Teme's GANG

Karya



Pelukis Jalanan (2016)



Buku pertama oleh Teme Abdullah yang direzekikan untuk mendapat paling banyak anugerah berbanding buku-buku lain. Mengisahkan seorang pelajar seni bina yang menyambung pengajian ijazah sarjana muda di London, United Kingdom tanpa biasiswa. Penulis menceritakan juga bagaimana watak tersebut berusaha mengumpul wang yang secukupnya untuk membiayai kos pembelajaran; melakukan pelbagai kerja sambilan termasuklah menjadi pelukis jalanan. Namun, ujian demi ujian terpaksa ditempuhi olehnya jauh daripada keluarga termasuklah angka 0 di dalam akaun bank.  Judul Pelukis Jalanan yang mengandungi potongan perkataan Arkitek seolah-olah memberi maksud 'perjalanan seorang pelukis jalanan yang ingin menjadi seorang arkitek. Boleh dibeli secara online di sini.



Arkitek Jalanan (2017)



Arkitek Jalanan merupakan buku kedua oleh Teme Abdullah, sambungan daripada Pelukis Jalanan (2016). Ia menceritakan perjalanan dua orang sahabat warganegara Malaysia yang bertungkus-lumus untuk menamatkan pengajian ijazah mereka di United Kingdom. Buku ini juga menceritakan perjalanan bagaimana salah seorang anak tempatan berjaya menggapai kerjaya sebagai seorang arkitek di kota London. Judul yang diberikan iaitu Arkitek Jalanan dengan potongan perkataan Pelukis seolah-olah memberi maksud 'pelukis jalanan yang akhirnya berjaya menjadi seorang arkitek'. Boleh dibeli secara online di sini.



Impian Jalanan (2018)



Mengisahkan perihal seorang watak yang mempunyai masalah disleksia (dyslexia) sejak lahir. Mungkin berpunca daripada kekurangan tersebut, watak utama juga mengalami masalah kesukaran untuk bertutur, membaca, dan melihat sejak kecil. Watak tersebut bertungkus lumus untuk menjadi berjaya seperti rakan-rakan 'normal' yang lain. Sehinggalah sampai ke satu tahap, watak utama telah mempunyai segalanya di dalam hidup. Tetapi, ada sesuatu persoalan yang masih membuatkan dirinya tidak puas hati dan merasakan belum cukup berjaya. Judul Impian Jalanan dengan potongan perkataan Mimpi seolah-olah memberi maskud 'segalanya bermula dengan sebuah mimpi, dan mimpi itu hanya akan menjadi nyata jika kita jadikan ia sebuah impian.' Boleh dibeli secara online di sini.



Signature Jalanan (2019)



Menceritakan kisah watak-watak pelajar sekolah menengah yang bernama Ben, Zack, Alif, Joe, dan Oki yang masing-masingnya mempunyai masalah tersendiri untuk menghadapi peperiksaan terbesar di alam persekolahan. Judul yang diberikan oleh penulis iaitu Signature Jalanan dengan potongan perkataan autograf seolah-oleh memberikan isyarat yang cerita ini merupakan kisah seseorang yang signifikan sebelum orang tersebut dikenali. Boleh dikatakan, cerita di dalam buku ini lebih dekat dengan pelajar sekolah menengah. Boleh dibeli secara online di sini.



Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama (2018)



Putera Aradhana Sastra, seorang putera pewaris Kesultanan Aradhanapura dikhabarkan telah melarikan diri daripada istana. Tiada kenyataan rasmi oleh pihak istana berkaitan hal ini. Sehinggalah  ada khabar angin mengatakan bahawa putera tersebut didapati sedang menyamar dan menyembunyikan dirinya sebagai seorang penuntut di sebuah institusi terkenal (Madrasah Taming Sari) di kepulauan nusantara. Hal ini dikukuhkan lagi dengan kemunculan seorang pelatih yang mengaku dirinya putera yang sah. Persoalannya, mengapa Putera Aradhana Sastra menyembunyikan dirinya? Selama manakah baginda mampu bertahan dengan penyamarannya? Boleh dibeli secara online di sini.


Empayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis (2019)



Identiti putera yang melarikan diri ke Madrasah Taming Sari hampir terbongkar dan menyebabkan baginda terpaksa mengambil keputusan drastik. Madrasah tersebut kemudiannya dicerobohi oleh sekumpulan manusia yang ingin menjatuhkan kesultanan sedia ada dengan menjadikan kekuatan binaan madrasah sebagai kubu pertahanan puak mereka. Kumpulan itu mendakwa kesultanan bersekongkol dengan iblis. Lebih berat, mereka mendedahkan penglibatan kesultanan termasuklah sultan sendiri dengan sihir pemujaan iblis. Bukti-buktinya turut diutarakan. Tujuan mereka adalah untuk meyakinkan penuntut-penuntut di Madrasah Taming Sari dan sekalian rakyat supaya melawan sultan yang syirik seterusnya kembali kepada pemerintahan islam. Adakah benar pengaruh iblis kuat dalam pemerintahan kesultanan? Adakah penglibatan sultan dengan pemujaan iblis merupakan sebab putera melarikan diri daripada istana? Boleh dibeli secara online di sini.




Empayar 3 (coming soon)



T Planner 2019 (sold out)



Sebuah buku perancang tahunan (planner) eksklusif oleh Teme Abdullah yang diberi nama T Planner. Setiap muka surat di dalam perancang tahunan ini merupakan hasil karya Teme Abdullah sendiri. Cetakan yang merupakan 99% hasil lukisan tangan. Setiap buku disertakan dengan sijil pemilikan (Certificate Of Ownership) yang dinomborkan dan ditandatangan sendiri satu persatu oleh Teme Abdullah. 

Walaupun begitu, harganya dikekalkan pada harga mampu milik sejajar dengan matlamat asal pengkarya untuk menghasilkan exclusive planner yang mampu dimiliki oleh semua orang. Jumlah T Planner yang akan dipasarkan setiap tahun adalah terhad, dan hanya boleh dibeli secara online. T Planner 2019 yang merupakan edisi T Planner pertama telah terjual sebanyak 11,111 selepas 3 hari. Moga-moga T Planner ini kekal menjadi perancang tahunan eksklusif mampu milik dan bermanfaat untuk pemiliknya. Maklumat lanjut berkaitan T Planner yang seterusnya boleh didapati di sini.



T Planner 2020 (sold out)

Belum dikemaskini.



Selamat Tinggal Purnama

Belum dikemaskini.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Teme, semoga sihat selalu. hanya nak berkongsi cerita ��. Tak penting pun tapi masih degil nak bagitau.. hahaha.. saya berjaya habiskan bacaan buku penulisan teme �� siri jalanan dan empayar hanya dalam masa 14 hari untuk keenam-enam buku tu��. Mungkin orang lain lebih cepat dari tu ��. Padahal saya dah lama beli buku Teme, tapi sekarang baru ada kesempatan untuk baca. Saya enjoy baca cerita Teme. Thanx a lot bawa saya mengembara menerusi penulisan Teme. Tak sabar nak tunggu buku yang akan datang. Semoga Allah akan sentiasa merahmati Teme dan dihujani dengan berbagai idea dalam berkarya.


    p/s: Teme tak upload pun tak apa mesej ni Teme. Sekadar perkongsian keterujaan saya membaca karya Teme. Semoga menjadi pembakar semangat Teme untuk teruskan berkarya dan mencapai impian Teme ��

    ReplyDelete

Hai. It's me, Teme. I'm sorry if you have to go through word verification before posting comment(s). I received tonnes of spam comments lately. I had to turn the word verification on 😕. I'm sorry. Jangan jemu untuk komen tau!

HOT POST!!