Saya ada soalan nak tanya pasal project saya. Saya masih diploma and saya kena bwat satu project berkaitan dgn civil engineering. Saya tertarik pasal pile yg awak cerita tu. Boleh tolong saya dapatkan idea ? Thanks hope teme baca ��

    ReplyDelete
  7. Assalam teme. Saya ada soalan nak tanya pasal project saya. Saya masih diploma and saya kena bwat satu project berkaitan dgn civil engineering. Saya tertarik pasal pile yg awak cerita tu. Boleh tolong saya dapatkan idea ? Thanks hope teme baca πŸ™

    ReplyDelete
  8. i wish to have a complete profile of you:) obviously for my assignment.

    ReplyDelete
  9. I wish i can see his face?? I curious
    LahπŸ˜‚...but may allah easy everything for him..i wish a lot of lucky for him

    ReplyDelete
  10. I wish i can see his face?? I curious
    LahπŸ˜‚...but may allah easy everything for him..i wish a lot of lucky for him

    ReplyDelete
  11. Sangat memberi inspirasi. Tertanya siapa teme, orang sibuk post gambar abdullah. All the best abdul, semoga apa yang engkau beri dapat saham di akhirat. Chaiyok man!!

    ReplyDelete
  12. tak sabar nak beli buku baru teme...

    ReplyDelete
  13. ❤️❤️❤️❤️❤️

    ReplyDelete
  14. Good luck in your life and hereafter Teme. Amin. Wish that I could bumped into you one day.

    ReplyDelete

Hai. It's me, Teme. I'm sorry if you have to go through word verification before posting comment(s). I received tonnes of spam comments lately. I had to turn the word verification on πŸ˜•. I'm sorry. Jangan jemu untuk komen tau!

HOT POST!!